DYT 40 - WIFE NOMBOR DUA

Romance Series 522373

“KAMU dengan Zayn sekarang ni, kan?”

“Mana mama tahu ni?”

“Zayn WhatsApp aku pagi tadi. Dia kata, dia dengan kamu sekarang ni. Kamu dah bacakan, WhatsApp yang aku bagi?”

Darissa terdiam seketika. Matanya mula berkaca-kaca, apabila teringatkan kembali mesej yang dihantar ibu mentuanya pagi tadi.

“Betul ke Zayn dah nikah lagi satu?” soal Darissa, yang mahukan kepastian.

“Ya, memang dia dah nikah. Kenapa? Ingat aku buat cerita ke?”

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi. Memang Zayn dah nikah lain. Mesti dia tak mahu mengaku. Jadi, kamu masih nak pertahankan rumah tangga kamu lagi? Cuba kamu fikir. Ke mana Zayn menghilang? Lima bulan dia senyap tanpa khabar berita. Tiba-tiba aje berjumpa di sana. Cuba tanya dia, mana wife nombor dua dia?
Entah-entah ada dekat Paris tu.”

“Baby?” Zayn Izrel memanggil Darissa.

Darissa tersedar. Dia memegang kepalanya. Tiba-tiba sahaja kepalanya berasa sakit.

“Jawab I sekarang. Betul ke you nikah lagi satu?”

“You cakap apa ni? Bila masa pula I nikah lagi satu?”

“You jangan nak tipu I lah. Mengaku ajelah. Kenapa tak nak mengaku?”

“Siapa yang cakap pada you, yang I nikah lagi satu ni? You jangan nak merepeklah.”

“Ke sebenarnya, wife nombor dua you Natasya?”

“Natasya? Apa you cakap ni? Merepek you tahu tak? Dah bertahun I tak dengar cerita daripada dia. Tiba-tiba aje nama dia disebut. Dan you cakap dia wife nombor dua I?” Zayn Izrel benar-benar keliru.

“Ya. Mama you pernah cakap pada I, lebih baik Natasya yang jadi menantu dia, daripada I ni.” Darissa menggenggam kuat tangannya, menahan kemarahan. Takkanlah ibu mentuanya mahu menipu?

“Wait... ini mesti mama I yang buat cerita, kan?”

“Sekarang ni jawab I. Betul ke you nikah lagi satu?”

“Of course la I tak nikah lagi satu. For what? You ingat, I sedar daripada koma, tiba-tiba aje terus nikah lagi satu? Dan apa motif I nak ada wife lagi satu? Cuba beritahu I? I dah cakapkan, yang I tetap mencintai you sehingga akhir nafas I, walau apa pun yang terjadi. Tak mungkin I nak menduakan you.” Zayn Izrel duduk melutut di hadapan Darissa. Tangan kanan isterinya diraih.

“Riss... selama-lamanya you di hati I. Tak mungkin I nak nikah lagi satu. Percayalah kata-kata I ni. I nak kita balik Malaysia nanti, I nak bawa you jumpa mama. I nak jelaskan kepada dia, yang I takkan lepaskan you. Takkan...”

“Balik Malaysia?”

“Ya. Kita balik Malaysia sama-sama.”

“Wife nombor dua you? You nak tinggalkan dia dekat sini?”

“Apa lagi you ni? I dah cakapkan tadi, yang I tak nikah lagi satu. Kalau you tak percaya, pergilah check dekat jabatan agama, wujud ke tidak bini nombor dua I tu?”

“Alah... entah-entah you bernikah dekat sempadan. Dan pernikahan you pun tak daftar. Macam mana I nak tahu? Wujud ke tidak?”

Zayn Izrel menggeleng perlahan. “Baby, you tak percaya langsung ke dengan I ni?”

“I memang takkan percaya!”

Zayn Izrel tahu, pasti ibunya telah berkata yang bukan-bukan tentang dirinya kepada Darissa. Bagaimana pula Darissa boleh terfikir yang dia sudah bernikah lagi satu?

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor telefon ibunya dicari, lalu pembesar suara dibuka. Dia mahu Darissa mendengar perbualannya dengan ibunya sekarang ini.

Tut! Tut!

“Hello, Zayn?” jawab Datin Qasidah di hujung talian.

“Mama! Apa yang mama dah buat?!” Suara Zayn Izrel separuh meninggi.

Darissa yang di sebelah memasang telinga.

“Apa yang mama dah buat?”

“Mama jangan nak buat-buat tak faham. Why mama buat cerita yang tak betul?”

“Err, apa Zayn cakap ni?”

“Mama tak perlu nak berselindung lagilah. Kenapa ha? Mama nak hancurkan rumah tangga Zayn? Tak puas lagi ke apa yang mama dah buat sebelum ini? Ha, mama?!”

“Mama tak nak Riss jadi menantu mama lagi! Mama bencikan dia! Dia punca kamu dilanggar lari, sampai koma. Mama tak boleh nak tutup mata, macam tak ada apa yang berlaku. Tak, mama takkan lupakan. Sebab itulah mama reka cerita, yang kamu dah bernikah satu lagi, supaya dia pergi tuntut fasakh. Tapi tak sangka pula, dia pergi mengadu dekat kamu!”

“Kenapalah mama kejam sangat? Sudahlah mama halau Riss keluar dari rumah. Dan sekarang, mama boleh terfikir nak mereka cerita? Zayn tak fahamlah dengan mama ni. Dan kadang-kadang Zayn rasa, Zayn macam dah tak kenal mama lagi!” Zayn Izrel terus mematikan talian. Dia benar-benar berang, dengan apa ibunya sudah lakukan.

Darissa terdiam. Ibu mentuanya mereka cerita? Jadi Zayn Izrel memang tidak bernikah lagi satu?

“Dah dengar semuanya?” soal Zayn Izrel.

“I...”

“Riss, I tetap takkan lepaskan you, walaupun mama I tak nak anggap you menantu dia lagi. Dan I rela, kalau mama I buang I, daripada I kehilangan you.”

“You nak menderhaka ke? You tahukan, syurga tu di bawah tapak kaki ibu? Takkan you rela dibuang?”

“I tak kisah semua tu, walaupun syurga di bawah tapak kaki ibu. Jadi ibu pula? Boleh musnahkan rumah tangga anak dia? So, I nak kena dengar pula cakap mama I? Supaya lepaskan you? Dan gunakan alasan, yang syurga di bawah tapak kaki dia? Macam itu?”

Darissa hilang kata. Kepalanya semakin berdenyut-denyut saat ini.

“Baby, you nak ke tengok anak-anak kita tanpa ayah di sisi? Dan you sanggup ke, nak pisahkan anak-anak daripada I?”

Mata Darissa mula berkaca-kaca.

Ting! Ting!

Kedengaran satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit milik Darissa. Darissa terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya, lalu isi kandungannya dibaca.

-Melampau betul kamu ini, kan? Mengadu dengan anak aku! Kamu tak faham ke, aku tak nak kamu jadi menantu aku lagi! Dan aku tak nak Zayn jadi mangsa lagi. Orang yang melanggar Zayn, sampai sekarang tak ditangkap. Tolonglah, aku merayu sangat-sangat... suruh Zayn lepaskan kamu.-

Berbalam-balam mata Darissa saat ini. Dia tidak mahu lagi bertahan. Cukuplah. Dia sanggup dilepaskan. Darissa bangun dari bangku batu tersebut.

“Baby, where are you going?”

Baru sahaja beberapa langkah, Darissa terus sahaja pitam di situ, tetapi tubuhnya sempat disambut Zayn Izrel.

 

DARISSA terdengar bunyi ketawa anak kembarnya di luar. Perlahan-lahan matanya dibuka. Kenapa suara tersebut bergabung dengan suara Zayn Izrel? Dia terus turun dari birai katil dan perlahan-lahan menuju ke pintu. Daun pintu dibuka.

Kelihatan Zayn Izrel sedang bermain-main dengan anak kembarnya ketika ini. Sekejap Zayan Hafiq memanjat belakang Zayn Izrel. Sekejap Zayan Hadif pula. Bergilir-gilir mereka berdua ketika ini. Entah bagaimana senyuman terukir di bibir.

Takkan aku nak pisahkan dia orang dekat bapa mereka? Tapi, mama tak nak aku jadi menantu dia lagi...

Keluhan berat dilepaskan. Perlahan-lahan Darissa menutup pintu kembali, lalu dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

Klak!

Pintu bilik dibuka. Terjegul Zayn Izrel di muka pintu.

“Baby? You dah bangun?”

Darissa tersenyum kelat.

“Kak Melur kata, kalau you tak makan, you cepat sakit kepala. Dengan perut kosong lagi. Dan kadang-kadang you akan pitam. Sejak bila pula you jadi macam ni?” Zayn Izrel melabuhkan punggungnya di sebelah Darissa.

“Entah,” jawab Darissa pendek.

Tangan Darissa diraih, lalu digenggam erat. “I dah baca mesej yang mama send pada you. Dan I dah reply mesej dia.”

“Ha? Why you reply? You nak dia bencikan I lagi ke? Kenapa you nak tambahkan lagi masalah?”

“I tak tambahkan masalah. Dan I nak dia faham keadaan kita ni. Dan papa pun, ada contact I tadi. Dia nak kita bersama. Dan tak nak kita berpisah.”

“Apa maksud you?”

“Papa tak setuju dengan apa yang mama dah buat.”

Darissa melepaskan keluhan. “Baru sekarang papa you nak cakap macam itu? Sebelum ni, dia ikut aje apa yang mama buat. I...”

“Baby please... sanggup ke you nak berpisah dengan I? You sanggup ke? But, I tak sanggup.”

“Zayn please, bagi I masa. I serabut sekarang ni. Dengan mama you. Dengan you lagi.”

Zayn Izrel menarik nafas, lalu dihembus perlahan. “Tak apalah. I biarkan you sendiri. I tak nak you serabut. I keluar dulu. Kalau ada apa-apa you panggil I okey?” Zayn Izrel terus melangkah keluar dari bilik.

Darissa tidak memandang Zayn Izrel. Dia tidak sanggup melihat wajah suaminya, yang tampak kesedihan. Dia mahukan ruang.

Ting! Ting!

Kedengaran telefon bimbitnya berdering. Tertera nama ibunya di permukaan skrin. Panggilan tersebut terus sahaja dijawab.

“Assalammualaikum, hello mummy.”

“Waalaikummussalam. Riss dengan Zayn, kan?”

“Hmm... ya mummy.”

“Riss, Riss sedar tak apa yang berlaku sekarang ni? Mak mentua Riss, tak sukakan Riss. Dia baru call mummy tadi. Mummy ingatkan dia call mummy sebab nak berbaik semula. Tapi, rupa-rupanya dia suruh Riss balik ke Malaysia. Dan jangan bersama dengan Zayn dekat sana.”

“Mummy, Riss tak sengaja jumpa Zayn dekat sini. Mummy ingat, Riss tak terkejut ke tengok suami yang dua tahun tak bersua muka, tiba-tiba ada depan mata?”

“Habis tu, Riss nak juga dekat Zayn tu? Mummy dah cakapkan? Tuntut fasakh. Tapi Riss degil, masih lagi nak berharap. Kalau mummy, mummy takkan bertahan lagi.”

Darissa menahan sebak. Sebenarnya dia langsung tidak mahu berpisah. Tetapi, desakan ibu mentuanya telah membuatkan Darissa tidak dapat bertahan lagi.

“Habis tu, apa yang Riss boleh buat mummy?”

“Tuntut cerai. Kalau Riss masih nak bertahan, mummy takkan halang. Tapi Riss nak ke, diri Riss dibenci?”

Darissa terdiam. “Riss...”

“Mummy pun tak nak serabutkan kepala Riss. Tapi mummy nak Riss sedar, tak ada gunanya bertahan begitu lama, kalau ada yang tak suka. Lebih baik melepaskan, daripada Riss makan hati.”

“Tapi anak-anak macam mana mummy? Macam mana Hadif dengan Hafiq? Dia orang dah mula rapat dengan ayah dia orang.”

“Sebenarnya Riss yang tak sanggup nak berpisah, kan?” Datin Dahlia sengaja menduga.

Darissa terdiam seketika, sambil menarik nafas. Air matanya mula mengalir di pipi. “Tipulah kalau Riss tak cintakan Zayn. Sampai ke hari ini, cinta itu tak pernah pudar. Dan tipulah, jika Riss tak gembira bila lihat dia di depan mata Riss sekarang ni.”

Datin Dahlia mengeluh perlahan. “Baiklah, mummy pun tak nak rumah tangga Riss berakhir macam itu sahaja. Sia-sia dua tahun Riss bertahan, dan tiba-tiba sahaja nak berpisah. Pertahankanlah rumah tangga Riss. Mummy dan abi, sentiasa di belakang Riss.”

“Maksudnya, mummy tak nak Riss berpisah?”

“Ya, mummy tak nak Riss berpisah. Mummy kalau boleh nak Riss dan Zayn bahagia untuk selama-lamanya. Mummy tak nak, cucu-cucu mummy terpisah dengan ayah dia.” Kedengaran esakan halus Datin Dahlia saat ini.

“Are you crying?”

“Mestilah mummy menangis. Sedih tahu tak? Dapat pula besan macam itu. Mana mummy tak sakit hati? Ingat Riss, kamu kena kuat. Pertahankan rumah tangga kamu? Faham tak?”

“Baik. Riss akan pertahankan, selagi Riss dapat bersabar. Riss pun tak nak pisahkan anak-anak dengan ayah dia orang.”

“Alhamdulillah. Ingat Riss, nummy dengan abi sentiasa di belakang Riss.”

“Terima kasih mummy. Terima kasih...”

“Sama-sama. Okeylah, mummy letak phone dulu ya? Nanti balik sini, jangan lupa handbag mummy.”

Darissa ketawa kecil, sambil menyeka air matanya. “Mummy ni...”

“Sedih, sedih juga. Handbag jangan lupa. Okey, assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam mummy.” Darissa terus menamatkan panggilan. Dia terus bangun dari birai katil. Perutnya yang kosong minta diisi.

Darissa terus menolak daun pintu. Dia melihat Zayn Izrel sedang menidurkan anak-anak mereka. Patutlah sunyi sepi tadi. Kaki diatur menuju ke ruang tamu.

“Mana Kak Melur dengan Kak Jijah?” tegur Darissa dari belakang.

Zayn Izrel terkejut. Dia memusingkan badannya memandang Darissa. “Dia orang keluar. I yang suruh. Lagipun I nak kita berempat aje dalam bilik ni.”

Zayn Izrel bangun dan menuju ke arah Darissa.

Darissa menjarakkan tubuhnya.

Zayn Izrel berhenti, sambil tersenyum nipis. “You nak makan?”

Darissa mengangguk.

“I ada order tadi. Fish and chips. Ada atas meja tu. Kejap, I pergi ambil.”

“Zayn, I boleh buat sendiri.” Darissa terus menuju ke meja makan. Dia melihat Fish and chips yang dipesan Zayn Izrel tadi. Entah kenapa dia langsung tidak berasa selera untuk menjamah makanan tersebut.

“Kenapa? You tak nak makan ke? Ataupun you nak I order lain?”

“No need. I makan aje apa yang you order ni.” Darissa terus duduk di kerusi, sambil memegang pisau dan juga garfu.

“Tadi I ada tanya Danial, bila balik Malaysia? Dia kata dalam seminggu lagi. I ikut balik sekali ya?”

“Kalau you ikut I balik, you nak balik ke mana? Rumah you? Atau rumah keluarga you? For your information, rumah you tu, mama you dah sewakan pada orang.” Darissa terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Zayn Izrel tersenyum. “Don’t worry, I dah minta papa carikan rumah lain untuk kita.”

“What?”

“Yup. Kita akan tinggal berdekatan dengan kawasan rumah keluarga you. Dan kalau boleh, I tak nak pengasuh tinggal sekali dengan kita. Dia orang akan datang bekerja ke rumah kita, jam 7 pagi hingga 7 petang sahaja. Dan bila waktu malam, kita yang akan jaga.”

“Kenapa pula tak nak pengasuh tinggal dengan kita?”

“I tak nak ada orang luar dalam rumah tu, saat kita berempat. I tak suka. Sekarang ni pun, I tak suka.”

Darissa tidak mengerti.

“Oh, by the way I dah booked bilik lain untuk dia orang berdua, sepanjang kita berada di sini.”

“Kenapa you pandai-pandai buat keputusan? Sepatutnya you kena tanya I dulu.”

“Biarlah. I tak nak ada gangguan. I nak balik hotel I kejap. Nak check out. Kejap lagi, I balik sini semula.” Zayn Izrel terus sahaja bangun. Kedua-kedua anaknya yang sedang tidur nyenyak, dikucup lembut pada  kedua-kedua belah pipi mereka. Setelah itu dia menuju ke arah Darissa pula.

“I balik kejap. Wait for me... kalau you dingin dengan I pun, I tak ambil hati. I tetap akan berusaha untuk tambat hati you semula.” Zayn Izrel tersenyum, sambil melangkah keluar dari bilik hotel tersebut.

Darissa hanya mampu mengeluh. Perlukah dia pertahankan rumah tangganya? Dan abaikan sahaja ibu mentuanya itu?

 

 
NATASYA cuba menghubungi Shahrul, berulang kali. Tetapi susah betul panggilannya mahu dijawab. Dan tidak lama itu, akan masuk ke peti simpanan suara sahaja. Dia benar-benar sakit hati ketika ini.

Ee! Susah betul nak contact dia ni. Kalau aku tahulah hidup aku akan jadi macam ni, memang aku tak terima langsung anak dia tu. Ingatkan bila dah putus dengan Zayn, adalah lelaki yang sudi nak terima aku seadanya. Rupa-rupanya! Menyakitkan hati sahaja! Jerit hati kecilnya, sambil menahan marah.

Natasya terus sahaja bangun dari sofa. Matanya terus tertancap pada bilik hujung. Kata Shahrul, bilik tersebut tidak dibenarkan masuk sama sekali. Sehingga ke hari ini, Natasya tidak pernah menjejakkan kakinya ke dalam bilik itu, walaupun usia perkahwinannya dengan Shahrul sudah mencecah hampir setahun.

Tetapi dia tidak tahu, kenapa hari ini kakinya mahu sahaja menapak ke bilik hujung itu. Air liur ditelan kesat.

Ada apa dalam bilik tu? Perlahan-lahan kakinya diatur ke bilik hujung tersebut. Tombol pintu cuba dipulas. Tetapi pintu tersebut telah dikunci.

Kenapa nak kena kunci bilik ni? Perasaannya mula membuak-buak ingin tahu, apa yang ada di dalam bilik tersebut.

"Tapi... dia dah larang supaya jangan masuk," bisiknya sendiri.

Natasya mula mencari sesuatu yang membolehkan dia membuka pintu tersebut. Laju sahaja dia mencari dawai di dapur. Setelah itu, dia menuju semula ke pintu bilik tersebut, lalu tombol pintu dicucuk dengan menggunakan dawai tadi.

Klak!

Pintu tersebut berjaya dibuka. Natasya terus melangkah masuk ke dalam. Sebuah bilik, yang mempunyai almari dan juga barang-barang lama yang sudah tidak digunakan. Tiada yang mencurigakan.

Tetapi, kenapa Shahrul tidak membenarkannya masuk pula?

Baru sahaja kaki mahu melangkah keluar, tiba-tiba sahaja matanya tertancap pada satu kotak kecil di bawah meja. Natasya terus sahaja mengambil kotak tersebut, lalu kotaknya dibuka. Dahinya mula berkerut. Ada segugus kunci di dalamnya, dan turut ada di dalamnya adalah surat bil elektrik dan juga air. Dia melihat alamat yang tertera di situ. Beralamat di Kuala Lumpur?

Natasya sudah tidak sedap hati. Shahrul ada rumah di Kuala Lumpur?

 

KAK MELUR terus merebahkan badannya di atas katil. Manakala Jijah pula, sedang menahan marah. Wajahnya juga turut masam mencuka.

Kak Melur tersenyum sinis, melihat Jijah.

“Tak payah nak tunjuk sangat muka masam tu. Kamu ingat, Tuan Zayn tu nak pandang kamu?”

“Eh, Kak Melur dah kenapa? Ingat Jijah kisah sangat ke dengan Tuan Zayn tu?”

“Alah, tengok muka pun dah tahu. Nampak sangat tak puas hati bila kena pindah bilik lain.”

“Kak Melur jangan nak cari pasal dengan Jijah pula ya?”

“Siapa pula nak cari pasal? Bagus juga Tuan Zayn tu asingkan bilik. Tak adalah, kamu buat hal.”

Jijah menahan marah, lalu melangkah masuk ke bilik air. Dia benar-benar sakit hati apabila tiba-tiba sahaja dia dan Kak Melur ditukarkan ke bilik lain. Baru sahaja dia berangan mahu memiliki lelaki itu.

Pada ketika ini, Darissa sedang berbaring di sebelah anak kembarnya yang sedang tidur nyenyak ketika ini. Zayn Izrel pula sedang duduk memandang mereka bertiga.

“Baby? Tak nak tidur bilik ke?”

“Zayn, please la... you ingat, I boleh layan you macam dua tahun yang lepas? You jangan nak serabutkan kepala I lagilah. Dengan mama you tak henti-henti, mesej I dari tadi. I stress tahu tak?” Darissa terus sahaja bangun dari katil.

Zayn Izrel mengekori dari belakang. “Boleh tak you block aje nombor phone mama I tu?”

“You cakap senanglah. Kalau I block, you ingat mama you tak contact mummy I? Zayn please, bagi I masa untuk berfikir.”

“You tetap nak berpisah?”

“I tak ada jawapan untuk itu.”

“I harap you fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Sampai bila-bila pun, you tetap milik I. I takkan sia-siakan you. Dan I akan cuba jadi yang terbaik untuk you. Ini janji I...” Zayn Izrel terus melangkah ke bilik, dan meninggalkan Darissa di situ.

Darissa termangu sendiri. Sampai sekarang masih terbayang-bayang mesej dari ibu mentuanya supaya dia meminta cerai daripada Zayn Izrel. Ibu mentuanya itu, benar-benar tidak berputus asa.

Apa yang perlu aku buat sekarang ni? Aku tak nak berpisah dengan Zayn. Aku tak nak...

Share this novel

Rohani Hussin
2023-11-04 21:58:57 

update pleasee

bellachumel
2023-11-02 20:53:08 

next pliisss ??

norsila
2023-10-31 13:50:47 

teruskn brtahan..cuma mama sorng joo mnentang...abaikn dgn brhati2 dgn mamanya tu...papa spatutnya control mama tu..kurung mama tu..hahaha..


NovelPlus Premium

The best ads free experience