Bab 54

Romance Completed 18238

"Isteri aku dah ada kat rumah.Abang ipar aku kata isteri aku tak berapa sihat tu dia balik.Patut aku call tak dapat.Mybe dia tidur tu."kata Aizal.Nazirul hanya mengangguk.


"Jom,aku teman kau pergi lunch."Nazirul terkejut."But isteri kau.."belum sempat Nazirul menghabiskan katanya,Aizal sudah memotong."Takpe,isteri aku tak kisah sangat.Dia pun tahu aku balik lambat dan mesti aku dah makan kat luar.Cepat la aku pun dah rasa lapar."Aizal sudah mengorak langkah."Woi tunggu aku!"Nazirul mengejar kawannya.

**********


Mak Piah memerah kain yang basah itu dan diletakkan di atas dahi Puteri.Kasihan gadis comel ini.Tak sangka dia bertarung nyawa dengan banyak penyakit kronik.Mak Piah harap Puteri cepat sembuh.


Mak Piah keluar dari bilik Puteri.Baru sahaja dia menuruni anak tangga,dia terlihat majikannya sudah berada di pintu masuk."Eh,Aizal?Awal kamu balik?Kamu nak makan ke?Mak Piah dah siapkan makanan."katanya.


"Takpe Mak Piah.Saya dah makan dengan Naz kat luar.Saya balik awal nak tengok si Puteri ni."Mak Piah mengangguk.Aizal berlari naik ke bilik tidur utama mereka.Dia perlahan-lahan menolak pintu bilik.Terlihat isterinya sudah tidur.Aizal menghampiri isterinya.


"Sayang,"panggil Aizal.Puteri perlahan-lahan membuka mata.Suaminya sudah berada di sisi."Abang?Kenapa balik awal?Bukan abang meeting ke?"tanya Puteri dengan suara perlahan.


"Shh..sayang berehat ya.Meeting dah habis tu abang balik awal.Boleh abang jaga sayang.Abang mana boleh berenggang sedikit dengan sayang nanti rindu."ucap Aizal.Puteri tergelak kecil.Ada masa suaminya ini terlebih sweet lagi-lagi bila sudah seharian tidak bertemu.


"Alahai abang ni.Baru beberapa jam tak jumpa dah rindu?"tanya Puteri.Aizal menarik Puteri dan menyebabkan gadis itu terduduk.Puteri terkejut akan tindakan suaminya itu.Pelukan hangat suaminya membuatkan dia berasa tenang."Cinta abang pada sayang tak akan pernah hilang sama juga macam rindu.Biar abang rindu sayang tiap-tiap hari.Nanti bila sayang dah tak ada mungkin abang akan menanggung rindu teramat sangat."ucapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience