DYT 11 - DRUNK

Romance Series 523102

DARISSA benar-benar terkejut melihat Zayn Izrel yang sedang berdiri di hadapannya. Tunak mata suaminya merenungnya.

“I said, what are you doing here?” soal Zayn Izrel lagi.

“You dah nampak I buat apa, kan? Why nak tanya lagi? You pula, buat apa dekat sini? Ops lupa, of course la you dengan kekasih you, kan?” Sempat Darissa memerli, dengan kedua-kedua tangannya menutup mulut, tanda mengejek.

“You jangan nak ubah topik. Wah, bukan main seksi lagi pakaian you ni.” Zayn Izrel tidak menunggu lama, tangan Darissa terus sahaja ditarik, dan mereka menuju ke arah bar di hadapan. Kelihatan Hani bersama dengan seorang lelaki di situ. Darissa kenal lelaki itu. Dia adalah Danial. Jadi, Zayn Izrel bukan dengan Natasya?

“Sit...” arah Zayn Izrel.

Darissa terus sahaja duduk, tanpa banyak soal. Dia memandang Hani, yang kelihatan takut-takut ketika ini.

Danial pula tersenyum memandangnya. Entah apa yang kelakarnya? Pasti lelaki itu seronok melihat dia dimarahi Zayn Izrel.

“You datang ke sini tanpa izin I? Kenapa you suka ikut kepala you, ha?”

“Why I nak kena minta izin dengan you, sedangkan you pun tak beritahu mana you pergi?”

“Zayn sudahlah. Janganlah marah-marah.” Danial cuba menghalang. Dia tidak mahu suami isteri itu berbalah di sini.

Hani pula hanya diam membisu. Sebenarnya dia takut. Takut pula jika dia dituduh, kerana membawa Darissa ke tempat sebegini.

Zayn Izrel membuka baju kotnya, lalu peha Darissa ditutup.

“Ee, apa ni?” Darissa menolak baju kot suaminya.

Zayn Izrel menahan marah. “You tak nampak ke peha you tu? You nak tayang peha gebu you dekat siapa? Nak tayang peha gebu you tu, pada semua jantan-jantan dalam club ni? Ini tengok ni, tahi lalat dekat peha kanan. Memang you suka lelaki tengok, kan?”

Tahi lalat aku ni pun, dia boleh nampak? Darissa menggigit bibir, sambil mendengus kasar.

“Riss... dengar cakap suami tu.” Hani bersuara.

“Betul tu.” Danial turut menyokong.

Darissa menjeling. Dia benar-benar menyampah. Begitu prihatin, tetapi menyakitkan hati.

“Nasib baik tak ada orang jual tudung dalam ni. Kalau tak, dah lama I beli. Bukan main lagi, you tayang lengan you tu. Baju jenis apa you pakai ni?” Zayn Izrel masih tidak berpuas hati dengan pakaian yang dipakai isterinya. Dress separas peha. Dengan lengan bajunya pula, hanya menutupi lengan sebelah kanan sahaja. Manakala di sebelah kiri, langsung tiada. Hampir sahaja menampakkan dada isterinya.

Kedua-dua bebola mata Darissa naik ke atas. Suka hati dialah nak pakai apa pun. Tak habis-habis nak menyibuk halnya.

Ting! Ting!

Bunyi deringan telefon bimbit milik Zayn Izrel, telah mengejutkan mereka berempat. Zayn Izrel mengeluarkan telefon bimbitnya. Tertera nama Natasya di situ.

Darissa perasankan ada gambar kekasih suaminya di permukaan skrin. Dia mencebik. Menyampah sungguh!

Zayn Izrel tidak menunggu lama. Dia terus sahaja bangun, lalu menjawab panggilan tersebut di luar.

“See? Sayang sangat dia dengan kekasih dia. Depan-depan you all berdua, sanggup dia pick up call kekasih dia yang tak guna tu.” Kembang-kempis hidung Darissa ketika ini. Dia tidak kisah jika Danial terdengar. Lagipun lelaki itu tahu, tentang kekasih suaminya.

Hani pula meraih tangan Darissa. “Sabar okey? Jangan cakap kuat-kuat. Dengar kawan husband you tu,” bisik Hani perlahan.

“Biar dia dengar. Memang dia dah tahu pun. You nak suruh I sabar? I memang tak boleh nak sabar. Dia buat I ni macam tak wujud. Tapi sibuk nak buat syarat itu ini, dan suruh I ikut. Not fair! I ni tak kisah tau, kalau dia cakap, tak akan ambil tahu hal I. Dia nak buat apa pun dengan kekasih dia, buatlah. I tak peduli. Ini tak, habis semua dia nak kongkong!” Baju kot yang menutupi pehanya, terus dicampak ke arah kerusi yang diduduki Zayn Izrel tadi.

“Encik Danial tahu?”

“Of course la.” Darissa memandang Danial sekilas, lalu satu jelingan diberikan. Sudah tentulah dia mendengar perbualan Zayn Izrel dan Danial semalam. Lelaki itu juga yang menyebut nama Natasya.

Danial hanya diam membisu. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Tak akan pula dia mahu menasihati isteri Zayn Izrel pula? Tetapi tak dinafikan, Darissa benar-benar seksi. Pakaian yang dipakai isteri sahabat baiknya itu, memang sesuai dengannya.

Kalaulah Zayn Izrel memang tidak mahukan Darissa, dia dengan rela hati mahukan wanita itu. Eh, dah kenapa dengannya? Kenapa tiba-tiba sahaja dia menyukai isteri orang pula? Kali pertama dia melihat Darissa semalam, telah membuatkan hatinya terpaut.

Darissa berpeluk tubuh. Gelas yang ada di atas bar, laju sahaja digapai. Dia terus sahaja meneguk air tersebut dengan sekali tegukan sahaja, tanpa henti. Hatinya membuak-buak berasa marah. Tiba-tiba sahaja dia terdiam, dengan matanya mula terkebil-kebil. Wajah Hani dah Danial dipandang silih berganti, lalu gelas yang dipegangnya tadi, diletakkan semula. Sungguh rakus dia meneguk minuman tadi. Kenapa rasanya begitu pelik?

“Erk? Air apa pula I minum ni? Kenapa rasa pelik?” Darissa sudah tidak keruan. Dengan rasa air tersebut, sudah mula melekat pada anak tekaknya.

“Hello Ms? That’s my drink...” Seorang lelaki yang berdiri di situ terkejut, airnya tiba-tiba sahaja diminum Darissa tadi.

“Riss... yang you ambil air dia kenapa?” Hani turut terkejut.

“Ha? Itu bukan air kita ke?”

Danial terus sahaja bangun. “Sorry, my friend tak perasan. I ganti semula, minuman you tu.” Danial memesan minuman yang baru untuk lelaki tadi.

“Hani I minum air apa tadi?” soal Darissa lagi. Dia benar-benar tidak tentu arah.

“Err, itu arak...”

“What?!” Darissa benar-benar tidak sangka. Mulutnya sudah menelan minuman haram tersebut. Ini adalah pertama kali dalam hidupnya. Kenapalah dia boleh teguk sekali gus begitu sahaja? Adakah kerana terlalu marahkan Zayn Izrel?

“I akan mabuk ke?” sambung Darissa lagi.

“You tak biasa minum, memang mudah untuk you mabuk.”

Darissa sudah tidak tentu arah. Tak, dia tidak mahu mabuk. Bagaimana dia mahu memuntahkan minuman yang diminumnya tadi? Ah, kenapa kau teguk air setan tu! Kenapa Darissa!

“Kawan you memang first time ke?” soal Danial. Dia berasa pelik dengan wajah Darissa, yang berubah menjadi kemerahan ketika ini.

Hani mengangguk.

“I nak pergi ladies room.” Darissa terus sahaja bangun. Hani turut bangun, dan mahu menemani Darissa.

Danial pula hanya memandang mereka berdua, yang menghilang daripada pandangannya. Ke mana pula Zayn Izrel pergi?

Dalam 15 minit Zayn Izrel muncul semula.

“Kau pergi mana lama sangat?” soal Danial.

“Apa lagi? Natasyalah. Merajuk dengan aku. Sebab aku tak ajak dia datang ke sini.”

Danial menggeleng perlahan.

“Eh, mana wife aku?” Meliar matanya mencari susuk Darissa.

“Ladies room katanya.” Perlukah dia memberitahu kepada Zayn Izrel, yang Darissa sudah meneguk minuman keras tadi?

“Nasib baik kau ajak aku ke sini. Kalau aku tak ke sini, aku memang tak akan tahu langsung, yang Darissa boleh ke kelab malam ni. Boleh pula dia tuduh aku check-in dengan Natasya? So, dalam fikiran dia, aku ni lelaki jahat?” Zayn Izrel dan Danial memang terlebih awal datang ke kelab malam ini. Tak sangka pula, Darissa turut ada. Sehinggakan dia boleh terdengar perbualan isterinya tadi bersama rakannya. Dan jarak mereka berdua hanya beberapa depa sahaja.

“Aku rasa dia bengang dengan kau la tu. Yalah, isteri mana tak marah dan cemburu?”

“Masalahnya, dia tak cintakan aku pun. Buat apa dia nak marah or cemburu? Kau memang tahukan, yang kami kahwin sebab family masing-masing? Dia tak bolehlah nak salahkan aku, kalau aku masih berhubung dengan Natasya.”

“Zayn, aku tahu kita ni lelaki. Boleh kahwin empat. Tapi, bila dah ada yang sah dan halal depan mata kita, kenalah jaga sebaik yang mungkin. Isteri ni cerminan suami. Kaulah pemimpin untuk isteri dan anak-anak yang bakal lahir nanti. Kalau kau pun masih di tahap macam ni, tak mustahil isteri kau tetap akan macam tu. Tak minta izin, keluar sesuka hati.” Danial terdiam seketika.

“Dan sekarang ni, kau yang tanggung dosa isteri kau. Bukan bapa dia lagi. Cuba kau buka hati kau tu untuk Darissa. Aku rasa lama-lama dia pun akan jatuh cinta pada kau. Dan tak mustahil, suatu hari nanti, hati kau takkan terbuka untuk sesiapa dah, dan hanya untuk Darissa seorang sahaja. Tak dengar ke tadi, macam mana dia luahkan rasa sakit hati dia pada kawan dia? Maknanya dia nakkan perhatian dari kau juga,” ujar Danial panjang lebar. Walaupun hatinya sudah terpaut pada Darissa, tetapi dia tak pernah terfikir mahu mengkhianati rakan baiknya itu.

Zayn Izrel terdiam mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Danial tadi. “Entahlah Danial. Aku pun tak tahu apa yang aku nak.”

“Aku tahu Natasya tu cinta pertama kau. Tapi, Natasya dah buatkan mama kau benci dengan dia. Kalau kau kahwin dengan Natasya sekali pun, aku tak rasa mama kau boleh lupa, apa yang Natasya dah buat pada dia.”

Zayn Izrel diam membisu.

“Aku minta maaflah kalau aku ni menyibuk pula. Tapi tak salahkan, kalau aku nasihat kau? Walaupun aku ni belum kahwin lagi?”

“Isy, tak apa. Tak kahwin lagi pun, boleh aje nak nasihat.”

Entah dari mana muncul, tiba-tiba sahaja Darissa duduk di atas riba Zayn Izrel, dengan kedua-kedua tangannya memeluk batang leher suaminya.

“Zayn...” Darissa tersenyum.

Zayn Izrel tercengang. Kenapa Darissa duduk di atas ribanya? Apa yang membuatkan Darissa berubah angin?

Hani turut muncul di situ. Wajahnya kelihatan takut-takut saat melihat wajah Zayn Izrel.

Darissa merenung wajah Zayn Izrel, sambil kedua-kedua matanya dikenyitkan ke arah suaminya. Setelah itu, kedua-kedua pipi suaminya turut dipicit-picit.

“What’s wrong with her?” soal Zayn Izrel.

“She’s drunk,” ujar Danial.

“What?!” Bulat mata Zayn Izrel ketika ini. Bila masa pula Darissa meneguk air tersebut?

“Zayn, Riss tak sengaja minum. Dia terambil orang lain punya gelas. Dia ingat itu air Coke dia,” ujar Hani pula.

“Zayn look at me... do I look sexy?” soal Darissa, sambil melemparkan senyuman yang paling manis buat Zayn Izrel. Dia benar-benar mabuk. Dengan wajahnya juga kemerahan. Dan dia juga tidak sedar, apa yang dia katakan.

Tak boleh jadi ni. Darissa dah mabuk. Kalau tak, entah apa yang dia merepek nanti. Fikirnya.

Tanpa menunggu lagi, Zayn Izrel terus sahaja bangun, sambil tubuh isterinya dipeluk kuat.

“Aku balik dulu Danial. Dan you Hani, tumpang Danial balik.”

Beg tangan isterinya diambil, lalu dia melangkah keluar dari kelab malam tersebut, bersama-sama dengan Darissa. Sebelum Darissa membuat masalah di kelab malam ini, lebih baik dia membawa pulang sahaja isterinya.

Dalam 30 minit, kereta yang dipandu Zayn Izrel tiba di kediamannya. Darissa pula sudah terlelap di sebelah. Tanpa menunggu lagi, tubuh Darissa dicempung, lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

“Zayn, kita dekat mana?” soal Darissa, dengan nada suaranya kedengaran agak mabuk.

“Kita dah sampai rumah.”

“Turunkan I...”

“Why nak kena turunkan you? You dah mabuk.”

“I nak tidur dekat ruang tamu.” Darissa menolak tangan Zayn Izrel daripada memeluknya. Dia mula jalan terhuyung-hayang ketika ini, dan menuju ke sofa, lalu tubuhnya direbahkan.

“Tak akan you nak tidur dekat sini. Naik biliklah.” Zayn Izrel tidak sampai hati membiarkan Darissa tidur keseorangan di bawah.

“Suka hati I lah nak tidur mana pun. You pun tak pedulikan I. Pergilah dekat kekasih you tu. You lebih pentingkan dia daripada I. Sampai hati you buat I macam ni...”

Zayn Izrel tersenyum. Sah, Darissa ada rasa cemburu. Orang mabuk tidak akan menipu. Dia pernah melihat Danial di dalam keadaan mabuk, semasa mereka belajar di luar negara. Habis semua rahsia diceritakan oleh rakannya itu. Tetapi itu dulu. Danial sudah tidak lagi menyentuh minuman keras tersebut.

“Mana ada I pentingkan dia. You isteri I. Mestilah I kena pentingkan you juga.”

“Alasan.” Darissa memejamkan matanya, lalu tangan kanannya diletakkan di dahi.

“Baby...” panggil Zayn Izrel. Entah kenapa dia suka dengan panggilan itu.

Terbuka luas mata Darissa mendengar. “You panggil I baby?”

Zayn Izrel mengangguk.

Darissa bangun dari pembaringan, lalu tangan Zayn Izrel ditarik, dan tubuh suaminya direbahkan di atas sofa.

Setelah itu, Darissa terus sahaja duduk di atas badan suaminya.

Zayn Izrel benar-benar terkejut dengan tindakan Darissa ketika ini.

“Say it again...” ulang Darissa.

“What?”

“Tadi, yang you sebut...”

“Baby?” kata Zayn Izrel perlahan. Isterinya suka dengan panggilan itu?

Darissa tersenyum. Butang kemeja suaminya dibuka satu persatu.

“Err... you nak buat apa ni?”

“Do you want me?” soal Darissa sambil jari jemarinya bermain-main di dada bidang suaminya. Butang baju sudah dibuka separuh.

Zayn Izrel menelan liur. Darissa mahu bersama dengannya? Tapi, takkan pula dia mahu menolak? Bukankah ini yang dia mahukan?

“Baby, you tengah mabuk sekarang ni. I tak nak you bangun-bangun nanti, you salahkan I pula. But I don’t mind, kalau you betul-betul nak.” Zayn Izrel mengusap pipi Darissa.

Mata Darissa sudah semakin kuyu. Dia menundukkan kepalanya, lalu bibirnya menyentuh bibir Zayn Izrel. Dikucup bibir suaminya dengan penuh hangat.

Zayn Izrel sedikit terkejut. Ini kali pertama bibirnya disentuh oleh seorang yang bernama wanita. Tidak menunggu lama, dia turut membalas kucupan isterinya. Kedua-dua tangannya mula memeluk erat tubuh Darissa. Hampir lima minit mereka berdua berkeadaan seperti itu. Tangannya pula, laju mahu menyelak baju yang dipakai Darissa.

Tiba-tiba sahaja Darissa terdiam. Isterinya sudah berhenti mengucupnya. Rupa-rupanya Darissa sudah pun tertidur.

Zayn Izrel ketawa kecil. Punah harapannya. Hampir sahaja mereka mahu bersama. Wajah Darissa ditenung lama. Perlahan-lahan rambut isterinya dielus lembut. Setelah itu, satu kucupan diberikan pada ubun-ubun Darissa.

“Good night baby...” ucap Zayn Izrel perlahan. Lama kelamaan dia turut tertidur, di dalam keadaan Darissa yang berada di atasnya, sedang memeluk erat tubuhnya.

Tepat pukul 6.30 minit pagi, Darissa terjaga daripada tidurnya. Kepalanya sedikit pusing. Tiba-tiba sahaja dia terkejut. Kenapa dia tertidur di atas badan Zayn Izrel sekarang ini? Apa yang sudah berlaku malam tadi? Adakah dia dan Zayn Izrel sudah bersama? Tetapi dia masih lengkap berpakaian. Begitu juga dengan suaminya. Tetapi kenapa di bahagian dada Zayn Izrel, terbuka luas?

Darissa cuba mengingati kembali. Aku ada kiss dia ke?

Tidak mahu berfikir lagi, perlahan-lahan Darissa melonggarkan pelukan. Zayn Izrel langsung tidak sedar. Dengan pantas dia bangun dari tubuh Zayn Izrel. Setelah itu, Darissa berlari naik ke biliknya. Lebih baik dia bersiap-siap ke pejabat. Dia tidak mahu bertembung dengan suaminya nanti.

Bodoh kau Darissa! Bodoh!

 

TING!

Pintu lif terbuka. Belum sempat kaki melangkah keluar, Darissa dikejutkan dengan kehadiran Farhan di situ.

“Riss...”

Darissa dan  Hani berpandangan antara satu sama lain. Apa yang lelaki itu buat di syarikatnya?

“Farhan? What are you doing here?”

“Riss I miss you... I miss you so much.”

Darissa masih terpinga-pinga. Kenapa Farhan boleh berada di sini? Meliar matanya ketika ini. Janganlah bapanya nampak akan kehadiran Farhan di sini.

“Macam mana you boleh datang ke sini? Kalau abi I nampak, habis I!”

“I ekori you sejak dari pagi tadi. Memang I tunggu sahaja you. I tahu, ini waktu lunch you. Sebab itu I tunggu. Boleh tak kita pergi lunch sekejap?”

“Untuk apa?”

“Please Riss. Sekejap aje. Ada benda yang I nak cakap.”

Darissa memandang Hani. Hani sekadar mengangguk sedikit. Nak tak nak, terpaksa jugalah Darissa makan tengah hari bersama-sama dengan Farhan. Pasti ada yang mahu dikatakan oleh lelaki itu.

Mereka berdua tiba di sebuah restoran yang tidak jauh dari kawasan syarikat. Darissa duduk di kerusi, dengan kedua-kedua tangannya disilang ke dada. 

Farhan memandang Darissa sambil tersenyum. Dia benar-benar rindukan Darissa.

“You tak happy ke jumpa I?” Farhan memulakan perbualan.

“What are you talking about? Happy? And now, you ajak I jumpa ni untuk apa?”

“I happy, bila dengar you dah kahwin. Tahniah atas perkahwinan you. I tak sempat nak ucapkan tahniah.”

“Oh, really?” Darissa membuat wajah malasnya.

“Riss, sebenarnya I tak boleh lupakan you. I tahu, you kecewa dengan husband you, kan?”

Kedua-dua kening Darissa bertaut rapat. “Apa maksud you?”

“Siapa yang tak kenal Zayn Izrel. CEO Z. Empayar. Dan husband you tu, selalu I jumpa dekat kelab malam, dengan kekasih dia, Natasya.”

Darissa mengetap bibirnya. Tipulah kalau dia tidak sakit hati mendengarnya. Natasya, Natasya sahaja! “So, apa kena mengena dengan I?”

“You tak happy dengan perkahwinan you, kan? Why you setuju?”

“I setuju ke, tak setuju ke, apa kena mengena dengan you pula?”

“Okay. I tak sepatutnya masuk campur. Tapi percayalah Riss, I betul-betul menyesal. Setiap malam I terkenangkan you. Hidup I jadi tak tenteram. I don't know why. Padahal ini yang I nak sebenarnya.” Farhan menghelakan nafasnya.

“Apa maksud you? Ah, tak kisahlah apa pun you dah lakukan. Dan ya, semua ni memang salah you. You tahukan, abi I betul-betul ingatkan you akan jadi menantu dia? Tapi dia salah tafsir. You curang dengan I. You kecewakan I.”

“Ya, I mengaku I curang dengan you.”

“See... apa lagi yang you nak katakan?”

“Sebenarnya, I rasa diri I tak berguna langsung. Kita ni bagaikan enggang sama enggang, pipit sama pipit. You anak Datuk, kaya. Dan I ni? Hanya seorang pekerja yang makan gaji. I buat semua tu, sebenarnya nak buatkan you lupakan I. I tahu, abi you intip I. Sebab itulah I keluar dengan macam-macam perempuan, supaya abi you tak menaruh harapan tinggi terhadap I. Dan sekarang ni, you dah kahwin dengan lelaki yang sama taraf dengan you. Itu dah buat I bersyukur dan happy. Walaupun agak payah untuk I lepaskan you sebenarnya...” ujar Farhan panjang lebar.

Darissa terkejut. Pengakuan apakah ini?  “Jadi, you buat semua ni sebab nak bagi I lupakan you?”

Farhan mengangguk.

“You sedar tak, apa yang you cakap ni?”

“Ya. I memang sedar. Sebab I dah tahu, I tak layak untuk you.”

“But, I langsung tak kisah semua tu. You tahukan? I tak kisah you orang susah ke apa? Sebab I betul-betul nak cari lelaki yang dapat membahagiakan I. Tapi you? You khianati cinta kita Farhan.”

“You tak kisah, tapi I kisah. You ingat I tak sedar diri ke? You tengok I bawa kereta apa? Kereta biasa aje, Myvi. Tapi you, bertukar-tukar kereta. Kereta pula, kereta mewah keluaran dari luar negara. I sebenarnya malu dengan diri I ni. Sebab itulah, I tak rasa hubungan kita ni tak akan bertahan lama...” Mata Farhan berkaca-kaca ketika ini.

“So, sekarang ni you ajak I jumpa untuk apa? Nak sakitkan hati I? Nak tengok you menangis depan I?”

“Tak. I jumpa you ni, sebab I nak beritahu perkara sebenar. Dan I nak beritahu you, yang I masih cintakan you. You tak bahagia, kan?”

“You tak payah nak sibuk urusan I. Sudahlah. Ini kali terakhir kita jumpa. I tak nak jumpa dengan you lagi.” Darissa bangun dari kerusi.

“Riss, wait... please don’t leave me. I always love you Riss...” ucap Farhan, yang turut sama bangun dari kerusi.

Darissa tidak menghiraukan Farhan. Dia terus melangkah keluar dari restoran tersebut. Hatinya benar-benar sakit. Sia-sia sahaja mereka bercinta sebelum ini. Hanya kerana taraf, Farhan sengaja berbuat begitu. Padahal Darissa langsung tidak kisah dengan semua itu. Kalau nak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menumbuk Farhan tadi.

Laju sahaja kaki melangkah ke tempat letak kereta. Belum sempat Darissa hampir ke arah keretanya, tiba-tiba sahaja lengannya ditarik kasar dari arah belakang. Siapa lagi yang menarik lengannya, kalau bukan Farhan.

Dengan pantas Darissa mengepal tangan kanannya, lalu satu tumbukan yang kuat, dilayangkan pada wajah Farhan yang berada di belakangnya.

Buk!

“Aduh!” Lelaki tersebut jatuh terduduk, sambil memegang pipinya, akibat ditumbuk tadi.

Darissa terus tergamam. Dia benar-benar tidak sangka, wajah yang ditumbuknya tadi adalah suaminya sendiri! Dan bukannya Farhan.

Share this novel

norsila
2023-06-21 18:20:39 

hahahaha..kono sbiji zyn..hahaha..padan muko..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience