DYT 41 - HARUNGI BERSAMA

Romance Series 523203

“BABY, bangun.” Zayn Izrel bersuara perlahan di tepi telinga Darissa.

Darissa bingkas terjaga daripada tidurnya, sambil dia merenung tubuh badannya yang masih berpakaian.

Zayn Izrel mengerutkan dahinya. “Kenapa buat macam tu?”

“Buat apa?”

“Check pakaian tadi?”

“Err, mana ada.”

“You tengok macam tu, macam I dah buka pakaian you pula dah.” 

“Err, I tak cakap apa-apa pun. Salah ke, kalau I nak tengok pun?” Darissa terus bangun dari katil. Zayn Izrel mengekori dari belakang, lalu tubuhnya dipeluk.

“Apa ni?”

“Kita berdua aje dalam bilik ni. Anak-anak, Kak Melur dan Jijah dah ambil.”

“Bila pula dia orang ambil?”

“Lepas subuh tadi. So, now you ada rasa macam I rasa tak?”

Darissa sudah semakin tidak selesa. “I nak mandi.”

“I ikut you mandi sekali?”

“You ni dah kenapa? Tolonglah, I tak sukalah you sikap macam ni.”

Zayn Izrel mengeluh perlahan. Mungkin dia terlalu memaksa. “Tak apalah. You mandilah dulu. Kejap lagi kita breakfast sekali, and then, I ada meeting dengan share partner I. Mungkin I balik lambat hari ini.”

“Jumpa share partner? Apa maksud you share partner?”

“Oh, I sebenarnya ada buat business lain dekat sini.”

“Business lain? Apa maksud you business lain? I tak tahu pun?” Darissa mula berasa berang. Jadi, Zayn Izrel berada di Paris, kerana ada perniagaaan lain yang dilakukannya? Disebabkan itulah, suaminya tidak pulang-pulang ke Malaysia? Dan bukannya untuk menenangkan diri?

“I baru sebulan beli restoran...”

“Stop. Oh I lupa, setahun lebih you koma. And then menghilang lima bulan, of course I tak tahu apa yang you buat, kan? Dan, tak perlulah nak explain apa-apa pada I. Just do it, what do you want to do.” Darissa terus sahaja melangkah keluar dari bilik tersebut.

Zayn Izrel terdiam. Pasti Darissa terluka dengannya. Sememangnya dia telah membeli sebuah restoran di sini, sudah sebulan.

Dan kini restoran tersebut telah dinamakan dengan nama D&Z Malay Restaurant yang berada berdekatan dengan Eiffel Tower.

D bersempena dengan Nama Darissa. Manakala Z, bersempena dengan namanya Zayn Izrel.

Dan sudah sebulan sebenarnya Zayn Izrel tinggal di Paris. Dia ke sini bukan sebab mahu tenangkan diri sahaja, malah juga dia mahu mencuba dengan perniagaaan yang baru. Daripada dia menyerabutkan kepalanya dengan ibunya, lebih baik dia menyibukkan dirinya di sini.

“Aduh!” Kedengaran suara Darissa mengaduh sakit.

Zayn Izrel pantas berjalan keluar dari bilik dan menuju ke arah Darissa.

“Kenapa ni?”

Darissa sedang memegang ibu jari kakinya yang berdarah. Pelik. Bagaimana pula ada serpihan kaca di tepi meja?

“Macam mana boleh berdarah ni? Dan macam mana pula, boleh ada serpihan kaca dekat sini?” Zayn Izrel terus mengutip serpihan kaca tersebut, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Zayn Izrel kembali semula. Baju t-shirt yang dipakainya, terus ditanggalkan, lalu ditekup pada ibu jari kaki Darissa yang sedang berdarah ketika ini.

“Tak payahlah kotorkan baju tu.”

“Tak apalah, I tak kisah pun. You tunggu sini kejap.” Zayn Izrel terus sahaja bangun. Baju bersih disarungkan ke tubuh badannya. Setelah itu, dia terus sahaja berjalan keluar dari bilik hotel. Manakala Darissa menunggu Zayn Izrel kembali semula.

Dalam 15 minit Zayn Izrel muncul. Dia terus menuju ke arah Darissa semula. “Sini, I cuci luka you.”

“Tak payahlah. I boleh buat sendiri,” ucap Darissa dingin.

Zayn Izrel tidak menghiraukan Darissa. Sudah luka ibu jari kaki pun, masih nak tunjuk keras kepala. Sampai bila? Sampai bila hubungan mereka mahu jadi begini?

Darissa tidak mahu berbalah. Dia membiarkan sahaja Zayn Izrel mencuci ibu jari kakinya yang luka tadi. Dalam, 5 minit, ibu jari Darissa selesai dibersihkan, dan turut ditampal dengan plaster luka.

“Sekarang ni I order aje breakfast untuk you.”

“Tak payah. Nanti I turunlah sendiri. Boleh tak jangan nak beria sangat?”

“Beria you cakap? Riss, sampai bila you nak macam ni? You tak rasa ke, hubungan kita ni makin complicated?”

Darissa terdiam.

Kedua-kedua tangan Darissa terus diraih. “Please Riss... jangan disebabkan mama I, you nak menjauhkan diri daripada I. I tak nak kehilangan you. I betul-betul tak nak kehilangan you. I nak kita hidup bahagia selepas ini. Kalau boleh, nombor telefon mama I tu, you block aje.” Zayn Izrel melepaskan keluhan panjang. Dia terus sahaja bangun.

“Nanti I minta Kak Melur dengan Jijah temankan you.” Tanpa menunggu, Zayn Izrel terus berlalu ke bilik untuk bersiap-siap.

Darissa termangu sendiri di situ. Benarlah kata Zayn Izrel tadi, hubungan mereka menjadi semakin rumit.

 

JIJAH dan Kak Melur sedang bermain-main dengan si kembar ketika ini. Yang membuatkan Jijah gembira, mereka dibenarkan kembali ke bilik ini.

“Maaf, sebab saya tak dapat nak bawa awak berdua berjalan-jalan. Dengan keadaan ibu jari kaki saya yang luka ni.”

“Tak apa. Macam mana boleh luka pula ya? Mana datang kaca dekat meja tu?” soal Kak Melur.

“Itulah saya pun pelik. Nak kata saya ada pecahkan cawan ke gelas ke, mana ada.”

“Pelik juga. Takkan hantu pula letak kaca tu.” Kak Melur seakan mengesyaki sesuatu. Dia nampak Jijah seperti gembira apabila Zayn Izrel menghubungi mereka supaya kembali ke bilik ini semula. Entah-entah memang Jijah yang meletakkan kaca di tepi meja itu? Tetapi dia tiada bukti untuk menuduh Jijah. Sememangnya dia benar-benar menyesal mengajak Jijah bekerja bersama-sama dengannya.

Ding Dong!

Loceng pintu bilik hotel berbunyi. Kak Melur terus sahaja bangun, untuk membuka pintu.

“Eh, Puan Hani.”

Hani tersenyum, sambil melangkah masuk ke dalam. Suaminya Danial, sudah balik ke bilik untuk melelapkan matanya sebentar. Katanya mengantuk.

“Riss, teruk ke luka jari you tu?” Hani menuju ke arah Darissa, lalu melabuhkan punggung di sebelah rakan baiknya itu.

“Tak adalah teruk. Luka sikit aje.”

“Zayn ke mana?”

“Jumpa share partner dia.”

“Jumpa share partner?”

Darissa bangun dari sofa. “Jom, kita bercakap di dalam?”

Hani turut bangun. Pasti Darissa tidak mahu pengasuhnya mendengar perbualan mereka berdua.

Tiba sahaja di dalam bilik, Darissa terus memeluk tubuh Hani. Sesungguhnya dia memerlukan Hani saat ini. Darissa mula menangis teresak-esak.

Hani mengerti perasaan Darissa. Digosok perlahan belakang badan rakannya itu.

“Okey, beritahu I apa yang jadi. You cerita dengan I dari A to Z.” Dia menarik tangan Darissa menuju ke birai katil.

“Patut ke I pertahankan lagi perkahwinan ni?”

Hani tersenyum nipis. “Of course you kena pertahankan. Why? You nak bercerai? Macam itu?”

“I berbelah bahagi sebenarnya. I masih sayangkan Zayn. Dalam masa yang sama, mama Zayn nak kami bercerai. Puncanya, sebab I. You tahukan, Zayn koma sebab dendam keluarga I?” Darissa mengelap air matanya.

“Itu I tahu. Tapi dah dua tahun perkara tu berlalu. You tahu tak, dua tahun you tanpa Zayn? Dan you masih lagi bertahan sehingga ke hari ini. Jadi, you nak bercerai gara-gara mak mentua you? So, sia-sia ajelah selama ni you bertahan?” Hani menggeleng.

“Dan elok aje sebelum ni, you buat tak endah aje dengan mama dia? Kenapa tiba-tiba sekarang you baru nak terfikir? Kenapa tak dari dulu aje? Tak ke buang masa?”

“You rasa I buang masa ke kalau sekarang ini, I terfikir nak tuntut cerai?”

“Yes, memang you buang masa. Riss, sebenarnya I kagum dengan you. Bagi I, you seorang wanita yang kuat, dan hebat. Dua tahun Riss. Dua tahun you dapat bertahan. I tak pernah dengar you mengeluh, tak pernah dengar you cakap, yang you tak sanggup nak tunggu Zayn. Malah, you tetap setia sehingga ke hari ini. Jangan disebabkan mama Zayn tak mahukan you jadi menantu dia lagi, you dah tak sanggup bertahan? You sanggup nak berpisah dengan Zayn?”

Darissa menggeleng.

“So, pertahankan. I nak you pertahankan perkahwinan you ni. Anak-anak you perlukan seorang ayah. Dan mungkin silap Zayn, lepas dia sedar daripada koma, dia larikan diri. Tapi, dia pun didesak oleh mama dia. I tak kata yang I nak back-up Zayn. Cuma, I tak nak perkahwinan you dengan Zayn, musnah macam itu aje. Dan I tahu, sebelum Zayn koma, cinta you terhadap Zayn baru aje nak berputik. Setelah macam-macam halangan yang you dan Zayn lalui pada masa itu. That’s why I cakap tadi, you bertahan selama dua tahun, kenapa baru sekarang terfikir nak bercerai?” ujar Hani panjang lebar.

Darissa menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan. “Ya I tahu, terlalu banyak sangat halangan masa itu. Natasya, arwah Farhan, arwah Nayla...”

“So, pertahankan. Jangan sebab mama dia, you nak berpisah? Habis anak-anak macam mana?”

“Mummy I, abi I, nak I pertahankan perkahwinan I dengan Zayn. Papa Zayn pun sama.”

“See. Semuanya sokong you. Termasuk I. Sekarang ni, you tak perlu fikirkan pasal mak mentua you tu lagi. Biarkan dia. Lama-lama lembut juga hati dia. Dan yang penting sekarang ni, pulihkan semula hubungan you dengan Zayn. I tahu, mesti sekarang ni tengah bermasalah, kan?”

Darissa mengangguk.

“Why not, dah alang-alang you dekat Paris ni, you dengan dia honeymoon? You pun tak pernah honeymoon, kan?”

Darissa tersenyum. Ya, dia dan Zayn Izrel belum pernah pergi bulan madu bersama-sama.

“Doakan I Hani.”

“I sentiasa doakan you Riss. I tak nak, rumah tangga sahabat baik I ni, putus macam itu aje. Pertahankan okey?” Hani memegang kedua-kedua tangan Darissa dengan erat.

“Thanks Hani... I rasa macam lega, bila ada yang bersama-sama dengan I. Dan I rasa, lepas satu beban dekat bahu I ni. Terima kasih sekali lagi.” Darissa memeluk Hani dengan erat. Ya, dia perlu pertahankan.

 

KLAK!

Pintu bilik hotel ditolak. Terjegul Zayn Izrel di muka pintu di dalam keadaan keletihan.

“Eh, tuan.” Jijah pura-pura terkejut, sambil menutup kepalanya.

“Maaf.” Zayn Izrel menghalakan pandangannya ke arah lain. Sememangnya dia tahu, pengasuh isterinya itu, kedua-duanya mengenakan tudung. Tetapi kenapa wanita ini tidak mengenakan tudung? Adakah terlupa?

Kak Melur pula muncul di situ. Dia berasa pelik melihat Jijah yang tidak mengenakan tudung. Bukankah tadi dia sudah berpesan supaya Jijah memakai tudung? Dan majikannya itu, akan pulang pada bila-bila masa sahaja?

“Eh, Jijah? Mana tudung?” Kak Melur dengan pantas menarik Jijah, yang seakan membiarkan sahaja rambutnya dilihat suami majikan mereka.

Jijah menahan marah. Ada sahaja yang mengganggu.

Tanpa menunggu lagi, Zayn Izrel terus sahaja berjalan menuju ke biliknya. Tiba sahaja di bilik dia melihat Darissa sedang menonton televisyen. Darissa terus memandang ke arahnya.

“Dah balik?” soal Darissa.

Zayn Izrel berasa pelik. Apa mimpi isterinya tiba-tiba sahaja menegurnya?

“Ya. Baru balik. Busy sikit dekat restoran tadi. Ada pelancong dari Malaysia datang.”

“Oh... apa nama restoran you tu?”

“D&Z Malay Restaurant.”

“D&Z?”

“Yup. Nama you and nama I.” Zayn Izrel tersenyum sedikit. Dia tidak tahu, adakah soalan yang ditanya untuk memerlinya, ataupun memang Darissa ingin mengetahui lebih lanjut tentang restoran yang dibelinya itu?

Darissa tersenyum. Dia terus berjalan menuju ke arah Zayn Izrel.

“Nanti you bawa I ke sana, boleh?”

Zayn Izrel masih terkebil-kebil ketika ini. “You nak pergi?”

Darissa mengangguk.

“Boleh. Kalau esok, nak?”

“Boleh juga. Sebelum kita pulang ke Malaysia. Sekarang ni, you pergi mandi okey? I sebenarnya lapar. Tak makan lagi.”

“You lapar? Okey, I pergi mandi cepat-cepat. You tunggu sekejap okey?” Zayn Izrel laju melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Cuma dia tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba sahaja Darissa berubah? Jangan cakap Darissa mahu menuntut cerai dengannya? Dan disebabkan itukah isterinya tiba-tiba berubah menjadi baik?

Dalam 30 minit, Zayn Izrel selesai membersihkan diri, dan juga menunaikan solat Isyak. Waktu sudah menunjukkan pukul 7.30 minit malam, mengikut waktu Paris. Zayn Izrel terus menuju ke arah Darissa.

“Jom. Nak makan, kan?”

“Jom.” Darissa bangun dari katil, lengan Zayn Izrel terus sahaja dipaut kemas.

Zayn Izrel tersentak, saat lengannya dipeluk. Ini lagi membuatkan dia tertanya-tanya. Adakah ibunya ada mesej yang bukan-bukan kepada Darissa?

“Lupa nak tanya. Ibu jari dah okey ke?” soal Zayn Izrel.

“Okey, tak adalah luka teruk sangat. Nasib baik tapak kaki ni tak terpijak. Kalau tak, lagi besar lukanya.”

“Hmm... Riss. You okey ke ni?” Riak wajah Zayn Izrel di dalam keadaan kerisauan.

“Okey. Kenapa?”

“Tadi pagi, you macam tak nak layan I. Sekarang ni you nampak lain. You, dah mula nak berbual dengan I.”

Darissa terus memeluk tubuh Zayn Izrel dengan erat.

“Riss kenapa ni? You takutkan I. Mama I ada cakap apa-apa ke? Sampai you tiba-tiba berubah macam ni?”

Darissa menggeleng laju. “I dah blocked nombor mama you, sepertimana yang you minta. Dan I nak minta ampun dengan you Zayn. Maafkan kesemua kesalahan I. I dah berdosa dengan you Zayn. I berdosa sangat, sampaikan I nak minta you lepaskan I.”

Zayn Izrel terdiam.

“Dan I dah tekad, I takkan minta cerai dengan you lagi. I nak hidup bersama-sama dengan you Zayn, sehingga ke akhir nafas I. Walaupun, mama tak nak I jadi menantu dia, I tetap nak berada di samping you, dan di samping anak-anak kita. I nak kita hidup bahagia bersama-sama. Dan I akan berusaha untuk harunginya. Dan I nak kita, sama-sama harungi semua ni Zayn.”

Zayn Izrel melonggarkan pelukan. Wajah Darissa, ditatap dengan penuh kasih. “Terima kasih baby... Terima kasih. I betul-betul happy bila you cakap macam tu. Dan I pun nak minta maaf pada you, sebab I pergi membawa diri, tanpa memikirkan perasaan you. I minta maaf Riss. Maafkan I.”

“I dah lama maafkan you. Sekarang ni, I tak nak fikirkan masa lalu. Sekarang, kita buka lembaran baru. Yang buruk, kita buang. Mana yang baik kita ambil. Kita sama-sama harungi rumah tangga kita, bersama dengan anak-anak.”

“Ya, kita sama-sama akan harunginya. Dan I juga akan berusaha untuk pujuk mama, supaya terima you semula. Itu janji I pada you Riss. Itu janji I...”

Darissa tersenyum, dengan matanya yang berkaca-kaca. “Terima kasih Zayn. Terima kasih...” Tubuh sasa suaminya dipeluk dengan erat.

Zayn Izrel turut membalas. Ubun-ubun Darissa dikucup lama. “Dah, tadi kata nak makan, kan? Jom.”

Darissa mengangguk. Mereka berdua terus berpegangan tangan antara satu sama lain.

Kak Melur dan Jijah, sudah menunggu lama di ruang tamu.

“Mari kita pergi makan,” ajak Darissa.

Kedua-kedua anak kembar mereka terus meluru ke arah Zayn Izrel.

“Lama ke anak ayah tunggu ni?”

Kedua-kedua tidak bercakap, malah hanya ketawa sahaja. Zayn Izrel terus mendukung kedua-keduanya, dan diekori Darissa dari belakang, lalu mereka melangkah keluar dari bilik hotel tersebut.

Jijah berasa sakit hati melihat pasangan suami isteri itu. Sudah berbaikkah mereka berdua? Jadi, cita-citanya untuk mendapatkan Zayn Izrel terkubur begitu sahaja?

Kak Melur memandang Jijah, yang tidak berganjak.

“Kamu jangan buat hal Jijah.”

“Buat hal apa?”

“Jangan ingat akak tak tahu. Kamu yang letak kaca dekat tepi meja tu, kan? Supaya Tuan Zayn panggil kita ke sini semula, dan kamu boleh tengok muka tuan, kan?”

“Eh, Kak Melur ni. Jangan nak tuduh sembaranganlah. Mana bukti?”

“Memang akak tak ada bukti. Tapi akak tahu, memang kamu yang letak.”

Jijah memberikan satu jelingan pada Kak Melur. Dia benar-benar berasa sakit hati, yang Kak Melur tahu perbuatannya itu.

“Ingat Jijah, jangan buat masalah, kalau nak kerja lama.”

“Tahulah! Tak payah nak pesan banyak-banyak kali. Jijah bukannya budak-budak lagi!” Jijah bersuara tinggi.

“Jangan nak tinggi suara dengan akak.”

“Siapa yang cari pasal dulu? Kak Melur ke Jijah?”

“Salah ke, akak nak bagi amaran pada kamu? Ha, salah ke? Sebab akak tak nak kamu buat masalah. Sebelum ni kena buang kerja pun, sebab kamu ada skandal dengan bekas majikan kita. Takkan nak buat masalah lagi?”

“Tak perlu nak remind banyak kalilah. Cakap ajelah, akak tu cemburu. Yalah, anak dara tua, kan? Lainlah kalau Jijah ni, masih lagi bergetah.”

“Eh, Jijah. Mulut tu jaga sikit!”

“Sudahlah. Malas Jijah nak melayan akak ni. Tengok muka Tuan Zayn lagi bagus.” Jijah mendengus kasar, lalu dia melangkah keluar dari bilik hotel tersebut.

Kak Melur hanya mampu menahan marah, melihat Jijah. Dia tidak mahu Jijah memporak-perandakan rumah tangga majikan mereka. Dan dia akan cuba menghalangnya jika benar, Jijah mahu berbuat demikian.

Dalam mereka tidak sedar, sebenarnya Darissa sudah mendengar perbualan mereka berdua tadi.

Hai, maaf ambil masa utk update.. sebenarnya Alin masih belum sembuh daripada sakit mata..masih sakit lagi sehingga ke hari ini..maaf juga sebab tk inform dkt sni..Alin cuma beritahu di FB dan IG shj.. sbnrnya Alin nk menaip ni pun curi2..sb encik husband bsing..dia kata sakit mata, jgn gatal2 nk tgk hp sgt..huhu..apa² pn trima kasih kpd yg menunggu...DYT tk byk yg tggl...mungkin tggl dua bab shj lagi...

Share this novel

Junaini Ju
2023-11-18 06:25:12 

semoga Alin cepat sihat sepenuhnya ..aamiiin

bellachumel
2023-11-13 16:41:54 

Get well soo Alin.. Sihat dlu then baru boleh update story byk2.. cannot wait another story from u ?

Zue
2023-11-12 14:37:57 

tq author sentiasa ternanti² updatenya


NovelPlus Premium

The best ads free experience