Puteri melangkah menuju ke bilik tidur.Terlihat suaminya sudah tidur.Dia menghampiri katil.Kesian suami aku ni.Setiap hari balik lewat nak siapkan kerja kat office.Kalau aku masuk minta kebenaran dia nak masuk kerja dia bagi tak?
Puteri terus ke dapur apabila dia teringat akan kek cawan itu.Dia mengemas semua benda yang berselerak di atas meja.Rasa satu la hihi.Tak pasti la sedap ke tak aku try je.Puteri mencubit sedikit kek cawan itu.Mak aih sedapnya aku buat.First trying kot boleh jadi.Hebat betul aku ni haha adoi lahai.
Puteri meletakkan kek cawan di dalam peti sejuk.Dia takut kek cawan itu berkulat atau dihurung dengan semut.Selesai sahaja meletakkan kek cawan,dia menutup suis dapur.Suis ruang tamu juga tidak lupa ditutup.Dia tidak suka membazir elektrik.
Sebelum Puteri naik ke bilik,dia memastikan semua suis ditutup.Selepas memastikan suis telah tutup,dia menuju ke bilik.Perlahan-lahan dia menutup pintu bilik.Puteri merebahkan badan di atas katil sebelah suaminya.Tanpa disedari pinggangnya dipeluk."Hmm..sayang buat apa kat dapur?"tanya Aizal.Puteri tersenyum."Adalah.Abang tidur ye."kata Puteri sambil memberi kucupan di bibir suaminya.
Puteri menutup lampu di atas meja sebelah katil.Mereka berdua dibuai mimpi indah.
***********
Jam loceng berbunyi nyaring.Aizal terpisat-pisat bangun.Dia menoleh ke belakang.Terlihat isterinya masih belum bersiap untuk ke office.Dia memandang isterinya yang masih di katil.Eh,kenapa isteri aku tak bangun lagi?Dia merapati katil.Aizal mengelus lembut pipi isterinya."Sayang,"panggil Aizal.Puteri perlahan-lahan membuka mata.Dia cuba untuk senyum namun sedikit sukar."A..abang."panggil Puteri tersekat-sekat.Aizal tiba-tiba gelisah.Dia meletakkan tapak tangan di atas dahi isterinya.
"Ya Allah panasnya.Sayang jom pergi hospital."Puteri menggeleng kepala."Takpe panas sikit je."ucapnya.Aizal mengeluh.Ada masa isterinya degil juga."Takde ii kita pergi juga hospital."Aizal sempat menghantar mesej kepada Nazirul.Selepas menghantar mesej,dia terus mencempung tubuh Puteri.
***********
Nazirul yang baru sahaja duduk terus menyeluk poket seluar dan mencapai telefonnya.Dia terlihat mesej dari Aizal.
"Aku hantar isteri aku ke hospital jap.Dia tengah demam panas.Kau pandai-pandai la cerita yang kau tau kat abang Irfan."-Aizal.
Gws Puteri.Aku tau pun sikit-sikit je pasal abang Puteri ni.Haa..tak kisah la asalkan aku cerita.Pintu pejabat Aizal diketuk."Masuk,"muncul seorang gadis sambil memegang beberapa fail."Err..encik Naz,saya nak inform tadi ada seorang lelaki nak jumpa encik Aizal.Tak silap saya nama dia Irfan."katanya.Datang juga eh abang Irfan."Awak boleh suruh dia masuk sini.Encik Aizal takde bini dia sakit so saya yang ganti dia."gadis itu mengangguk.Beberapa minit kemudian muncul Irfan dengan segak memakai kemeja berwarna biru pekat.
"Sila duduk abang Irfan."kata Nazirul menunjukkan kerusi di hadapannya.Lelaki itu terus duduk."Di mana encik Aizal?"dia memandang segenap pejabat itu."Dia akan datang sekejap lagi.Isteri dia sakit."Irfan mengangguk."Saya masih keliru apa yang dah berlaku sebenarnya.Kenapa semua orang pandang saya lain?Dan kenapa semua orang kenal saya sedangkan saya tak kenal diorang."ujar Irfan.Nazirul membetulkan duduknya."Saya akan
beritahu semua tentang abang Irfan yang saya tahu.
Share this novel