DYT 38 - TUNTUTAN FASAKH

Romance Series 522373

TIDAK henti-henti air matanya mengalir di pipi. Darissa merenung Eiffel Tower di hadapannya. Dia keseorangan di sini, mengenangkan nasib yang dihadapinya. Tak disangka, rupa-rupanya Zayn Izrel sudah lima bulan sedar daripada koma. Kenapa? Kenapa suaminya tidak pulang ke Malaysia dan mencarinya?

Dan yang membuatkan dia benar-benar terluka, keluarga mentuanya langsung tidak memberitahu yang anak lelaki mereka, sudah pun sedarkan diri. Darissa benar-benar merasakan dirinya diperbodohkan. Patutlah ibu mentuanya kerap datang ke pejabat dan mahu menuntut cucunya.

Tiba-tiba sahaja, satu pesanan ringkas masuk. Darissa mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan. Mesej tersebut terus dibaca.

-Puan, di mana?-

Darissa terus membalas mesej tersebut.

 
-Depan Eiffel Tower. Kejap lagi saya balik.-

 
Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg tangan. Air mata diseka. Apa guna dia menangis lagi? Dia sudah penat sebenarnya. Dan Zayn Izrel juga entah ke mana. Ada baiknya jika dia membuat tuntutan fasakh sahaja, jika itu lebih menyenangkan hati semua orang. Kedua-kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek baju sejuknya. Keluhan berat dilepaskan.

Jika Zayn Izrel tidak mahukan dirinya lagi, Darissa redha. Dia redha jika selepas ini hidupnya akan menjadi seorang ibu tunggal. Yang penting, anak-anaknya tidak akan dituntut.

Darissa terus berpusing. Tiba-tiba sahaja matanya tertancap ke arah seorang lelaki yang persisnya sama dengan Zayn Izrel.

“Zayn?” Darissa mengamati wajah lelaki itu, yang sedang berdiri merenung Eiffel Tower.

“Tak mungkin... dan tak mustahil. Sebab dia pun dah sedar daripada koma. Tapi tak mungkin dia boleh berada di sini,” bisiknya sendiri. Darissa malas mahu mengambil tahu tentang lelaki tersebut. Dia terus sahaja berjalan untuk pulang ke hotel, di mana tempatnya menginap.

Baru sahaja beberapa langkah, tiba-tiba dia merasakan ada satu tangan sedang cuba menoreh beg tangannya dengan menggunakan pisau. Darissa pantas berpusing, lalu memberikan satu tendangan padu pada perut lelaki itu, yang cuba untuk menoreh beg tangannya tadi.

Argh! Lelaki kulit putih itu, menjerit akibat ditendang Darissa.

“Stupid! How dare you!” tengking Darissa.

Darissa terus menyerang lelaki kulit putih tersebut. Satu tumbukan terus dihalakan pada wajah lelaki itu pula.

Buk!

Suara Darissa telah mengejutkan beberapa orang yang berada di situ.

“Sorry Miss. Don’t hurt me.” Lelaki kulit putih itu merayu.

Darissa sememangnya hilang mood hari ini. “Go!”

“Thank you Miss.” Terkocoh-kocoh lelaki kulit putih itu melarikan diri.

Darissa tahu di sini, dia perlu berhati-hati. Kerana terlalu ramai penyeluk saku di sini. Nasib baiklah dia perasankan tangan yang cuba menoreh beg tangannya tadi.

Belum sempat Darissa mahu melangkah, tiba-tiba sahaja lengannya ditarik. Adakah dia diserang lelaki berkulit putih tadi? Darissa pantas menganyunkan kakinya untuk memberikan satu tendangan, tetapi tendangannya pantas dielak. Malah, tubuhnya tiba-tiba sahaja ditarik ke dalam pelukan.

Darissa terkebil-kebil. Jangan cakap yang memeluknya sekarang ini adalah Zayn Izrel. Jadi, lelaki yang dilihatnya tadi, adalah suaminya? Darissa cuba melonggarkan pelukan. Tetapi semakin kuat tubuhnya dipeluk.

“Let me go!”

“Baby...”

“I said, let me go!”

“No...”

Darissa berasa berang. Pantas dia menghantukkan kepalanya pada kepala Zayn Izrel.

Buk!

Auch! Kedua-keduanya serentak mengaduh sakit.

Darissa terus mengambil peluang untuk melarikan diri. Tetapi, Zayn Izrel begitu pantas menarik lengannya.

“What’s wrong with you!” marah Darissa, sambil menepis tangan suaminya. Air mata yang sudah berhenti tadi, tiba-tiba sahaja mahu mengalir kembali.

“Nothing wrong with me.”

Darissa tidak menghiraukan Zayn Izrel. Dia laju sahaja melangkah, tetapi Zayn Izrel tetap mengekorinya dari arah belakang.

“You nak apa ha? Stop following me!”

“Anje tahu, baby marahkan anje...”

Darissa terdiam. Anje? Bagaimana Zayn Izrel tahu itu adalah panggilan untuknya?

“Mana you tahu yang I panggil you anje?”

“Dalam koma tu, I cuma dengar baby dan anje aje.”

Darissa malas mahu mendengar lagi. Dia terus berjalan meninggalkan Zayn Izrel di situ, tetapi Zayn Izrel tetap mengejarnya.

“Baby please...”

“You boleh relax, kan? Macam tak ada apa yang berlaku. You dah sedar lima bulan daripada koma. And then, you tak balik-balik ke Malaysia langsung! Dan I pula, dihalau keluar dari rumah. Mama you pula tuntut anak-anak I. You ingat, I boleh happy? Happy tengok you depan mata I ni? Sikit pun, I tak happy la.”

“What? baby kena halau?”

“Yes! I kena halau! I bernasib baik, I memang daripada keluarga berada. Kalau I bukan daripada keluarga berada, orang susah, atau tak ada family... I rasa, I dengan anak-anak dah merempat kut, bawah jambatan.” Darissa menghela nafas perlahan.

“Mama you pun, paksa I pergi buat tuntutan fasakh. Dan dia minta you ceraikan I, kan? Why you tak ikut aje cadangan mama you tu?”

“Ceraikan baby? No, anje takkan ceraikan baby. Baby selama-lamanya isteri anje.”

Darissa ketawa. “Isteri? Kenapa tiba-tiba fikir isteri ni? Dua tahun. Dua tahun I hidup keseorangan tanpa seorang suami di sisi, disebabkan koma. Dalam I tengah sarat mengandung, I tetap melawat you. Tak pernah langsunglah I missed. Sampaikan I dimasukkan ke hospital, disebabkan tekanan darah rendah, dan boleh membahayakan pada kandungan. Tetapi I tetap berdegil. Masih juga ulang-alik ke hospital semata-mata nak temankan you. Sampailah mama you buat keputusan nak bawa you ke luar negara.” Darissa menarik nafas seketika, menahan sebak di dada.

“I merayu pada dia, supaya jangan bawa you ke sana. Tetapi, dia tetap dengan keputusan dia. Ya, I tahu. I dah keluar dengan lelaki lain, semasa I tengah mengandung. Dan I mengaku, memang salah I. Mesti you dah tengok gambar-gambar I dengan Shahrul, kan? Dan mesti mama you dah beritahu pasal fitnah yang dibuat Shahrul, kan?”

Zayn Izrel masih mendengar. Tidak sikit pun dia mahu menyampuk.

“Shahrul kawan lama I masa kami study di luar negara dulu. Dan empat tahun kami kenal. Dan I anggap, dia hanya sekadar kawan. Dan tak lebih Dari itu. Sampailah, Shahrul membuat fitnah di hadapan mama you. Masa itu, dunia I jadi gelap. Dan I jadi bodoh. Kerana percayakan Shahrul. Memang I fikir masa itu dia sekadar mahu membantu I. Tapi, I salah tafsir. Dan I tak expect, yang dia ada hati pada I. Lepas sahaja dari kejadian itu, I terus berhentikan Shahrul dari syarikat. Dan selepas itu, I tak dengar cerita daripada dia lagi, sehinggalah ke hari ini,” ujar Darissa panjang lebar.

Zayn Izrel tahu, Darissa tidak akan curang dengannya. Tapi, disebabkan desakan ibunya, membuatkan Zayn Izrel tidak mahu pulang ke Malaysia. Tipulah kalau dia tak rindukan Darissa dan anak-anak. Sesungguhnya dia rindu.

“Anje tahu, baby tak curang. Anje percayakan baby. Tapi mama kerap paksa anje ceraikan baby. Disebabkan itulah, anje tak pulang ke Malaysia. Lebih-lebih lagi, baru lima bulan anje sedar daripada koma. Anje tak nak serabutkan kepala anje dengan desakan mama. Dan anje memang terkilan bila baby tak ada di sisi anje, saat anje sedar daripada koma.”

“Macam mana I nak berada di sisi you, kalau I tak dibenarkan melawat you? You tak sedar ke? Mama you tu dah upah dua bodyguard untuk jaga you. I sampai tak dibenarkan masuk ke dalam wad. Dan akhirnya I pulang ke Malaysia dalam keadaan kecewa. You tahu ke tidak!” Suara Darissa separuh menjerit.

Beberapa orang yang lalu-lalang di situ, memandang ke arah mereka berdua.

Zayn Izrel terus menggenggam kedua-kedua pergelangan tangan Darissa.

“Anje tahu, anje tak patut jauhkan diri daripada baby. Tapi percayalah, baby sentiasa di dalam ingatan anje. Setiap hari, anje akan tengok gambar-gambar baby dalam handphone anje. Cuma anje tak kuat nak berdepan dengan baby lagi. Dan anje tahu, baby balik ke Malaysia dalam keadaan kecewa, disebabkan gara-gara bodyguard yang mama upah. Dan Anje dapat tahu cerita tu, selepas seorang nurse beritahu pada anje, apa yang dah berlaku pada masa itu.”

Darissa tersenyum mengejek. “Kalau tak ada nurse yang beritahu, mesti you takkan percaya apa yang dah berlaku, kan?” Darissa terus menepis tangan Zayn Izrel daripada menyentuh tangannya. Sungguh dia masih lagi terluka dengan sikap suaminya itu.

“Sekarang ni you buat keputusan. Ceraikan I atau I yang pergi tuntut fasakh? Lagipun mama you tak sukakan I lagi. Dan I jugalah, punca you koma.”

“Ceraikan baby? No, anje takkan ceraikan baby. Dan baby jangan sesekali berani tuntut fasakh. You always be mine Darissa. Always be mine... please... maafkan semua kesalahan anje.”

“Always be yours? In your dream! You dah lukakan hati I. Dan sekarang ni, I boleh pula jumpa you di sini? You buat apa dekat sini? Bercuti? Nak release tension? Dan I pula, terkontang-kanting membesarkan anak-anak? Nasib baiklah ada Hani, Danial, dan family I. Yang mama you, tahu nak tuntut cucu aje.” Darissa terus sahaja melangkah meninggalkan Zayn Izrel di situ. Tetapi Zayn Izrel tidak mengalah. Dia tetap mengejar Darissa dari belakang.

“Baby please...”

“Don’t follow me!”

“Baby...” Zayn Izrel menundukkan kepalanya.

Darissa terkejut. Dia melihat Zayn Izrel yang sedang memegang kepala saat ini.

“Zayn, Zayn... kenapa ni?” Darissa menuju ke arah suaminya semula.

“Kepala anje... macam pusing sikit.”

“I bawa you ke hospital sekarang.”

“No need... bawa anje balik ke hotel baby menginap.”

Berkerut dahi Darissa saat ini. Bawa balik ke hotel penginapannya?

“Anje, sakit kepala sangat ni. Mungkin kesan kemalangan dulu, masih ada effect lagi.”

Darissa tiba-tiba sahaja menjadi risau. Kesan kemalangan?

“Kita pergi hospital? Takkan nak biarkan you macam ni? Sekurang-kurangnya doktor boleh check sakit you.”

“No... anje tak nak pergi hospital.” Zayn Izrel tetap bertegas.

Nak tak nak Darissa terpaksa membawa Zayn Izrel pulang ke hotelnya.

Dalam 10 minit mereka tiba di bilik hotel. Darissa sedikit buntu. Patutkah dia membawa Zayn Izrel masuk ke dalam? Tidakkah terkejut, Kak Melur dan Jijah nanti? Dan nasib baik jugalah, Darissa memang menempah bilik hotel yang mempunyai tiga bilik di dalamnya.

Darissa terkial-kial menyentuh kad akses pada tombol pintu, sambil dia memapah Zayn Izrel. Daun pintu ditolak. Dia melihat ruang tamu yang sedikit sunyi. Sudah tidurkah mereka?

Zayn Izrel sudah tersenyum. Akhirnya dia dapat mengikuti Darissa pulang ke hotel. Dan dia sebenarnya, sengaja berpura-pura sakit kepala. Dengan cara itu, mudah untuk dia mengikuti Darissa pulang.

Ingin sahaja dikucup bibir Darissa saat ini. Isterinya itu semakin lama semakin cantik di matanya. Perlahan-lahan dia merapatkan wajahnya pada wajah Darissa. Tidak. Dia tidak akan melepaskan peluang yang ada.

“Puan Darissa ke tu?” laung Kak Melur, dari bilik.

Zayn Izrel tersentak. Siapa pula yang melaung?

“Ya saya. Kak Melur, pakai tudung. Ada lelaki dengan saya sekarang ni.”

“Siapa tu?” soal Zayn Izrel.

“Pengasuh anak kitalah, siapa lagi.” Darissa menjeling.

“Anak kita ada ke sekarang ni?”

“Habis tu nak tinggalkan dia orang dekat Malaysia? Dan I nak bercuti sendiri? Tak macam orang tu, boleh pula bersuka-ria dekat sini, sorang-sorang.” Darissa sempat memerli.

“Baby... please janganlah macam ni. Baby tak happy ke jumpa anje?”

“Puan Darissa.” Kak Melur muncul di situ, sambil memandang Darissa dan lelaki di sebelah majikannya itu silih berganti.

“Kak Melur, ini suami saya. Zayn Izrel.”

“Oh, inikah Tuan Zayn? Eh, kejap. Tuan Zayn dah sedar daripada koma?” Kak Melur benar-benar terkejut. Dia tahu suami majikannya koma. Tetapi bagaimana pula lelaki itu boleh berada di sini?

“Hmm, ya. Dialah suami saya. Ni kalau dah nampak depan mata, dah sedar daripada komalah kak. Kalau tak sedar lagi, Takkanlah dia boleh berdiri di sini?” ujar Darissa sambil menjeling Zayn Izrel.

Zayn Izrel melemparkan sedikit senyuman. Tetapi dia masih sedikit keliru. Darissa datang ke Paris bersama-sama dengan pengasuh?

“Patutlah ada iras Hafiq dengan Hadif.”

“Dia orang tidur dah ke Kak Melur?”

“Sudah, dengan Jijah.”

“Hmm, tak apalah. Ni, ada panadol, kan? Tolong bawakan panadol dengan air kosong segelas ya?”

“Baik puan.”

Darissa terus memapah Zayn Izrel ke biliknya.

“Aduh, sakit...” rintih Zayn Izrel.

“Tahanlah sikit.”

Tiba sahaja di bilik, Zayn Izrel terus sahaja direbahkan di atas sofa.

“Kenapa dekat sofa? Kenapa bukan dekat katil?”

“Bersyukurlah I bawa you balik ke sini. Kalau nak diikutkan hati I ni, jangan harap I nak bawa you ke sini.”

“Sampai hati baby layan anje macam ni. Anje ingatkan baby happy jumpa anje. Tak apalah, biarlah anje balik. Baby pun bencikan anje, kan?” Zayn Izrel terus sahaja bangun dari sofa, sambil memegang kepalanya.

Darissa mendengus kasar. “Boleh tak jangan nak mengada-ngada?” Darissa terus menarik lengan Zayn Izrel, lalu dibawa ke katil. Dan tak semena-mena tubuhnya terus ditolak, lalu Zayn Izrel menindih tubuh badannya.

Darissa tergamam, dengan matanya turut terkebil-kebil.

“I miss you so much baby... I miss you,” ucap Zayn Izrel.

“Ni puan, panadolnya.” Kak Melur muncul di hadapan pintu.

Darissa dengan pantas menolak tubuh Zayn Izrel, supaya menjauh daripadanya. “Ha? Ya kak.”

“Alamak. Sorry, Kak Melur tak sengaja.”

“Tak apa kak.” Darissa pantas bangun dari katil, sambil mengambil panadol dan air kosong dari tangan Kak Melur.

Zayn Izrel berasa sakit hati. Tiba-tiba sahaja ada mengacau.

“Kak Melur boleh masuk tidur dulu ya?” arah Darissa.

Kak Melur mengangguk.

Darissa terus menuju ke arah Zayn Izrel semula. “Ni makan. Dah sakit buat cara sakit.”

Zayn Izrel mengeluh. Perlahan-lahan tangannya mengambil panadol tersebut. Dia tidak sakit kepala. Takkan pula dia mahu menelan panadol tersebut?

“Err, anak kita buat apa sekarang?”

“Tidur.”

“Hmm, baby dah makan?”

“Sudah. Kenapa? You tak makan lagi?”

Zayn Izrel menggeleng. “Tak selera nak makan.”

“So, sekarang ni you nak makan ke? Kalau nak, I order?”

“Tapi... anje nak makan baby.”

Darissa menjegilkan matanya. “You jangan nak merepek boleh tak?”

“Alah, gurau ajelah. Janganlah marah..” Zayn Izrel tersengih.

“You ni sakit kepala betul-betul ke main-main?”

“Err... sakitlah ni...” Zayn Izrel memegang kepalanya.

“Sudah. Makanlah panadol tu. I nak pergi jenguk anak-anak kejap.”

“I nak jenguk sekali.” Zayn Izrel sudah bangun dari katil.

“Esok ajelah you jumpa dia orang. Lagipun, dia orang dengan Kak Jijah. Nanti segan pula Kak Jijah, bila tengok ada lelaki masuk bilik dia. Dan dia, sama umur dengan you.”

Darissa terus melangkah keluar dari biliknya. Manakala Zayn Izrel menuju ke bilik air. Panadol di tangannya, terus dicampak ke dalam lubang tandas, lalu dipam. Setelah itu, dia kembali ke katil semula.

Hampir 10 minit menunggu, batang hidung Darissa langsung tidak kelihatan. Ke mana pulalah isterinya itu pergi?

Klak!

Daun pintu ditolak.

“Tak tidur lagi?”

“Baby ke mana lama sangat?”

“Aik, kenapa you nak kisah pula ni?”

“Baby, masih marahkan anje lagi ke?” Zayn Izrel menuju ke arah Darissa. Dia cuba menggapai tangan isterinya, tetapi pantas sahaja Darissa mengelak.

“Jangan ingat I boleh tutup mata macam tak ada apa yang berlaku.” Darissa melabuhkan punggungnya di birai katil.

“Teruk sangat ke kesalahan yang anje dah buat? Baru lima bulan anje sedar daripada koma. Dan bukannya setahun atau dua tahun, sampai tak pulang-pulang ke Malaysia. Itu boleh dikatakan ya, kalau baby nak benci anje. Dan marahkan anje. Tapi percayalah, anje betul-betul tertekan dengan mama. Boleh dikatakan setiap hari mama paksa anje ceraikan baby. Disebabkan itulah, anje menjauhkan diri.” Zayn Izrel mengeluh perlahan.

“Anje betul-betul minta maaf pada baby. Dan pada anak-anak kita. Anje memang tak boleh hidup tanpa baby dan anak-anak...” Nada suara Zayn Izrel berasa sebak.

“Dan anje juga tak sangka, mama boleh halau baby keluar dari rumah kita.”

Darissa tersenyum mengejek. “Tak sangka? Kalau I dah dipaksa buat tuntutan fasakh, dan you juga dipaksa untuk ceraikan I, you ingat, mama you akan biarkan I duduk dalam rumah tu lagi? You tahu tak, punca you dilanggar, disebabkan dendam dalam keluarga I? You tahu ke tidak? You masih lagi nak bersama-sama dengan I? Sampaikan mama you, dah tak nak pandang I ni. Dan dia juga, dah tak anggap I ni menantu dia lagi. You tahu ke tidak? Dan mama you dan juga mummy I, dah menjadi musuh. You masih nak bersama dengan I lagi?”

“Dia tak ada hak, untuk paksa baby pergi buat tuntutan fasakh. Dan dia pun tak ada hak, untuk paksa anje ceraikan baby. Anje berjanji, selagi nyawa anje masih panjang, baby tetap isteri anje untuk selama-lamanya.”

Bergerak-gerak rahang Darissa saat ini menahan marah. Lelaki ini faham atau tidak, apa yang disampaikannya tadi? Mudahnya berkata-kata. Tetapi, tidak memahami keadaan yang dialaminya.

NATASYA sedang menangis saat ini, mengenangkan nasib yang dihadapinya. Walaupun dia sudah mempunyai suami, tetapi tidak dilayan seperti seorang isteri. Malah, dia pula yang terhegeh-hegeh. Sungguh dia terkilan dengan sikap suaminya itu.

Kenapalah dia bersetuju sahaja? Padahal dia tahu, lelaki itu langsung tiada hati padanya. Dia benar-benar bodoh! Bodoh menerima sahaja.

Yang paling dia tidak dapat menerima kenyataan, dia kini sudah mengandung 2 bulan. Tetapi suaminya pula, sudah ke luar negara, meninggalkan dirinya begitu sahaja. Katanya ada kerja yang mahu dilakukan. Tetapi sudah dua bulan suaminya tidak menghubunginya.

Apalah nasib kau Sya. Kenapalah kau terima aje? Kau dah tahu, dia tak ada perasaan pada kau, kenapa kau terima juga dia jadi suami kau? Natasya melepaskan keluhan berat.

Ini semua gara-gara ibu mentuanya, yang tiba-tiba sahaja, mahu dia bernikah dengan anak lelakinya.

Natasya mengusap perutnya. Apalah nasibnya. Dia benar-benar berasa malang. Mengandung, tanpa suami di sisi. Sungguh dia mahukan belaian seorang suami, dan bukannya dibiarkan terkontang-kanting begini.

Share this novel

Seri
2023-10-25 18:47:07 

Sape suami dia… ??

Rohani Hussin
2023-10-24 17:28:46 

Shahrul ke suami natasya tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience