Bab 14

Romance Completed 18238

Sudah genap enam bulan Puteri dan Aizal bekerja bersama.Tapi perangai mereka berdua tidak pernah berubah.Setiap kali berjumpa pasti ada tidak kena.Kalau boleh bangunan 14 tingkat milik arwah Tan Sri Ikmal roboh gara-gara mereka berdua.

"Aduh,kepala aku pening!Ni mesti tekanan darah aku tak betul."Puteri menyilangkan tangannya di atas meja.Kepala dilentokkan di atas tangannya.

Harap takde orang ganggu aku.Ubat aku tak bawa pula.Haih..ni bila kau nak cepat semua benda kau tertinggal.Tidur sekejap la.Nak hilangkan sakit kepala ni.

Baru sahaja Puteri ingin menutup mata tiba-tiba pintu pejabat terbuka.Halamak sape pulak kacau aku ni?Muncul Aizal dengan senyuman sinis.

"Selamat pagi tuan puteri.Jangan lupa kita ada meeting.Awak jangan tidur je tau."ejek Aizal.Puteri menahan amarah.Mahu saja dia campak pasu bunga kesayangannya ke muka mamat annoying itu.

"Jangan kacau saya la.Kepala saya pening sekarang ni.Saya nak rehat kejap."jelas Puteri.Mukanya berkerut menahan sakit yang teramat sangat.Aizal perasan akan wajah itu.Dia menuju ke arah gadis itu dan meletakkan telapak tangan di dahi Puteri.

"Panasnya.Baik kita pergi hospital sekarang."Puteri menggeleng lemah.Eh minah ni.Degil betul la.

Aizal terus mencempung badan Puteri.Puteri terus kaku apabila dirinya di dukung."Tak perlu la susah-susah.Saya sakit sikit je la."Aizal memekakkan telinganya.Dia menekan butang G dan terus masuk ke dalam lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience