SEJAK dari tadi, telefon bimbit Darissa tidak henti-henti berdering. Darissa menekup kedua-kedua telinganya dengan bantal. Siapa lagi yang menghubunginya kalau bukan Farhan.
Isy! Apa lagi dia ni nak!
Panggilan terus sahaja dijawab.
“Apa lagi you nak!” jerkah Darissa.
“Sayang. Please...” rintih Farhan di hujung talian.
“You nak apa lagi? Sanggup you curang dengan I? Kita dah bercinta setahun lebih. Kenapa you buat I macam ni!”
“I know. I dah lukakan hati you. Tapi I buat tu bersebab. You tahukan kerja I macam mana? Perempuan yang peluk I tu, CEO Syarikat Hilda Holdings. Dia nak beli rumah. Jadi, untuk dapatkan sales, I perlu temankan dia pergi ke kelab malam. I pun tak tahu kenapa dia nak jumpa I dekat sana. Dan I tak boleh nak elak, bila dia peluk I,” jelas Farhan.
“What? Apa you cakap ni? You bagi perempuan tu peluk, sebab nak dapatkan sales? You ingat you kerja apa? Gigolo?! You tu hanya ejen hartanahlah!” Sakit hati Darissa saat mendengarnya.
“I tak kisah you nak cakap apa pun pasal I. I terima dengan rela hati. You tahukan, I pekerja bawahan aje? I ada mak dan adik nak ditanggung. Itu sahaja caranya untuk I dapatkan sales. Dan sekarang ni, klien I tu dah cancel. Dia nak cari agent lain. Tapi I tak kisah dah. Yang penting sekarang ni you. I tahu, you tak akan maafkan I...”
Terdengar esakan tangisan Farhan di hujung talian ketika ini.
Berkerut dahi Darissa ketika ini. Kenapa pula lelaki ini menangis? Ini kali pertama dia mendengar Farhan menangis. “Are you crying?” soal Darissa.
“I tak tahu kenapa dengan I sekarang ni. I betul-betul menyesal. I tahu, you tak akan maafkan I. Tapi percayalah. I tak curang dengan you. I terlalu cintakan you Riss. I tahu, sejak akhir-akhir ni I semakin jauh dari you. Tapi percayalah, I bekerja keras untuk kita juga. I nak kumpul duit. I nak masuk meminang you nanti. I tahu, abi you tak pandang I. Sebab I bukan anak orang kaya...” Farhan ketika ini masih tidak henti-henti menangis.
Hati Darissa mula tersentuh. Ya, Farhan bukanlah dari golongan berada. Dan dia hanyalah pekerja makan gaji sahaja, dan tidak mempunyai syarikat sendiri.
Pernah Darissa memujuk bapanya untuk menerima Farhan bekerja di syarikat mereka. Tetapi bapanya menolak mentah-mentah. Dia tidak mahu, Farhan dengan mudah berada di dalam syarikat mereka. Kata bapanya lagi, jika Farhan bersungguh-sungguh mahukan anaknya, Farhan perlu bekerja keras dan buktikan yang dia mampu menanggung Darissa kelak hari nanti.
“Riss? Kenapa you diam?”
“I tak tahu nak cakap macam mana dah. I masih tak dapat terima dengan apa yang I lihat tadi. Sudahlah I nak call you pun susah. Jadi, macam mana I nak percayakan you?”
“Ya, I tahu. Sebab tu I cakap tadi, mungkin you nampak, I dah semakin jauh dengan you. Tapi sebenarnya I betul-betul sibuk dengan kerja. Kadang-kadang tu, I tak cukup tidur. Adik perempuan I pula, nak sambung belajar. Banyak nak guna duit. I tak minta you percayakan I. Salah I juga. Kenapalah I bodoh biarkan perempuan tu peluk I, semata-mata I nak dapatkan sales?” Farhan mengeluh.
Darissa diam membisu. Dia cuba untuk mempercayai kata-kata Farhan.
“Tak apalah I tak nak paksa you untuk percayakan I. I berikan you masa dan ruang. I takkan lepaskan you Riss. I tak nak kita putus. I terlalu cintakan you.”
Darissa diam memandang siling.
“Tak apalah, you tidurlah dulu. I love you so much. Take care sayang...”
“Hmm...” Itu sahaja yang mampu diucapkan Darissa.
Talian terus sahaja dimatikan. Darissa bangun dari pembaringan. Dia termenung sendiri. Perlukah dia memaafkan Farhan?
“BANGUN! Bangun Riss.” Tubuh Darissa ditepuk berulang kali.
Darissa terpisat-pisat ketika ini. Matanya masih terpejam rapat.
“Bangun!” Suara Datin Dahlia menerpa ke telinga Darissa.
Terenjut bahu Darissa mendengar suara ibunya.
“Mummy apa ni? Sakit telingalah.”
“Oh, tahu sakit telinga? Hati mummy ni tak sakit pula?”
“Pagi-pagi datang bilik ni dah kenapa? Riss mengantuklah.”
“Pagi-pagi apa? Dah nak pukul 8 pagi! Tak nak pergi kerja ke?”
Darissa tersedar. Terus segar matanya. “Ha? Dah pukul 8?” Darissa terus bangun, dan mahu menuju ke ampaian untuk mengambil tualanya.
“Hei, nanti dulu.” Datin Dahlia menahan.
“Apa lagi mummy?” soal Darissa malas.
“Oh, dah pandai pergi kelab malam sekarang ni? Riss tak pernah buat perangai macam tu tau? Siapa yang ajar ke sana? Farhan?”
“Apa mummy ni? Mana ada Farhan ajar.”
“Yalah tu! Itu mesti Farhan yang ajar ke sana! Sampai bila Riss nak bercinta dengan Farhan? Dah setahun lebih tahu tak? Lelaki itu langsung tak nak masuk meminang Riss. Riss masih nak teruskan dengan dia lagi?”
“Mummy please la. Kan Riss dah cakap, Farhan tengah kumpul duit sekarang ni. Nantilah dia masuk meminang.”
“Itulah dia. Kumpul duit, kumpul duit. Bercinta setahun lebih, tapi tak ada ura-ura nak masuk meminang. Riss bernasib baik tau, mummy tak beritahu abi yang Riss pergi kelab malam. Kalau abi tahu, mesti dia mengamuk.”
“Riss pergi sana bukan untuk mabuk. Riss pergi sana sebab nak lepaskan tension aje. Dan Riss ke sana bukan dengan Farhan, tapi dengan Hani. Mummy tak perlu nak fitnah Farhan. Dan sekarang ni, memang mummy tak beritahu abi, tapi mungkin orang lain yang akan beritahu abi.”
“Apa maksud Riss? Maksud Riss, Nay?”
“Yalah, siapa lagi?”
“Kak Riss jangan risau. Nay tak akan beritahu abi. Nay dah janji dengan mummy, yang Nay tak akan beritahu.” Nayla tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu bilik.
“Ha, ini semualah berpunca dari kau. Kalau kau tak beritahu mummy, mummy tak akan tahu.”
“Riss, apa cakap dengan Nay macam tu?”
“Sudahlah. Malas nak cakap banyak. Riss dah lambat.” Darissa terus sahaja melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Datin Dahlia menggeleng perlahan. “Sudah Nay, jangan ambil hati sangat dengan Kak Riss ya? Dia tak sengaja tu.”
“Tak apa mummy. Nay faham. Lagipun Kak Riss tak pernah anggap Nay ni adik dia. Yalah, Nay kan anak angkat.”
“Sudah, jangan cakap macam tu. Mummy dengan abi tetap anggap Nay ni macam anak kandung kami. Nanti lama-lama Kak Riss akan terima Nay juga. Okey?” Datin Dahlia memeluk erat tubuh Nayla.
Nayla adalah anak kandung kepada arwah rakannya dan juga suaminya Datuk Azlan. Selepas rakan mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dia dan suaminya telah membuat keputusan untuk mengambil Nayla menjadi anak angkat mereka.
DARISSA kelam-kabut memandu menuju ke sebuah syarikat untuk mengambil satu fail yang diminta bapanya pagi tadi. Yang geramnya, kenapa dia pula yang perlu ke sana, untuk mengambil fail tersebut? Kenapa tidak disuruh office boy sahaja?
Setelah memarkirkan kereta, Darissa terus sahaja berjalan masuk ke dalam lobi syarikat.
Kata bapanya, fail tersebut dipegang oleh anak lelaki kawan bapanya, iaitu Zayn Izrel. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke kaunter pertanyaan.
“Hai. Boleh I jumpa dengan Encik Zayn Izrel?”
“Oh, cik ada buat appointment ke?”
“Ada. Abi I ada minta I ambil fail dengan dia. Nama abi I, Datuk Azlan.”
“Datuk Azlan? Oh, ya ada. Datuk Zafar ada pesan pada saya tadi, yang Cik Darissa nak datang ke sini ambil fail.”
“Datuk Zafar? Siapa dia tu?”
“Datuk Zafar tu bapa kepada Tuan Zayn Izrel. Tunggu sekejap ya, saya call Tuan Zayn dulu.”
“Baik. I tunggu.”
Tidak sampai beberapa saat, wanita itu terus bangun dari kerusi. “Mari cik, saya bawakan cik, ke bilik Tuan Zayn.”
Darissa mengangguk.
Mereka berdua terus menuju masuk ke dalam perut lif. Darissa memandang wanita di sebelahnya.
“Datuk Zafar ada ke?”
“Datuk Zafar? Dia dah ke outsation, dengan Datuk Azlan. Cik tak tahu ke?”
“Oh, dia orang oustation sekali? I tak tahu pula.”
Wanita itu tersenyum sambil mengangguk.
Ting!
Lif berhenti di tingkat paling atas sekali, iaitu di tingkat 10. Mereka berdua melangkah keluar, dan menuju ke arah pintu bilik, yang tertera perkataan CEO.
CEO? Gumam Darissa.
“Tuan Zayn CEO?” Laju sahaja Darissa melontarkan suaranya.
“Ya cik. Tuan Zayn yang ambil alih sekarang ni. Datuk Zafar pula, jarang dah datang ke sini. Kadang-kadang aje, dia akan datang melawat.”
Darissa mengangguk. Selepas ini, dia pula akan menyandang jawatan CEO. Cuma dia tidak tahu bila. Bapanya juga tidak berkata apa-apa. Jangan pula, jawatan tersebut diberikan kepada Nayla pula? Memang dia akan membantah sehabis-habisan.
Tok! Tok!
“Masuk,” arah satu suara dari dalam.
Daun pintu ditolak. “Tuan Zayn, Cik Darissa dah sampai.”
Darissa memandang wajah lelaki tersebut, yang kini sedang memandang ke arahnya. Eh, ni bukan ke lelaki semalam?
“Come in, kenapa berdiri dekat muka pintu tu lagi?” Zayn Izrel menjongketkan kening kirinya.
Darissa terus melangkah masuk ke dalam, lalu pintu bilik ditutup, oleh penyambut tetamu tadi.
“Hmm, I datang nak ambil fail.” Darissa bersuara.
“Ya, ini failnya. I dah sign.”
Darissa terus mengambil fail tersebut, dari atas meja lelaki itu.
“Datuk Azlan ada minta you sign-kan bagi pihak dia.”
“Sign?”
“Ya. Itu tender untuk projek perumahan dekat Sungai Buloh. Company kita berdua akan bekerjasama.”
“Kenapa pula I nak kena sign?”
“Datuk Azlan tak ada dekat sini, kan? Jadi, you kena sign bagi pihak dia.”
“So, fail ini bukan untuk I bawa balik?”
“No.”
“Kenapa tak tunggu abi aje yang sign? Kalau macam tu, buat apa I ke sini?”
“Dia orang lambat balik, kan? Lusa baru balik ke Kuala Lumpur. Tender tu, I nak kena bagi pada kontraktor petang ni.”
Darissa mendengus kasar. “Kejap, I call abi I.”
“Okey.” Zayn Izrel tersenyum.
Darissa berjalan keluar dari bilik pejabat Zayn Izrel untuk menghubungi bapanya. Dalam lima minit, Darissa muncul semula.
“So?”
“Abi I suruh I sign.” Darissa terus menarik kerusi, lalu duduk berhadapan dengan Zayn Izrel. Matanya mula tercari-cari sesuatu.
“Cari pen?”
“Yup.”
Zayn Izrel menghulurkan pen kepada Darissa. Secara tak sengaja, jarinya tersentuh jari wanita itu.
Darissa tersedar, cepat-cepat dia menarik pen tersebut dari tangan Zayn Izrel. Dia terus menundukkan kepalanya, untuk menandatangani dokumen di dalam fail tersebut.
Tak sangka, dia ni anak Datuk Azlan, kawan baik papa. Gumam Zayn Izrel, dengan pandangannya tidak lepas memandang Darissa.
“Dah sign...”
Zayn Izrel cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Darrisa menghulurkan pen, dan juga fail kepada Zayn Izrel.
“Okay, settled. Thank you.” Zayn Izrel tersenyum.
Darissa mula bangun dari kerusi. Dia sikit pun tidak mahu membalas senyuman lelaki itu, yang dari tadi asyik tersenyum.
“You nak minum?” Zayn Izrel bersuara.
“Minum? No need. I nak balik dah.”
“Wait...” Zayn Izrel menahan.
“Ya?”
“Semalam tu...”
“Oh, yang I terpijak kasut you tu? I tak sengaja, and I minta maaf sekali lagi...”
“Bukan pasal kasut.”
“And then?”
“Semalam you bergaduh dengan...”
“Sayang! Suprise!” Tiba-tiba sahaja pintu bilik pejabat ditolak. Muncul Natasya di muka pintu.
Zayn Izrel benar-benar terkejut dengan kehadiran Natasya di pejabatnya.
Darissa pula memandang mereka berdua silih berganti. Dah kenapa dia ni nampak terkejut?
“Sya? What are you doing here?” Ini adalah kali pertama kekasihnya datang ke mari. Dan dia juga tidak pernah terfikir mahu membawa Natasya ke syarikatnya. Lagi pun, keluarganya tidak mengetahui yang dia, sudah pun berpunya.
“Zayn? Apa perempuan ni buat dekat sini?” Natasya keliru. Dia kenal wanita itu. Itu adalah wanita yang bergaduh dengan kekasihnya di kelab malam, semalam.
“Sya, you tak jawab lagi. Macam mana you boleh naik ke tingkat atas ni?” Zayn Izrel menghampiri Natasya.
“Zayn! Jawab soalan I dulu. Macam mana perempuan ni boleh ada dekat pejabat you ni? Hey, perempuan! Kaukan, perempuan yang dekat kelab malam, semalam?”
“Do, I know you?” soal Darissa pula.
“Kau nak menggatal dengan kekasih aku ni ke? Sampai ke pejabat kau cari dia?”
“Excuse me?” Darissa semakin keliru. Menggatal dengan kekasih dia?
“Betul, kan? Kau memang dah merancang, nak jumpa kekasih aku ini, kan?! Yang semalam tu, memang salah satu rancangan kau, kan?”
“Sya, apa you cakap ni?” Berkerut dahi Zayn Izrel ketika ini. Natasya benar-benar memalukannya.
“Sampai hati you Zayn. You curang dengan I. Semalam tu, you memang berpura-pura tak nak ambil tahu? Tapi sebenarnya, you memang kenal dia ini, kan?”
“Excuse me cik.. err, whatever la. I datang ke mari, sebab nak sign tender. Tak ada kena mengena datang, sebab nak menggatal dengan kekasih you ni. You boleh tengok fail atas meja tu. Ada sign I. Ini pun, abi I yang suruh datang ke sini. Kalau nak diikutkan, I malas nak datang. Dah tepi, I nak balik. Serabut kepala.” Darissa terus menolak tubuh kekasih Zayn Izrel, lalu melangkah meninggalkan pejabat lelaki itu.
“You tengok!” Natasya menengking.
“You dah malukan I!” tengking Zayn Izrel.
“You tengking I?”
“Yes! You malukan I. Dia tu anak Datuk Azlan, kawan baik papa I. Dan dia datang ke sini, sebab nak sign tender aje. I pun tak kenal dia.”
Wajah Natasya mula berubah.
“And now, macam mana you boleh naik sampai ke tingkat atas ni? I tak pernah bawa you datang ke sini.”
“You cakap pagi tadi, papa you dah pergi oustation. So, I datanglah ke sini, nak buat suprise. Dan receptionist dekat bawah pun izinkan I naik. I cakap, I girlfriend you.” Natasya menunduk.
“You!” Zayn Izrel tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
“Kenapa? Salah ke I cakap I ni girlfriend you?”
“Memanglah tak salah. Tapi I dah cakap, kan? Cukup setahun baru I bawa you jumpa family I. Kita baru aje bercinta 7 bulan. Dan sekarang, mesti dah kecoh satu pejabat.” Zayn Izrel terus melabuhkan punggungnya di kerusi. Geram pula dia dengan Natasya. Memang dia ada memberitahu yang dia bekerja di syarikat ini. Tapi, dia tidak pernah terfikir mahu membawa Natasya ke sini. Lagi pun, dia tidak mahu terlalu awal memperkenalkan Natasya kepada mereka semua.
“Tapi, I tak nak perempuan lain ganggu you. Sebab tu I mengaku, yang I ni girlfriend you. Dekat company ni, ramai staff perempuan. I takut, dia orang nak menggatal dengan you nanti.”
“I tak sukalah you fikir I sampai ke situ. Dan hati I ni, hanya ada you sahaja. Tiada perempuan lain lagi dah. Cuma I tak nak you datang ke sini, tanpa I suruh.”
“Okay, I’m sorry. Mungkin I terlalu gelojoh sangat. I ni aje, yang tak sabar-sabar nak datang ke sini, walaupun you tak pernah minta pun.” Wajah Natasya berubah muram.
Zayn Izrel bangun, lalu menghampiri Natasya. Kedua-dua tangan Natasya diraih. “I minta maaf sebab tak fikirkan perasaan you.”
“I yang salah Zayn. Bukan salah you pun. You tak perlu nak minta maaf. Okey I janji, lepas ni I tak datang ke sini lagi. I akan tunggu sampai hubungan kita cukup setahun. Lagi pun tinggal berapa bulan aje lagi, kan?”
Hidung Natasnya dicuit. “Macam itulah. Dah, jom. Kita pergi minum?” Zayn Izrel menarik tangan Natasya keluar dari pejabatnya. Entah bagaimana, dia berasa bersalah pula dengan Darissa. Tak pasal-pasal Darissa pula yang kena.
“SO how?” soal Datuk Zafar.
“Dia orang dah jumpa.” Datuk Azlan sudah tersenyum.
“Betul ke, keputusan you ni?” soal Datuk Zafar lagi.
“I dah buat keputusan, I nak calonkan anak perempuan I dengan anak you. I tak boleh terimalah, dia teruskan hubungan dengan kekasih dia tu. Sakit betul hati I ni.” Datuk Azlan menghirup air kopi yang dipesannya tadi.
“Mana you dapat gambar-gambar lelaki ni?” Datuk Zafar merenung satu persatu gambar kekasih anak perempuan Datuk Azlan.
“I upah orang, ekori kekasih anak I tu. Tak sangka pula, macam-macam perempuan dia keluar. I tak berani nak lepaskan anak perempuan I pada lelaki yang macam tu. I terlalu sayangkan Darissa. I tak nak Darissa hidup susah. Macam manalah anak I boleh terpikat pada lelaki yang macam tu? Dah tak ada lelaki lain ke dekat dunia ni? Bercinta dah setahun lebih, tapi tak nampak tanda-tanda nak masuk meminang.”
“Mungkin ada yang membuatkan anak you terpikat dengan lelaki ni?” teka Datuk Zafar.
Datuk Azlan menggeleng. Sampai bila-bila pun, dia tidak akan menerima Farhan sebagai bakal menantunya. “Oh, lupa pula. Zayn, memang tak berpunya ke? Risau pula I. Takut dia dah berpunya pula.”
“Don’t worry. I pernah tanya dia bulan lepas, kut dia dah ada calon isteri ke? Tapi, dia jawab tak ada. Alah, lagipun anak I tu, memang jenis dengar kata. Apa yang I suruh, dia akan ikut.”
“Baguslah. So, lepas ni, berbesanlah kita ya?”
Datuk Zafar mengangguk. Mereka terus ketawa sesama sendiri.
Share this novel