Get the app for full experience
Minah senget ni bahaya betul la.Suka buat jantung aku laju macam baru lepas lumba marathon.Kalau terlebih laju jantung aku ni alamatnya cepat la aku say goodbye.
Aizal berjalan melintasi kereta Lamborghini berwarna merah milik Puteri.Cantik juga kereta minah senget ni.Tiba-tiba idea jahat melintasi mindanya.Dia mengukir senyuman jahat.
Puteri terus menuju ke arah keretanya.Kenapa macam lain je kereta aku ni?Puteri menilik setiap inci keretanya.Hampir terkeluar biji matanya apabila melihat keempat-empat tayar keretanya pancit.What the?Seingat aku pagi tadi kereta aku elok je.Sape punya kerja la ni?
"Sian orang tu tayar kereta pancit,"kata Aizal dengan nada sinis.Puteri terus berpaling ke belakang.Aizal memberikan senyuman yang agak sinis.
Selepas itu,Aizal berlalu pergi meninggalkan Puteri yang masih tercengang.Selamat tinggal Puteri.Harap tak pecah la kepala otak tu nak pikir macam mana nak baiki tayar kereta awak tu.Hahaha....
Cis,aku dah agak mesti mamat annoying punya kerja.Heh,apa awak cakap?Pecah kepala otak?Oh sorry.Ni Puteri la.Setakat benda kecil ni saya boleh buat la.
Puteri berjalan ke hadapan keretanya.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan memastikan tiada orang di situ.Puteri terus menggunakan kuasanya membetulkan tayar kereta itu.Dah siap.Kejap je nak baiki.