Get the app for full experience
Puteri duduk termenung di dalam bilik hotel.Kata-kata lelaki itu menghantui dirinya.
"Saya nak lamar awak lagi sekali.Saya serius dalam bab ni.Tak ada main-main.Saya nak jaga awak,sentuh awak dan buat semua benda bersama awak dengan cara yang halal.Saya tak nak sentuh awak sekarang sebab hubungan kita masih tak sah lagi.Walaupun saya tau kita dah berdosa besar sebab berpegang tangan.Saya nak awak jadi isteri saya yang sah."
"Betul ke kata-katanya itu?Bolehkah aku mempercayai lelaki itu?Aku takut dia tak dapat nak tunaikan janji untuk menjaga aku sekiranya aku menjadi isterinya yang sah.Lelaki mudah untuk mengungkap kata janji dan mudah memungkiri janji."Puteri memeluk kedua-dua belah lututnya.
Lamar?Kahwin?Aku dah ready ke dalam bab rumah tangga ni? Walaupun aku boleh tengok masa depan tapi aku masih tak yakin lagi pasal hal ni.
Telefon bimbitnya yang berada di atas katil tiba-tiba berbunyi.Puteri perlahan-lahan bangun.Dia mengambil telefon itu.Tertera nama Aizal di skrin telefon.Heh..tau-tau je mamat ni aku sebut nama dia.
"Assalamualaikum awak.Esok kita balik Malaysia ya?Saya akan datang rumah awak esok."
"Waalaikumsalam.Esok?Tapi kenapa?"
"He..saya nak buat surprise untuk awak."
"Baik.Pukul berapa awak nak datang rumah saya?"
"Pagi.Macam pukul 8 camtu."
"Okey nanti saya tunggu kat rumah ya."
"Ya.Okey la saya nak packing beg dulu.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Selepas menamatkan panggilan,Puteri terus menuju ke almari pakaian untuk mengemas baju.