DYT 18 - BUNUH?

Romance Series 523102

DARI tadi Darissa menunggu Zayn Izrel menukar tayar kereta. Dia menunggu di tepi. Tidak banyak kenderaan yang parkir di sini. Hanya ada tiga buah sahaja, termasuk kereta Hilux milik suaminya. Mungkin kerana hari ini, adalah waktu bekerja, dan bukannya waktu bercuti.

Darissa tertunduk-tunduk menekur tanah. Adakalanya dia menarik kolar bajunya ke atas untuk menutupi lehernya. Sesekali itu dia melirik ke arah van putih yang diparkir selang dua kotak dari kereta mereka.

Van tersebut sudah 20 minit di situ. Tetapi seorang pun tidak keluar. Cermin keretanya juga kelihatan gelap. Memang susah untuk melihat orang di dalamnya. Mungkin pemandu di dalam, hanya mahu tidur sebentar?

“Lama lagi ke? Tak laratlah nak berdiri lama-lama ni.” Kedua-dua tangan Darissa disilang ke dada.

“Sikit aje lagi. Boleh tak cakap tu, lembut-lembut sikit? Bila lembut tu, sedap sikit telinga ni dengar.” Sempat Zayn Izrel memerli.

“Eh, you jangan ingat I boleh buat-buat lupa apa yang you dah buat pada leher I ni?  Mentang-mentanglah I mengigau, suka-suka hati you aje ambil kesempatan.”

“Eh, you tu wife I. I boleh buat apa yang I suka. Kita dah halal. Apa masalahnya?” Zayn Izrel sedang mengetatkan skru tayar ketika ini.

Darissa menjeling. Memanglah sudah halal. Tapi tak semestinya boleh suka-suka hati ambil kesempatan macam itu sahaja.

Dalam 5 minit mengetatkan skru tayar, Zayn Izrel terus sahaja berdiri. Selesai sudah dia menukarkan tayar keretanya yang pancit tadi.

“I pergi toilet kejap, cuci tangan.” Zayn Izrel terus berlalu ke tandas, yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari kawasan parkir.

Darissa terus sahaja berjalan masuk ke dalam perut kereta semula, sambil menunggu Zayn Izrel mencuci tangan.

Tunak mata Darissa merenung van putih di sebelahnya. Kenapa dari tadi, langsung tidak keluar-keluar pemandunya?

Tiba-tiba pintu van terbuka. Seorang lelaki keluar dari perut van tersebut, dengan wajahnya ditutup dengan pelitup muka. Yang peliknya lelaki tersebut menuju ke arah pintu kereta, di mana Darissa duduk.

Tok! Tok!

Cermin kereta diketuk.

Darissa yang tidak teragak-agak terus sahaja membuka pintu kereta, sambil memandang mata lelaki tersebut.

“Yes?”

“Maaf cik. Nak tumpang tanya.” Lelaki tersebut bersuara.

“Nak tanya apa?”

“Jalan nak ke Ipoh macam mana ya?”

“Ipoh? Rasanya you dah terlepas simpang ni. You kena u-turn balik. Sebab sekarang dah area Gua Tempurung.”

Tiba-tiba dua orang lelaki turut keluar dari perut van tersebut. Dan mereka berdua juga turut mengenakan pelitup muka.

Darissa memandang mereka bertiga dengan rasa hairan. Ada yang tidak kena sekarang ini. Tiba-tiba sahaja lelaki di hadapan Darissa mula perlahan-lahan mengeluarkan pisau, dari belakangnya.

Mata Darissa pantas menangkap tangan lelaki itu, yang sedang memegang pisau, sambil disorokkan di belakang badannya.

Kenapa dia keluarkan pisau? Apa yang dia cuba nak lakukan? Adakah dia orang bertiga ni nak rompak aku? Fikir Darissa.

“Oh, kalau macam itu, terima kasih ya? Terpaksalah kami berpatah semula.” Lelaki itu bersuara lagi. Dia berpura-pura mahu berpusing.

Darissa sudah bersiap sedia. Pasti lelaki itu mahu menyerangnya. Lebih-lebih lagi, dua orang rakannya itu sudah berdiri di belakang lelaki tersebut.

Tiba-tiba sahaja, lelaki yang berdiri di hadapan Darissa tadi, mahu menghunus pisau yang dipegangnya ke arah perut Darissa. Darissa dengan pantas menendang tangan lelaki itu, lalu pisau yang dipegangnya, terpelanting ke tepi.

Darissa melompat keluar dari perut kereta, lalu memberikan satu tendangan yang padu, tepat mengenai kepala lelaki, yang mahu menikamnya tadi.

Buk!

Lelaki yang pertama terus sahaja jatuh terlentang ke belakang.

Argh!  Dia menjerit kesakitan yang teramat sangat, sambil memegang kepalanya akibat ditendang tadi.

Dua orang lelaki yang berdiri di belakang tadi, terkejut melihat rakan mereka sedang terbaring di atas tanah, sambil merintih kesakitan.

“Cepat! Bunuh dia sekarang!” Salah seorang bersuara. Mereka berdua terus menyerang Darissa.

Darissa tersentak? Bunuh?  Kenapa dirinya mahu dibunuh? Dia tidak akan berdiam diri. Darissa terus membuat satu roundhouse kick yang cukup padu, kepada salah seorang yang mahu menyerangnya ketika ini.

Buk!

Tendangan yang cukup padu itu, tepat mengenai kepala lelaki yang kedua itu pula.

Argh!

Lelaki kedua turut menjerit kesakitan, sambil memegang kepalanya.

Darissa tidak berhenti di situ. Dia terus menyerang lelaki yang ketiga pula. Beberapa tumbukan pula diberikan pada perut lelaki itu, lalu lelaki ketiga tersebut mengerang menahan kesakitan, dengan dirinya melutut di hadapan Darissa. Kaki kanan Darissa terus diletakkan di atas bahu lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki tersebut melarikan diri.

“Kau orang nak apa sebenarnya ha? Apa maksud kau orang bunuh aku?!”

Tanpa Darissa sedar, lelaki yang pertama tadi, terus sahaja bangun sambil mencapai pisau di atas tanah tadi, lalu dia berlari ke arah Darissa.

“Hei!!!” Lelaki pertama menjerit kuat, sambil pisau dihalakan ke arah Darissa.

Mata Darissa membulat, saat lelaki itu berlari ke arahnya.

Zap!

Pisau tersebut telah ditangkap oleh Zayn Izrel, dengan menggunakan tangan kanannya.

“Zayn!” Darissa menjerit kuat. Dia benar-benar tercengang. Apa yang sudah dilakukan Zayn Izrel? Kenapa pisau tersebut ditangkap menggunakan tangan? Kenapa tidak ditendang sahaja?

Darah dari tapak tangan Zayn Izrel mula menitik-nitik di atas tanah. Zayn Izrel tidak menunggu, dia terus memberikan satu tendangan yang padu, pada perut lelaki, yang hampir sahaja menikam isterinya tadi.

Buk!

Lelaki tersebut tersungkur ke belakang.

Lelaki kedua dan ketiga mula bangun dari atas tanah tersebut, dan mahu membantu rakannya.

“Jom cepat. Kita blah sekarang! Nanti kita tertangkap.” Salah seorang bersuara.

“Kau orang nak lari mana ha! Jangan lari!” Darissa tidak mahu melepaskan mereka bertiga. Dia mahu mengejar mereka, tetapi Zayn Izrel sudah terduduk di atas tanah, sambil memegang tapak tangannya yang sedang berdarah ketika ini. Kaki Darissa terhenti.

Ketiga-tiga lelaki tadi mengambil peluang untuk melarikan diri. Dan mereka terus sahaja berlari masuk ke dalam van mereka semula, lalu van tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan rumah rehat itu. Sempat juga salah seorang mengambil pisau dari atas tanah tadi.

Darissa tidak dapat mengejar mereka bertiga. Van tersebut sudah pun hilang dari pandangannya. Darissa terus berpusing memandang Zayn Izrel yang pada ketika ini masih terduduk di atas tanah.

“Zayn, are you okay?”

Zayn Izrel menggeleng perlahan, sambil tangan kiri memegang tangan kanannya yang sedang berdarah ketika ini.

Darissa terus mengeluarkan singlet putih miliknya dari dalam beg pakaiannya, lalu tangan suaminya yang luka itu, ditutup dengan menggunakan singlet yang diambilnya tadi.

Argh! Zayn Izrel menjerit kesakitan.

“Alamak. Sorry... banyak sangat darah ni. I terpaksa buat macam ni. Nanti you kehilangan banyak darah pula. You bertahan sekejap. Kita pergi mana-mana hospital area sini ya?” Darissa benar-benar risau. Dia terus memimpin Zayn Izrel duduk di bahagian penumpang. Setelah itu pintu kereta ditutup, lalu Darissa menuju ke bahagian pemandu.

Enjin terus dihidupkan, dan pedal minyak ditekan kuat. Laju sahaja kereta meluncur laju, meninggalkan kawasan rumah rehat itu.

“Zayn, bertahan sekejap.” Darissa melirik ke arah Zayn Izrel, yang sedang menahan sakit.

“Ni singlet putih you punya ke?” Zayn Izrel  bersuara perlahan.

“Tak apa. I tak kisah. Nanti buang aje singlet I tu.”

“I tak nak buang. I nak singlet you ni. Nak simpan.” Zayn Izrel tersenyum, dengan wajahnya yang pucat.

“You masih lagi nak merepek?” Darissa masih menumpu ke arah pemanduan.

Tetapi senyap. Zayn Izrel langsung tidak membalas kata-katanya.

Darissa memandang ke arah Zayn Izrel. Rupa-rupanya suaminya sudah tidak sedarkan diri.

“Zayn!”

“MACAM mana dengan keadaan husband I doktor? Teruk tak luka pada tapak tangan dia tu?”

“Husband you okey. Tak teruk mana luka dia. Tapi panjang jugalah luka dia tu. Kami dah bersihkan luka, dan luka dia juga sudah dibalut. Nanti jangan lupa ambil ubat di kaunter ya?”

“Baiklah. Terima kasih banyak-banyak doktor. So, kalau untuk check luka dia tu semula, boleh bawa ke mana-mana klinik di KL?”

“Boleh, tak ada masalah.”

“Baiklah. Terima kasih sekali lagi doktor.”

“Sama-sama.”

Darissa terus menuju ke arah Zayn Izrel yang sedang duduk di ruang menunggu.

“Zayn.” Darissa melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.

“Siapa yang serang you? Dia orang tak rompak you, kan?” soal Zayn Izrel. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.

“Tak. Bukan nak rompak pun. Tapi lebih kepada cubaan nak membunuh I. Siapa pula yang berdendam dengan I?” ujar Darissa bersahaja.

“Apa? Dia orang nak bunuh you? Siapa pula yang nak bunuh you?” Riak wajah Zayn Izrel terus berubah.

“Memang I dengar dia orang cakap, bunuh I. Yang penting sekarang ni, siapa dalang dia? Pelik betul.” Masih terngiang-ngiang suara lelaki tadi di telinganya.

“Dalang? I sebenarnya masih terkejut dengan apa yang dah berlaku tadi. Dan sekarang ni, I nampak you macam relax. Kita tak boleh nak biarkan. Sekarang ni, kita pergi buat report polis ya?”

“Nak buat report polis? Pisau tadi pun dia orang sempat ambil. Nombor plat pun, tak nampak. Macam mana nak buat report polis?”

“Tak apa. Kita pergi aje buat report. Selebihnya biar pihak polis yang siasat.”

“Ke sebenarnya Natasya yang upah orang untuk bunuh I?” Darissa meneka.

Kedua-dua kening Zayn Izrel bertaut rapat. “Kenapa you tiba-tiba aje nak tuduh dia?”

“Yalah. Siapa yang berdendam dengan I? I mana ada musuh.”

“Natasya tak akan buat benda-benda macam tu. Lagipun ini melibatkan nyawa. Tak akanlah perkara macam itu, dia berani buat?”

Darissa terdiam. Tak berani buat? Yang dahi aku ni apa? Perkara macam itu, dia tak berani buat? Masih lagi nak back-up perempuan tu! Jerit hati kecil Darissa.

“Riss?”

“Hmm, tak payahlah buat report. Kita balik KL sekarang.” Darissa bangun dari kerusi.

Zayn Izrel terus menarik tangan Darissa. “Kenapa tak nak buat report?”

“Kalau Natasya dalangnya macam mana?”

“You cakap apa ni?”

“Yalah... diakan kekasih you. Mestilah you risau, kan?”

“Dia bukan kekasih I lagi. I cuma beritahu sahaja.”

“Suka hati you la.”

“Riss, please jangan macam ini.” Dia cuba menggapai tangan Darissa, tetapi Darissa dengan pantas menepis.

“Baby please...”

Darissa terus berjalan, tanpa menghiraukan Zayn Izrel. Sakit pula hatinya apabila Zayn Izrel lebih mempercayai Natasya daripadanya. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah lif. Tetapi yang peliknya Zayn Izrel langsung tidak mengekorinya. Darissa berpusing ke belakang.

Zayn Izrel pada ketika ini sedang tunduk sambil memegang tangannya yang luka. Laju sahaja Darissa berlari ke arah Zayn Izrel semula.

“Zayn? Kenapa ni?”

“You tepis tangan I tadi. Sakit...” rintihnya.

“Sorry, I tak sengaja. Nak pergi jumpa doktor semula tak?”

“Tak perlulah. I macam tak boleh nak berjalan sangat ni.”

“Tak boleh berjalan? Tapi yang sakit tangan. Bukannya kaki?”

“Effect dekat kaki juga. Tolong pimpin I boleh?” Zayn Izrel sudah tersenyum.

“Yalah, sini.” Darissa mula memeluk pinggang Zayn Izrel. Tangan kiri Zayn Izrel memeluk bahu Darissa.

“Eh, sekejap. Baru I perasan. Apa yang you pegang ni?” Darissa melihat plastik hitam yang dipegang Zayn Izrel ketika ini.

“Oh, ini? Singlet putih you la.”

“Ha? Kenapa you ambil? Kenapa you tak buang aje?”

“Biarlah. Nanti I nak suruh Kak Ton basuh. Singlet you ni, dah jadi hak milik I. So, you tak boleh ambil.”

“Ee, you ni.”

Zayn Izrel sudah tersengih.

Darissa malas mahu melayan lagi. Mereka berdua terus sahaja berjalan meninggalkan hospital tersebut, dan pulang ke Kuala Lumpur semula.

MEREKA berdua tiba di rumah dalam pukul 8 malam. Darissa membantu Zayn Izrel menuju ke bilik. Setelah itu, Darissa meletakkan beg pakaian milik suaminya di atas meja.

“You lapar tak? Kalau lapar, I order makan ya?”

“I rasa tak selera langsung. Macam nak demam pun ada ni.” Zayn Izrel bersuara lemah.

“You nak demam?” Darissa menghampiri Zayn Izrel. Dahi suaminya disentuh.

“Yalah. You demam ni. I call Danial ya?”

“Tak payahlah. Dia bukan doktor peribadi I. Rasanya dia shif malam hari ini. You just ambilkan panadol dengan air kosong aje.”

“Tapi you kena makan dulu.”

“Kalau macam itu, you masaklah bubur ayam untuk I...” rengek Zayn Izrel.

“Masak bubur ayam? Kalau I masak, lambat pula siap. I order online ajelah ya?”

“You tak tahu masak ke?”

“Eh, hello? Ingat I tak tahu masak ke? I dah start belajar masak daripada I umur 12 tahun tau?”

Zayn Izrel ketawa kecil. “Okey, nanti I dah sihat, I nak makan masakan daripada air tangan you boleh?”

“Hmm… boleh. Tunggu you sihat, I masak. Sudah, sekarang ni you rehat dulu. I pergi order kejap.”

Zayn Izrel mengangguk lemah.

Darissa terus berjalan keluar dari bilik Zayn Izrel. Plastik hitam yang mengandungi singlet miliknya, turut diambil. Tak akan pula dia mahu membiarkan bau darah seharian? Nanti tak pasal-pasal ada makhluk halus pula yang datang nanti. Sebelum membersihkan diri, Darissa perlu memesan makanan terlebih dahulu.

Dalam 40 minit, makanan yang dipesan, sudah pun tiba. Bubur ayam terus dimasukkan ke dalam mangkuk. Air kosong turut diambil, lalu diletakkan ke atas dulang bersama-sama dengan bubur ayam tadi. Dan tidak lupa, panadol dua biji turut diambil.

Entah apalah yang dibuat Zayn Izrel ketika ini. Adakah dia sudah tidur? Darissa laju sahaja menaiki anak tangga menuju ke bilik suaminya.

Daun pintu ditolak. Pelik, Zayn Izrel tiada di atas katil.

“Zayn?” Darissa meletakkan dulang di atas meja.

Kedengaran bunyi air dari bilik air. “Zayn? You mandi ke?” Senyap, tiada sahutan.

Darissa mula risau. Takut Zayn Izrel pengsan pula di dalam bilik air.

Darissa terus memulas tombol pintu. Terkejut dia melihat Zayn Izrel yang langsung tidak berpakaian, sedang berendam di dalam tab mandi. Entah apa yang dilihatnya sekarang ini.

“Ee!” Darissa separuh menjerit.

Zayn Izrel yang tertidur di dalam tab mandi, terus sahaja terjaga. “Eh, Riss.”

“Apa you ni. Mandi berbogel. Tak malu ke?” Darissa berpaling ke arah lain.

“I panas sangat. I berendam ajelah dalam ni. Yang you masuk ke dalam bilik air ni kenapa?”

“Yalah, dah I panggil you dari luar, you tak menyahut. Cepatlah keluar. Makanan dah sampai.”

“Boleh tolong I tak? I sebenarnya tak bawa towel.”

Darissa menggeleng dengan sikap Zayn Izrel. Macam-macam hal. Darissa mengambil tuala yang disidai di tepi pintu bilik. Setelah itu dia menghulurkan tuala tersebut, sambil berpaling ke arah lain. Dia memang tidak mahu langsung melihat tubuh suaminya yang tidak berpakaian itu.

“Kenapa pandang tempat lain?”

“You jangan nak merepek boleh tak? Tak inginlah I tengok keadaan you yang mengaibkan tu. Langsung tak ada rasa malu.”

Zayn Izrel ketawa. “Kalau kita mandi sama-sama pun best juga, kan? Boleh juga kita ehem-ehem.”

“Nak merepek lagi ke? Dah demam, buat cara demam.” Darissa terus sahaja mencampakkan tuala milik Zayn Izrel di atas lantai. Dia terus sahaja berjalan keluar dari bilik air tersebut. Malas dia mahu melayan.

Darissa terus duduk di sofa, sambil menunggu Zayn Izrel. Matanya meliar melihat bilik suaminya. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu gambar konvokesyen suaminya, yang sedang tersenyum menerima ijazah. Nampak muda wajah Zayn Izrel ketika itu. Tetapi gambar tersebut, kelihatan tubuh suaminya kurus kering, jika hendak dibandingkan dengan sekarang ini.

Tetapi kenapa dia merasakan wajah suaminya seperti pernah dilihatnya? Pernah bertemukah mereka sebelum ini? Darissa bangun dari sofa dan mahu melihat gambar tersebut secara dekat, tetapi susuk tubuh suaminya sudah pun terpacul di muka pintu bilik air.

“Nak pergi mana?” soal Zayn Izrel sambil menuju ke arah almari. Seluar tidur diambil, lalu disarungkan ke kakinya .

Darissa duduk semula di sofa, dan pantas berpaling ke arah lain. “Tak. Tak ada ke mana-mana. Tunggu you la.”

“Oh... ingatkan nak tinggalkan I tadi.” Zayn Izrel terus duduk di sebelah Darissa. Sebenarnya dia langsung tidak berselera untuk menjamah makanan. Kalau boleh dia mahu tidur sekarang juga. Tubuhnya juga rasa begitu lemah ketika ini.

“Makanlah bubur tu.”

“Kalau you suapkan boleh tak? Tangan I ni sakit. Susah nak makan.” Zayn Izrel bersuara manja.

Nak tak nak, Darissa terpaksa menyuap suaminya makan. Sudu diambil, lalu bubur ayam dicedok. “Bismillah...” ucap Darissa perlahan, dan diikuti Zayn Izrel, lalu bubur ayam disuapkan ke dalam mulut suaminya.

Zayn Izrel mengunyah perlahan. Mulutnya rasa sedikit pahit. Tetapi digagahkan juga untuk mengunyah bubur yang ada di dalam mulutnya ketika ini.

“Hmm, I nak tanya ni. Umur you berapa sekarang ni?”

“Apalah you ni. Kecik hati I ni. Umur suami you pun, you tak tahu. Tapi tak apa, I faham yang you lupa ingatan sekarang ni. Okey, umur I sekarang ni dah 32 tahun.”

“Oh, 32? Tak adalah tua pun.”

“Aik, you cakap I tua? You 29 tahun. Jarak kita dua tahun aje.”

“Tak adalah. Sebab I tengok gambar konvo you tu, nampak kurus.”  Darissa masih menyuap bubur ke dalam mulut Zayn Izrel. Dia tahu, suaminya itu seakan susah untuk menelan bubur tersebut.

Zayn Izrel meneguk air kosong sedikit.  “Hmm... sebab dulu, I sibuk belajar. Mana ada masa nak ke gym.  Sebab tu sekarang ni, you nampak I sasa, kan? Tak teringin ke nak peluk husband you ni?”

Darissa menggeleng perlahan. “You kalau tak merepek satu hari, memang tak sah, kan?”

“Riss...” Zayn Izrel menyentuh lengan Darissa.

Darissa terdiam, saat Zayn Izrel menyentuh lengannya.

“Tak boleh ke kalau kita jadi macam pasangan suami isteri yang lain? Sampai bila kita nak macam ni?”

“Apa maksud you?”

“I nak kita hidup bahagia. I tak nak hubungan yang dingin. Boleh tak you bagi I peluang? Bagi I peluang, untuk I buat you jatuh cinta pada I?”

Darissa meletakkan mangkuk bubur di atas meja. Dia melepaskan keluhan. “Peluang I dah bagi... tapi you sia-siakan. Dan kejadian hari ini, I masih tertanya-tanya, siapa yang cuba nak bunuh I? Tapi, bila I sebut nama Natasya, you beria nak back-up dia. Kenapa?”

“I... I tak back-up dia. I tahu, Natasya tak akan buat benda macam itu. Lagipun benda ni melibatkan undang-undang. Dia tak akan berani.”

“Habis tu, siapa yang cuba nak bunuh I? Siapa dalang dia?”

“I tak tahu. Sebab itu I cakap tadi, kita buat report polis, dan biar pihak polis yang siasat.”

“Kalau Natasya dalangnya?”

“Kalau dialah dalangnya, biarlah pihak polis yang tangkap. Negara kitakan ada undang-undang?”

“You tak risau?”

“Kenapa I nak risau pula? I dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan dah. Sekarang ini, I cuma nak you sahaja Riss... please Riss... beri I peluang?” Mata Zayn Izrel mula berkaca-kaca. Dia tidak tahu kenapa dadanya berasa sebak. Sudahlah kejadian tengah hari tadi, telah menakutkannya. Dan dia fikirkan nyawa Darissa hanya setakat itu sahaja.

Darissa melepaskan keluhan. Dia melihat wajah Zayn Izrel yang kemerahan, seakan menahan tangis. Perlukah dia memberi peluang kepada Zayn Izrel?

“MAAF. Kami gagal. Perempuan tu tahu seni bela diri.”

“Perempuan tu tahu seni bela diri?” ucap satu suara yang membelakangi mereka bertiga.

Salah seorang mengangguk.

“Sial betul! Aku upah kau orang bertiga untuk bunuh perempuan tu. Aku tak nak dia hidup! Tapi, sorang pun tak berjaya! Sia-sia aku bagi kau orang bertiga ni duit!”

“Kami minta maaf bos. Tapi kalau bos nak, ada seorang yang tahu seni bela diri. Dan kami yakin, dia dapat bunuh perempuan tu.”

“Siapa? Aku tak nak kau orang cakap kosong.”

“Kami tak cakap kosong. Memang dia tahu seni bela diri. Memang kerja dia untuk membunuh. Dan sekarang ini dia di luar negara. Kalau bos nak, kami akan call dia. Dengan pantas sahaja, perempuan tu akan mati.”

“Baiklah. Aku percayakan kau orang. Dan aku akan biarkan perempuan tu hidup dulu. Aku tak nak terlalu kelam-kabut. Pasti dia ada buat report polis. Dan pihak polis juga, pasti akan siasat kes yang berlaku hari ini. Nanti apa-apa hal, aku akan contact kau orang semula.”

Tiga orang lelaki tadi, mengangguk.

Susuk yang bersuara tadi, terus sahaja berlalu pergi.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-07-08 19:18:56 

sapa tu..nayla agaknya

Zue
2023-07-08 16:10:25 

nayla kot


NovelPlus Premium

The best ads free experience