DYT 33 - ALANGKAH BAHAGIANYA

Romance Series 522373

BEBERAPA kali Darissa memandang pintu masuk restoran di hadapannya. Sakit pula hatinya ketika ini. Hampir satu jam dia di restoran itu. Entah ke mana pula penyiasat persendiriannya.

Isy, lah! Aku nak tunggu berapa lama lagi dekat sini?

Darissa mengerling telefon bimbitnya di atas meja berulang kali. Tiada panggilan ataupun mesej. Malas lagi mahu menunggu, dia terus sahaja bangun.

“Puan Darissa...” Penyiasat persendirian yang ditunggu Darissa tadi, telah pun muncul di hadapannya.

“Kenapa lambat sangat? Dah satu jam I tunggu dekat sini. Buang masa I, you tahu tak?” marah Darissa, sambil melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi.

“Maaf puan. Jalan jammed sangat tadi.”

“Dah tahu jammed, mesejlah. Ini tak, senyap aje.”

“Sorry ya puan.” Penyiasat persendirian tersebut tertunduk sedikit.

“So, apa bukti yang you dapat? Ada apa-apa yang mencurigakan tentang Nayla ke?”

Penyiasat persendirian tersebut menelan liur. Apa yang perlu dikatakan pada wanita itu?

“Why you diam?”

“Sekejap.” Penyiasat persendirian tersebut mengeluarkan satu sampul coklat bersaiz A4 lalu dihulurkan kepada Darissa.

“Apa ni?”

“Ada gambar Cik Nayla dalamnya.”

Darissa laju mengeluarkan gambar Nayla yang dihulurkan penyiasat persendiriannya tadi.

Beberapa gambar Nayla ditenung lama. Tiba-tiba wajahnya terus berubah.

“You bagi apa pada I ni? Gambar drive? Keluar pejabat? Pergi pejabat? Balik rumah? Seriously? Tak ada apa yang mencurigakan langsung ke?”

“Itu aje maklumat yang saya dapat puan. Sudah beberapa hari saya follow dia. Memang dia tak ke mana. Hanya itu sahaja aktiviti dia.”

Darissa menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada. “I upah you hanya nak dapatkan maklumat macam ini sahaja? You buat kerja ke tak sebenarnya?”

“Saya buat kerja.”

Darissa menggeleng. “You tak memuaskan hati I. Macam mana I nak bayar yang balance?”

“It’s okay, tak payah bayar pun tak apa.”

Kedua-kedua kening Darissa bertaut rapat. Apa maksud tidak perlu dibayar?

“Kenapa tak perlu bayar?”

“Sebab, kerja saya tak memuaskan hati puan. Jadi, tak perlulah bayar.”

Darissa bangun dari kerusi. “Kalau I tahulah, kerja you macam ni, tak perlulah I bayar you mahal-mahal. Lebih baik I sendiri yang pergi menyiasat. You tak perlu jadi private investigator la.” Beg tangan dicapai, lalu dia melangkah meninggalkan penyiasat persendirian tersebut, dengan hatinya yang membengkak.

 

 

ZAYN IZREL sedang menunggu kepulangan Darissa. Dari tadi dia menunggu, sehinggakan dia hampir terlelap. Beberapa jenis lauk-pauk sudah dimasaknya tadi. Itu pun dengan bantuan Kak Ton. Yalah, dengan keadaan tangannya yang masih belum sembuh lagi.

Klak!

Daun pintu ditolak dari luar.

Mata Zayn Izrel laju sahaja terarah pada pintu.
“Baby...”

“Eh, Zayn. You buat apa dekat ruang tamu ni?” Jam tangan dikerling. Sudah menghampiri pukul 8.30 minit malam.

Zayn Izrel terus sahaja bangun lalu berjalan menuju ke arah Darissa. “Lambatnya you balik?”

“Banyak kerja dekat office tadi. Sorry, I terlupa nak inform you. Nasib baiklah I sempat solat maghrib tadi, dekat pejabat.”

“I ada masak.”

“You masak? Dengan keadaan tangan you macam ni?”

Zayn Izrel mengangguk.

“Macam mana you sediakan bahan-bahan?”

“Kak Ton tolong potong bahan-bahan. Then, yang masak tu I.”

Darissa melabuhkan punggungnya di sofa, sambil melepaskan keluhan.

“What’s wrong? Anything happened?” Zayn Izrel melabuhkan punggungnya di sebelah Darissa. Setelah itu, isterinya terus merebahkan kepala di bahunya.

“I sakit hati.”

“Sakit hati?”

“Yup. Private investigator yang I upah, tak buat kerja langsung. Boleh pula, dia just tangkap gambar Nayla pergi dan balik kerja? Logik ke? Memang itu aje ke aktiviti Nayla? Menyakitkan hatilah.”

Zayn Izrel ketawa.

“Ee, apa you ni? Ketawa kenapa pula?”

Zayn Izrel mengambil telefon bimbitnya, lalu rakaman yang dihantar penyiasat persendirian yang diupahnya, ditunjukkan kepada Darissa.

“Ini petang tadi, private investigator send pada I. Listen.”

Darissa sedikit keliru. Zayn Izrel terus menekan butang play, pada rakaman tersebut.

“Maaf bang. Memang Puan Darissa adalah pelanggan pertama saya. Saya memang tak tahu cara-cara nak intip. Dan, Cik Nayla pun memang dah dapat tangkap saya.”

“Macam mana kau buat kerja? Dan macam mana kau boleh tertangkap? Kau tahukan, job kau tu dibayar mahal?”

“Macam saya cakap tadi, Puan Darissa pelanggan pertama saya. Dan ini juga job pertama saya. Cik Nayla kata, nak buat report polis, kalau saya follow dia lagi. Jadi, disebabkan saya takut kena tangkap dengan pihak polis, saya terpaksa stop siasat Cik Nayla. Tolong bang, jangan beritahu pada Puan Darissa.”

Rakaman tadi, terus sahaja tamat. Zayn Izrel memandang Darissa.

“Ee, tak gunalah! Patutlah lambat sangat beritahu jawapan. Rupa-rupanya? Job pertama? Dan dia tertangkap dengan Nayla?Seriously?!”

“Sudah. Tak perlu nak marah-marah. Sekarang ni, kita tunggu aje private investigator I yang siasat pula.”

“Macam mana private investigator you boleh follow private investigator I?”

“I yang suruh. Sebab I rasa macam tak kena.”

“I harap, kali ini kita akan dapat bukti. I tak nak, pembunuh yang dah bunuh Tini dan Farhan, berkeliaran macam itu aje.”

“Don’t worry. I pun tak nak Nayla terlepas macam itu aje.”

“You rasa-rasakan, memang Nayla ke dalang semua ni?”

“Mula tu I macam tak yakin. Tapi, bila difikirkan balik, siapa lagi yang nak buat semua tu? You ada musuh?”

Darissa menggeleng perlahan. “Kalau Natasya?”

“Natasya pun dah pindah ke Johor. Dah seminggu dah.”

“Aik, mana you tahu? You contact dia senyap-senyap ke?”

“Taklah. I minta private investigator I, siasat Natasya sekali. Takut Natasya pun salah satu dalangnya juga. Tak boleh nak siasat Nayla sahaja.”

“Hmm, ingatkan contact dia semula.” Darissa menjeling.

Zayn Izrel terus menarik Darissa ke dalam dakapannya. “Tak ada maknanya I nak contact Natasya semula. Kita dah sama-sama janji, kan? Nak rumah tangga kita, kekal sampai akhir hayat kita? Tak nak ada gaduh. Tak nak ada salah faham.”

Darissa mengangguk perlahan. “Hmm, faham.”

“Macam itulah. Sekarang ni nak makan tak?”

“Naklah. Lapar tau? Tapi sebelum tu, jadi tak minggu ni?”

“Minggu ni? Kenapa?”

“Isy, Hani la. Dengan Danial. Dia orangkan nak langsungkan pertunangan?”

“Eh, yalah. Lupa pula.”

“I drive ya? Kita gerak pagi?”

“Kita gerak pagi, nanti sampai awal, kan? And then, I nak buat apa dekat rumah Hani tu awal-awal? Tunang lepas zohor, kan?”

“Tapi I kena ada di sisi Hani.”

“Tak pun macam ni. I book hotel dekat Melaka. Sampai Melaka nanti, you hantar I dekat hotel. Tengah hari tu, I minta Danial pick-up I.”

“Kita check-in hotel?”

“Yup. Kita tidur sana? Kita jalan-jalanlah sekitar Melaka tu nanti? Macam mana?”

“Boleh juga.”

Zayn Izrel terus sahaja bangun, lalu tangan isterinya ditarik. “Nak makan you boleh?”

“Gatal.” Darissa mencubit pinggang suaminya. Dan akhirnya mereka ketawa sesama sendiri.

 

 
“ABI tak ke mana-mana minggu ni ke?” soal Nayla.

“Minggu ni busy sikit. Nak ke outstation. Why?” Datuk Azlan sedang membaca akhbar, yang dipegangnya ketika ini.

“Nothing, just asking.”

Tidak lama itu, Datin Dahlia menatang dulang berisi teh O panas untuk suaminya. “Awak, jemput minum.”

Datuk Azlan meletakkan akhbar di atas meja, lalu menggapai cawan yang dihulurkan isterinya.

“Saya ingat, next week nak buat pengumuman.”

“Maksudnya?”

“Riss akan gantikan tempat saya.”

“Ha? Abi cakap apa?” Nayla terkejut.

“Ya. Seperti yang dijanjikan abi sebelum ini. Riss akan dilantik sebagai CEO Rafflesia Group. Dan dia akan handle semuanya. Abi nak bersara. Dah tak larat nak kerja lagi dah. Umur ni, makin lama makin meningkat. Ingat nak ke Mekah, tunaikan haji dengan mummy kamu.”

“Tapi Kak Riss hilang ingatan sekarang ini. Takkan abi nak beri jawatan tu terlalu awl?”

Datuk Azlan ketawa.

“Kak Riss kamu tu, tak hilang ingatan pun. Pandai-pandai aje buat hilang ingatan. Sebabnya, yalah kena kahwin paksa, kan? Abi dapat tahu pun, sebab dia terlepas cakap.”

“Apa? Kak Riss tak hilang ingatan?”

“Tak pun...” Datin Dahlia menyampuk.

“Itu tak kira menipu ke?” Nayla seakan tidak berpuas hati.

“Tak apalah. Dia pun dah minta maaf. Sekarang ni pun abi tengok, dia bahagia aje dengan Zayn. Harap-harap, panjanglah jodoh dia orang tu.”

Panjang jodoh? Tak lama lagi, matilah anak kau tu! Jerit hati kecil Nayla.

“Tapi, kalau Kak Riss dah jadi CEO, Nay kena gantikan tempat Kak Riss yang sebelum inilah, kan?”

“Err, abi tak ada bincang apa-apa dengan mummy, or Riss. Keputusan terletak di tangan Riss nanti. Kalau Nay nak, Nay kena minta pada dia.”

“Kenapa pula Nay nak kena minta pada dia? Pada abi pun boleh juga, kan? Kenapa? Abi tak boleh buat keputusan ke? Nay dah lama tinggal di sini. Dan dah lama jadi anak angkat dalam keluarga ni. Abi dan mummy masih anggap Nay ni anak angkat lagi ke? Tak boleh ke nak anggap Nay ni macam anak kandung abi dengan mummy?” ujar Nayla panjang.

Dia benar-benar sakit hati. Darissa bakal jadi CEO? Dan dia pula? Nanti tak pasal-pasal dia akan dibuang dari syarikat itu. Tak, dia tidak mahu dibuang. Dendamnya masih belum lagi terbalas. Kalau boleh, dia mahu keluarga Datuk Azlan tersungkur. Kekayaan mereka akan dapat kepadanya.

“Nay tak bersetuju.”

“Apa maksud kamu?”

“Nay boleh aje sandang jawatan CEO tu, kan?”

“Kamu cakap apa ni?”

“Apa kurangnya Nay? Nay ni memang anak angkat aje, kan? Abi langsung tak percayakan Nay? Kak Riss tu dah dapat husband CEO juga. Hidup dah memang kaya. Kenapa Nay tak boleh dapat jawatan CEO Rafflesia Group tu? Kenapa?”

“Sebab kamu tu anak angkat. Takkan abi nak bagi jawatan tu, sedangkan abi masih ada anak kandung sendiri?”

Bibir diketap kuat. Dia mula bangun. Membulat matanya ketika ini menahan marah. “Kalau aku bunuh anak kesayangan kau tu macam mana? Sekarang ni, aku benci kau orang berdua! Kau orang berdua tak patut hidup! Sepatutnya dari dulu aku bunuh kau orang! Disebabkan kau orang berdua jugalah, mama dan papa aku mati!”

Nayla terus sahaja menyerang Datuk Azlan.

Zap!

Pisau yang dipegangnya tertusuk ke dalam perut bapa angkatnya itu.

Nayla ketawa sekuat hatinya. “Ya, kau patut mati. Kematian kau, terbalas jua. Roh papa aku akan tenang untuk selama-lamanya!”

“Nay? Nay?” Datuk Azlan melambai-lambaikan tangannya pada wajah Nayla.

Nayla tersedar. “Ha? Apa abi?”

“Termenung pula dia.”

Apa yang dibayangkannya tadi, terus sahaja hilang. Kalaulah memang kejadian itu berlaku tadi, alangkah bahagianya dia.

“Ha, tak. Tiba-tiba aje terfikirkan kerja dekat office tadi. Dah buat ke belum.” Nayla tersenyum.

“Okeylah, next week abi akan umumkan kepada semua staf. Mungkin kita kena buat satu majlis untuk pelantikan Darissa nanti.”

Datin Dahlia mengangguk setuju.

Nayla pula terpaksa memendam rasa. Dia tidak boleh membiarkan keluarga Datuk Azlan bersenang-lenang.

Aku kena upah lelaki tu! Dia sudah terfikirkan lelaki yang pernah dicadangkan oleh orang yang pernah diupahnya sebelum ini. Katanya, lelaki tersebut tahu seni bela diri. Dan kini berada di luar negara.

 

MAJLIS pertunangan Hani dan Danial telah diadakan secara sederhana. Dan dalam masa tiga bulan, majlis persandingan akan dilakukan pula.

Pada ketika ini, Darissa sedang meneguk air sirap, sambil matanya tertancap ke arah para tetamu yang hadir. Dia benar-benar penat. Walaupun dia tetamu di dalam rumah ini, Darissa tetap membantu.

“Hai baby...” Zayn Izrel muncul di situ.

“Zayn...” Darissa mengukirkan sedikit senyuman.

“Penat sangat I tengok you ni. Dah tak macam tetamu.”

“Penatlah juga. Yalah, tolong family Hani tadi. You pula pandai ya, datang dengan family Danial.”

“Habis tu, takkan I nak tolong sekali?”

“Picit badan I malam ni tau? I penat sangat.”

“Tapi, tangan I belah kiri aje boleh gerak. Belah kanan tak boleh. Macam mana nak picit?”

“Oh, kalau yang ‘itu’ boleh pula? Tak ada pula you cakap tangan kanan you tak boleh gerak.”

“Eh, kalau yang itu lain...” Zayn Izrel sudah tersenyum nakal.

Darissa menjeling. “Lupa pula. Ada apa-apa perkembangan tak pasal Nayla?”

“I dah contact private investigator I. Dia cakap, buat masa ini memang Nayla tak ke mana. Banyak ke rumah dan office sahaja.”

“Seriuslah? Macam tak logik. Ke sebab dah kantoi dengan private investigator I sebelum ini, jadi Nayla banyak berhati-hati?”

“Maybe la.”

“Riss, Zayn?” Hani dan Danial muncul di belakang mereka berdua.

“Dah settled tangkap gambar?” soal Darissa sambil tersenyum.

“Sudah. Tapi, ada benda lain yang I nak beritahu ni.” Hani memandang Danial dan Darissa silih berganti.

Danial yang berada di sebelah Hani, hanya diam, dan menunggu tunangnya memberitahu, perkara penting kepada mereka berdua.

Darissa dan Zayn Izrel memandang Hani dengan penuh kehairanan.

“Apa tu Hani?” soal Darissa.

“Malam tadi, mak I bagi parcel pada I. Dia cakap, posmen hantar dua minggu yang lepas. Dan dalam ni ada pendrive. You nak tahu, siapa yang post pendrive ni?”

“Siapa?”

“Arwah Tini.”

“What?”

“Ya, sebelum dia meninggal.”

“Ada apa dalam pendrive tu?”

Hani terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Suara rakaman yang ada di dalam pemacu USB tadi, sudah pun dibawa masuk ke dalam telefon bimbitnya.

Butang play, terus ditekan. Kedengaran suara Tini dan juga Nayla di dalamnya. Mereka berempat senyap tidak bersuara.

Darissa pula tekun mendengar suara Nayla saat ini. Itu adalah rakaman suara, sebelum Tini meninggal dunia. Kedengaran pergaduhan di antara Tini dan juga Nayla, sehinggalah Tini menyebut tandatangan palsu pada cek, yang dibuat Nayla. Dan selepas itu Nayla ketawa.

Darissa menggenggam kuat tangannya, menahan kemarahan. “Jadi, Nayla dah makan duit company begitu banyak? Dan dia dah palsukan tandatangan abi I? Inilah bukti yang Tini nak berikan kepada you?”

Hani mengangguk. “I pun baru dapat pagi tadi. Mak I tak call, sebab ingat parcel biasa. Jadi bila I balik ke sini, baru mak I bagi.”

Darissa terus sahaja bangun. “Ini tak boleh jadi. I takkan biarkan Nayla terlepas macam itu sahaja. Dan sekarang ni, kita dah tahu siapa dalangnya.”

“Dan I kena call abi I,” sambungnya lagi, sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Wait... you jangan call. You ingat, bila you dah call, Nayla takkan tahu? Entah-entah abi you yang akan serang Nayla dulu. You nak ke, apa-apa terjadi pada abi you? Termasuk dengan mummy you?” Zayn Izrel menghalang.

“Ya, betul cakap Zayn tu Riss. Yang penting sekarang ni, you kena balik KL dulu. You kena berdepan dengan Nayla.” Hani turut memberi cadangan.

Ting! Ting!

Bunyi deringan telefon bimbit milik Zayn Izrel mula berdering.

“Eh, private investigator I call la.” Zayn Izrel pantas menjawab panggilan tersebut.

Mereka bertiga memandang Zayn Izrel.

“Oh, iya ke? Baiklah. I on the way balik ke KL sekarang.” Talian terus dimatikan.

“Kenapa Zayn? Ada apa-apa yang terjadi ke?” Darissa sudah semakin risau.

“Guess what? Private investigator I dah dapat bukti pasal Nayla.”

“What? Seriously?”

“Yup. Dia minta I balik ke KL sekarang. Dan dia akan bagi bukti kepada I.”

Mata Darissa mula bersinar-sinar. Akhirnya, Nayla akan tertangkap!

Assalammualaikum & hai. Sorry ya, Alin lambat update...

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-22 16:57:16 

Xada ending ke

norsila
2023-09-21 20:33:25 

lamo tggu ni..bilo nk update ni...haaa'aaal..tk sabar nk tggu nayla dpt balasan..tk bsyukur langsung..huu

Hawani Hashim
2023-09-13 23:30:28 

Xada update lagi ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience