Get the app for full experience
Sarapan pagi sudah terhidang di atas meja.Puan Sri Aida duduk bersebelahan dengan suaminya.Aizal pula duduk di sebelah Puteri.Mak Piah tidak ketinggalan duduk bersama menikmati sarapan pagi.Abang Irzam tidak dapat join makan bersama kerana sibuk dengan urusan kerja.
"Mama tak sabar nak tunggu hari esok.Mesti ramai yang hadir.Kan,abang?"Tengku Adam hanya mengangguk.Aizal pula hanya menggeleng kepala melihat telatah ibunya.
"Az yang nak kahwin mama pula yang excited."kata Aizal.Tengku Aida tergelak."Eh,biarlah.Mama excited sebab akhirnya anak tunggal mama kahwin.Kalau tak masakan sampai bila-bila Az tak kahwin tau."kata Tengku Aida.
Puteri hanya diam.Dia tidak mahu masuk campur dalam perbualan mereka.Tiba-tiba dia teringat akan arwah keluarganya.'Kan bagus kalau arwah mama,papa dan abang-abang ada'.Puteri meletakkan sudu dan garfu.
"Honey,are you okay?What's wrong?"tanya Tengku Aida.Puteri hanya menggeleng.Tiba-tiba air mata mengalir di pipinya.Tanpa disangka Puteri terus berlari menuju ke biliknya.Tengku Aida sudah berdiri namun dihalang oleh Aizal.
"Biar Az yang pergi.Az tahu apa nak buat."Tengku Aida mengangguk.Aizal meniti anak tangga menuju ke bilik Puteri.Pintu bilik diketuk.Tiada respon.Perlahan-lahan dia membuka pintu.Terlihat Puteri sedang menangis sambil memeluk kedua-dua belah lututnya.
"Sayang,kenapa ni?"Aizal memujuk.Tidak menjadi.Tiba-tiba Puteri memeluk dirinya."Shh.. janganlah menangis.Cuba cakap kenapa?"Aizal mengurut belakang badan Puteri."Puteri rindukan mama dan papa."Semakin kuat tangisannya.
"Menangislah sepuasnya.Saya tahu akan sakit menanggung rindu."kata Aizal.Aizal berselawat di telinga kanan Puteri untuk menenangkan jiwa gadis itu.Tangisan Puteri reda.Yang Aizal dengar hanya dengkuran halus dari Puteri.
"Dah tidur."Aizal perlahan-lahan mencempung tubuh Puteri dan diletakkan di atas katil.Aizal menarik selimut dan menutup seluruh badan Puteri."Saya masih simpan surat yang awak beri.Tapi bila saya boleh baca?"Aizal memerhati surat itu.
Aizal meletakkan surat itu di dalam laci meja sisi katil.Dia akan baca selepas diberikan kebenaran dari kekasihnya.Aizal keluar dari bilik dan perlahan-lahan pintu ditutup.