Keesokan harinya....
Aizal menggapai telefon di atas meja sebelah katil.Tertera nama doktor Arief.Segar terus matanya.''Hello dok?Ye kenapa dengan Puteri?''
''Isteri kau dah semakin tenat.Aku nak kau datang sini sebelum terlambat.''Aizal terkedu."Ba-Baiklah.''Aizal mematikan panggilan telefon.Dia meraup wajahnya.Dia bangun dan menuju ke bilik Iyan.'Terlihat anaknya tidur dengan nyenyak.
Aizal mengusap kepala Iyan.Iyan perlahan-lahan membuka mata.''Papa?Kenapa ni?''Iyan terus duduk.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Aizal mengeluh.Dia duduk di sebelah anaknya.''Mama tengah tenat.''Iyan terkaku.
''Apa maksud papa?''Iyan tidak mengerti apa yang dikatakan oleh papanya.''Doktor Arief tadi telefon papa.Dia bagitahu mama dah tenat.''Iyan terkaku.''Ja-Jadinya mama akan pergi?''Air matanya sudah mengalir.Iyan terus memeluk papanya.Aizal membalas pelukan anaknya.
''Kita kena pergi hospital sekarang sebelum terlambat.''Aizal melepaskan pelukan.Iyan mengangguk.Dia terus menuju ke bilik adiknya.Aizal masuk ke dalam bilik.Dia mendail nombor abangnya dan memberitahu tentang berita yang disampaikan oleh doktor Arief.
************
Aizal berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan wad isterinya.Lia setia di sebelah Iyan.''Abang...Kita buat apa dekat sini?Lia mengantuk.''Rengek Lia.Iyan mengusap kepala adiknya.''Doktor Arief suruh kita datang sini.''
''Eh?Kenapa pula?Mama tak sihat lagi ke?''Iyan berhenti mengusap.''Sakit mama dah teruk sayang.''Kata Iyan.''Jadinya nanti ada Angel jaga mama kan?''Tanya Lia teruja.Iyan tersenyum.''Betul.Nanti ada Angel jaga mama dekat syurga.
''Untungnya mama Angel jaga dekat syurga.Lia pun kena la buat banyak kebaikan juga.Nak banyak Angel jaga Lia.''Kata Lia penuh bangga.
Irfan dan Irzam baru sahaja tiba bersama Herliya dan Nana.Aizal menghampiri mereka berempat.''Puteri mana?''Tanya Irfan.''Kat dalam wad.Doktor Arief tak bagi masuk lagi.Dia-''
Pintu wad tiba-tiba terbuka.Mata mereka tertumpu ke arah wad Puteri.Muncul doktor Arief."Nampaknya semua ada kat sini.Saya nak bagitahu yang Puteri dah tak dapat nak bertahan lagi.Dia dah semakin tenat.Saya harap kamu semua bersedia.''
Mereka pun masuk ke dalam wad.Terlihat Puteri terbaring lemah dan telah memakai topeng oksigen.Puteri perlahan-lahan membuka mata.Dia tersenyum melihat keluarganya ada di sini.''A-Abang.''Ketar-ketar dia ingin memanggil suaminya.
Aizal terus menggenggam tangan isterinya.''Ya sayang.Ni abang.Suami sayang.Abang datang dengan anak kita.''Lia menghampiri katil mamanya.''Mama...Mama cakap mama akan sihat.Lia tahu yang mama tak dapat nak sihat macam sebelum ni.''
Puteri diam.''Lia mungkin sedih kalau mama pergi tapi Lia lagi sedih Angel tak jaga mama.Mama jangan lupa tau ucap terima kasih dekat Angel masa kat syurga nanti.''Lia sempat lagi berpesan.Puteri hanya tersenyum.
''Jaga diri ya?Puteri tahu abang ma-mampu.Demi Puteri?''Aizal mengangguk.Tiba-tiba Puteri berasa sesak nafas.Aizal kalut.Dia terus mengucap dua kalimah syahadah di telinga isterinya.Puteri mengikuti bacaan kalimah itu sehingga habis walaupun tercungap-cungap.
Teeeeeeeeeeet!!!!
Mesin bertukar bunyi menandakan tiada nadi yang dibaca.Tangan yang digenggam oleh Aizal terkulai.Doktor Arief masuk ke dalam wad.Dia mematikan mesin oksigen itu.Suasana menjadi sepi.Aizal terdiam.Herliya dan Nana sudah menangis.
Irfan meraup wajahnya.Irzam pula terduduk di atas sofa sambil memicit dahi.Iyan sudah mengalir air mata.Lia pula hanya diam membisu.Aizal terduduk di lantai.
Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir.Doktor Arief membantu Aizal untuk bangun.Lia mendepa tangan ke arah Iyan.Iyan mendukung adiknya.''Abang, janganlah menangis.Kalau mama tengok mesti dia sedih.''Lia mengelap air mata kedua-dua belah mata abangnya menggunakan ibu jari.
Lia menunjukkan ke arah mamanya.Iyan yang mengerti maksud adiknya menghampiri mamanya.Lia mencium dahi mamanya.Aizal berasa sebak melihat tingkah laku anaknya.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi azan subuh di masjid berdekatan.
''Aku uruskan jenazah Puteri.''Kata doktor Arief.Aizal hanya mengangguk.Doktor Arief melepaskan pegangan di bahu Aizal.Lia menghampiri pintu sliding.Tangan kecilnya cuba menarik pintu sliding itu.
''Lia okay tak tu?''Iyan ingin menolong.''Takpe bang.Lia boleh buat.''Lia menggunakan sepenuh tenaga menarik pintu sliding itu.Beberapa minit kemudian, anak kecil itu berjaya membuka pintu tersebut.
Lia memandang ke arah lantai balkoni.'Bunga?'Lia terus mengambil bunga tersebut.Dia mendongak ke atas.Dia ternampak mamanya di situ.Mamanya tersenyum manis sebelum hilang dari pandangan.
''Lia buat apa tu?''Aizal menghampiri anaknya.Dia perasan anaknya memegang sekuntum bunga."Mana Lia dapat bunga ni?''Lia terus menunjukkan ke arah lantai balkoni.''Lia tadi ambil bunga ni.Lepas tu Lia dongak pandang langit.Dan Lia ternampak mama kat sana.''
Mereka semua terkejut akan kata-kata Lia.''Mama?''Lia mengangguk.''Mama macam pakai jubah putih.Semua serba putih.Mama cantik sangat.Dan lepastu mama hilang.''Kata Lia.
Aizal tersenyum.''Mama cantik ya?"Lia mengangguk.''Kamu nampak Angel?''Lia menggeleng.''Cuma mama je Lia nampak.''
*************
''Sayang, jom kita pergi.Dah nak hujan ni.''Kata Aizal.Lia mengangguk.Dia memandang ke arah kubur mamanya.''Mama, nanti Lia datang lagi tau.Mama tunggu Lia eh?''Anak kecil itu meletakkan bunga yang dikutip dekat hospital di atas kubur mamanya.
Angin tiba-tiba bertiup lembut menyapa diri mereka.Lia memandang ke arah kubur mamanya.Dia ternampak mamanya bersama datuk, nenek serta adik beradik mamanya yang lain.''Papa tengok!''Aizal terus menoleh.
Dia melihat Puteri bersama yang lain tersenyum ke arah mereka.Air matanya jatuh.Aizal cepat-cepat mengesat air matanya.''Ucap selamat tinggal sayang.''Kata Aizal.''Bye mama, datuk, nenek dan pakcik saudara Lia!''Ucap Lia.
Mereka berdua pun beredar dari situ.
Share this novel