“SHAHRUL anak uncle,” jelas Chef Shahrum.
Darissa terkejut. Tetapi bagaimana pula lelaki tua ini boleh mengenalinya?
“Kenapa uncle cakap, bukan saya yang kahwin dengan dia?” soal Darissa lagi. Dia benar-benar keliru.
“Dia sambung belajar dengan kamu, dulu kan? Dan dia selalu bercerita pasal kamu pada uncle. Gambar kamu pun dia selalu hantar pada uncle. That's why uncle masih ingat wajah kamu.”
“What?” Zayn Izrel menyampuk. Terdetik rasa cemburu di hatinya. Tak disangka, kecil sahaja dunia ini.
“Ya Zayn. Dia selalu bercerita tentang Darissa pada uncle dulu. Tapi, sekarang ni dah setahun dia tak contact uncle. Dan dia beritahu, yang dia dah pun berkahwin. Dan isteri dia Darissa.”
“Nonsense! I husband Darissa. And not Shahrul!” marah Zayn Izrel.
“You... jangan tinggikan suara tu.” Darissa menenangkan suaminya itu.
“Tak ke merepek? Dia kata dia kahwin dengan you? Shahrul tu yang buat masalah masa I koma, kan?”
Darissa mengangguk.
“Apa maksud kamu Zayn? Koma?”
Zayn Izrel terus menceritakan apa yang telah berlaku dua tahun yang lepas kepada Chef Shahrum. Lelaki itu benar-benar terkejut dengan apa yang diceritakan kepadanya.
“Uncle minta maaf bagi pihak anak uncle. Uncle betul-betul tak sangka, Shahrul sanggup buat cerita yang tak betul, sehinggakan ibu mentua kamu tak percayakan kamu. Maafkan anak uncle.”
“Tak perlu nak minta maaf uncle. Bukan salah uncle pun.”
“Shahrul dah setahun tak contact uncle?” soal Darissa. Sememangnya dia tidak tahu langsung tentang lelaki itu, sejak kejadian yang berlaku dulu.
“Ya, setahun dah.”
“Tapi, kenapa uncle tak tahu dia kahwin dengan siapa?”
“Uncle sebenarnya dah lama bercerai dengan mak Shahrul, sudah hampir lapan tahun. Lepas bercerai, uncle terus berhijrah ke Paris, untuk buka restoran ini. Dan selepas itu, uncle bertemu jodoh dengan orang sini. Tapi jodoh tak panjang. Perkahwinan hanya bertahan dua tahun sahaja. Dan selepas itu, uncle terus sahaja menduda. Disebabkan itulah, uncle jarang berhubung dengan Shahrul.”
“Dia ada datang ke sini?” soal Zayn Izrel pula.
“Lama dah dia tak datang ke sini. Kali terakhir, dua tahun yang lepas. Yang uncle ingat masa itu, dia cakap nak balik ke Malaysia. Ada kerja yang dia harus lakukan dekat sana.”
“Tapi, sampai sekarang saya rasa pelik. Kenapa Shahrul beritahu uncle, yang isteri dia Darissa?”
Darissa turut tertanya-tanya. Apa motif Shahrul menipu bapanya. Tetapi adakah sekarang ini, Shahrul sudah berkahwin? Ataupun belum? Dan ke mana menghilangnya Shahrul, sejak kejadian dua tahun yang lepas?
Dalam pukul 3 petang, Zayn Izrel, Darissa, dan anak kembarnya dalam perjalanan pulang ke hotel semula. Anak kembar mereka sedang tidur nyenyak ketika ini di kerusi belakang. Mungkin terlalu penat, kerana bermain-main tadi.
“Shahrul memang dah tak contact you dah, kan?” soal Zayn Izrel sambil menumpukan pemanduan.
“I memang dah tak dengar cerita pasal dia, lepas I arahkan Hani buang dia kerja dari syarikat I.”
“Macam mana pula dia terfikir nak kerja di company you? Dia tahu mana company you?”
“I tak tahu. Lepas aje Nayla meninggal, I terus arahkan Hani untuk cari staf akaun yang baru. Dan, I tak sangka yang Shahrul diambil bekerja.”
“Tapi, apa motif dia tipu bapa dia yang dia dah kahwin dengan you? I sampai sekarang terfikir-fikir. Mental agaknya kawan you tu? Dan sekarang ni, you ada rasa tak, apa yang I rasa?”
“Maksud you?”
“Lepas I kena langgar. And then Nayla meninggal. Dan lepas itu, dia masuk kerja di company you, masa I koma.”
“I don't get it.” Darissa masih tidak mengerti.
“Kenapa I macam rasa, dia yang langgar I sebelum ni ya?”
“You rasa dia?”
“Tak tahulah. Nak tuduh pun tak ada bukti. Hmm, tak apalah abaikan. Jangan serabutkan kepala kita dengan benda-benda macam ni lagi.” Zayn Izrel menarik tangan Darissa, lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup lama tangan isterinya itu.
“Kenapa I rasa macam tak sedap hati?” ucap Darissa tiba-tiba, sambil merenung Zayn Izrel lama.
“Okey, beritahu I. Apa yang menyebabkan you tak sedap hati?”
“Kenapa I memang rasa Shahrul yang langgar you? Dan tadi, Uncle Shahrum kata, last Shahrul datang jumpa dia, dua tahun yang lepas. Dan dia nak balik ke Malaysia, sebab ada kerja yang dia nak lakukan.”
Zayn Izrel terdiam seketika, dan cuba memikirkan kata-kata Darissa. “Tapi baby, I rasa kebetulan kut. Sebab dia pun dah senyap, kan? Dia tak contact you dah, kan? Atau ganggu you ke?”
“Tak ada.”
“So, bukan dialah kut.”
Darissa menghelakan nafasnya. Mungkin dia terlalu berfikir sangat. Tapi sampai sekarang Darissa tertanya-tanya, kenapa Shahrul boleh mereka cerita, yang dia telah berkahwin dengannya?
SUDAH dua hari Jijah tidak dapat datang ke bilik Darissa. Dia benar-benar sakit hati. Esok pula, mereka akan pulang ke Malaysia semula, setelah dua minggu di sini. Jijah mencari Kak Melur, yang sedang menonton televisyen ketika ini.
“Kenapa Puan Darissa tak panggil Jijah? Kenapa dia panggil Kak Melur aje?”
Mata Kak Melur masih tertumpu ke arah televisyen. Dia malas mahu melayan Jijah. Sejak kejadian dia dimarahi wanita itu, dia sudah malas mahu menegur, ataupun berbual-bual. Sememangnya dia akan berpura-pura tidak melihat Jijah di hadapan matanya.
“Oi! Aku panggil ni, kau tak dengar ke? Pekak eh, telinga tu?”
Kak Melur masih bersikap bersahaja.
Jijah hilang sabar, terus sahaja tangan kanannya menunjal kepala Kak Melur.
“Adoi! Sakitlah. Apa masalah kamu ni ha? Kurang ajar betul!”
“Lain kali, bila aku panggil tu dengar. Bukannya buat bodoh.”
Kak Melur terus sahaja bangun dari sofa. Tidak teragak-agak, Kak Melur terus menolak tubuh Jijah, sehinggakan Jijah terlentang ke belakang.
“Melampau kamu ni! Jangan ingat aku diam-diam, kamu boleh suka-suka hati nak tolak aku! Aku ni tua daripada kamu. Hormat aku sikit!” jerkah Kak Melur.
“Oh, nak aku hormat? Sini, aku ajar cara macam mana nak hormat.” Jijah terus menyerang Kak Melur. Tangan kanannya terus sahaja menampar wajah wanita itu, sebanyak dua kali.
Pang! Pang!
Wajah Kak Melur terteleng ke tepi, akibat ditampar Jijah. Matanya berpinar-pinar saat ini. Tak disangka, Jijah berani menamparnya.
“Mesti kau ada mengadu pada puankan, yang aku ada hati dekat laki dia, kan? Betul, kan? Kalau tidak, kenapa dia tak panggil aku untuk jaga anak-anak dia?! Mulut tu, tak boleh ke nak tutup?!” Tidak berhenti di situ, Jijah terus merentap rambut Kak Melur dengan kuat.
“Argh! Sakit!” rintih Kak Melur.
“Sejak dari dulu, aku memang tak puas hati dengan kau! Kau juga punca aku diberhentikan kerja sebelum ini. Dan sekarang ni, kau nak aku diberhentikan lagi ke?!” Jijah mengangkat tinggi tangannya. Dia mahu melayangkan satu tamparan lagi. Belum sempat dia berbuat demikian, tubuhnya terus ditarik, lalu satu tamparan hinggap pada pipinya.
Pang!
Jijah benar-benar terkejut. Dia tidak menjangkakan yang Darissa sudah berada di dalam bilik ini.
“Pu... puan...” Jijah ketakutan.
Darissa benar-benar tidak menyangkakan kejadian ini boleh berlaku. Dia datang ke bilik ini, untuk meminta Kak Melur datang ke biliknya, untuk menjaga anak kembarnya.
Ini kerana Darissa cuba menghubungi Kak Melur, tetapi panggilannya langsung tidak dijawab. Disebabkan itulah, dia turun untuk memanggil pengasuhnya itu. Belum sempat dia mahu menekan loceng, kedengaran pula suara Jijah yang kuat, yang boleh didengari sehingga ke luar.
Darissa yang sememangnya memiliki kad akses bilik mereka, dengan pantas masuk ke dalam dengan menggunakan kad akses tersebut. Dan tak disangka, memang benar Jijah sedang menyerang Kak Melur.
“Apa yang Kak Jijah cuba buat? Kenapa pukul Kak Melur?” Wajah Darissa menyinga saat ini. Dia melihat kedua-kedua pipi Kak Melur merah saat ini. Dan mata wanita itu juga berkaca-kaca, seakan mahu menangis.
“Err, Kak Jijah tak buat apa-apa.”
“Tak buat apa-apa? Merah tu apa? Bukan ke tampar?”
“Kak Jijah cuma tanya Kak Melur. Kenapa puan dah dua hari tak panggil Kak Jijah untuk jaga si kembar? Itu sahaja. Tapi Kak Melur diam, dan tak nak jawab.”
“Kalau dia tak jawab, perlu ke nak pukul dia sampai macam ini sekali?”
“Sekarang ni apa yang Kak Jijah dah buat? Sampaikan puan tak panggil Kak Jijah. Dan kenapa pula, Kak Melur sahaja yang dipanggil? Ini mesti Kak Melur ada buruk-burukkan Kak Jijah, kan?”
“Apa yang aku dah burukkan pasal kamu? Aku tak ada cakap apa-apa langsung.” Kak Melur cuba mempertahankan dirinya. Rasa kedua-kedua pipinya benar-benar pedih. Dia benar-benar terluka dengan Jijah.
“Kak Melur memang tak burukkan apa-apa. Baiklah, dah alang-alang Kak Jijah tanya ni. Esok, bila kita dah sampai ke Malaysia, saya dah tak perlukan khidmat Kak Jijah lagi.”
“Aa... apa?”
“Ya, Kak Jijah dipecat.”
“Tapi kenapa pula? Kenapa Kak Jijah dipecat? Apa yang Kak Jijah dah buat?”
“Jangan ingat saya tak dengar apa yang Kak Jijah dah cakap dua hari yang lepas. Semuanya saya dah dengar. Tak sangka, Kak Jijah ada hati pada suami saya.”
“Ma... mana ada.”
“Saya tak pekak lagi. Saya sendiri yang dengar dengan telinga saya ni, masa malam kita nak pergi makan. Kenapa? Ada hati nak rampas suami saya? In your dream! Saya tak perlukan lagi pengasuh yang berperangai tak semenggah macam Kak Jijah ni. Esok, jangan tunjuk muka Kak Jijah depan saya! Pandai-pandailah Kak Jijah balik ke Malaysia.” Darissa terus sahaja melangkah keluar dari bilik tersebut.
Kak Melur terus sahaja bangun, dan melangkah ke biliknya. Manakala Jijah pula terduduk di situ. Terkebil-kebil matanya saat ini. Dia sudah dibuang kerja? Dan selepas ini, ke mana harus dia pergi?
NATASYA mendail nombor telefon baru Zayn Izrel, setelah dia meminta nombor telefon lelaki itu, daripada pekerja syarikat milik Zayn Izrel semalam.
Natasya tidak mahu memendam rasa lagi. Lebih baik dia memberitahu perkara yang sebenar, dengan apa yang telah dilihatnya, beberapa hari yang lepas.
Natasya benar-benar tidak sangka, yang suaminya Shahrul adalah lelaki yang pernah melanggar Zayn Izrel dua tahun yang lalu, dan juga telah menyebabkan Zayn Izrel koma. Dia tahu tentang itu pun, setelah melihat beberapa keratan akhbar yang disimpan suaminya.
“Pick up Zayn, pick up...” Natasya masih menunggu panggilannya dijawab.
“Hello?” Kedengaran suara Zayn Izrel di hujung talian.
“Zayn? You ke ni?”
“Yes. Siapa ni?”
“Zayn... I ni Natasya.”
“Siapa call tu anje?” Kedengaran suara Darissa dari arah belakang.
“Zayn, please jangan letak dulu. You perlu jumpa I sekarang juga. You dekat mana sekarang ni?”
“Wait, mana you dapat nombor I? Dan kenapa you nak jumpa I pula? I rasa kita dah tak perlu jumpa lagi.”
“Zayn please... You kena jumpa I juga. Dan Darissa pun perlu ikut sekali. You dekat mana?”
“You nak Darissa jumpa you?”
“Yes. You dengan Darissa memang ada kena mengena. Please Zayn, jumpa I sekarang juga.”
“Penting sangat ke?”
“Ya. Ni antara hidup dan mati.”
“Okey, bagi location you. I dengan Darissa ke sana. Dan kami on the way pulang ke KL.”
“Okey, kejap lagi I send to you my location. Thanks Zayn.” Natasya terus sahaja mematikan talian. Ya, dia perlu berjumpa dengan mereka berdua.
Dalam satu jam lebih, Zayn Izrel dan Darissa tiba di lokasi seperti yang diminta Natasya.
Pada awalnya Darissa tidak bersetuju untuk berjumpa dengan Natasya. Tetapi setelah didesak Zayn Izrel, akhirnya Darissa terpaksa akur.
“Boleh tak you senyum sikit?”
“Apa lagi yang Natasya nak? Dah dua tahun lebih you tak jumpa dengan dia, tup-tup ajak jumpa pula. Lepas satu masalah, muncul masalah yang lain.”
“Masalah lain, masalah apa pula?”
“Si Jijah tu la.”
“Eh, dia tu tak ada kena mengena dengan kita. Dah berambus pun, kan?”
“Memanglah. Sebab itulah I cakap tadi, lepas satu masalah, muncul masalah lain pula.” Selepas mereka tiba di lapangan terbang tadi, Jijah terus sahaja membawa haluan sendiri. Wanita itu langsung tidak mahu meminta maaf. Tetapi Darissa langsung tidak mengambil pusing, yang penting langau sudah dihalau dari hidup mereka.
Zayn Izrel memarkirkan keretanya. Dari jauh sudah kelihatan Natasya yang sedang menunggu mereka berdua.
“Itu Natasya ke? Kenapa nampak berisi?” soal Darissa dengan matanya tidak lepas memandang wanita itu.
“Hati senanglah kut, itu yang nampak berisi. Dah, jom.”
Mereka berdua terus melangkah keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Natasya yang sedang termenung di bawah pohon.
“Natasya...” Zayn Izrel bersuara.
Natasya mengangkat wajahnya memandang Zayn Izrel, iaitu bekas kekasihnya. Sudah dua tahun lebih mereka berdua tidak bersua muka. Dan kali ini mereka bertemu jua.
“Zayn... Darissa...” Natasya turut memandang wanita itu.
“Ada apa you ajak kami jumpa ni? Ada perkara penting ke? Dua tahun lebih kita tak berhubung. Tiba-tiba aje you contact I. Dan sekarang ni makin buat I tertanya-tanya. Dan jangan pula, you buat perangai pelik you pula,” ucap Zayn Izrel lagi.
“Maaf sebab ganggu you all berdua. Don't worry, I tak buat perkara pelik. Dan I dah lama move on. Dan I ajak you dan Darissa jumpa ni, sebab ada perkara penting.”
“Perkara penting tu, perkara apa pula? Pelik pula, senyap dah dua tahun. Tiba-tiba aje hari ini you contact husband I pula.” Darissa pula bersuara. Sesungguhnya dia berasa cemburu saat ini.
“Sebenarnya I nak beritahu, siapa yang langgar Zayn, sehinggakan Zayn koma dulu.”
Zayn Izrel dan Darissa berpandangan antara satu sama lain ketika ini.
“Apa maksud you Natasya? Maknanya, you la dalangnya? You berdendam dengan I?” Darissa menahan marah. Zayn Izrel cuba menahan. Dia tidak mahu Darissa bertindak yang bukan-bukan.
“Tak, bukan I. I tak berdendam langsung dengan you. Lepas aje Zayn halau I, dan tak nak jumpa I dah, masa tu I dah tak mampu lagi nak bertahan. Dan I dah putus asa masa itu, dan tak nak berharap apa-apa lagi dah. Dan masa itu, memang I dah bertekad untuk lepaskan Zayn.”
“Habis tu macam mana you tahu siapa yang langgar Zayn?”
“You mesti kenal Shahrul, kan?”
“Ha? Shahrul?” Darissa dan Zayn Izrel berpandangan sesama sendiri.
“Ya. Sekarang ni dia adalah suami I. Dan I sekarang ni mengandungkan anak dia.” Natasya mengusap perutnya.
“Apa? Dia suami you?”Darissa dan Zayn Izrel bersuara serentak.
Sorry lama tak update.. Lama gila Alin hiatus. Sorry tau.
Share this novel
next
mna pengakhiran Cerita ni
bila nk update