Bab 20

Romance Completed 18238

Puteri hanya tersenyum.Dia tahu masakannya sedap.Bukan dia mahu bangga diri tapi dia bersyukur kerana arwah mama dan arwah Nek Pah mengajarnya masak.

Sayang la kalau dirinya tidak reti masak.Buat malu family mertua saja.Family mertua?Hmm...lama lagi.Takde siapa suka akan dirinya yang mempunyai penyakit kronik.

Petikan jari di hadapan mukanya telah mengembalikan Puteri dari mengelamun jauh.Wajahnya merah kerana malu.

"Amboi jauh menung nampak? Teringatkan siapa?Boyfriend?"tanya Aizal.Apa aku tanya ni?Nak tabur garam kat hati sendiri ke apa?

Puteri mengerut dahi."Saya mana ada boyfriend la.Lepas semua orang tahu pasal saya ada penyakit kronik,diorang dah tak nak dekat dengan saya.Saya terkilan masa tu.Tapi apa nak buat.Tu la dikatakan lumrah hidup."Aizal mengangguk.

"Kalau saya nak jadi boyfriend awak ok ke?"tanya Aizal.What the f*ck?Soalan apa aku tanya ni ya tuhan?Puteri tercengang.Ini pertama kali seorang lelaki mengajaknya bercinta.

"Err..awak tahu kan saya macam mana.Mungkin awak patut pilih orang lain.Saya ni tak sesuai jadi pasangan awak pun."ucap Puteri.

"Apa awak cakap ni?Hidup dan mati di tangan tuhan bukan kita.Kalau dah jodoh tak akan ke mana."balasnya.Puteri sedikit terharu dengan kata-kata Aizal.Tapi dia tak mampu memberi jawapan.

"Saya tak pasti la."Puteri menundukkan wajahnya."Saya nak awak jadi girlfriend saya tu je.Saya nak awak rasa kasih sayang juga sebelum awak pergi."Aizal memandang wajah Puteri yang sudah tertunduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience