Bab 80

Romance Completed 18238

Aizal mula bersiap-siap.Dia memakai kemeja putih beserta tali leher.Blazer pula sudah di sarung di luar kemeja.Dia teruja kerana hari ini hari jadinya.Aizal menyeluk sesuatu dari dalam poket.Tiba-tiba duit syiling jatuh lalu tergolek ke bawah katil.


Aizal menunduk.Dia menggapai tangan dan tangannya menyentuh sesuatu objek.Dia menarik keluar satu kotak hitam.'Apa ni?'Dia membuka penutup kotak itu.Sebuah album dan sepucuk surat.Dia mengambil surat itu.

Kepada Encik Suami Yang Dicintai,


Assalamualaikum abang.Selamat hari jadi.Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Maaflah kalau hadiah yang Puteri bagi ni tak seberapa.Sebab abang sendiri dah pesan jangan bagi hadiah mahal-mahal.Jadi Puteri bagi hadiah yang murah je hehe.Puteri buat ni khas untuk abang tau.Simpan elok-elok album ni.Biar ia jadi kenangan buat kita berdua.Maaf kalau selama ni Puteri ada menyusahkan abang atau buat abang terasa hati.Puteri betul-betul tak sengaja.Puteri harap rumah tangga kita akan kekal sampai bila-bila.Aamiinnn.


Daripada,

Isterimu Puteri Ilayna


Air matanya menitis sehingga terkena pada surat itu.Dia mengambil album tersebut.Dibuka satu persatu.Gambar perkahwinan,gambar honeymoon dan gambar mereka sekeluarga turut terselit di situ.'Maaf sayang.Abang betul-betul minta maaf.Abang terlalu ego sampai hati sayang terluka.Maaf,abang tak sepatutnya tuduh sayang sampai macam tu sekali.'


Air mata diseka.Dia meletakkan album tersebut ke dalam laci.Dia terus turun ke bawah.Sekeping roti diambil lalu dimakan.Air kopi yang sudah suam diteguk.Aizal cepat-cepat keluar dari rumah.Dia risau jika dia tersangkut di dalam jem.

*********


Puteri sedari tadi diam.''Mama?Mama okay tak ni?''Iyan menegur.''Eh Iyan?Mama okay je."Iyan merasakan mamanya sedang menipu.''Ma..Cakaplah betul-betul.''Puteri mengeluh.''Baiklah.Iyan ingat tak mama ada cakap yang masa kita kat kedai makan tu?Yang mama cakap pasal arwah ayah Iyan?"Iyan berfikir.''Ha..Ingat!Kenapa ma?''


''Kita naik atas ya?''Iyan hanya menganggguk.Puteri memanjat tangga naik ke atas diikuti anaknya.Mereka berdua masuk ke dalam bilik tidur Puteri.Puteri menuju ke balkoni.Iyan berdiri di sebelah.''Mama nak bagi tahu apa?''


Puteri mengeluh.Dia menghadap Iyan sambil tersenyum.''Iyan...Mama minta maaf ya?Yang mama tak bagi tahu Iyan selama ni.''Iyan kurang mengerti.''Maksud mama?''Iyan bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience