DYT 19 - PENIPUAN

Romance Series 522373

DARISSA dan Zayn Izrel berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing tidak bersuara. Darissa sudah tidak senang duduk ketika ini. Air liur ditelan kesat. Dengan wajah suaminya yang kemerahan. Begitu juga dengan matanya juga berkaca-kaca. Adakah mahu menangis? Ataupun kesan daripada demam yang sedang dihadapinya ketika ini?

“Hmm... I masih terkejut dengan apa yang you cuba lakukan tengah hari tadi.” Darissa memecahkan kesunyian.

“Terkejut? Maksud you?”

“Yalah, kenapa pergi tangkap pisau tu guna tangan? Kenapa tak tendang aje?”

“I pun tak sangka apa yang I dah buat. I keluar aje dari toilet, I tengok ada tiga lelaki tengah serang you. Nak luruh jantung I masa tu. I apa lagi, teruslah pergi ke arah you. Masa tu dah tak fikir apa dah. Tangan ni laju aje pergi tangkap pisau tu.” Zayn Izrel ketawa kecil. Dia pun tidak tahu, kenapa dia tidak menendang sahaja tangan lelaki tersebut? Kenapa pula dia menangkap pisau tersebut?

“Maksudnya you tak sedar apa yang you dah buat?”

Zayn Izrel mengangguk kecil. “Mungkin sebab, I risau apa-apa jadi pada you kut. Sampaikan keselamatan diri pun tak hirau dah.”

“You kena fikirkan keselamatan you juga.”

“You tak tersentuh ke dengan apa yang I dah lakukan untuk you?” Suara Zayn Izrel sedikit bergetar.

Darissa memandang Zayn Izrel, nampak suaminya itu benar-benar sedang menahan tangis. Tak akan nak menangis pula?

“I...” Darissa terdiam. Dia tidak mampu untuk menghabiskan kata-katanya.

“Bagi I peluang ya?” Zayn Izrel memotong.

Darissa serba salah ketika ini. Nafas ditarik, lalu dihembus perlahan. “I tak nak cakap yang I akan bagi you peluang. Tapi I nak, you tunjukkan yang you betul-betul mahukan I.  I bukannya apa, I tak nak kecewa. Dan sekarang ini, I tertanya-tanya, siapakah yang nak bunuh I? I tak boleh nak berfikir sekarang ni. I nak tuduh Natasya, tapi you...”

“Riss, I tak back-up dia. Cuma, kita tak boleh nak tuduh-tuduh. It’s okay. Esok kita pergi buat report polis? I tahu, kita sebenarnya dah lambat nak buat report. Tapi, kita boleh aje buat report cover  esok.”

Darissa mengukirkan senyuman kelat. “Hmm, okeylah kalau you dah cakap macam itu. I pun tak nak terlalu fikirkan masalah tadi. Hmm, you makan panadol ni. Lagipun you tengah demam. Pasal nak buat report tu, esok I pergi sendiri.” Darissa mengambil panadol, lalu dihulurkan kepada Zayn Izrel.

“I temankan you okey?”

“Tak. Tak perlu. Esok I pergi sendiri. Lagipun you tak sihat.”

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi. I pergi sendiri esok.”

Zayn Izrel mengalah. Panadol dimasukkan ke dalam mulut, lalu air kosong diteguk perlahan.

“Okeylah, you tidurlah. I balik bilik dulu.” Darissa mula bangun.

“You tak nak tidur sini? Tak nak temankan I?”

“Temankan you?”

Zayn Izrel benar-benar berharap.

“You demam, kan? Nanti I berjangkit pula dengan you.”

“Tak sudi ke?”

“Bukan tak sudi. Tapi you tengah demam ni.” Darissa mula mencari akal. Dia tidak mahu memberi peluang terlalu cepat. Dan dia juga tahu, Zayn Izrel pandai mencari peluang.

“I tak boleh dekat sangat dengan orang demam. Nanti I demam pula.” Darissa memang sengaja mengelak.

“Hmm, tak apalah. I tidur dulu.” Zayn Izrel bangun dari sofa dalam keadaan lemah, lalu tubuhnya direbahkan di atas katil.

Darissa turut menuju ke arah Zayn Izrel. Tanpa arahan daripada Zayn Izrel, Darissa terus sahaja menarik selimut, lalu menutupi tubuh badan suaminya itu.

“Nanti setiap dua jam I datang sini jenguk keadaan you ya?”

“Tak susahkan you ke?”

“Taklah. I tak ada masalah. Nanti I kunci jam okey? Good night. Assalammualaikum.” Darissa mengukirkan senyuman yang paling manis buat Zayn Izrel.

“Good night. Waalaikummussalam... I love you...” ucap Zayn Izrel tiba-tiba.

Darissa tercengang. Kenapa tiba-tiba sahaja Zayn Izrel mengucapkan I love you kepadanya?

“Terkejut?”

Darissa tetap tidak menjawab. Dia tidak tahu,  apa yang patut dibalasnya.

Zayn Izrel tersenyum kelat. Dia tidak mahu terlalu memaksa. Jika memaksa, takut Darissa pula semakin menjauhkan diri daripadanya. Sekarang ini pun dia sudah nampak layanan Darissa terhadapnya. Mungkin dia perlu berusaha lebih lagi. Tetapi tak dinafikan, dia benar-benar sudah jatuh cinta pada Darissa.

 

 

DARISSA sudah selesai membuat repot polis. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah semula. Dan dia pergi membuat repot secara berseorangan, tanpa ditemani Zayn Izrel.

Matanya sedikit kuyu. Mungkin kerana tidak cukup tidur malam tadi. Dengan suhu badan Zayn Izrel juga tiba-tiba sahaja mendadak naik malam tadi. Dan Darissa juga banyak berjaga sahaja. Skarf yang menutupi lehernya terus sahaja ditanggalkan. Gara-gara lovebite di leher, Darissa terpaksa mengenakan skarf.

Entah apa khabar suaminya ketika ini. Dia sempat juga menghubungi Kak Ton. Kata Kak Ton, Zayn Izrel sudah menjamah makanan tengah hari, dan sekarang ini sudah pun dibuai mimpi semula, setelah selesai menelan panadol.

Dalam 20 minit memandu, kereta terus memasuki kawasan parkir. Repot diambil, lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Darissa terus melangkah keluar dari perut kereta. Belum sempat kakinya mahu melangkah masuk, dia dikejutkan dengan kehadiran Natasya di pekarangan rumah. Berkerut dahi Darissa ketika ini. Apa yang wanita itu buat di sini?  Kenapalah pengawal keselamatan membenarkan Natasya masuk ke dalam?

“Darissa.” Natasya laju sahaja menuju ke arah Darissa.

“Apa you buat dekat sini?”

“Darissa, I dapat tahu yang Zayn cedera. Siapa yang serang Zayn?”

“Mana you tahu Zayn cedera?”

“I pergi ke office Zayn pagi tadi. Tapi staff kata Zayn MC, sebab cedera diserang.”

Darissa terdiam. Ya, keluarganya dan juga keluarga Zayn Izrel sudah mengetahui apa yang telah terjadi semalam. Itu pun disebabkan Zayn Izrel tidak dapat menghadiri mensyuarat pagi tadi, dan Darissa terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada bapa mentuanya Datuk Zafar.

“Ya, I diserang semalam oleh tiga lelaki. Dan Zayn datang selamatkan I.”

“Oh my god... It’s he okay?” Wajah Natasya kemerahan menahan tangis.

Aik? Aku yang kena serang, Zayn pula yang dia fikirkan? Pasti dialah dalangnya. Getus Darissa.

“Hmm... dia okey. Cedera pada tapak tangan sahaja. Dan sekarang ni dia demam,” balas Darissa.

Mata Natasya mula berkaca-kaca ketika ini.

Darissa mula rasa menyampah. Pasti wanita ini hanya berlakon, dan berpura-pura sedih. Dan pasti wanita ini juga yang mengupah tiga orang lelaki semalam untuk membunuhnya. Kalau tidak, kenapa tiba-tiba sahaja Natasya berani datang ke sini? Adakah kerana tidak berpuas hati yang dirinya masih hidup?

Natasya memandang leher Darissa. Seperti ada kesan lovebite di situ. Adakah Zayn Izrel dan Darissa sudah bersama?

“I nak jumpa Zayn. But I know, Zayn tak nak jumpa I lagi dah.”

“Kenapa you nak jumpa dia? You tahukan, yang Zayn tu suami I? You tak boleh nak ganggu rumah tangga kami lagi.”

“But, he’s my first love.”

“And he’s my husband now.” Darissa berpeluk tubuh.

“I terlalu cintakan Zayn. Terlalu cintakan dia. I tak boleh hidup tanpa dia. Tak boleh ke kalau you izinkan dia kahwin dengan I? I tak kisah kongsi Zayn dengan you.”

“Izinkan? But malam tadi, Zayn minta I beri peluang pada dia. Dia hanya mahukan I sahaja. Macam mana I nak izinkan? You should ask him. Dia nak tak, kahwin dengan you?”

Natasya mengetap bibir menahan marah. Zayn Izrel meminta peluang daripada Darissa? “Kenapalah you perlu muncul dalam hidup kami berdua? Kalaulah you tak muncul, mungkin sekarang ini kami dah berkahwin. Dan untuk pengetahuan you, Zayn adalah lelaki pertama yang dah ambil dara I. You masih mahukan suami you tu lagi?”

Riak wajah Darissa terus sahaja berubah. Dia hampir pitam mendengarnya. Zayn Izrel sudah menyentuh Natasya? Adakah Natasya sengaja mencipta fitnah?

“Zayn dah sentuh you?”

“Yup. Sebab itulah I susah nak lupakan dia. Ya, I mengaku I bodoh. Sebab senang-senang serahkan diri I pada Zayn. Dan sekarang ni I tak faham, kenapa Zayn boleh terpikat dengan you. Cepat betul dia lupakan I, setelah apa yang I dah berikan pada dia.”

Darissa benar-benar sakit hati mendengarnya. Tak, dia tidak mahu terlalu lemah di hadapan Natasya. Sekarang ini, dia tidak mahu memikirkan kata-kata Natasya lagi. Tidak kisahlah, benar ataupun tidak Zayn Izrel sudah menyentuh Natasya. Tanpa menunggu, dia terus sahaja menghamburkan ketawanya.

Natasya benar-benar keliru. Kenapa wanita itu ketawa?

“Baiklah, turn I pula cakap. Sekarang ni, you tak payah nak berlakon lagi. You yang upah tiga orang lelaki semalam untuk bunuh I, kan?”

Riak wajah Natasya mula berubah. “You cakap apa ni?”

“Pandainya you berlakon. Tiba-tiba datang sini,  buat-buat terkejut sebab Zayn cedera. I ni hampir mati, you tahu tak!” Darissa mula hilang sabar.

“You cakap apa ni? I tak faham langsung.”

“Tak faham, atau buat-buat tak faham? Ini report polis, I dah buat. You jangan ingat, you akan terlepas? Tunggu sahaja, pihak polis siasat.” Darissa menunjukkan repot polis yang dikeluarkan dari beg tangannya tadi kepada Natasya.

“Eh, kenapa you tuduh I pula? Apa bukti you?”

“I memang tak ada bukti. Tapi I tahu, dalangnya pasti you. Dan I tak ada musuh langsung. Tak akanlah tiba-tiba I nak dibunuh?”

“Kalau you tak ada bukti, lebih baik you jangan nak menuduh. I ni tak bodoh lagilah nak buat perkara yang melibatkan undang-undang.”

“Oh, really? Yang dahi I ni apa? Bukan melibatkan undang-undang juga? You bernasib baik I tak pergi buat report polis pasal you serang I. Dan Zayn pula langsung tak nak beritahu perkara sebenar, gara-gara nak lindungi you.” Darissa ketawa mengejek.

Berkerut dahi Natasya ketika ini. “Mana you tahu? Siapa yang beritahu? Kak Ton? Atau CCTV?”

“Semuanya bukan. You yang datang ke sini, and then tiba-tiba serang I, sampai dahi I terhantuk pada bucu pintu kereta ni. You ingat I lupa? Sampai bila-bila pun I tak akan lupalah.”

“Tapi... Zayn kata you terhantuk pada bucu meja makan.”

“I tipu dia. I tak hilang ingatan pun, sebenarnya,” jawab Darissa bersahaja.

“You cakap apa Riss? You tak hilang ingatan?” Zayn Izrel muncul di muka pintu utama, dengan wajah pucatnya. Dengan demamnya masih belum kebah lagi. Dia benar-benar terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Darissa tadi.

“Zayn?” Darissa terkejut. Bagaimana Zayn Izrel boleh berada di bawah?

“Jadi... sebenarnya, you tipu I? You tak hilang ingatan? Macam mana Danial boleh cakap you hilang ingatan?”

Darissa tidak dapat bersuara. Terasa kelu lidahnya ketika ini. Bagaimana dia mahu berterus-terang?

“You berpakat dengan sahabat baik I, untuk perbodohkan I?” soal Zayn Izrel lagi.

Natasya sudah tersenyum gembira.

“Answer me!” Zayn Izrel bersuara tinggi.

“Ya, I berpakat dengan Danial. Memang I sengaja buat macam tu.”

“But why? Kenapa you sanggup tipu I? Apa yang you dapat dengan mencipta satu penipuan?”

“Zayn... jadi, I tak bersalah. I tak buat sampai wife you hilang ingatan.”

“Shut up Natasya! Baik you pergi dari sini. Jangan nak masuk campur. Ini antara I dan wife I.”

Natasya tersentak, akibat ditengking.

Zayn Izrel terus sahaja menarik tangan Darissa, masuk ke dalam rumah.

Tinggallah Natasya keseorangan di situ. Dia yang berasa sakit hati, terus sahaja berlalu pergi.

Zayn Izrel terus menolak tubuh Darissa dengan kasar ke arah sofa. Hampir sahaja Darissa terjatuh akibat tolakan yang dibuat Zayn Izrel tadi.

“Kenapa you sanggup tipu I? Dan kenapa you terfikir nak buat, yang you hilang ingatan?”

“You dah dengarkan tadi? Kenapa nak tanya lagi?”

“Itu bukan penjelasan.”

“Oh, you nak penjelasan? Yes, memang I yang reka penipuan tu. Danial tak bersalah. I yang paksa dia, walaupun dia tak nak. Sebab itu sahaja caranya, supaya you lepaskan I.”

“Lepaskan you?”

“Ya, lepaskan I.” Darissa langsung tidak peduli dengan perasaan Zayn Izrel ketika ini. Hatinya lagi sakit apabila teringatkan apa yang disampaikan Natasya tadi.

“Kenapa you selalu minta dilepaskan? Kenapa? You tak happy langsung dengan perkahwinan kita ni? Baru malam tadi, I minta you beri I peluang. Dan sekarang ini? Keadaan sudah menjadi bertambah buruk.”

“Happy? Sikit pun I tak happy. Walaupun I berpura-pura hilang ingatan, you langsung tak nak beritahu perkara yang sebenar. You masih lagi nak back-up si Natasya tu. Tengok sahaja semalam. Bila I beritahu Natasyalah dalangnya, tapi apa yang you jawab? Natasya tak akan berani buat perkara yang melibatkan undang-undang?” Darissa tersenyum sinis. Dia mula menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada.

“You dah kenal sangat ke, kekasih you tu? Cakap sahajalah, yang you masih cintakan Natasya. You bersama dengan I ni pun, sebab rasa bersalah dan kasihan, disebabkan I tak ingat apa-apa, kan? Tapi elok jugalah, you dah tahu perkara sebenar. Tak perlu lagi, I nak menipu lama-lama,” sambung Darissa lagi. Patutlah Zayn Izrel beria lindungi Natasya, rupa-rupanya mereka berdua sudah bersama!

“You cakap apa ni? Rasa bersalah? Rasa kasihan? Jadi, you fikir I bersama dengan you disebabkan itu? You’re wrong, you’re wrong Darissa.” Zayn Izrel menggeleng perlahan. Dia terdiam seketika, sambil mengambil nafas.

“Sebenarnya I dah jatuh cinta pada you Darissa. I’m fall in love with you. Bukan sebab rasa bersalah atau kasihan!” Zayn Izrel terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Darissa di situ.

Darissa terdiam kaku. Zayn Izrel sudah jatuh cinta padanya?

 

 

FARHAN dari tadi, menunggu Darissa. Tetapi pelik. Batang hidung wanita itu, langsung tidak kelihatan. Tidak bekerjakah dia?

Dari jauh dia ternampak susuk Nayla yang sedang berjalan menuju ke lobi. Laju sahaja Farhan melangkah menuju ke arah wanita itu.

“Nayla... Nayla...” panggil Farhan.

Nayla berpusing. Dia memandang bekas kekasih kakak angkatnya. “Eh, Abang Farhan? Abang Farhan buat apa dekat sini?”

“Err, tak. Sebenarnya abang tunggu Kak Riss. Dari tadi abang tak nampak dia? Abang ni pun, baru balik dari kursus. Lepas tu, terus ke sini. Kak Riss ada dekat pejabat ke?”

“Kak Riss? Dia emergency leave.”

“Oh, iya ke?” Farhan melepaskan keluhan kecil.

“Abang Farhan nak jumpa dia eh?”

Farhan mengangguk.

“Abang Farhan tahu tak? Yang Kak Riss sebenarnya hilang ingatan?”

“Ha? Kak Riss hilang ingatan?” Farhan benar-benar terkejut, mendengar berita itu.

Nayla mengangguk kecil.

“Sebab apa?”

“Terjatuh. Dahi terhantuk pada bucu meja makan. Tapi Abang Farhan nak tahu tak, nama siapa yang dia sebut, masa dia sedarkan diri?”

“Siapa?”

“Abang Farhanlah. Dia kata, kenapa dia kahwin dengan suami yang sekarang ni, dan bukannya dengan Abang Farhan? Ini bermakna, dalam hati Kak Riss, masih ada Abang Farhan. Kalau tak, kenapa nama Abang Farhan yang disebutnya?”

“Betul ke apa yang Nayla cakap ni?”

“Betullah. Dan Nayla tahu, sekarang ni Abang Farhan dengan Kak Riss dah tak ada apa-apa hubungan dah. Tapi, dah alang-alang Kak Riss tengah hilang ingatan sekarang ni, tak salahkan kalau Abang Farhan buatkan Kak Riss jatuh cinta pada Abang Farhan semula? Inilah masanya. Sebelum suaminya yang sekarang ni masuk, lebih baik Abang Farhan yang masuk dulu? Lagipun Nayla tahu, yang cinta Kak Riss terhadap Abang Farhan memang betul-betul mendalam. Kalau tak, tak adanya dia sebut nama Abang Farhan. Sudahlah depan-depan abi dengan mummy pula tu. Keluarga mentua dia pun dengar sekali tau?” ujar Nayla panjang lebar. 

Farhan terdiam seketika. Dia benar-benar tidak sangka, yang Darissa sudah hilang ingatan. Tetapi tak salah, kalau dia mencuba? Mungkin dia patut mengambil peluang?

 

 

MALAM itu Darissa hanya duduk di dalam bilik sahaja. Dia langsung tidak keluar-keluar dari biliknya. Kak Ton juga ada memberitahunya petang tadi, yang Zayn Izrel sudah semakin sihat. Ah, dia tidak peduli langsung dengan keadaan suaminya itu.

Perut mula berkeroncong minta diisi. Sejak dari tengah hari tadi, memang Darissa tidak menjamah sedikit makanan pun. Dia terus sahaja bangun dari katil, lalu berjalan keluar dari biliknya, dan menuju ke bawah.

Tiba sahaja di bawah, Maggie kari terus diambil dari dalam laci. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat Zayn Izrel yang turut berjalan masuk ke dapur.

Wajah Zayn Izrel ketika ini, nampak begitu tegang. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibirnya.

Darissa hanya memandang Zayn Izrel dengan pandangan yang kosong.

“I akan tolong you, sampai you dapatkan jawatan CEO tu. Don’t worry, I akan rahsiakan tentang penipuan you tu, daripada pengetahuan keluarga kita.” Zayn Izrel membelakangi Darissa, sambil meneguk air kosong.

Darissa memandang Zayn Izrel dengan seribu persoalan. Apa yang suaminya cuba sampaikan? Tetapi dalam masa yang sama, dia terasa hati dengan perkataan ‘penipuan’ yang disebut Zayn Izrel tadi.

Zayn Izrel berpusing memandang Darissa. “Tapi kalau you minta maaf, I tak ada masalah untuk maafkan you. I akan lupakan perkara tengah hari tadi. Penipuan you semua, I akan lupakan. Dan kita mulakan hidup baru, seperti pasangan suami isteri yang lain?” Zayn Izrel menghulurkan tangan kanannya kepada Darissa.

Darissa melihat huluran tangan Zayn Izrel. Kenapa perlu disebut berulang kali perkataan penipuan? Besar sangatkah penipuan yang dibuatnya?

Darissa dengan pantas menepis tangan Zayn Izrel. “I tak nak. Yang penting, you ceraikan I.”

Zayn Izrel menahan marah. “You betul-betul ego Darissa. Betul-betul ego! Baik, kalau itu yang you nak, I akan lepaskan you, bila you dah dapat jawatan CEO tu!”

Zayn Izrel terus melangkah meninggalkan Darissa di situ. Tanpa dia sedar, air matanya tiba-tiba sahaja mengalir perlahan. Sememangnya dia tiada niat langsung dengan kata-katanya tadi. Tetapi, Darissa benar-benar ego, dan menguji kesabarannya!

Hai semua. Maaf sebab update selang dua hari. Bulan ni Alin busy sikit. Sorang staff, tgh maternity leave. Dan bulan ni juga, ada byk golf tournament. Jadi, mmg office busy sgt. Harap korang sabar menunggu okey. Tq sudi bca DYT.

Share this novel

Nur Adilah Idris
2023-07-12 20:11:54 

takpe author .kmi snggup tgu utk karya yg best...take time k..

Mermaid_
2023-07-12 07:27:31 

suka sangat cerita cerita you author . all the best ♥️


NovelPlus Premium

The best ads free experience