Bab 64

Romance Completed 18238

Lampu di atas meja dipasang.Aizal membiarkan sahaja suasana dalam bilik dia selalu membuat kerja yang dibawa dari pejabat gelap.Aizal mengeluarkan surat dari dalam sampul.Tangannya menggigil.Lipatan surat di buka.

Kepada Aizal,

Assalamualaikum Aizal.Kamu apa khabar?Kalau Aizal dapat surat ni bermaksud mama dah tiada.Mesti Aizal tertanya kan kenapa mama utuskan surat untuk kamu.Mula-mula sekali mama minta maaf sangat-sangat.Mama tak bermaksud nak rahsiakan semua ni dari kamu.Pertama,Puteri sakit.Mungkin Puteri ada bagi tahu pasal ni tapi cuma satu je kan?Kalau kamu nak tahu,pergi kat bilik Puteri dan lepastu pergi kat meja solek dia.Dalam sampul ni mama tinggalkan kunci.Aizal buka nanti laci cari fail berwarna biru muda tak silap mama.Kat situ banyak surat tentang kesihatan Puteri.Kamu mesti tak percaya kenapa Puteri boleh hidup sampai sekarang.Kedua,Puteri ada kuasa.Selalunya pasal kuasa ni cuma cerita dekat televisyen je.Tapi ni betul.Puteri memang ada.Yang pelik dia seorang sahaja yang mempunyai banyak kuasa manakala abang-abang dia hanya ada dua.Kuasa penyembuhan la satu-satunya kuasa yang membolehkan Puteri hidup sampai sekarang.Namun,mama tak rasa dia boleh bertahan lagi.Kanser di dalam badan Puteri mula merebak dan banyak sel-sel di dalam badan dia rosak.Dan sebab tu la mama risau.Kalau Puteri akan berkahwin.Tak sangka betul kamu jodoh Puteri.Ni la rahsia terbesar sekali.Aizal dan Puteri merupakan kawan baik masa sekolah menengah.Lagi tiga bulan nak habis sekolah,Puteri terpaksa ke luar negara untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan pada masa yang sama papa juga ada urusan di sana.Mama bersalah sangat dalam hal ni.Mama suruh Puteri ambil semua kenangan kamu dengan dia.Mama minta maaf tapi mama terpaksa.Demi kamu dan Puteri.Tapi lepas mama tengok masa depan,rupanya kamu jodoh Puteri.Mama terkejut dan risau kalau Aizal tak dapat terima hakikat Puteri akan meninggal.Mama harap kamu boleh terima semua ni.Kalau Aizal tak percaya Aizal kawan baik Puteri,Az boleh tanya dekat Puteri.Mesti dia akan terkejut.Aizal jangan lupa cakap yang Aizal dah baca surat ni.Baiklah mama harap kamu dapat jaga Puteri dengan baik.Terima lah kekurangan dirinya itu.Kamu jangan paksa dia buat kerja berat ye.Risau nanti akan lagi bertambah parah pula.


Daripada,

Mama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience