Get the app for full experience
"Ya encik apa saya boleh bantu?"Puteri memandang setiap genap butik yang mewah itu.Cantik.
"Saya nak jumpa Puan Sri Mierza."kata Aizal.Gadis itu mengangguk dan terus menuju ke belakang.Beberapa minit kemudian,gadis itu kembali bersama seorang wanita yang sudah dimamah usia.
"Assalamualaikum aunty,"ucap Aizal.Puan Sri Mierza membalas salam itu.Puteri menghampiri wanita itu dan terus menyalam tangan wanita itu.Puan Sri Mierza memandang ke arah Puteri.Ya tuhan,comel sungguh gadis di sebelah Aizal ini.Mukanya seperti anak patung.
"Aizal datang ni mesti nak beli baju untuk Puteri kan?"Puan Sri bertanya.Aizal hanya mengangguk.
"Aunty bawa Puteri ni pergi fitting room ok."Puteri yang berdiri di sebelah Aizal berjalan ke arah wanita itu."Aunty buat je la apa yang patut.Kalau boleh Aizal nak Puteri pakai gaun tapi tak terlalu seksi or pendek."ujarnya.
"I know my best Az."Puan Sri Mierza membawa Puteri ke rak gaun yang mempunyai pelbagai jenis rekaan.Puteri melihat gaun berwarna merah jambu dan putih.Warna gabungan yang sesuai.
"Aunty,boleh tak Puteri nak try gaun ni?"pintanya.Puan Sri Mierza menghampiri gadis itu."Boleh je".Puteri ambil lagi tiga helai gaun."Puteri memilih gaun labuh berwarna ungu gelap berserta tali pinggang,gaun pendek paras lutut berwarna kuning dan hitam serta gaun kembang berwarna biru cair dengan lengan beropol.
Dia terus masuk ke dalam fitting room.Puteri mencuba gaun berwarna merah jambu dan putih.
*******