Bab 17

Romance Completed 18238

Seminggu kemudian...

Puteri perlahan-lahan membuka mata.Dia memerhati seluruh ruang wad itu.Eh,bukankah aku kat pejabat?Macam mana aku boleh ada kat sini?

Dia merasakan tangannya digenggam oleh seseorang.Puteri menoleh ke kanan.Alangkah terkejutnya dia melihat Aizal tidur beralaskan tangan kiri dan tangan kanannya menggenggam tangan Puteri.

Erkk..kenapa mamat annoying ni ada kat sini? Siap tidur genggam tangan aku.Ingat ni macam drama melayu ke?

Puteri perlahan-lahan melepaskan tangan Aizal.Dia tidak mahu lelaki itu terjaga.Puteri terus turun dari katil.Baru sahaja dia ingin melangkah,tiba-tiba dia jatuh terduduk.

"Auch,sakitnya kaki."Puteri memicit kakinya yang kebas.Mybe sebab dah seminggu aku terlantar.

Aizal terjaga apabila dia terdengar bunyi seperti barang jatuh.Bunyi apa pulak tu?Hmm..lantak la.Nak sambung tidur balik.Tangannya meraba di atas katil.Kosong.Aizal mengangkat wajahnya.

Aik?Mana minah ni pergi?Eh jap,bukan ke dia koma?Bila dia sedar?Ke nurse bawa dia pergi emergency wad?Banyak soalan bermain di fikiran Aizal.

Aizal ternampak sesuatu di sisi katil sebelah sana.Apa benda gerak-gerak tu?Aizal perlahan-lahan baru ingin melihat objek itu.Ceh..ingatkan apa la tadi.Rupanya minah tu.Apasal la dia ada kat situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience