DYT 17 - KE PULAU PINANG

Romance Series 522373

DARISSA perlahan-lahan memulas tombol pintu biliknya. Manalah tahu, jika Zayn Izrel masih di luar? Ternyata susuk suaminya sudah tiada. Entah kenapa, dia mula rasa bersalah kerana menumbuk perut Zayn Izrel tadi.

Biarlah. Kenapa dia perlu rasa bersalah pula? Pintu ditutup kembali. Darissa terus merebahkan badannya di atas katil.

Melampau sangatkah aku? Sampai macam itu aku buat pada dia? Tapi, tak salahkan, aku tumbuk dia tadi? Siapa suruh dia cari pasal. Dan kenapa aku tak tumbuk aje ular tedung dia tu tadi? Tapi kalau aku tumbuk dekat situ, putus nyawa dia pula nanti.

Darissa terus sahaja bangun daripada pembaringan, dan menuju ke bilik air. Wajahnya terus sahaja dicuci. Setelah itu, dia termenung seketika. Kenapa hatinya berasa tidak tenang? Dan dia juga turut rasa berdosa, walaupun Zayn Izrel telah melukai hatinya.

Ting! Ting!

Deringan telefon bimbit milik Darissa telah mengejutkannya. Pandangannya terus sahaja dihalakan ke arah beg tangannya di atas katil. Siapa pula yang menghubunginya waktu pagi buta begini? Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke katil, lalu telefon bimbit miliknya diambil dari dalam beg tangannya. Tertera nama bapanya di permukaan skrin. Laju sahaja panggilan tersebut dijawab.

“Hello, abi?”

“Hello Riss?”

“Ya abi. Ada apa?”

“Riss dah tidur ke?”

“Belum lagi abi. Kenapa ni abi? Ada benda penting ke?” Suara Darissa mula berubah. Risau pula dia. Tak pernah-pernah pula bapanya menghubunginya waktu begini.

“Tadi abi ada try call Zayn. Tapi tak jawab pula. Dia dah tidur ke?”

Darissa terdiam seketika. Tak akanlah dia mahu memberitahu yang dia dan Zayn Izrel tidur asing?

“Ya abi. Zayn dah tidur dah.”

“Oh... iya ke? Hmm, tak apa. Abi beritahu kamu dulu. Ini pagi esok, abi nak minta tolong Riss dan Zayn pergi ke Pulau Pinang, untuk lihat tapak projek perumahan di sana. Jumpa dengan kontraktor di sana sekali. Abi dan bapa mentua Riss, tak dapat nak pergi. Yalah, kami ni dah tua. So, kali ini biarlah anak dan menantu pula yang handle. Boleh tak Riss dan Zayn ke sana?” pinta Datuk Azlan.

Darissa menggigit bibir. Pergi ke Pulau Pinang dengan Zayn Izrel? Tapi, mereka berdua baru sahaja selesai bertekak. Tak akanlah pula, esok mereka berdua akan ke sana bersama-sama? Tak. Memang dia tidak mahu pergi bersama dengan Zayn Izrel. Lebih baik dia seorang sahaja yang pergi ke sana.

“Baiklah nanti Riss beritahu pada dia. Tapi kalau nak Riss sorang pergi pun, tak ada masalah. Lagipun Riss dah pernah handle projek di Putrajaya sebelum ini, kan?”

“Ya, memang Riss pernah handle. Abi tahu tu. Cuma kali ini, abi nak Riss pergi dengan Zayn.”

“Tak apa abi. Riss boleh handle sorang-sorang.”

“Riss ada masalah dengan Zayn ke?” soal Datuk Azlan tiba-tiba.

Darissa terdiam.

“Abi tahu, Riss sekarang ini hilang ingatan. Abi tak naklah Riss semakin menjauh daripada Zayn. Dia suami Riss sekarang ini. Cubalah luangkan masa bersama-sama dengan dia. Manalah tahu, cinta akan berputik nanti? Abi nak Riss pergi dengan Zayn, sebab nak hubungan Riss dengan Zayn jadi rapat.”

Darissa berdecit perlahan. Tetapi telah didengari oleh Datuk Azlan.

“Abi dengar Riss berdecit. Riss nak tahu kenapa abi kahwinkan Riss dengan Zayn? Sebabnya abi ada buat perjanjian dengan Riss. Bila Riss setuju berkahwin dengan Zayn, jawatan CEO akan diberikan kepada Riss. Riss bersetuju, sebab Riss tak nak jawatan CEO terlepas kepada Nayla. Itulah perjanjian di antara kita berdua. Jadi, abi tak nak hubungan Riss dan Zayn semakin menjauh,” ujar Datuk Azlan.

Darissa mencebik. Nasib baiklah bapanya tidak dapat melihat wajahnya. “Oh, patutlah Riss bersetuju kahwin dengan Zayn. Tak sangka pula, abi boleh buat perjanjian macam tu.” Darissa berpura-pura terkejut.

“Ya, memang itulah perjanjian kita. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang abi bagi,  walaupun Riss hilang ingatan sekarang ni. Riss kena ingat tu.”

Aik, aku berpura-pura hilang ingatan ni pun, abi tetap dengan pendirian dia?

“Esok pergi dengan Zayn ya?” Datuk Azlan memujuk.

“Hmm, yalah.”

“Okey, jangan lewat sangat tidur. Esok nak bangun awal.”

“Yalah...” Darissa malas berbahas panjang lagi.

“Ha, jangan lupa. Check in hotel sekali. Riss dengan Zayn tak honeymoon lagi tu.” Datuk Azlan ketawa kecil.

“Yalah abi. Okey, Riss nak tidur dah ni. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Talian terus sahaja dimatikan.

Darissa terus mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil.

Pergi dengan Zayn ke Pulau Pinang? Tak ingin aku. Baik aku pergi sendiri aje.

 

 

TEPAT pukul 7 pagi, Darissa sudah keluar dari biliknya, sambil membawa satu beg pakaian bersaiz sederhana. Dia sudah pun menempah bilik hotel di Pulau Pinang. Zayn Izrel pula? Langsung dia tidak mahu mengambil tahu. Dia tidak kisah, jika dia seorang sahaja yang perlu ke sana.

Tiba sahaja di bawah, Darissa terus menuju ke meja makan. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat Zayn Izrel,  sedang  menjamah bihun goreng ketika ini.

Kaki Darissa terhenti. Dia berdiri pegun di belakang Zayn Izrel. Adakah Zayn Izrel mahu ke pejabat?

“Cepat makan. Kita nak ke Pulau Pinang kejap lagi.” Zayn Izrel bersuara, tanpa memandang ke belakang.

Bulat mata Darissa mendengar kata-kata Zayn Izrel tadi. Jadi, suaminya akan mengikutinya ke Pulau Pinang?

“Hurry up! Nak berdiri lama-lama macam patung cendana ke?” ucap Zayn Izrel lagi.

Darissa mendengus kasar. Kenapa perlu dia ikut? Laju sahaja kakinya melangkah ke meja makan. Kerusi ditarik, lalu punggungnya dilabuhkan.

“Kenapa you nak kena ikut ke Pulau Pinang pula? I boleh pergi seorang.”

“Excuse me? Company I pun ada share dengan projek tu.” Zayn Izrel tidak memandang Darissa.

“So what, if your company ada share pun? You drive sendirilah. Kenapa nak kena pergi dengan I?”

“Abi you yang suruh I pergi sekali.”

Darissa menjeling Zayn Izrel. Roti bakar diambil, lalu disapu dengan jem strawberry.

“You dah tumbuk I semalam, tak ada rasa nak minta maaf ke?”

“Kenapa I nak kena minta maaf pula? Memang patut pun you kena tumbuk.” Darissa menggigit sedikit roti bakar yang dipegangnya ketika ini.

“Eh, you dah tumbuk husband you tau? I bukannya orang luar. You tahu itu berdosa, kan?”

“Dosa tak dosa. Siapa suruh cari pasal?”

“I cari pasal?”

“Yes, memang you cari pasal. Kalau hendak diikutkan hati I ni, nak aje I tendang ular tedung you tu. Tak fikir I punya sakit hati ini macam mana?”

“Ular tedung I ni you nak tendang? Kalau you tendang ular tedung I ni, macam mana I nak bagi you anak? Macam mana I nak puaskan you nanti?” Zayn Izrel sudah tersenyum nakal. Sempat juga dia mengenyitkan mata kepada Darissa.

Terbuntang mata Darissa mendengar kata-kata Zayn Izrel tadi. “Siapa yang nak anak dengan you? You pergilah bagi dekat Natasya tu! Lagi bagus you kahwin dengan dia, and then you ceraikan I.” Darissa terus sahaja bangun daripada kerusi. Beg pakaiannya terus sahaja diambil.

Zayn Izrel turut bangun. Dengan pantas lengan Darissa ditarik. “Sampai bila-bila pun I tak akan ceraikan you. Dan jangan ingat, I tak boleh berkasar dengan you ya? Jangan cabar I Darissa.” Lengan Darissa terus sahaja ditolak. Dan hampir sahaja Darissa terjatuh.

Zayn Izrel sudah melangkah meninggalkan Darissa, Beg pakaiannya turut diambilnya.

Darissa mengetap bibir menahan marah. Main kasar nampak! Aku nak tengok, sampai bila kau boleh bersabar dengan aku!

 

 

PERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mengambil masa selama 4  jam lebih. Kereta yang dipandu Zayn Izrel sudah pun melepasi Tapah. Daripada tadi, mereka berdua langsung tidak bersuara. Sudah seperti ada emas di dalam mulut mereka.

Zayn Izrel memandang Darissa sekilas. Dia melihat isterinya mengenakan skirt hitam atas lutut, dan berbaju kemeja biru.

“Nak pergi tapak projek esok, jangan gatal-gatal nak pakai skirt. Pakai seluar.”

Darissa memandang Zayn Izrel dengan wajah tidak puas hatinya. “Suka hati I la nak pakai seluar ke, nak pakai bikini ke? Yang you sibuk sangat tu kenapa? I ni tak bodoh lagilah nak ke tapak projek pakai skirt macam ini. Ini I pakai skirt, sebab nak ke hotel terus.”

“Oh, ke hotel terus? Bagus juga, you pakai skirt ni. Sampai hotel, I boleh terus selak naik ke atas skirt you tu. Senang sikit kerja I. Tak perlu bekerja keras nak buka. Lagi senang kita ‘ehem’,” ujar Zayn Izrel tanpa berlapik.

Terbeliak mata Darissa mendengarnya. Mahu sahaja dia menumbuk wajah suaminya itu. “You betul-betul seorang lelaki pervert!”

“Oh, panggil I pervert. Itu belum lelaki lain yang tengok. Dia orang tak pervert pula? Lepas ni jangan nak pakai skirt lagi dah. Ingat sikit. You tu isteri orang. Tutup sikit aurat tu. Nak tayang kaki tu dekat siapa? I tak nak tengok you pakai skirt lagi.” Zayn Izrel memberi amaran.

Darissa menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Sungguh dia sakit hati melihat wajah suaminya.

Zayn Izrel tidak peduli. Dia tidak boleh memberi muka kepada Darissa lagi. Sejak dia ditumbuk malam tadi, telah membuatkan dia berasa sakit hati. Kali ini, dia tidak akan berlembut lagi. Dan dia juga sudah bertekad, tidak mahu menceraikan Darissa, walau apa pun yang terjadi.

Dalam 4 jam lebih memandu, akhirnya mereka berdua tiba di sebuah hotel di Pulau Pinang. Kereta Hilux yang dipandu Zayn Izrel, terus sahaja memasuki ruang parkir hotel. Setelah itu, Darissa laju sahaja keluar dari perut kereta, begitu juga dengan Zayn Izrel.

“Nak pergi mana cepat-cepat? Tak boleh nak tunggu husband you ni?”

“Ee, kenapa you annoying sangat ha?”

“Annoying tak annoying. Jangan nak ikut kepala you pula.”

“Ee, cepatlah.” Darissa tidak mahu bergaduh di situ. Nampak tak matang pula.

Mereka berdua terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar masuk. Darissa yang sememangnya sudah menempah bilik, terus sahaja menunjukkan emailnya kepada penyambut tetamu tersebut.

“Bilik apa you tempah?”

“Deluxe? Why?”

“Change room. Ambil suite.”

“Eh, I tak nak satu bilik dengan you.”

Zayn Izrel menarik lengan Darissa. Mereka menuju ke satu sudut. “You jangan nak melampau. Makin menjadi-jadi ya you ni? You nak I beritahu abi, yang kita bilik asing?”

“Kalau berani, you beritahulah.”

“Betul ni? Jawatan CEO jangan lupa?” Zayn Izrel mengugut.

“Apa you cakap ni?”

“You dah tahukan perkahwinan you dengan I terjadi sebab apa? I tahu you hilang ingatan sekarang ini. You pun ada buat perjanjian dengan I. You nak jawatan CEO tu, sebab itu you bersetuju kahwin dengan I. Malam tadi pun, I dah dengar perbualan you dengan abi you.”

Rahang Darissa bergerak-gerak menahan marah. “You ugut I?”

“Tak, I tak ugut you.” Zayn Izrel mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar.

“You nak buat apa tu?”

“Buat apa lagi? Call abi you la.”

Darissa terus sahaja merampas telefon bimbit milik suaminya. “You jangan nak ugut I ya? Mentang-mentang I hilang ingatan. You nak ambil kesempatan pula.”

Zayn Izrel mengukirkan senyuman tanda kemenangan. “Okey I tak ugut. Pergi tukar bilik suite ya baby? Teringin juga, nak satu bilik dengan you.”

Darissa mendengus kasar. “Ambil balik phone you ni.” Nak tak nak, terpaksa jugalah Darissa menukarkan biliknya daripada deluxe ke suite.

Usai mendaftar, Darissa dan Zayn Izrel menuju ke bilik mereka. Daun pintu ditolak. Darissa melihat bilik yang ditempahnya benar-benar besar dan mewah. Ada ruang tamu dan ruang kerja.

Beg pakaian diletakkan di atas meja, begitu juga dengan Zayn Izrel.

“You tidur dekat ruang tamu malam ini. Jangan nak berkongsi bilik dengan I.” Darissa bersuara.

“Eh, kenapa I nak kena tidur luar. Tidur sekali ajelah.”

“No. I tak nak tidur dengan you.”

“Okey, you tak nak tidur dengan I tak apa. Tapi you kena tidur luar. Sebab I yang buat pembayaran tadi. Jadi bilik tu, I punya.”

“Eh, I tak suruh you bayar tau? You yang sibuk nak bayar tadi.” Darissa mengambil beg pakaiannya, dan mahu melangkah menuju ke bilik. Tetapi, Zayn Izrel menarik beg pakaiannya secara tiba-tiba. Langkah Darissa terhenti.

“Apa masalah you ni ha?”

“Bilik itu I punya.”

“I don’t care! You lelaki, you la tidur luar.” Darissa merampas beg pakaiannya daripada tangan Zayn Izrel, tetapi begnya dipegang kuat oleh suaminya. Nampaknya Zayn Izrel tidak mahu mengaku kalah.

Darissa memandang Zayn Izrel dengan renungan yang tajam. Ini sudah lebih! Tanpa menunggu lagi, Darissa terus sahaja menyerang Zayn Izrel. Tangan dan kakinya laju sahaja dihalakan ke arah suaminya itu. Tetapi Zayn Izrel pantas mengelak.

Zayn Izrel tidak berdiam diri. Dia mahu membalas serangan Darissa. Tetapi apakan daya, itu adalah isterinya. Tak akan pula dia mahu memukul perempuan? Tak gentleman la namanya. Selebihnya dia banyak mencuba untuk menangkap tubuh Darissa. Kenapalah isterinya itu tahu seni bela diri? Kalau tidak, sudah lama tubuh isterinya itu ditangkap.

Mereka berdua tidak henti-henti berlawan ketika ini. Saat Darissa menyerang, saat itulah Zayn Izrel mengelak. Apa sahaja yang tidak jatuh? Habis semua kerusi, lampu meja, dan barang yang berdekatan dengan mereka berdua, semuanya jatuh ke lantai.

Tiba-tiba secara tak sengaja, kaki Darissa telah menendang televisyen yang melekat di dinding, betul-betul di belakang Zayn Izrel.

Dan Zayn Izrel pula, pantas merendahkan badannya, tanpa sempat kaki Darissa mengenai kepalanya.

Prang!

Televisyen tersebut sudah terjatuh ke atas lantai.

Masing-masing terdiam kaku. Zayn Izrel memandang Darissa. Dan Darissa pula memandangnya.

“Why you berdiri dekat TV tu!” marah Darissa.

“Dan kenapa you serang I!” balas Zayn Izrel pula.

“You yang mulakan dulu. Semuanya berpunca daripada you juga! I tak nak bayar ganti rugi!” Darissa terus sahaja mengambil beg pakaiannya, lalu dia menuju ke bilik, dan daun pintu dihempas kuat.

Bam!

Zayn Izrel terkulat-kulat ketika ini. Skrin televisyen sudah pun retak. Nak tak nak, terpaksa jugalah dia membayar semua ganti rugi yang telah dilakukan mereka berdua tadi.

 

 

MALAM itu, Darissa terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik sudah ditukarkan dengan bilik yang baru. Ganti rugi juga sudah dibayar oleh Zayn Izrel petang tadi.

Darissa pula masih memakai baju yang dipakainya pagi tadi. Dia benar-benar menyesal kerana tidak membawa baju tidur yang lebih sopan. Tidak sangka pula dia perlu berkongsi bilik dengan Zayn Izrel.

Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 10 malam. Pagi esok mereka akan ke tapak projek, dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur semula.

Zayn Izrel pula, memang tidak keluar dari bilik, selepas selesai menjamah makan malam, yang dihantar oleh pihak hotel tadi. Dan mereka berdua langsung tidak bercakap-cakap.

Darissa termenung sendiri. Perlukah dia meminta maaf sahaja? Tetap itu bukan salahnya. Kenapa pula dia harus meminta maaf? Dan kenapalah dia harus tidur di ruang tamu? Zayn Izrel benar-benar kejam. Sanggup dia membiarkan seorang isteri tidur di ruang tamu? Sedangkan suaminya tidur di atas tilam yang empuk. Malas mahu berfikir lagi, Darissa terus sahaja bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Dalam 20 minit Darissa sudah selesai membersihkan dirinya. Baju tidur jenis lace plunge slip berwarna putih, tersarung pada tubuhnya. Perlahan-lahan Darissa mengintai di luar. Harap-haraplah tiada Zayn Izrel di ruang tamu. Nafas ditarik perlahan. Fuh, nasib baik dia tiada di luar.

Laju sahaja Darissa berlari menuju ke arah sofa yang sudah diletakkan bantal dan juga comforter. Comforter ditarik laju, lalu menutupi tubuh badannya. Dia bukannya apa, takut pula jika Zayn Izrel terlihat dia berpakaian seperti ini.

Mesti dia tengah sedap tidur, atas tilam empuk. Aku ni pula? Ee! Geram betul! Bentak hati kecil Darissa. Lama-kelamaan dia terus sahaja tertidur. Mungkin kerana dia banyak menghabiskan tenaga berlawan dengan Zayn Izrel tengah hari tadi.

 

 

KLAK!

Pintu bilik dibuka. Zayn Izrel terjaga daripada tidurnya. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat Darissa berjalan masuk ke dalam bilik, dalam keadaan matanya yang terbuka.

“Riss?” Zayn Izrel bersuara perlahan.

Setelah itu, isterinya terus sahaja merebahkan badan di sebelahnya, lalu matanya dipejamkan semula.

Berkerut dahi Zayn Izrel ketika ini. Pasti isterinya tidur berjalan. Kalau tidak, tak akanlah Darissa dengan rela hati mahu masuk ke dalam bilik ini?

Matanya Zayn Izrel terus terarah pada pakaian tidur yang dipakai Darissa ketika ini.

Betul-betul menggugat iman. Zayn, kau sabar Zayn. Kau jangan terlalu ikutkan nafsu kau. Kau perlu jadi seorang lelaki yang gentleman. Dan tak boleh memaksa.

Kalaulah tempoh hari pihak hospital tidak menghubunginya, pasti sekarang ini dia dan Darissa, sudah berada di dalam dunia ciptaan mereka.

Zayn Izrel memeluk bantal panjang di sisinya. Matanya masih tidak lepas merenung wajah Darissa yang sedang nyenyak tidur ketika ini. Dia ni tidur pun, nampak cantik. Tidak lama itu, Zayn Izrel terus sahaja tertidur di sebelah isterinya.

Tepat pukul 6.20 minit pagi, Darissa terjaga daripada tidurnya. Dia terus memusingkan badannya ke sebelah kiri. Alangkah terkejutnya dia, saat melihat Zayn Izrel yang sedang merenung tepat ke arahnya.

“Wait? Macam mana I boleh ada dalam bilik ni?” Darissa bingkas bangun daripada pembaringan, begitu juga dengan Zayn Izrel.

“You yang masuk dalam bilik ni, and then you boleh tanya macam mana you boleh masuk? You tu dahlah kuat mengigau. Tak ke terkejut, dengan mata terbuka masuk ke dalam bilik ni?”

“Habis tu dah mengigau, nak buat macam mana? You la cari pasal dengan I petang semalam. Habis tenaga, I keluarkan.”

“Tenaga apa yang you keluarkan? Nak tahu juga.” Zayn Izrel sudah tersenyum nakal.

“Kita berlawan semalam. Sampai TV terjatuh. Tak akan dah lupa?” Darissa menjeling Zayn Izrel. Boleh pula buat-buat lupa.

“Oh, iya ke? Hmm, seksi jugakan you pakai baju tidur macam ni. Daripada malam tadi, I tahan aje nafsu I ni. Dengan you tak pakai pakaian dalam pula tu.” Zayn Izrel memandang Darissa, seakan mahu ditelan.

Kepala Darissa menunduk ke bawah. Terbuntang matanya ketika ini. Riss! Kau dah kenapa! Kau tak sedar langsung ke apa yang kau pakai sekarang ni?!

“Kalau I nak pegang sikit boleh tak? Pegang dari luar pun jadilah.” Zayn Izrel merapatkan tubuhnya ke arah Darissa.

“In your dream!” Darissa terus sahaja melompat dari katil, dan berlari keluar dari bilik tersebut. Tidak mahu dia menempah maut di situ. Nanti tak pasal-pasal Zayn Izrel menuntut haknya pula.

 

 

ZAYN IZREL daripada tadi tersenyum sendiri, sambil menumpukan pemanduan. Darissa di sebelah memang tidak bersuara langsung.

“Marahkan I ke?”

“You tengok apa yang you dah buat pada leher I ni? Kiri dan kanan ada lovebite, you tahu tak! Sakit betul hati I ni!” Darissa berpeluk tubuh. Pagi tadi semasa dia mahu membersihkan diri, dia benar-benar terkejut melihat lehernya yang kemerahan. Pada awalnya dia memikirkan gatal-gatal. Ternyata bukan. Dan Zayn Izrel juga telah mengaku, bahawa dia yang membuat lovebite tersebut.

Zayn Izrel ketawa. “Nak lebih-lebih tak dapat. Buat lovebite ajelah yang mampu. Siapa suruh you masuk bilik? Mesti you rasa macam mimpi, kan?”

Pap!

Darissa menampar bahu Zayn Izrel. Tetapi Zayn Izrel buat tak tahu sahaja.

“You memang suka ambil kesempatan. Disebabkan you, I tak pergi langsung ke tapak projek tu. Pakai baju berkolar pun boleh nampak, you tahu tak!”

“Rilex la baby. Jangan marah-marah.” Zayn Izrel ketawa lagi.

Darissa terus melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Panas hatinya ketika ini, dengan sikap bersahaja Zayn Izrel.

Zayn Izrel tidak mahu mengganggu Darissa. Biarlah isterinya melayan perasaan. Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja dia merasakan tayar kereta di sebelah kanan, seakan memberat.

“Eh, pelik pula. Tayar macam pancit pun ada ni. Tadi, singgah dekat R&R Sungai Perak macam okey aje tayar.”

Darissa memandang Zayn Izrel sekilas. “Dah tu? Nak drive sampai ke KL ke? Tak reti-reti nak tukar tayar?”

“Aik, you ni? Tak boleh nak cakap elok sikit ke?”

Darissa tidak peduli. Dia masih dengan rasa amarahnya lagi.

Kereta yang dipandu Zayn Izrel, terus sahaja memasuki simpang R&R Gua Tempurung. Tanpa mereka sedar, ada sebuah van telah mengekori mereka berdua, sejak daripada tadi.

Share this novel

Mermaid_
2023-07-05 21:29:08 

cuteeeee!


NovelPlus Premium

The best ads free experience