DYT 14 - TAMBAT HATI

Romance Series 522373

DARISSA membuka kelopak matanya secara perlahan-lahan. Dan dia mahu memastikan yang Zayn Izrel dan juga Natasya sudah pun berlalu pergi dari bilik wad ini.

Hati Darissa mendongkol geram, saat mendengar Natasya mengadu kepada Zayn Izrel, tentang keadaan hidungnya. Kenapa tidak patah sahaja? Itukan lagi bagus.

Kalau hendak diikutkan hatinya, memang dia sudah berniat mahu menendang sahaja wajah Natasya. Tetapi memikirkan ada CCTV di kediaman suaminya, terpaksalah Darissa membatalkan niatnya. Dan dia hanya sekadar mampu menumbuk sahaja.

Aku tengah sakit ni, dia masih lagi nak bersama dengan perempuan tu? Betul-betul menyakitkan hati!

Darissa menggenggam kuat selimut yang menutupi badannya ketika ini. Apa yang perlu dia lakukan, supaya Zayn Izrel melepaskannya? Dia sememangnya sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini, walaupun  usia perkahwinan mereka, belum sampai usia satu bulan.

Darissa membuang pandang ke luar jendela, sambil memikirkan cara supaya perkahwinan ini tidak diteruskan lagi. Perlukah dia memberitahu keluarganya, yang Zayn Izrel curang dengannya? Tetapi mereka sudah pun tahu, yang suaminya itu sememangnya mempunyai kekasih sebelum ini.

Dan sudah pasti, Zayn Izrel turut akan memberitahu keluarganya, yang dia ada berjumpa dengan Farhan sebelum ini. Dan sudah tentu bapanya akan memarahinya. Dan jawatan tersebut, pasti tidak akan diberikan kepadanya nanti.

Tak, aku tak boleh biarkan diri aku terperangkap pula. Lebih baik aku fikirkan cara lain. Fikir Darissa.

Ataupun dia mengadu pada ibu mentuanya? Lagi pun ibu mentuanya memang tidak menyukai Natasya. Tetapi jika dia mengadu, sudah pasti Zayn Izrel tidak mahu menceraikannya pula.

Darissa melepaskan keluhan yang berat. Berat rasanya menanggung masalah yang dirasakan sungguh menyusahkan dirinya.

Dahi disentuh perlahan. Lama Darissa berfikir. Tiba-tiba sahaja dia mendapat satu idea. Perlukah dia menipu? Adakah idea ini dapat membuatkan Zayn Izrel berputus asa dengannya nanti? Bolehkah dia menggunakan cara ini? Kau memang betul-betul gila Darissa.

Klak!

Daun pintu wad ditolak. Darissa tersentak melihat Danial di situ.

“Eh, Darissa? You dah sedar?” Danial menghampiri Darissa.

“Hmm...” Itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

“Dahi you macam mana? Rasa okey tak? Ada tak rasa sakit ke? Pedih ke?”

“Okey aje. Sakit tu biasalah. Tak akan nak menangis pula? Where's Zayn?”

“Err, dia hantar Natasya balik.”

“Whatever la. Hmm Danial, I need your help...”

“Pertolongan? Apa pula tu?”

Darissa mula menceritakan rancangannya kepada Danial. Dia benar-benar berharap yang rakan baik suaminya itu dapat membantunya.

Berkerut dahi Danial, saat mendengar rancangan Darissa.

“You cakap apa ni? Ini dah melanggar etika kerja I. I mana boleh menipu.”

“Please Danial. Ini sahaja caranya supaya Zayn putus asa dengan I. Dan ini juga caranya supaya Zayn ceraikan I.”

“Darissa... I ni baru kerja dekat hospital ni. Tiba-tiba I nak kena menipu pula? Nanti I kena gantung kerja tahu tak? Silap-silap nanti, I kena buang pula?” Danial benar-benar tidak bersetuju dengan apa yang dirancangkan Darissa.

“Danial, I tak sanggup lagi nak teruskan perkahwinan ini. I rasa, I tak wujud langsung dalam hidup Zayn. Zayn pula tak nak lepaskan I. Natasya dia nak, I ni pun dia nak. Dan I tak sanggup nak bermadu.”

“But Darissa...”

“Danial please... I merayu sangat-sangat dekat you.”

“I...” Danial terdiam.

“You cakap aje, I hilang ingatan.”

“Tapi Zayn nak percaya ke nanti?”

“Mestilah dia percaya. You doktor, kan? Dia mesti akan percaya apa yang you cakap.”

“Tapi I tak boleh nak menipu. Lebih-lebih lagi dia kawan baik I.”

“Danial, I pun tak nak you menipu. I tahu you doktor, dan you juga bekerja di hospital ini. Sudah semestinya you pun tak nak tanggung risiko, kan? I faham itu semua...” Darissa terdiam seketika. Dia cuba memikirkan cara supaya Danial bersetuju dengan apa yang dirancangnya.

“I sebenarnya tak bahagia dengan perkahwinan ini. Sekurang-kurangnya bila I berpura-pura hilang ingatan, buat perangai, dan buat masalah, pasti lama-kelamaan Zayn  akan berputus asa dengan I. Nanti pandai-pandailah I berlakon.”

“Berlakon?”

“Yup, berlakon. I akan berpura-pura jumpa bekas kekasih I. Dan I akan gunakan nama Farhan untuk sakitkan hati dia. Selalunya I tengok, orang yang hilang ingatan ni, tak akan ingat perkara yang baru. Dia akan ingat perkara yang dah lepas aje.”

Danial terdiam seketika. Benarkah Darissa tidak mahu meneruskan perkahwinan ini lagi?

Darissa mula memikirkan bapanya. Jika dia berpura-pura hilang ingatan, entah-entah lagi senang dia mendapatkan jawatan CEO itu.

“You betul-betul dah buat keputusan untuk bercerai?”

Darissa mengangguk laju.

“You tak takut, kalau tiba-tiba Zayn tahu yang you tipu dia?”

“Zayn tak akan tahu, kalau you tak beritahu.”

Danial melepaskan keluhan yang berat. “Ini betul-betul gila.”

“Tak, ini tak gila. You kena mainkan peranan. You beritahu aje, yang I ni hilang ingatan. Please Danial... I’m begging you...”

Danial memandang Darissa lama. Kalau dia membantu Darissa, dia memang betul-betul mengkhianati sahabat baiknya sendiri. Walaubagaimanapun dia tetap kasihankan Darissa. Zayn Izrel pula, masih berhubung dengan Natasya.

Kalau dia orang berdua bercerai, adakah aku ada peluang untuk mendekati Darissa? Fikir Danial.

“So, how?” Darissa masih menunggu jawapan.

“Baiklah. I akan tolong you. I Cuma tolong beritahu, yang you hilang ingatan. Yang selebihnya...”

“You jangan risaulah. Yang selebihnya pandai-pandai I la nanti.” Darissa memotong. Dia tahu ini kerja gila. Tetapi, dia tidak kisah. Janji rancangannya berjaya.

Tok! Tok!

Pintu diketuk dari luar.

Darissa tersedar daripada lamunan. Entah kenapa dia boleh teringatkan kejadian di hospital tempoh hari. Dan dia juga, telah meminta pertolongan daripada Danial. Dan nasib baiklah Danial mahu membantunya, walaupun agak susah juga untuk Danial bersetuju dengan permintaannya.

“Siapa?”

“I ni...” Zayn Izrel bersuara dari luar pintu.

Darissa berdecit perlahan. Apa lagilah dia ni nak.

Darissa menuju ke muka pintu, lalu daun pintu dibuka.

“Ada apa?”

“Hmm, ini ada telekung. I beli petang tadi.” Telekung dihulurkan kepada Darissa.

Kedua-dua kening Darissa bertaut rapat. Kenapa tiba-tiba sahaja Zayn Izrel memberikannya telekung?

“Hmm, untuk apa you bagi I telekung ni?”

“Hadiah pemberian daripada I. Hantaran tempoh hari, I tak ada bagi you telekung. Hanya Al-Quran dan sejadah sahaja. Esok pagi kita solat subuh sama-sama ya?”

“Solat subuh?”

Zayn Izrel mengangguk.

“Kenapa pula I nak kena solat dengan you?”

“I nak jadi imam you. Dari hari pertama kita nikah, sehinggalah ke hari ini, I tak pernah lagi jadi imam you. Jadi, mulai esok kita akan solat sama-sama ya?”

Darissa terdiam. Perlukah dia tersentuh dengan kata-kata Zayn Izrel? Kenapa tiba-tiba sahaja Zayn Izrel jadi seperti ini?

“Hmm, okey.”

“I balik bilik dulu ya? Good night baby...”

“Isy, tak payahlah panggil I baby. Geli tahu tak?”

“I don’t care. I rasa panggilan itu lagi sesuai untuk you.”

Kedua-dua bebola mata Darissa naik ke atas. Dia mahu menutup pintu, tetapi Zayn Izrel menahan.

“What?”

“You tak nak tidur dengan I ke?” Zayn Izrel sudah tersenyum.

“Buat apa I nak tidur dengan you? Daripada I tidur dengan you, lebih baik I tidur sorang-sorang. Lagi pun memang daripada awal kita nikah, kita dah memang bilik asing, kan?” Darissa sengaja menduga. Lagi pun memang daripada awal Zayn Izrel yang membuat syarat, supaya mereka tidak sebilik. Dan bukannya dia.

“Tapi... I sunyi tidur sorang-sorang. Teringin juga nak peluk isteri sendiri. Tak salah, kan?”

“You jangan nak merepeklah. You tahukan, I tak ingat you ni siapa? So, jangan paksa I.”

Zayn Izrel tersenyum paksa. “Tak apalah. Sorry kalau I nampak terlalu memaksa. Dan I akan buat sampai you ingat I. Mungkin sebab you tak ingat I, hanya kerana kita tak pernah bercinta sebelum ini, kan? Dan perkahwinan kita ini pun, belum sampai usia dua minggu.”

“Ha, tahu pun. Sudahlah. I nak tidur.” Darissa laju sahaja menutup pintu. Lagi dilayan, lagi menjadi-jadi nanti.

Nak tidur dengan aku? Tapi, dalam hati dia ada Natasya. Aku tak bodoh lagi nak serahkan diri aku ni!

 

“BABY? Baby?” laung satu suara dari luar.

Terkebil-kebil mata Darissa ketika ini. Siapa pula yang bersuara di luar pintu?

“Baby, bangun. Dah nak azan subuh dah ni.”

Darissa mengambil bantal, lalu menekup wajahnya. Dia tidak menghiraukan Zayn Izrel yang memanggilnya di luar. Dia benar-benar mengantuk ketika ini.

Senyap.

Tahu pun blah. Sibuk aje panggil-panggil orang. Darissa memejamkan mata semula.

Klak!

Kedengaran pintu biliknya dibuka dari luar. Tetapi rasanya pintu sudah dikunci, sebelum dia tidur malam tadi.

Bantal yang menutupi wajahnya terus ditolak. Dia benar-benar terkejut melihat Zayn Izrel yang sudah berdiri di tepi katil.

“Mummy!” Darissa separuh menjerit.

“Eh, you buat apa masuk bilik I ni?” sambung  Darissa lagi. Tiba-tiba dia perasankan yang dirinya hanya mengenakan singlet dan juga hot pants sahaja ketika ini. Dengan pantas selimut ditarik, lalu tubuhnya ditutup.

Zayn Izrel pula, terkebil-kebil merenung Darissa. “Seksi juga you tidur waktu malam-malam, kan?”

“You jangan nak merepek! Macam mana you boleh masuk bilik I ni?”

“Oh, I ada kunci. Lagi pun ini rumah I. Dah tentu setiap bilik I ada kunci.”

“You keluar sekarang!”

“Tak, I tak nak keluar. Kalau I keluar you tak nak bangun. Lebih baik you bangun sekarang. I dah cakap malam tadi, kan? You kena solat sama-sama dengan I. Itu perkara wajib, yang you perlu buat. Jangan cakap you tak solat pula.”

Wajah Darissa mula berubah. “Eh, I solat la.”

“And now, get up.” Zayn Izrel mula menarik selimut.

Darissa menahan. “Ee, apa ni. Janganlah tarik selimut. I... I tak pakai pakaian dalam sekarang ni.”

Membulat mata Zayn Izrel saat mendengarnya. “You tak pakai?”

“Yalah. Malam-malam nak tidur I memang tak pakai. Sekarang ni boleh tak you keluar? I nak bersihkan diri I dulu. Kejap lagi I keluar.”

“Boleh tak I nak tengok, bagaimana rupanya bila tak pakai pakaian dalam?” Zayn Izrel tersenyum nakal.

“Boleh tak you jangan nak merepek? Sekarang ni keluar dari bilik I. Kalau you masih dalam bilik ni, macam mana I nak bersiap-siap pakai telekung?”

“Iya ke you akan keluar?”

“Iyalah. You tunggu aje.”

“Okey baby...” Zayn Izrel memberikan satu flying kiss kepada Darissa, lalu dia berjalan keluar dari bilik tersebut.

Darissa mencebik. Dah buat tabiat  agaknya.

 

DARISSA teragak-agak mahu menyalami tangan Zayn Izrel ketika ini.

“Tak nak salam ke?”

“Kena salam ke?”

“Yalah. Salam sekarang. Ambil berkat suami.” Zayn Izrel sudah tersengih.

Darissa sudah membuat muka. Nak tak nak, terpaksa jugalah dia menyalami tangan suaminya. Tiba-tiba sahaja ubun-ubunnya dikucup lembut. Darissa terus menjarakkan dirinya.

Zayn Izrel tersenyum paksa. Pasti Darissa tidak menyukai dengan perbuatannya. “Riss...”

“Hmm...”

“I harap you dapat beri I peluang untuk I jadi suami yang terbaik untuk you. I kalau boleh tak nak hubungan kita jadi renggang.”

“Sebelum ini you ada cakap, yang you ada kekasih, kan?” Darissa mengubah topik.

Zayn Izrel mengangguk perlahan.

“You masih berhubung dengan dia lagi?”

Zayn Izrel menggeleng perlahan. “Tak, I tak berhubung dengan dia lagi. Kami dah putus. Sekarang ini I hanya nak you sahaja Riss... hanya you.” Tangan kanan mula diangkat, lalu pipi Darissa diusap lembut.

Darissa menolak tangan Zayn Izrel. “I nak bersiap-siap pergi kerja.” Dia mula bangun dari atas sejadah. Kata-kata Zayn Izrel tadi, langsung tidak dipercayainya. Sudah putus? Rasa mahu dihambur ketawanya di situ juga.

“Riss...” Zayn Izrel menahan.

“Apa lagi?”

“I tahu, you mungkin tak akan percaya. But, I boleh buktikan.”

“Tak kisahlah you nak cakap apa pun.”

“Riss...”

“Isy, you ni kenapa? Dari tadi Riss, Riss...”

“Habis tu nak panggil apa? Kalau I panggil baby, you tak suka pula.”

“Apa lagi you nak cakap?”

“Hari ini, I hantar you pergi kerja.”

“Hantar I? For what?”

“Saje. Sekurang-kurangnya nampaklah I ni berusaha nak tambat hati you.”

“No need. I boleh drive sendiri.”

“I tunggu you dekat bawah. Kita pergi kerja sekali ya?”

Darissa berdecit kasar. Dia terus melangkah keluar dari bilik solat. Geram pula, dengan sikap Zayn Izrel sekarang ini. Kenapa pula suaminya itu mahu menghantarnya?

 
 
LAMA Darissa termenung di bilik pantri. Teringat kejadian pagi tadi, di mana Zayn Izrel tiba-tiba sahaja mengucup pipinya, sewaktu suaminya menurunkannya di lobi syarikat pagi tadi. Pipinya disentuh perlahan. Kenapa Zayn tiba-tiba jadi macam tu? Aku silap perancangan ke ni? Menyesal pula aku berpura-pura hilang ingatan.

“Kak Riss!” Nayla muncul dari arah belakang, lalu tubuh kakak angkatnya itu dipeluk erat.

Darissa tersentak.

“Nay tak sangka akak boleh hilang ingatan. Kesian akak...”

Dengan pantas tubuh Nayla ditolak kasar. Hampir sahaja Nayla terlentang ke belakang.

“Apa masalah kau ni? Kau ingat bila aku hilang ingatan, aku tak boleh ingat kau? Aku cuma tak ingat perkara baru aje. Perkara yang lama aku masih ingat lagi. Dan satu lagi. Jangan ingat aku lupa apa yang kau dah buat pada aku 13 tahun yang lalu. Sampai ke hari ini, aku tak akan lupa. Kau betul-betul bernasib baik, sebab abi dan mummy tak tahu perkara sebenar. Tepilah!” Darissa menolak tubuh Nayla, dari menghalang laluannya. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Nayla di situ.

Nayla mengetap bibir menahan marah. Maknanya dia ingat perkara lama. Tak guna!

Darissa benar-benar berang dengan Nayla. Yang buat dia terkejut, rupa-rupanya Nayla sudah ditukar ke bahagian lain. Dan adik angkatnya itu juga, sudah mempunyai bilik pejabat sendiri. Itu pun setelah diberitahu oleh Hani pagi tadi.

Kenapa dia pilih bahagian akaun? Apa rancangan dia sebenarnya?

“Riss...” Hani muncul di situ.

“Apa dia?”

“Reception call tadi. Dia kata ada orang nak hantar bunga pada you. Tapi dia minta penerima tu turun ke bawah, ambil sendiri.”

“Siapa pula yang hantar bunga?”

Hani menjongketkan bahunya.

Dengan langkah malasnya, Darissa terus turun ke bawah, menuju ke lobi. Pasti Zayn Izrel yang menghantar bunga tersebut. Kalau tidak, siapa lagi yang mahu menghantarnya?

Tiba sahaja di bawah. Dia mencari penghantar bunga yang dikatakan Hani tadi. Tiba-tiba sahaja wajah Darisaa berubah. Sebenarnya bukan penghantar bunga, tetapi Natasya. Natasya sedang menuju ke arahnya, sambil membawa sejambak bunga.

“Yes?” Darissa berpura-pura tidak mengenali Natasya.

“Hai...” ucap Natasya.

“Hai.”

“I’m Natasya.”

“Okey, Natasya. Bunga untuk I ke ni?”

“Ya. Bunga untuk you.”

“Daripada siapa?”

“Daripada I.”

Darissa berpura-pura keliru. “Daripada you?”

Natasya terus menarik tangan Darissa. Dan mereka berdua menuju ke ara sofa yang tidak jauh dari pintu masuk.

“Eh, kenapa you tarik I ke sini?”

“I minta maaf kalau I datang ke sini secara tiba-tiba.”

“I tak faham.”

“Sebenarnya I kekasih Zayn.”

Darissa memandang wajah Natasya lama.

“I know, you pasti terkejut. Dan I tahu, you sebenarnya hilang ingatan sekarang ini. I terlalu cintakan Zayn. I nak kahwin dengan dia. I sanggup jadi wife nombor dua dia. Dan I tak kisah, kalau dia tetap anggap you wife pertama dia. Dan I juga tak kisah bermadu, asalkan Zayn tetap bersama-sama dengan I,” ujar Natasya panjang lebar.

Darissa tersenyum sinis. Tetapi dia tidak menunjukkan di hadapan Natasya. “So, you la kekasih dia?”

Natasya memandang Darissa. Dia tidak mengerti.

“Zayn ada cakap pada I semalam. Dia memang ada kekasih. But, dia kata tak ada jodoh. You memang nak dia?”

Natasya mengangguk.

“Why not you cuba berusaha untuk dapatkan dia? I ni tak kejam mana pun sebenarnya. Yalah, tak akanlah I nak halang you all berdua pula, kan? You nak kahwin dengan dia, you kahwin ajelah. Tapi satu aje I minta. Suruh Zayn ceraikan I. Can you?”

“Ceraikan you?”

“Ya, ceraikan I. I tak nak hidup bermadu. You pun mesti tak nak hidup bermadu juga, kan? Don’t lie to me.” Darissa tersenyum sinis. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar wajah wanita itu.

Natasya terdiam. Ya, dia juga tidak mahu hidup bermadu. Sememangnya dia tidak mahu!

“Okeylah, I malas nak cakap panjang-panjang dengan you. Ambil balik bunga you ni. I tak berminat dengan bunga dari kekasih gelap husband I. Oh, lupa pula. Jangan datang sini lagi ya? Takut pula kaki I ni hinggap dekat muka you. Hidung tu kenapa? Terjatuh ke?” Darissa tersenyum mengejek.

Natasya memegang hidupnya yang ditampal plaster. Tak akan pula dia mahu memberitahu yang hidungnya ditumbuk oleh wanita itu?

Malas lagi mahu menunggu, Darissa terus sahaja melangkah meninggalkan Natasya di situ.

Natasya berasa berang. Sudah hilang ingatan, masih nak tunjuk berlagak. Bunga yang diserahkan semula kepadanya tadi, terus sahaja dicampak ke dalam tong sampah. Natasya terus melangkah keluar dari syarikat milik isteri kekasihnya itu.

“Natasya!” Zayn Izrel bersuara tinggi.

Natasya tergamam. Bagaimana Zayn Izrel boleh berada di sini?

Zayn Izrel menarik lengan Natasya dengan kasar,  lalu menuju ke satu sudut yang tersorok. “What are you doing here?! Macam mana you boleh tahu ini company wife I? You memang betul-betul cari masalah, kan?”

“Zayn... err... I” Natasya sudah semakin takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience