Get the app for full experience
Kejap lagi dia sampai.Puteri baru sahaja hendak menyuap nasi tiba-tiba,"Puteri,"panggil seseorang dengan suara yang kuat.
Haih..dah ku jangka.Ni la akibatnya kalau dah ada kuasa boleh tengok masa depan.Menyeramkan.
Lelaki itu terus duduk di hadapannya.Matanya tajam merenung diriku.Adui,ni macam nak telan aku hidup-hidup je.Jangan oii aku nak hidup lagi.Aku tanggung banyak dosa ni.Sempat lagi dia mengutuk diri sendiri.
"Akhirnya dapat juga saya jumpa awak.Awak mengelak dari saya ke?"Puteri tidak mengendahkan kata-kata Aizal.Dia khusyuk mengunyah makanan.
Tidak semena Aizal memegang tangan Puteri.Puteri meletakkan sudu dan garfu.Dia terus memetik jari.Serta merta semua orang di kedai makan itu tidak bergerak.
"Saya ada sebab kenapa saya buat macam ni."ujarku.Puteri memeluk tubuh sambil kakinya disilangkan.
"Kalau ada sebab kenapa sampai nak break?Lepas dah break,awak terus hilangkan diri.Tak bagi saya peluang nak tanya."Aizal meluahkan perasaan hampa.Puteri mengeluh.
"Cuba cakap kenapa mesti break dan mengelak diri dari saya?"Aizal bertanya.Puteri diam.Wajahnya ditundukkan.
"Puteri Ilayna binti Tan Sri Ikmal.Saya tanya kenapa awak mengelak dari saya!!"tanya Aizal kali kedua.Tapi kali ni suaranya agak tinggi.Puteri terkedu.Puteri mengumpul kekuatan.
"Saya sakit!"Akhirnya terluah juga apa yang terpendam di dalam hati Puteri.Aku terpaksa menipu lagi.
Aizal bingung."Bukan ke awak memang sakit?Kan awak menghidap penyakit lelah."Puteri mengangkat muka.Mata mereka bertentang.
"Saya tipu awak.Maafkan saya."Dia kembali menundukkan wajahnya.Aizal terdiam.
"Apa awak kata?Awak tipu saya?Habis selama ni awak tak menghidap sebarang penyakit?"Puteri menggeleng.
"Habis tu?"
"Saya menghidap penyakit kanser jantung."