Get the app for full experience
Puteri tiba di lapangan terbang.Dia terus memandu sehingga tiba di satu lapangan khas untuk jet peribadinya.Dia keluar dan menghampiri seorang lelaki tua.''Pakcik Syam,lama tak jumpa."Tegur Puteri.Lelaki itu terkejut.Dia melihat gadis itu atas bawah.''Pu-Puteri?''Tanya encik Syam meminta kepastian.
Puteri mengangguk.''Lah,dah besar panjang kamu ni.Sihat tak?Macam mana dengan perniagaan kamu?''Puteri tersenyum."Alhamdulillah sihat.Perniagaan pun berjalan dengan lancar.''Encik Syam mengangguk faham.''Ni kamu nak pergi mana?''
''New Zealand pakcik.Dah lama saya tak pergi sana.''Puteri menunduk."Pakcik jangan bagi tahu dekat family saya yang saya pergi sana ya?''Encik Syam terkejut.''Kenapa?"Puteri mula berasa gelisah.''Erm,Puteri nak hilangkan diri buat sementara.''Katanya sambil tersenyum.''Puteri gaduh dengan abang Puteri ke?''Puteri menggeleng.
''Habistu?''Puteri menunduk.''Suami Puteri.''Encik Syam mengeluh.Dia mengetahui yang anak arwah majikannya sudah berkahwin.''Kenapa tak bincang elok ii?''Belum sempat Puteri hendak berbicara telefonnya berbunyi.
''Sekejap ye pakcik,saya nak jawab panggilan telefon ni dulu."Encik Syam sekadar mengangguk.Puteri menjauhkan dirinya sedikit dari pakcik Syam.''Hello,ini Puan Puteri ke?"tanya seorang lelaki."Ya saya.Ini siapa?"tanyanya pula."Saya encik Smith.Pengetua dari Wellington High School.Saya ingin berjumpa dengan puan atas disiplin anak puan."Puteri terkejut.
''Apa yang dia buat?''Puteri ingin mengetahui tentang anak susuannya."Dia telah membuli beberapa pelajar.''Bertambah terkejut dirinya.'Iyan dah mula buli orang?Ini tak mungkin sebab anaknya baik hati takkan buli orang.'
''Baiklah saya akan datang sekarang.''Puteri menamatkan talian."Pakcik,saya kena pergi sekarang.Emergency.''Encik Syam hanya diam.Dia memerhati sahaja Puteri naik jet peribadi itu.Jet peribadi itu terus meninggalkan lapangan.
'Hati-hati di tempat orang Puteri.Kamu tu dah tak dapat nak teruskan hidup lebih lama.'Encik Syam bermonolog.
***************