Get the app for full experience
Aizal merenung kolam.Sudah tiga bulan tiada khabar berita dari isterinya.'Sayang...Ke mana sayang pergi?Balik lah.Abang nak kita berbaik semula.Abang tahu selama ni abang salah.Abang ego sampai tak menjaga perasan isteri abang sendiri.'
Bahunya disentuh.Lamunan Aizal terhenti.Irzam duduk di sebelah Aizal.''Jauh termenung?''Aizal hanya tersenyum.''Tak ada apalah.Az cuma fikir pasal Puteri je.''Dia mengeluh."Az tak perlu risau pasal Puteri.Abang tahu dia boleh jaga diri.Yang perlu dirisaukan ialah Az sendiri.''Aizal mengerut dahi.
''Kenapa Az?''Aizal bertanya.''Cuba Az tengok diri Az.Tak terurus.Tak lalu nak makan.Ubat pun on off makan.Bila abang ajak keluar,Az cakap malas.Ha,nampakkan?''Aizal menunduk dan menganggguk.Ada betul juga kata abang iparnya itu.
''Abang pelik la.Jarang Puteri nak merajuk sampai ke luar negara.Selalunya dia ke luar negara pun atas urusan kerja.''Jelas Irzam.''Dekat luar negara sana ada ke saudara mara tinggal?''Tanya Aizal.''Ramai je cuma tak berapa rapat sangat la sebab perangai diorang tu.''
''Selain dari tu?''Irzam berfikir.''Yang rapat pun mak long ibu kepada arwah kakak ipar kami.Itu pun dia duduk kat New Zealand.''Irzam terdiam.''Az rasa Puteri kat New Zealand ke?''Aizal hanya mengangkat bahu.''Az tak sure sangat.Tapi kat mana lagi dia nak pergi?''Irzam menggeleng kepala.
''Abang lagi tak sure.Sebab dah berbelas tahun kitorang tak ke sana sejak kejadian tu.''Irzam mengocak air kolam menggunakan kaki.''Tak mustahil kalau Puteri pergi situ.Sebab...''Tiba-tiba telefon Irzam berbunyi.''Ah,maaf Az.Abang kena pergi dulu ada urusan yang perlu disiapkan.''Aizal menganggguk.Dia hanya melihat abang Iz berlalu pergi.
'Kalau betul lah sayang kat New Zealand,sudikah sayang mahu berjumpa dengan abang?'Soalnya dalam hati.Kalau lah dia tak cemburu buta dan tuduh melulu mesti benda ni tak akan berlaku.