Gara-gara tidak mahu jawatan CEO diberikan kepada Nayla, iaitu anak angkat keluarganya, telah membuatkan Darissa terpaksa akur dengan permintaan ibu bapanya, untuk bernikah dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada sahabat baik bapanya, iaitu Zayn Izrel. “Up to you, what do you want to do. I don’t care. For me, perkahwinan ini wujud, disebabkan oleh permintaan keluarga kita. Bila tiba masanya, kita akan membawa haluan masing-masing.”- Zayn Izrel “Thank you so much, kerana memahami I. I harap, you tak masuk campur dalam kehidupan I, dan I pun tak akan masuk campur dalam kehidupan you. Sepertimana yang you cakap tadi, bila tiba masanya, kita akan membawa haluan masing-masing. Lagi pun, you terlalu mencintai Natasya, bukan?- Darissa Usia perkahwinan yang belum mencecah seminggu, telah membuatkan Zayn Izrel sudah terpaut pada Darissa, walaupun pelbagai syarat sudah diberikan kepada isterinya itu. Bak kata orang, ibarat jatuh cinta pandang pertama. Pada awalnya Darissa nampak begitu ego. Tetapi lama kelamaan, Darissa menurunkan juga egonya, apabila dia merasakan Zayn Izrel pandai mencuri hatinya. Dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Adakalanya salah faham wujud di antara mereka berdua. Dapatkah Zayn Izrel membentuk Darissa menjadi isteri yang baik? Dan bagi Darissa pula, adakah Zayn Izrel seorang lelaki yang dapat membahagiakannya? Dan adakah, dia yang terbaik?
Update 06 December 2024
2025-03-28
bila update yg baru?
2024-12-16
excited tunggu nak habiskan yg ni
2024-12-05
next