Get the app for full experience
Puteri masuk ke dalam pejabat dengan hati yang girang.Hari ini merupakan hari jadinya.Puteri mencapai iPad di atas meja.Dia ingin melihat jadual meeting.
Tak ada?Hmm..pelik.Selalunya tiap-tiap hari ada meeting.
"Bip,"Telefon Puteri berbunyi menandakan terdapat pesanan ringkas.Dia terus membuka telefonnya.Abang Irzam la.
"Happy birthday adik kesayangan abang.Dah besar adik abang sorang ni.Kerja elok-elok ya.Hari ini abang yang batalkan semua meeting sebab hari ini merupakan hari yang penting bagi Puteri."-abang Irzam.
Hati Puteri menjadi sebak selepas membaca pesanan dari abangnya.Baik sungguh abang Iz.Untung dia dapat abang yang penyayang ni walaupun kadangkala rasa nak je cekik abang dia kerana mulut yang takde insurans tu.
Hmm..pelik.Kenapa Aizal tak datang lagi?Selalunya dia orang pertama yang muncul di pejabatnya.
"Tok,tok,"pintu pejabat diketuk.
"Masuk,"arahnya.Asyura masuk sambil membawa sebuah beg kertas."Puan ni hadiah dari Tengku Aizal.Dia minta maaf kat Puan sebab tak dapat datang office.Katanya dia demam."kata Asyura meletakkan beg kertas di atas meja.
Puteri hanya mengangguk.Selepas PAnya keluar,Puteri terus mengeluarkan isi dari dalam beg itu.Wah,banyaknya hadiah dia bagi.
Puteri membuka kotak berwarna hitam.Terdapat seutas rantai emas.Ya tuhan,cantiknya.Dia terus mengalungkan rantai itu di lehernya.