Get the app for full experience
''Ini kerja mama Iyan la.Ingat nenek kaya sangat ke nak buat basement macam ni?''Puteri hanya tersengih mendengar namanya disebut.''Apa kata kita naik motor je?Sorang satu?''Mereka memandang antara satu sama lain.''Tapi,aunty tak reti bawa motor besar.''Belum sempat Irzam berkata,Iyan sudah mengangkat tangan.''Biar Iyan bawa nenek!''Puan Hanani mengangguk.
Puteri menoleh ke arah suaminya."Abang okay ke?''Aizal menunduk.Dia malu kerana dia tidak pernah membawa motor sendiri.Dia pernah jatuh motor masa sekolah menengah menyebabkan dia berhenti membawa motor.Puteri yang boleh membaca minda suaminya hanya tersenyum.'Aduh laki aku ni,kalau aku gelak kang dosa pula.'
''Puteri bawa suami Puteri.Abang Iz dengan abang If naik berdua ke asing?''Puteri memandang ke arah mereka berdua.''Kitorang asing lah.Dah besar nak naik sama-sama macam budak kecil je.''Jawab Irzam.
Mereka pun keluar dari basement.Sekali lihat seperti konvoi pun ada.Puteri perasan semasa mereka berhenti di lampu isyarat,ramai yang menangkap gambar.Ada juga yang merakam video mereka.'Famous betul kitorang ni sampai ramai orang tertumpu ke arah kami.
Mereka tiba di sebuah restoran.Puteri terhenti.Tiba-tiba badannya terasa sakit.Dia terpaksa berlakon kuat di hadapan mereka.''Korang order dulu,Puteri nak pergi tandas sekejap.''Yang lain hanya mengangguk.Puteri berjalan laju menuju ke tandas.Dengan pantas dia membuka pintu teleport menuju ke hospital di mana Doktor Arief berada.
Doktor Arief yang sedang menulis terkejut melihat Puteri muncul di hadapannya.''Puteri!Kenapa awak ada kat sini?''Doktor Arief risau melihat keadaan Puteri.''Ba-Badan saya rasa sakit sangat.Tolong dok,saya sakit sangat ni!''Puteri memeluk tubuh menahan sakit.Doktor Arief terus membawa Puteri ke wad kecemasan.
***********
''Lamanya Puteri ni.''Kata Irfan.''Mungkin dia buang air besar tu yang lama.''Aizal menyedapkan hati mereka.Tiba-tibs telefon Irzam berbunyi.Tertera nama Doktor Arief.'Kenapa dok call aku?Ada apa-apa jadi ke?''