DYT 32 - MIMPI

Romance Series 522373

“ISY, kenapa pula ni?” bebel Zayn Izrel, sambil memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia melihat tayar keretanya yang sudah pancit.

Dalam masa yang sama dia mengerling jam tangannya, yang sudah menghampiri pukul 8 malam.

Nak tak nak, dia terpaksa menukarkan tayar keretanya. Tayar ganti, terus sahaja dikeluarkan dari bonet keretanya.

Pelik. Tadi baru lepas pam tayar. Macam mana pula boleh pancit? Fikirnya. Tanpa menunggu, Zayn Izrel terus mengambil jek, lalu duduk mencangkung.

Belum sempat Zayn Izrel mahu memasukkan jek pada bawah keretanya, tiba-tiba sahaja hidung dan mulutnya ditekup dengan satu sapu tangan, dari arah belakang. Zayn Izrel tidak sempat melawan, lama-kelamaan matanya terus terpejam rapat.

Bush!

Wajah Zayn Izrel disimbah dengan air. Dia terus terjaga daripada tidurnya. Terpinga-pinga dia ketika ini. Matanya terus terarah pada Darissa, yang sedang berdiri di hadapannya. Dan wajah isterinya itu, nampak kelihatan tegang.

“Riss?” Zayn Izrel memegang kepalanya. Dia pelik dengan tubuhnya yang tidak berpakaian ketika ini, dan hanya mengenakan boxer sahaja. Ada tangan yang melingkari pinggangnya ketika ini. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat Natasya yang tidak berpakaian di sebelahnya. Dia lantas bangun daripada pembaringan.

“Zayn? You dah bangun? Apa yang basah ni?” Kedengaran suara Natasya serak-serak basah.

“Apa yang you dah buat sekarang ni Zayn? Apa yang you dah buat!” jerit Darissa. Air matanya mula mengalir di pipi. Kakinya benar-benar lemah ketika ini, lalu dia jatuh terduduk di atas lantai.

Natasya yang terkejut mendengar jeritan Darissa tadi, terus sahaja menarik selimut, untuk menutupi tubuh badannya yang langsung tidak berpakaian.

“You jantan tak guna!” jerit Darissa lagi, dia bagaikan sedang histeria.

Zayn Izrel menghampiri Darissa yang duduk di atas lantai. Isterinya tidak henti-henti menangis ketika ini.

“Baby?” panggilnya lembut. Tangannya mula menyentuh lengan Darissa. Dia perlu membetulkan keadaan sekarang ini.

Natasya mencebik. Geli pula dia mendengar perkataan ‘baby’. Dengannya dulu, tidak pula dipanggil dengan panggilan manja seperti itu.

“Don’t touch me, you fool! Baby? Don’t call me baby!” Darissa menepis tangan suaminya dari menyentuhnya.

“I know, it’s hurt. But, I didn’t do that. Please trust me Riss.”

“Trust you? Ini yang I dapat? I ingatkan you betul-betul cintakan I. Tapi you...” Darissa tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

“I truly love you. I tak buat benda ni semua. Please Riss. Please trust me.”

“Tak... tak Zayn. Ini I dah nampak depan mata I. Tengok apa yang you pakai sekarang ni? You tak berbaju Zayn! Dan you hanya pakai boxer! Dan girlfriend you ni, langsung tak pakai apa-apa. You tak nampak ke? Ceraikan I. I tak nak bersuamikan lelaki macam you lagi!” jerit Darissa.

Berubah wajah Zayn Izrel saat mendengar perkataan cerai. Darissa mahu bercerai dengannya? Ini bukan pertama kali Darissa meminta cerai darinya.

“I betul-betul menyesal! Sepatutnya, bulan lepas kita dah bercerai! Kenapalah I bodoh, percayakan kata-kata you? Kenapa?” Darissa menyeka air matanya dengan kasar.

Giginya diketap kuat. Zayn Izrel jadi hilang sabar. Sungguh dia sakit hati mendengar perkataan cerai. “Perempuan ni bukan girlfriend I lagi! You menyesal? Oh, kalau I ceraikan you, you boleh pergi pada Farhan? Macam tu? You memang cari peluang sekarang ini, kan?”

“What? I cari peluang? So, you nak play victim pula?”

“I tak play victim. Memang I tak buat semua ni. Dan I diperangkap oleh perempuan ni!”

“Zayn? Sampai hati you... You cakap I perangkap you? You tak ingat ke, apa yang you buat semalam pada I? You kata you cintakan I. And we kissed! Tengok leher I ni. Lovebite! Siapa yang buat, kalau bukan you!”

Darissa menahan marah. Dia benar-benar terluka mendengarnya. Pandangannya dihalakan ke arah leher Natasya. Ya, ada dua gigitan cinta di situ. Siapa lagi yang membuatnya kalau bukan Zayn Izrel!

“Apa you cakap ni? Bila masa pula I cakap, I cintakan you? We almost 6 months tak berhubung! Dan kita dah putus. Macam mana pula I boleh datang ke sini jumpa you? I sedar-sedar aje, I dah dekat dalam bilik ni! Memang you perangkap I!” Zayn Izrel mula hilang sabar.

“I perangkap you? No! You yang datang sini jumpa I. You kata, you rindu I. You mabuk masa tu. Orang mabuk takkan menipu! I tak sempat buat apa-apa, you dah rentap pakaian I. Dan selepas itu, kita bersama! I tak dapat nak tolak, sebab I masih cintakan you!”

Dahi Zayn Izrel mula berkerut. Bila masa pula, dia menyentuh minuman keras? Seumur hidupnya, belum pernah lagi dia menyentuh minuman itu. Bagaimana pula dia boleh mabuk?

Air mata Darissa semakin laju mengalir. Hatinya bagaikan disiat-siat. Dia tidak mampu lagi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Natasya.

“No... no. I tak pernah sentuh minuman keras. Macam mana you boleh cakap I mabuk?” Zayn Izrel masih mempertahankan dirinya. Dia tidak mahu disebabkan perkara seperti ini, akan membuatkan hubungannya dengan Darissa putus begitu sahaja. Selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan.

“So, you nak cakap I tipu you? Macam tu?!” Suara Natasya mula meninggi.

“Enough! Dah tak ada apa lagi yang perlu dijelaskan.” Darissa mula bangun dari atas lantai. Dia mahu melangkah pergi meninggalkan pasangan itu.

“Wait baby... Please, trust me. I tak buat benda-benda terkutuk ni semua.” Zayn Izrel menahan Darissa.

Darissa tersenyum sinis. “I ni tak bodoh lagi. I tak nak ambil tahu lagi pasal you! You nak Natasya? Go on!” Darissa terus melangkah meninggalkan mereka berdua.

Zayn Izrel tersentak. Dia benar-benar tidak menjangkakan kejadian ini boleh berlaku di saat dia dan Darissa mula mencipta bahagia.

Natasya sudah tersenyum. Akhirnya Zayn Izrel bakal kembali kepadanya semula.

Zayn Izrel berpusing memandang Natasya.

Pang!

Satu tamparan hinggap pada wajah wanita itu. “You perempuan sial! Perempuan tak guna! Menyesal I kenal dengan you dulu! You jangan ingat, you perangkap I, I akan bertanggungjawab? No!”

Zayn Izrel terus menggapai pakaiannya, lalu dia berlari keluar dari bilik hotel tersebut. Susuk Darissa dicari. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah Darissa yang sedang menangis di dalam pelukan Farhan.

“Kau orang berdua buat apa ni? Kau tahu tak, Riss tu isteri aku?!”

“Isteri kau? Baru sekarang kau terfikirkan isteri kau? Kau ego! Kau langsung tak pedulikan isteri kau ni!”

“Siapa kata aku tak peduli? Siapa kata aku ego?!”

Farhan tersenyum mengejek. “Dah terlambat. But it’s okay. Aku ada. Aku akan bersama-sama dengan Riss untuk selama-lamanya.” Farhan tersenyum, sambil mengucup ubun-ubun Darissa.

“Berani kau cium isteri aku?!” Zayn Izrel mahu menyerang, tetapi kakinya berat untuk melangkah. Tiba-tiba sahaja Zayn Izrel senyap seketika.

“Wait... bukan ke, kau dah meninggal dunia?”

Farhan ketawa. “Kau rasa, aku dah meninggal ke belum? Ini semua punca dari kau! Kalau kau tak muncul masa tu, mungkin aku akan beritahu satu perkara pada Riss.”

Terpinga-pinga Zayn Izrel ketika ini. Apa yang sudah berlaku padanya saat ini?

“Riss, mari. Ikut I... you tak perlu hidup dalam dunia ni lagi. Suami you tak pedulikan you. Dan dia juga tak perlukan you. Kita pergi, ke alam satu lagi ya? Dekat sana, you tak perlu nak fikir masalah dunia lagi.”

Darissa mengangguk. Dia terus memegang erat tangan Farhan, lalu mereka berdua bersama-sama menuju ke jalan raya.

“Baby, you nak pergi mana? Jangan tinggalkan I... You tak boleh ikut Farhan.” Pergerakkan Zayn Izrel masih tersekat. Kakinya terlalu berat untuk melangkah.

“Selamat tinggal Zayn... I nak pergi dari dunia ni... you tak sayangkan I lagi...”

Tiba-tiba sebuah lori yang datang entah dari mana, terus sahaja melanggar tubuh Darissa dan juga Farhan yang sedang berdiri di tengah jalan raya.

“Riss!” jerit Zayn Izrel. Matanya terus sahaja terbuka luas. Dengan air matanya turut mengalir di pipi. Terpinga-pinga dia ketika ini. Yang tadi, hanya mimpi?

“Zayn? Are you okay?” Darissa sudah pun berdiri di hadapan Zayn Izrel ketika ini. Bahu suaminya disentuh.

“Riss... you ke ni? You kan ni? Jangan tinggalkan I. Please, jangan tinggalkan I.” Zayn Izrel terus memeluk tubuh Darissa dengan erat. Kepalanya terus dilekapkan pada perut Darissa. Manakala isterinya terus sahaja mengelus rambutnya dengan penuh kasih.

“Zayn you kenapa? You mimpi buruk ke?”

Zayn Izrel mengangguk sedikit, sambil mendongakkan wajahnya memandang Darissa.

Darissa mengelap air mata suaminya. Mimpi apakah suaminya tadi? Sehinggakan dia boleh menangis di dalam tidur.

“I dengar suara you tadi. Macam menangis. Sebab itu I terus masuk bilik bacaan you ni,” ujar Darissa.

“You dekat luar?”

“I memang tidur dekat depan pintu bilik bacaan you ni.”

“Maksudnya you memang dari tadi dekat luar?”

Darissa mengangguk. “I sunyi. I rasa tak tenang bila you tak ada di sisi I. I bersalah sangat dengan you. Salah I. I ego, sampai I tak fikirkan perasaan you. I tahu, you memang susah nak maafkan I.”

“Tak, you tak perlu minta maaf. I yang ego. Padahal you dah minta maaf dah pun. I minta maaf Riss, I minta maaf.” Dikucup berulang kali tangan Darissa.

“Kalau macam tu, kita sama-sama minta maaf. Kita masing-masing ada salah sendiri. Dan kita perbaiki semula hubungan kita ni.”

Zayn Izrel mengangguk. Dia terus sahaja bangun, lalu tubuh isterinya dipeluk dengan erat, seakan tidak mahu lepas.

“I takut you tinggalkan I... I takut...”

“I takkan tinggalkan you. Sampai bila-bila pun I takkan tinggalkan you. Kecuali maut yang memisahkan kita.”

Zayn Izrel dengan pantas meletakkan jarinya pada bibir Darissa. “Jangan cakap macam tu. Ajal dan maut kita tak tahu bila.”

Darissa tersenyum nipis. “You mimpi apa tadi?” Darissa menarik tangan Zayn Izrel, lalu duduk di atas kerusi semula. Setelah itu, dia duduk di atas riba suaminya, lalu kedua-kedua tangannya memeluk batang leher suaminya itu.

“I mimpi Farhan. Dia ajak you ikut dia... that’s why I jerit nama you.”

“You terlalu fikirkan arwah kut.”

“Hmm, maybe. Riss, sekali lagi I minta maaf. I tak tahu kenapa dengan I. Nampak macam kebudak-budakkan. Kadang-kadang I pelik dengan diri I ni. Sedangkan I bukan macam ni pun.”

“Mungkin sebab you dah kahwin dengan I. Dan, sikap you mula berubah sikit-sikit. So, you jadi semakin manja. Dalam erti kata, nampak macam budak-budak?” Darissa mencuit hidung mancung suaminya.

“Dan I tak sepatutnya salahkan you atas kematian Farhan. I betul-betul berdosa dengan you.” Darissa melepaskan keluhan.

Zayn Izrel mengelus lembut pipi Darissa. “Sekarang ni, kira kena kuat. Dan yang paling penting sekarang ni, kita perlu bekerjasama. Sebelum ni staff you meninggal. Dan selepas itu Farhan. Dan I tak nak, selepas ni you pula? Ataupun keluarga you? Tak, kita tak boleh lalai.”

“Jadi kita nak buat apa sekarang ni? Private investigator I pun, tak bagi jawapan langsung. Dan dia beritahu I, yang Nayla pergi kerja dan balik kerja itu sahaja. Tak ada pula dia kata Nayla melencong ke tempat lain.”

“Okey sekarang ni, you serahkan kepada I.”

“Maksud you?”

“I akan upah private investigator yang lain. Tak boleh nak harapkan private investigator seorang sahaja. Dan I takut, private investigator yang you upah tu, buat kerja sambil lewa.”

“Iya ke? So sekarang ni, I tunggu private investigator you?”

Zayn Izrel mengangguk. “So, apa-apa hal serahkan kepada I sahaja.”

“Baiklah.” Darissa tersenyum, sambil memeluk erat tubuh Zayn Izrel. Dia berharap, tiada lagi perbalahan di antara mereka berdua selepas ini.

Tanpa amaran, Zayn Izrel terus sahaja memagut bibir Darissa. Dikucup dengan penuh kasih, bibir isterinya itu. Selagi dia masih hidup, dia akan melindungi Darissa, sehingga akhir nafasnya.

 

PENYIASAT PERSENDIRIAN yang diupah Darissa seminggu yang lepas sedang berdiri menghadap Nayla ketika ini.

“Berapa perempuan tu bayar kau?”

“Err, 20K. Tapi dia dah bayar pendahuluan 10K.”

Nayla ketawa. “Kenapa sikit sangat?”

Penyiasat persendirian tersebut diam membisu.

“Kau buat kerja tak clean. Bukan macam itu caranya nak menyiasat. Jangan cakap ini job pertama kau?”

“Err, sebenarnya... ini memang job pertama saya.”

Nayla terus sahaja menghamburkan ketawanya. “Alahai, apalah kau ni. Patutlah senang tertangkap. Macam inilah, sebenarnya kakak angkat aku tu, saje nak melebih-lebih siasat aku. Tapi, sebenarnya tak ada apa pun. Tak pun macam inilah. Aku bayar kau 50K. Amacam?”

“Ha? 50K?” bulat mata penyiasat persendirian tersebut, saat mendengar jumlah yang disebut wanita itu.

“Ya, 50K. So, kalau perempuan tu tanya pasal aku, kau jawab aje tak ada apa-apa yang menarik pasal aku.” Nayla menghulurkan cek yang ditulisnya tadi, kepada lelaki tersebut.

“Itu tak menipu ke namanya?”

“Lah, menipu apanya? Dah terang-terang aku tak buat benda jahat. Nak siasat apa lagi pasal aku? Dan kau pun dah tertangkap dengan aku. Sekarang ni tak payah cakap banyak, ambil cheque ni. Aku rimas bila ada orang folllow aku. Ataupun kau nak aku buat repot polis? Sebab kau dah follow aku?”

“Er... tak, tak. Saya tak nak. Baiklah saya ambil cheque ni.”

“Hmm... ambil.”

Cek bertukar tangan.

“Dah, berambus.” Nayla menjeling.

Lelaki tersebut terus sahaja berlalu pergi dari situ.

Bodoh! Nak menyiasat pun tak pandai. Dengan perempuan tu pun sekali bodoh!

Nayla terus sahaja masuk ke dalam perut keretanya, lalu memandu menuju ke tanah perkuburan, di mana Farhan dikebumikan.

Dalam 20 minit memandu, Nayla tiba di tanah perkuburan. Dia melihat jam tangannya yang sudah menghampiri pukul 2 pagi. Seperti biasa, dia tidak pernah rasa takut.

Nayla berjalan mencari kubur Farhan. Sehinggalah matanya tertancap pada kubur yang masih merah lagi tanahnya, walaupun sudah lima hari Farhan meninggal dunia.

Nayla terus sahaja duduk, sambil merenung kubur di hadapannya. Dia melihat papan tanda yang tertulis nama Farhan di situ.

Keluhan berat dilepaskan. “Nay tak fahamlah. Kenapa Abang Farhan tak nak ikut cakap Nay. Kalau Abang Farhan ikut, mesti Abang Farhan takkan mati. Nay suruh abang ambil minyak dagu aje. Dan tundukkan Kak Riss. Bukannya suruh buat apa pun.”

Nayla tersenyum. “Kalau abang ikut aje, mesti abang takkan mati. Lagipun ini untuk kesenangan abang juga. Abang boleh jadi kaya. Kita sama-sama kaya. Hmm, tapi nasib baiklah Nay sempat letak pil tidur dalam minuman Abang Farhan. Dan tak sangka pula, Abang Farhan boleh pergi cari Kak Riss. Abang Farhan memang betul-betul bodoh!”

“Dan nasib baik jugalah, Abang Zayn datang masa tu. Nay betul-betul bernasib baik. Abang Farhan nampak tak? Insan teraniaya, telah dilindungi Allah. Nay tak jahat tau? Dia orang yang jahat sebenarnya. Lebih-lebih lagi Datuk Azlan tu. It’s okay, lepas ni dia pula yang pergi. And then... wife dia.” Nayla ketawa.

“Dulu Nay memang nak bunuh dia orang, masa Nay dah masuk dalam keluarga tu. Tapi, masa tu Nay masih muda remaja lagi. Duit pun tak ada. Nanti apa pun Nay tak dapat. Dan Nay mestilah kena enjoy dulu, untuk merasai kekayaan dia orang. Betul tak?” Nayla terus ketawa sekuat hatinya. Dan suaranya kedengaran kuat di tanah perkuburan itu.

Sudah tidak sabar rasanya, dia mahu menamatkan riwayat Datuk Azlan dan juga Datin Dahlia. Dan sememangnya dia mahu membalas dendam, demi arwah ibu dan bapanya.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-08-18 21:49:52 

Harap cepat la rahsia si Nayla tu terbongkar..kesian kt Riss..sasaran seterusnya papa dia


NovelPlus Premium

The best ads free experience