DYT 20 - BUANG EGO

Romance Series 522373

Seminggu kemudian...

HUBUNGAN Darissa dan Zayn Izrel benar-benar dingin. Masing-masing tidak mahu bertegur sapa. Dan kadang-kadang mereka berdua seperti orang asing sahaja di dalam rumah itu.

Makan juga tidak semeja. Zayn Izrel akan turun makan terlebih dahulu. Dan setelah itu Darissa. Bila malam menjelma, masing-masing sudah duduk di dalam bilik sendiri.

Darissa termenung apabila mengenangkan hubungannya dengan Zayn Izrel. Sehinggakan dia tidak sedar, jam sudah menghampiri pukul 6.30 minit petang.

“Eh, Riss? You tak balik lagi ke?” Hani muncul di muka pintu.

“Belum lagi. Nantilah aku balik,” balas Darissa lemah.

Hani melangkah masuk ke dalam, lalu menutup pintu. “You ni kenapa? Sejak beberapa hari ini, I tengok you banyak berdiam diri. Ada masalah ke? Tapi tengok dari mimik muka you ni, memang ada masalah, kan?”

“Ketara sangat ke wajah I ni?”

“Nampak ketara jugalah. Ni tak lain tak bukan, masalah dengan husband you la, kan?” Hani meneka.

Darissa menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan. Dia terus bangun, lalu menuju ke jendela. Kelihatan Menara Berkembar Petronas yang sedang berdiri megah di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

“Zayn dah tahu, yang I tak hilang ingatan.”

Hani tidak terkejut. Dia tahu, lambat laun pasti rahsia yang disimpan Darissa akan pecah. Hani menghampiri Darissa, lalu bahu Darissa disentuh lembut. “Macam mana dia boleh tahu?”

“I terlepas cakap. Ego sangat ke I ni?”

“Kenapa you cakap macam tu?”

“Zayn cakap I ego. Dia akan maafkan I, dan juga, akan lupakan penipuan yang I buat, jika I nak mulakan hidup baru bersama-sama dengan dia. But... I tolak. I tetap minta dia lepaskan I...”

“Kenapa you tolak? Zayn dah beri you peluang, kan? Sekurang-kurangnya dia akan lupakan apa yang you dah buat.”

“Oh, dia nak I mulakan hidup baru dengan dia? Tapi dia? Nak I lupakan, apa yang dia dah buat?”

“Maksudnya apa?”

“Kalau you nak tahu, Zayn dah sentuh Natasya. You ingat, I masih nak terima dia ke?”

“Apa? Zayn dah sentuh Natasya? You ni biar betul? Tak akanlah.” Berkerut dahi Hani mendengarnya.

“Natasya sendiri mengaku pada I, yang Zayn adalah lelaki pertama yang dah ambil dara dia.”

“Zayn lelaki pertama? You ada tanya Zayn tak? Betul ke dia dah sentuh Natasya?” Hani menyoal semula.

“Tak tanyalah. Tak akanlah I nak pergi tanya pula? Kalau I tanya pun, ingat dia nak mengaku?”

Hani menggeleng dengan sikap Darissa. Patutlah Zayn Izrel menggelar Darissa seorang yang ego.

“Tak bolehlah dengar dari sebelah pihak aje. Kenalah tanya Zayn juga. Entah-entah si Zayn tu tak sentuh Natasya ke? Tak pasal-pasal Zayn tu difitnah.”

“Tak payah nak cakap fitnahlah. Tengoklah Zayn, macam mana berianya dia back-up si Natasya tu. Dua kali tahu tak? Yang masa I tipu dia, I hilang ingatan. I cakap I terhantuk pada bucu meja. Zayn pun iakan aje. Mana ada dia nak beritahu perkara sebenar. Kedua, yang I diserang dengan tiga orang lelaki tempoh hari. I tuduh Natasya. Tapi dia beria cakap tak mungkin Natasya nak buat macam tu? Tak ke sakit hati I ni? Memang yalah tu, dia dengan Natasya dah bersama.” Darissa mengetap bibirnya, menahan marah.

Hani melepaskan keluhan kecil. “Yang first tu, memang geram jugalah I dengar. Dan yang kedua pula, betullah apa yang Zayn cakap. Tak bolehlah nak tuduh-tuduh. Bukti pun tak ada. Dah seminggu dah kes tu berlalu. Ada pihak polis kata apa-apa tak?”

“Pihak polis kata, kes masih dalam siasatan. Kalau I tahu itu Natasya, dua-dua I takkan maafkan.”

“Husband you termasuk sekali?”

“Of course la. Sebab itulah I minta Zayn lepaskan I. Biarkan dia orang berdua tu bahagia. Tapi...” Darissa terdiam. Dia benar-benar tidak faham dengan perasaannya sekarang ini. Entah kenapa, bila Zayn Izrel tidak bercakap dengannya, dia berasa sunyi. Dia sebenarnya rindukan usikan Zayn Izrel. Dan juga rindu akan sikap kegatalan Zayn Izrel. Sungguh dia rindu. Tetapi, kerana kata-kata Natasya seminggu yang lepas telah membuatkan dia tidak mempercayai Zayn Izrel.

“Patut ke I tanya Zayn, pasal dia dan Natasya dah bersama, ataupun tak? Agak-agak dia nak mengaku ke?”

“Yes! You perlu tanya. Takkan you nak diam? And then bercerai? Entah-entah Natasya sengaja nak fitnah Zayn?  Takkanlah you tak ada rasa cinta sikit pun pada Zayn?”

Darissa diam membisu. Rasa cinta?

“Sudah. Balik ni you terus tanya okey? Jangan pendam lama-lama. Nanti you juga yang merana.”

Darissa tidak membalas kata-kata Hani. Mungkin dia patut tanya pada Zayn Izrel. Kalau dia tidak tanya, dia juga tidak akan tahu.

Dalam pukul 9 malam Darissa tiba di rumah. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah, dalam keadaan kepenatan. Zayn Izrel juga langsung tidak bertanya, ke mana dia pergi? Dan kenapa pulang lambat? Patutkah dia gembira, apabila Zayn Izrel tidak mengambil tahu tentangnya?

Masuk sahaja ke dalam rumah, sudah kedengaran bunyi kocakan air dari arah kolam renang, yang jaraknya hanya beberapa depa sahaja darinya. Kelihatan Zayn Izrel sedang berenang tanpa menghiraukan kepulangannya.

Perlukah Darissa bertanyakan kepada Zayn Izrel dengan apa yang diberitahu Natasya seminggu yang lepas? Dan mahukah Zayn Izrel mengaku?

Darissa teragak-agak ketika ini. Ah, tanya ajelah. Kalau tak tanya, aku tak tahu.

Darissa laju melangkah menuju ke arah kolam renang di hadapannya. Dan tanpa dia sedar, ibu jari kaki kanannya, telah tersepak kaki meja di hadapannya.

Bam!

Auch! Darissa mengaduh sakit, lalu jatuh terduduk di situ. Dia melihat ibu jari kakinya mula berdarah.

Darissa melihat Zayn Izrel langsung tidak menghiraukannya. Padahal jarak mereka berdua begitu dekat. Tidak mahukah Zayn Izrel melihat keadaannya ketika ini?

Lama dia memandang Zayn Izrel. Dan suaminya siap menyanyi ketika ini. Adakah kerana ketawakannya?

Darissa benar-benar sakit hati, dan hatinya turut berasa pilu. Dia tidak mahu menunggu di situ lagi. Tanpa menunggu, dia terus sahaja melangkah naik ke biliknya, dengan darah pada ibu jarinya turut mengalir perlahan.

 

 

“RISS?” Farhan sudah tersenyum di hadapan Darissa.

“Farhan?” Darissa sedikit terkejut. Dia baru sahaja selesai mengeluarkan wang. Tetapi apa yang dibuat Farhan di sini? Takkan kebetulan pula? Adakah Farhan mengekorinya?

“Riss, I miss you so much. Hampir dua minggu kita tak bersua muka. Rindunya I pada you.”

Darissa masih berdiri pegun di hadapan Farhan, dengan wajahnya yang sedikit keliru. Bukankah dia sudah memberitahu kepada Farhan, yang dia tidak mahu berjumpa dengannya lagi?

“I dapat tahu, you hilang ingatan sekarang ni. Itu pun Nayla yang beritahu I.”

Darissa mengecilkan matanya. Nayla? Kenapa Nayla pandai-pandai beritahu kepada Farhan? Patutlah Farhan berani berdiri di hadapannya.

“Oh... ya. I memang hilang ingatan sekarang ni.” Darissa melepaskan keluhan kecil, sambil berlakon memegang kepalanya.

“Why you tak contact I? Nayla kata, you sebut nama I, selepas you sedarkan diri.”

“Oh, biasalah bila dah hilang ingatan ni, memang orang yang kita rapat, nama itulah yang akan disebut. By the way, I nak balik ke pejabat semula. Nice to see you Farhan.”

“Riss, wait...”

Darissa memandang Farhan dengan penuh rasa benci. Walaupun Zayn Izrel sudah mengetahui yang dia sebenarnya tidak hilang ingatan, tetapi dia terpaksa juga meneruskan lakonannya di hadapan Farhan. Lagipun dia pelik, bila masa pula Farhan bertemu dengan Nayla? Adakah Farhan ada datang ke syarikatnya?

“Ya?”

“You masih ingatkan, detik-detik percintaan kita dulu? Why not kita mulakan balik?”

Darissa tersenyum kelat. “Bagi I fikir dulu. Lagipun sekarang ini, I dengan husband I dalam fasa perkenalan,” tipu Darissa. Fasa perkenalanlah konon? Padahal baru sahaja malam tadi, dia tersepak kaki meja. Dan Zayn Izrel langsung tidak mempedulikannya.

“Tak apa. Ambillah masa you. I tahu, you dengan Zayn Izrel dah berkahwin. Tapi... kalau you tak boleh nak teruskan dengan dia, you just cari I okey?”

Darissa mengangguk kecil. “Okey, I pergi dulu.”

“Riss sekejap...” Farhan menahan lagi.

“What?”

“Ibu jari kaki you tu luka ke? Nampak bengkak tu. You dah pergi klinik?” Farhan seakan mengambil berat.

Darissa merenung ibu jarinya yang sedikit membengkak. Dia hanya meletak minyak sahaja, tanpa dibalut dengan plaster.

“Semalam tersepak kaki meja. It’s okay, dah letak minyak. Thanks for your concern. I pergi dulu?”

Farhan mengangguk sedikit.

Darissa terus sahaja berjalan meninggalkan bank tersebut. Tidak. Dia tidak akan berhubung dengan Farhan lagi. Mahu memulakan hubungan semula? Jangan harap! Jika ditakdirkan dia bercerai dengan Zayn Izrel sekali pun, dia tidak akan kembali kepada Farhan.

 

LIBANG-LIBU Darissa ketika ini. Bagaimana dia mahu menghubungi Zayn Izrel? Pulang dari bank tengah hari tadi, bapanya telah meminta dia dan Zayn Izrel ke rumah untuk makan malam. Tetapi masalahnya, dia takut mahu menghubungi suaminya itu.

Jam di tangan dipandang sekilas. Sudah menghampiri pukul 6 petang.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk. Pasti Hani.

“Ya, masuk Hani.”

Klak!

Pintu dibuka. Kelihatan Zayn Izrel di muka pintu ketika ini.

Darissa tergamam. Kenapa suaminya di sini? Tidak bermimpikah dia?

“Baby, jom?”

“Ha?”

“Come.” Zayn Izrel menghulurkan tangannya kepada Darissa. Dia masih lagi berdiri di muka pintu.

“Baby... kenapa diam lagi tu? Macam setahun tak jumpa, terkejut sangat ke tengok husband you ni?” Zayn Izrel bersuara lagi, sambil tersenyum.

“Apa lagi dibuat tu Riss? Zayn dah tunggu tu.” Datuk Azlan berdiri di sebelah menantunya.

Darissa memandang wajah bapanya dan suaminya silih berganti. Patutlah Zayn Izrel tiba-tiba berubah menjadi peramah. Rupa-rupanya berlakon sahaja.

“Ha, sekejap.” Darissa terus mengambil beg tangannya, lalu berjalan bersama-sama dengan mereka berdua.

Dalam 30 minit, mereka tiba di kediaman keluarga Darissa. Kelihatan ibunya Datin Dahlia, sudah pun menunggu di muka pintu. Tidak kelihatan pula Nayla di situ.

Darissa tidak mahu menunggu lama di dalam kereta, laju sahaja dia membuka pintu. Belum sempat dia mahu melangkah keluar, Zayn Izrel laju sahaja menarik tangannya.

“Jangan tunjuk dingin sangat wajah tu. Nanti keluarga you perasan pula.”

Darissa mendengus kasar. Baru sekarang nak bercakap? Siapa yang dingin sebenarnya? Aku atau dia? Sudahlah tak nak bercakap langsung, sepanjang dalam perjalanan ke sini tadi. Dan pandai pula, berbaby-baby masa dekat pejabat tadi.

“I tahulah.” Darissa terus melangkah keluar dari perut kereta, begitu juga dengan Zayn Izrel.

Mereka berdua terus menyalami tangan Datin Dahlia.

“Pergi mandi dulu. Kita solat berjemaah ya? Lepas solat, baru kita makan.”

Darissa dan Zayn Izrel mengangguk serentak.

“Ni, awak dah letak pakaian yang saya suruh tadi?” soal Datuk Azlan.

“Sudah. Ni ha Zayn, atas katil ada baju t-shirt dengan kain palekat. Zayn boleh pakai ya? Towel pun ada sekali atas katil. Sebab mummy tahu, Zayn mesti tak bawa baju, kan?”

“Ha, ya. Memang Zayn tak bawa. Terima kasih mummy,” ucap Zayn Izrel sambil mengukirkan senyuman kepada ibu mentuanya.

“Jom baby, mandi sama-sama?” Zayn Izrel terus menarik tangan Darissa.

Merona merah wajah Darissa ketika ini. Ada ke patut, depan-depan orang tuanya, Zayn Izrel berkata seperti itu?

Datuk Azlan dan Datin Dahlia ketawa.

Mereka berdua terus sahaja melangkah naik ke bilik. Darissa melihat Zayn Izrel sedang memegang erat tangannya ketika ini. Kenapa dia berasa bahagia?

Tiba-tiba Zayn Izrel melepaskan pegangan tangannya. “Sorry, kalau I pegang tangan you tadi. I terpaksa buat macam tu, supaya nampak kita ni macam pasangan bahagia.”

Supaya nampak macam pasangan bahagia? Kenapa Darissa tidak rasa gembira mendengarnya? Kenapa hatinya berasa sayu?

Tiba sahaja di dalam bilik, Zayn Izrel terus mengambil tuala di atas katil yang disediakan mentuanya tadi. Setelah itu, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Ini bukan pertama kali dia di sini. Jadi, dia sudah tahu apa yang perlu dibuat.

Darissa terus melabuhkan punggungnya di atas katil, sambil menekur lantai. Kenapa Zayn dingin sangat dengan aku? Dia betul-betul nak lepaskan aku ke? Perlukah dia bertanya pada Zayn Izrel tentang Natasya? Benarkah mereka sudah melakukan hubungan terlarang?

Darissa terus sahaja bangun, lalu mengambil tuala miliknya dari dalam almari. Setelah itu, pandangannya dihalakan ke arah laci di sebelah kiri. Perlahan-lahan laci tersebut ditarik. Satu kotak kayu bersaiz sederhana yang ada di dalamnya, ditenung lama.

Kali terakhir dia melihat isi di dalamnya, sebelum dia berkahwin dengan Zayn Izrel. Itulah kali terakhir dia melihatnya.

Sudah 13 tahun barang tersebut disimpan di dalam kotak kayu itu. Kotak kayu tersebut, terus sahaja diambil.

Klak!

Kedengaran pintu bilik air dibuka.

Darissa terkejut. Kotak kayu yang dipegangnya terlepas dari genggaman, lalu jatuh menghempap ibu jari kakinya yang bengkak.

Dum!

“Aduh! Sakit!” rintih Darissa, lalu terduduk di atas lantai.

Zayn Izrel terkejut, lalu menuju ke arah Darissa. “Kenapa ni?”

“Ibu jari kaki I...”

“You ni, tak boleh hati-hati sikit ke? Cuba buat kerja tu elok-elok.” Zayn Izrel terus sahaja mendukung Darissa, lalu dibawa ke sofa.

“Berdarah balik ni. Malam tadi tak letak ubat ke? Kenapa tak tampal dengan plaster? Tunggu sini kejap. I pergi ambil first aid kit.” Zayn Izrel terus sahaja berjalan keluar dari bilik, tanpa memakai baju.

Darissa tidak sempat menahan. Suaminya itu hanya memakai tuala sahaja. Habislah kalau dilihat Nayla, ataupun ibu bapanya.

Tapi macam mana Zayn tahu, ibu jari kaki aku ni luka? Dia tahu ke apa yang dah jadi semalam pada aku? Jadi, Zayn sebenarnya memang pedulikan aku?

Zayn Izrel mula mencari, jika ada sesiapa di luar. Matanya terus tertancap ke arah Nayla yang berdiri pegun di situ.

“Nayla. Ada first aid kit tak?”

Tetapi Nayla diam membisu ketika ini.

“Nayla? Hello?” Zayn Izrel melambai-lambaikan tangannya pada wajah Nayla.

“Ha? Apa? Abang Zayn cakap apa?”

“First aid kit. Ada tak?”

Nayla menelan liur melihat tubuh sasa milik Zayn Izrel. Dengan sasanya. Dengan basahnya. Kenapa sungguh seksi? Kenapa dengannya? Kenapa dia berasa lain macam, saat melihat tubuh lelaki itu? Adakah ini kali pertama di dalam hidupnya?

Zayn Izrel berasa pelik. Kenapa dengan anak angkat keluarga mentuanya ini? Kenapa tidak bersuara langsung? Perlahan-lahan Zayn Izrel menundukkan kepalanya. Barulah dia perasan, dia hanya mengenakan tuala sahaja.

“Alamak!” Suara Zayn Izrel separuh menjerit.

“Err, Abang Zayn jangan pergi. Tak perlu malu dengan Nay. Kitakan dah satu keluarga? Nampak seksilah Abang Zayn macam ni. Bertuah Kak Riss dapat Abang Zayn,” puji Nayla, dengan suara menggodanya.

Kedua-dua kening Zayn Izrel bertaut rapat. Seksi? Kenapa Nayla berkata seperti itu?

“Zayn, Nay? Kenapa tu?” Datin Dahlia muncul di situ.

Zayn Izrel sudah berasa malu. Kedua-dua tangannya menutup dada.

“Err, tak. Riss punya ibu jari kaki luka. Zayn nak first aid kit.”

“Oh, sekejap.” Datin Dahlia terus mengambil peti pertolongan cemas,  dari dalam biliknya. Setelah itu dia muncul semula.

“Nah. Ambil ni.”

“Thanks mummy.” Zayn Izrel laju sahaja melangkah meninggalkan mereka berdua di situ.

Bodohnya kau Zayn! Kenapa kau tak sedar, yang kau sedang bertuala sekarang ni! Tapi kenapa Nayla cakap macam tu pada aku?

Setibanya dia di dalam bilik, dia melihat Darissa yang masih duduk di sofa.

“Sorry lambat.” Zayn Izrel duduk di hadapan Darissa. Kaki kanan Darissa diangkat, lalu diletakkan di atas pehanya.

“Ada terserempak dengan siapa-siapa ke dekat luar tadi? Sebab you bertuala aje.”

“Hmm... ada. Nayla dengan mummy.”

Zayn Izrel terus mencuci luka Darissa dengan menggunakan iodin. Setelah itu, dia terus membalut luka Darissa dengan plaster luka.

“Siap...”

Darissa diam membisu, sambil pandangannya dihalakan ke arah dada bidang milik Zayn Izrel.

Zayn Izrel perasankan mata isterinya yang dari tadi, asyik memandang ke arah dadanya sahaja.

“Riss?”

Senyap.

Perlahan-lahan tangan kanan Zayn Izrel menyentuh peha Darissa. Isterinya itu, sememangnya hanya mengenakan skirt separas lutut sahaja. Dia mula menolak skirt isterinya ke atas sedikit, lalu diusap dengan penuh lembut peha isterinya itu.

Darissa menyedari Zayn Izrel sudah menyentuh pehanya. Tetapi dia tidak menghalang. Dia membiarkan sahaja.

Zayn Izrel terus sahaja bangun, lalu dia menghampiri Darissa. Dielus lembut pipi isterinya itu dengan penuh kasih. Sememangnya dia rindukan Darissa. Seminggu lebih tidak bercakap, hampir membuatkan hidupnya jadi tidak tentu arah. Kerana Darissa terlalu ego, Zayn Izrel sengaja  tidak menghiraukan Darissa. Mungkin itu sahaja caranya supaya Darissa sedar apa yang telah dilakukannya.

Dan sebenarnya juga, dia tahu Darissa telah tersepak kaki meja semalam. Dia mahu membantu. Tetapi mengenangkan sikap Darissa, Zayn Izrel terpaksa membiarkan sahaja.

“Zayn...” Darissa bersuara perlahan.

“Hmm...” Zayn Izrel mengelus rambut Darissa, lalu dia membaringkan tubuh Darissa di atas sofa tersebut.

“I want you...” sambung Zayn Izrel lagi.

Darissa turut mahukan Zayn Izrel. Sungguh dia mahukan suaminya. Dan dia juga sanggup menurunkan egonya. Tapi, bukankah dia sepatutnya bertanyakan kepada Zayn Izrel, tentang soalan yang sepatutnya ditanya semalam?

Zayn Izrel tidak mahu menunggu lagi, butang baju kemeja Darissa terus dibukanya satu persatu, sehinggalah menampakkan pakaian dalam milik isterinya.

Zayn Izrel terus sahaja menindih tubuh Darissa, lalu dipeluk dengan erat. Dan Darissa turut membalas, dengan memeluk batang leher Zayn Izrel.

Bibir mereka berdua mula bertaut rapat, lalu mereka berkucupan antara satu sama lain, dengan penuh rasa berahi.

Darissa membuang egonya. Bayangan Natasya, dan kata-kata yang telah diucapkan oleh wanita itu, dibuang jauh-jauh. Ini bukan masanya. Yang dia mahukan sekarang ini adalah, Zayn Izrel.

Dari bibir, terus turun ke leher. Masing-masing membalas antara satu sama lain.

Baju kemeja yang dipakai Darissa sudah dicampak ke tepi. Begitu juga dengan skirt yang dipakainya tadi. Darissa langsung tidak sedar. Saat bila pula Zayn Izrel menanggalkan baju kemeja dan skirtnya? Dan kini, dia hanya mengenakan pakaian dalam sahaja. Betulkah apa yang dia lakukan ini? Adakah dia rela?

Jari jemari Zayn Izrel sudah bermain-main di perut Darissa.

“Riss... you izinkan?”

Darissa mahu mengangguk. Tapi, dia seakan teragak-agak.

Zayn Izrel sudah mahu membuka tuala yang dipakainya. Dia tidak boleh menahan nafsunya lagi. Dan dia benar-benar berharap, setelah mereka melakukan hubungan suami isteri, Darissa akan mencintainya. Dan Darissa tidak akan mengulangi lagi perkataan cerai.

“Zayn, Riss? Buat apa tu? Dah nak maghrib ni. Abi dah tunggu dekat bawah. Kita jemaah sama-sama ya?” Datin Dahlia bersuara dari luar pintu.

Darissa terkejut mendengar suara ibunya. Dia bingkas bangun dari sofa. Entah bagaimana ibu jari kakinya yang luka, terus terlanggar meja di sebelahnya pula.

“Argh, sakit...” Berkerut dahi Darissa ketika ini.

Zayn Izrel turut terkejut melihat keadaan Darissa yang sedang menahan sakit.

“Eh, kenapa tu? Riss? Zayn?” Datin Dahlia bersuara lagi.

“Ha, tak ada mummy. Riss punya ibu jari ni ha...tersepak meja pula dah. Tak apa mummy, kejap lagi Zayn dengan Riss turun ya?” Zayn Izrel bersuara.

“Ha, yalah. Mummy turun dulu.”

Zayn Izrel terus menuju ke arah Darissa. “Terlanggar lagi? Kena hati-hati. Nanti lagi bengkak.” Tubuh Darissa didukung lalu dibawa ke arah katil.

Darissa terus menarik selimut, bagi menutupi tubuh badannya yang terdedah.

Zayn Izrel tersenyum kelat. Sekali lagi, dia tidak dapat menyetubuhi Darissa. Kenapalah ada sahaja yang mengganggu mereka?

Tetapi kenapa Darissa tiba-tiba sahaja menyerah diri? Adakah kerana Darissa sudah jatuh cinta kepadanya?

Share this novel

norsila
2023-07-13 22:15:51 

hahaha kantoi lagi..hahaha ..kesian3


NovelPlus Premium

The best ads free experience