Bab 55

Romance Completed 18238

Irfan mencari tempat kosong di dalam A&W.Ramai orang memandang ke arahnya.Ada juga yang sudah merakam gambarnya.Irfan mula berasa tak selesa.Kenapa dengan dorang ni?Ambil gambar aku pula.Aku bukan artis pun nak ambil gambar.


"Encik Irfan,boleh saya duduk?''tegur seseorang.Irfan hanya mengangguk.Lelaki berkemeja itu duduk."Awak cari saya sebab apa ya?Duit ke?"tanya Irfan ragu."Lelaki di hadapannya menggeleng."Saya sebenarnya ikut arahan tuan saya.Rupanya awak masih hidup lagi."


Irfan mengerut dahi.Dia pelik akan kata-kata lelaki itu."Apa maksud awak yang saya masih hidup?"Lelaki di hadapannya mengeluh."Saya rasa lebih elok kita berbincang di pejabat tuan saya.Sebab ia terlalu privasi dan sekarang kita berada di khalayak ramai."bisik Razif.


"Nah,ini alamat pejabat tuan saya.Encik Irfan boleh datang esok pukul 8.00 pagi."kata Razif sambil menghulurkan kad bisnes itu.Irfan mengambil."Baiklah encik Irfan,saya rasa perjumpaan kita sampai sini sahaja.Kalau ada apa-apa encik Irfan boleh telefon nombor dalam kad itu."Irfan melihat kad itu.


"Saya pergi dulu."ucap Razif meninggalkan Irfan seorang diri.Terlalu privasi? khalayak ramai?Hmm..Aku kena pergi juga pejabat lelaki ni.Mungkin aku dapat tahu siapa diri aku sebenarnya.Irfan terus keluar dari McD.

*********


Kenapa aku rasa lain je eh?Ada apa-apa jadi ke?Puteri berhenti menyiram pokok bunga kesayangannya."Aku dapat rasa abang Irfan kau masih hidup."Puteri terpana."What?Masih hidup?Kau biar betul.Abang aku hilang masa kemalangan tu.Aku anggap abang aku dah tak ada."katanya.

"Kau ni semua benda tak percaya."lembaga itu berpeluk tubuh."Kau tahu la kan kenapa aku dah tak percaya kat orang lagi."Puteri menggunakan kuasanya membuang dahan-dahan pokok bunga itu."Ye tahu.Gara-gara your ex la.Ada juga manusia perangai macam tu."Puteri hanya mengangkat bahu.


Disebabkan suaminya balik lambat dia boleh menggunakan kuasanya tanpa perlu disorok.Suaminya masih belum tahu yang dirinya mempunyai kuasa.Kalau rahsia ni dah terbongkar apa agaknya reaksi dia?Terkejut?Marah?Sedih? Mungkin salahnya juga kerana tidak memberitahu akan perkara sebenar.Namun,Puteri masih belum mempercayai akan orang lain termasuk suaminya.

**********

"So macam mana?"Aizal menghirup kopi panas itu."Saya dah jumpa encik Irfan.Saya rasa dia hilang ingatan.Dia tak kenal siapa saya dan siapa tuan."kata Razif."Jadinya awak dah bagi kad bisnes saya tu?"Razif mengangguk."Cuma saya tak pasti la dia nak datang atau tidak.Saya dah suruh dia telefon tuan kalau ada apa-apa nak tahu pasal hidup dia."Aizal diam.Dia menyuruh anak buahnya keluar.


Hilang ingatan?Sebab tu ke orang ramai fikir abang ipar aku dah tak ada?Aku harap abang ipar aku datang.Dah la abang Irzam dan abang Irfan kembar seiras takut pula aku tersalah panggil.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Aizal melihat nama si pemanggil.Tak dikenali.Abang Irfan ke?Aizal terus menjawab panggilan itu.


"Assalamualaikum,ni Aizal ke?Saya Irfan."Irfan memperkenalkan diri.Eh awalnya dah telefon?"Ye saya Aizal.Tak sangka abang Irfan telefon awal."Irfan mengerut dahi.Abang?"Saya nak tanya kenapa awak panggil saya abang?"tanya Irfan pelik."Ye saya kenal."jawab Aizal ringkas."Esok saya datang pejabat awak.Pukul 8.00 pagi macam tu.Saya nak tahu jawapan tentang diri saya."kata Irfan.


"Baiklah saya akan bagitahu semuanya."kata Aizal dan dia menamatkan panggilan.Mesti isteri aku terkejut bila dia tengok abang dia masih hidup.

***********


Aizal sudah merebahkan badan di atas katil.Dia malas nak kacau isterinya di dapur.Belum beberapa saat dia sudah tertidur.Puteri berhenti menghias kek cawannya.Eh, suami aku dah pulang ke?Dia menuju ke laman rumah.Kereta Lamborghini milik suaminya sudah ada di situ.Aik?Kenapa aku tak dengar bunyi kereta dia?Mesti aku terbuka lagu kuat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience