Bab 43

Romance Completed 18238

Bagai halilintar membelah bumi selepas mendengar kata-kata Puteri."A..apa maksud awak?Ja..jadinya awak akan..."Aizal tak sanggup nak teruskan kata-katanya.

Puteri mengangguk."Ya,saya akan mati."Puteri hanya tersenyum memandang Aizal.Namun air mata perlahan mengalir di pipi.

Aizal tergamam."Maafkan saya sebab tipu awak.Ini la sebab kenapa saya terpaksa mengelak dari awak."

Aizal terus menarik kerusi duduk di sebelah Puteri.Kerusi Puteri ditarik menghadapnya.Puteri terus menundukkan wajahnya.Aizal hanya tersenyum."Puteri,pandang saya."arah Aizal.Puteri perlahan-lahan menaikkan wajahnya.Mata mereka bertemu.

"Cuba awak bagi tau saya kenapa awak tipu saya?"Puteri melepaskan keluhan.

"Saya terpaksa."

"Terpaksa? Kenapa?"

"Haih...ni sebenarnya rahsia.Saya dah berjanji dengan keluarga saya tak boleh bagi tau sesiapa pasal benda ni.Tapi mungkin saya percayakan awak sebab tu saya bagi tau awak."

Aizal terdiam.Dia turut melepaskan keluhan.Dadanya terasa sesak.Dia memandang ke arah Puteri.Wajah babyface gadis itu kemerahan."Sekarang ni saya nak awak berhenti menangis."arah Aizal.Dia mengesat air mata di pipi Puteri menggunakan ibu jarinya.

Serta-merta Puteri berhenti menangis.Hanya terdengar bunyi sendu sahaja."Good girl.Macam tu la.Awak tak boleh selalu menangis nanti muka mereng je."Puteri tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience