ZAYN IZREL merenung Darissa yang sedang berjalan menuju ke arahnya. “Cepatnya ambil phone?”
Darissa senyum nipis. “Tak jadi. Malas pula nak ambil.” Tiba-tiba sahaja dia berasa sakit hati apabila mendengar kata-kata Jijah tadi. Cukuplah, dia tidak mahu lagi ada pengacau dalam rumah tangganya. Kalau hendak diikutkan hatinya tadi, mahu sahaja dia menyerang Jijah.
“Mana dia orang berdua?”
“Ada dekat belakang. Ni, kita nak makan apa?” jawab Darissa acuh tak acuh.
“I tengah fikir ni. I ikut you ajelah. Apa yang you nak makan. Kalau dapat you suap I, lagi best,” usik Zayn Izrel.
“I don’t mind, kalau you nak I suap.” Darissa tersenyum, sambil memeluk lengan Zayn Izrel.
“Jom, kita duduk sana.” Zayn Izrel, Darissa dan anak-anak mereka, terus menuju ke meja makan.
Tidak lama itu muncul Jijah dan Kak Melur di situ. Wajah Jijah masam mencuka ketika ini.
Darissa tersenyum sinis merenung wajah Jijah. Tak guna punya perempuan! Ada hati nak menggatal dengan suami aku.
Zayn Izrel terus memesan pelbagai jenis makanan. Tidak lama itu, muncul pula Danial dan Hani di situ. Mereka telah dijemput Zayn Izrel tadi, untuk turut serta makan bersama-sama dengan mereka.
Dalam 20 minit menunggu, pelbagai jenis makanan mula dihidangkan di atas meja.
Hani merapatkan wajahnya pada telinga Darissa. “Dah berbaik ke?” bisik Hani perlahan.
Darissa mengangguk.
“Alhamdulillah Riss. Happy I dengar.”
“Yalah, I pun tak nak hubungan I dengan Zayn putus macam tu je. I terlalu cintakan Zayn.”
“Ha, sebab itu I cakap pagi tadi, pertahankan.”
“Tapi, ada satu yang buat I tengah geram sekarang ni.”
Hani mengerutkan dahinya. “Apa yang you geramkan?”
Darissa terus berbisik di telinga Hani. Setelah itu riak wajah Hani terus sahaja berubah.
“What? Serius?”
“Yes. I dengar dengan telinga I ni.”
“Isy, dasar perempuan tak sedar diri.”
“I akan buang dia bila kita balik ke Malaysia nanti.”
“Why tak buang sekarang aje? Biar dia balik ke Malaysia seorang diri.”
“I ni tak kejam lagi, nak buat dia macam tu. Nanti terkontang-kanting dia nak balik ke Malaysia pula.” Darissa menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada, sambil melihat wajah Jijah, yang dari tadi tidak henti-henti memandang Zayn Izrel yang sedang menyuap anak kembarnya makan.
“You tengok tu. Macam nak telan dia tengok muka husband I.”
“You boleh relax lagi, kan? Kalau I, memang I simbah mushroom soup ni ke muka dia.”
“I ni bukan setakat nak simbah aje. Rasa nak bagi penerajang aje dekat muka dia tu. Kaki I ni dah lama tak tendang orang tau?”
Hani ketawa.
“Apa yang berborak aje dari tadi tu? Tak nak makan ke?” tegur Danial.
Hani dan Darissa tersentak. “Borak kosong aje. Nak makanlah ni.” Hani mencebik.
“Baby, makan cepat. Nanti anje nak makan baby pula,” usik Zayn Izrel.
Darissa membulatkan matanya. Kenapa depan-depan mereka juga Zayn Izrel mahu mengusiknya?
Wajah Jijah terus sahaja berubah saat mendengar usikan Zayn Izrel. Tiba-tiba sahaja dia bangun. “Err, saya nak ke toilet kejap. Sakit perut pula.” Jijah laju berjalan meninggalkan meja makan.
“You tengok tu. Dengar Zayn cakap macam itu, terus aje bangun nak pergi tandas. Nampak tak, dia memang ada hati dengan husband I? Kalau I tak dengar perbualan dia dengan Kak Melur tadi, I memang tak terfikir langsung.”
“Yalah, ketara sangat.”
Darissa menggenggam kuat sudu di tangan kanannya. Wajahnya juga, masam mencuka saat ini.
“Aik, baby? Kenapa? Masam aje muka? Tak nak makan ke?” Zayn Izrel mula berasa pelik melihat Darissa, yang tiba-tiba sahaja berubah mood.
“Masam? Mana ada. Nak makanlah ni.” Darissa mula menyuap brokoli ke dalam mulutnya.
Kak Melur terus memandang wajah Darissa, yang tiba-tiba sahaja berubah. Takkan majikannya itu bergaduh lagi?
“Ha, ayang... kenapa termenung aje tu? Makanlah. Nanti baby dalam perut lapar,” tegur Danial pula.
Hani menjeling suaminya. Entah kenapa dia turut berasa sakit hati mendengar apa yang dikatakan Darissa tadi tentang pengasuhnya. Dia cukup benci dengan wanita yang mahu meruntuhkan rumah tangga orang. Jika dia di tempat Darissa, dia juga tidak dapat menerimanya.
Usai menjamah makanan, mereka terus balik ke bilik semula. Zayn Izrel sedang memimpin tangan anak kembar mereka kiri dan kanan. Setelah itu, mereka terus sahaja melangkah masuk ke dalam perut lif.
Hani dan Danial, sudah balik ke bilik hotel terlebih dahulu. Ini kerana Hani tiba-tiba sahaja berasa pening kepala dan juga loya. Makanan tadi pun, tidak banyak yang dijamahnya.
“Err, esok kita ada nak ke mana-mana ke?” soal Jijah tiba-tiba.
Darissa memandang Jijah sekilas. “Esok Kak Jijah dengan Kak Melur pergilah jalan ke mana-mana. Saya bagi cuti. Esok saya nak ke restoran husband saya, bawa anak-anak sekali. Betul tak anje?”
Zayn Izrel berpusing, sambil tersenyum. “Ya baby. Tapi, kalau Kak Melur dengan Jijah nak ikut esok, boleh aje.”
“No need. Biarlah dia orang berjalan berdua. Hari ini dah tak ke mana-mana, kan? Takkan nak ikut ke restoran pula?”
“Err, kalau Tuan Zayn dah ajak ke restoran apa salahnya? Boleh ajekan kalau Jijah dengan Kak Melur ikut ke restoran sekali?”
“Eh... tapi Jijah, Kak Melur nak berjalan-jalan ke Eiffel Tower. Dah alang-alang Puan Darissa bagi kita cuti. Kita ke sana ajelah.” Kak Melur memotong. Dia tidak mahu Jijah mengganggu pasangan suami isteri itu.
“Lain kalilah saya bawa awak berdua datang. Mungkin sebelum kita balik Malaysia nanti?” Zayn Izrel memberi cadangan.
Darissa pula menjeling. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia melayangkan satu tamparan pada wajah Jijah. Memang langsung tidak tahu malu.
“Bolehlah kalau dah tuan cakap macam itu. Jijah okey aje.”
Ting!
Pintu lif terbuka di tingkat 7. Jijah dan Kak Melur melangkah keluar dari perut lif.
“Terima kasih Tuan Zayn, sebab belanja makan tadi.” Jijah melemparkan senyuman yang paling manis buat Zayn Izrel.
“Terima kasih tuan,” ucap Kak Melur pula.
“Sama-sama.” Zayn Izrel membalas senyuman. Setelah itu, pintu lif terus tertutup.
Zayn Izrel memandang Darissa. “Baby kenapa ni? I tengok you macam tak ada mood aje. Sebelum kita nak pergi makan tadi, you nampak happy. Tapi lepas you kata nak pergi ambil handphone tadi, you terus macam bad mood? Anything happened?”
Ting!
Pintu lif terbuka di tingkat 12. Mereka berempat terus melangkah keluar dari perut lif.
“Ketara sangat ke muka I tadi?”
“Nampak ketara jugalah. I ada buat salah apa-apa ke?”
Darissa terus membuka pintu bilik, lalu mereka melangkah masuk ke dalam. “I tengah tahan marah sekarang ni.”
“Tengah tahan marah? Cuba beritahu I, apa yang I dah buat?”
“You tak ada buat apa pun. Tapi, orang lain yang buat masalah.”
“Orang lain? Maksud you? Siapa yang buat masalah?”
“Jijah,” ujar Darissa pendek.
“Jijah? Apa yang dia dah buat? I tak faham.”
“You tahu tak, yang dia ada hati pada you? Perempuan tak sedar diri tu, nak rosakkan rumah tangga kita?”
“Dia ada hati pada I? Maksud you?”
Darissa terus sahaja menceritakan kepada Zayn Izrel apa yang telah didengarinya tadi.
Riak wajah Zayn Izrel terus berubah.
“What? Maksudnya, sebelum ini dia dibuang kerja, gara-gara ada skandal dengan bekas majikan dia?”
“Yes, I sendiri dengar dari mulut Kak Melur, masa I nak pergi ambil handphone. You tahu tak, apa perempuan tu cakap lagi? Tengok muka Tuan Zayn lagi bagus. Ee! Geram tahu tak?”
“Ee!” Zayan Hafiq mengajuk cakap Darissa saat ini.
Zayn Izrel ketawa melihat telatah anaknya. “Tengok. Anak pun dah pandai ajuk cakap you.”
“Tak adalah, I sakit hati tahu tak? Masih terngiang-ngiang suara dia tadi. Dan kaca pagi tadi dekat meja tu, memang I rasa dia yang letak. Kak Melur pun tuduh dia. Tapi dia tak nak mengaku.”
“Okey, kalau macam tu, you berhentikan dia. I pun tak nak ada perosak dalam rumah tangga kita.” Zayn Izrel terus menarik Darissa ke dalam dakapannya.
“Kalau nak diikutkan hati I ni, sekarang juga I nak berhentikan dia. Disebabkan kita dekat sini, I terpaksa tahan. Yalah, nanti terkontang-kanting pula dia nak balik ke Malaysia.”
“Okey, kita balik Malaysia nanti, terus berhentikan dia. Tapi Kak Melur?”
“Kak Melur tak terbabit. So, takkan nak berhentikan dia pula, kan?”
“Hmm, betul juga. Dah, tak nak muka masam-masam okey? Sekarang ni, I nak pergi tidurkan anak-anak. And you...” Zayn Izrel merenung wajah Darissa. Dari mata, turun ke hidung, dan seterusnya ke bibir. Ibu jarinya terus menyentuh bibir Darissa.
“I missed you...” ucap Zayn Izrel dengan suara menggodanya.
Darissa tersenyum manis. “I missed you too... sekarang ni pergi tidurkan anak-anak cepat. I tunggu you dekat bilik.” Darissa terus sahaja bangun.
Zayn Izrel sudah tersenyum nakal. “Okey, tunggu I. Jangan you tidur pula.”
“Of course not...” Darissa terus melangkah ke bilik untuk membersihkan diri.
Dalam 20 minit, Darissa selesai membersihkan dirinya. Baju tidur tali nipis berwarna pink lembut, disarungkan ke tubuh badannya. Setelah itu, Darissa menyisir rambutnya, dan juga kaki dan tangannya turut disapu sedikit losyen.
Jangan tanya perasaannya ketika ini, memang sungguh berdebar-debar. Sudah dua tahun, dia tidak dapatkan belaian daripada seorang suami. Rindunya, jangan cakap. Memang cukup rindu. Lampu bilik terus dipadamkan. Dan hanya lampu tidur sahaja yang tidak dipadamkannya.
Darissa menunggu dengan penuh sabar ketika ini. Hampir 30 minit menunggu, Zayn Izrel langsung tidak kembali ke bilik. Matanya sudah semakin kuyu. Tiba-tiba sahaja dia berasa mengantuk. Ke manakah Zayn Izrel? Adakah suaminya tertidur di bilik anak mereka?
Darissa bangun dari birai katil, lalu menuju ke muka pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas, Zayn Izrel terlebih dahulu memulas tombol pintu dari luar.
“Baby... you nak ke mana?”
“I nak cari you la. Lama I tunggu.” Darissa memuncungkan bibirnya.
“Anak-anak baru aje tidur. Payah jugalah nak bagi dia orang tidur tadi. I sampai risau, takut you tertidur.” Zayn Izrel terus mendukung tubuh Darissa, lalu dibawa ke katil.
Tubuh Darissa terus ditindihnya. “Sexy as always...” bisik Zayn Izrel.
“Just for you...” Darissa memeluk batang leher Zayn Izrel, sambil mereka berdua bertentang mata.
“You know what? I betul-betul rindukan you. Rindu nak kiss bibir you. Rindu nak dengar suara you panggil nama I... semuanya I rindu.” Rambut Darissa dielus lembut.
“Me too... I dahagakan belaian you anje... Dua tahun, tempoh yang cukup lama...” bisik Darissa.
“I want you baby...” Zayn Izrel mengucup leher jinjang Darissa dengan penuh berahi saat ini.
“I want you too anje...” Lampu di tepi katil terus sahaja dipadamkan.
Malam itu, adalah malam yang paling hangat buat mereka berdua, setelah dua tahun mereka berdua tidak bersama.
ZAYN IZREL melangkah keluar dari bilik dengan hanya mengenakan boxer sahaja. Dia berasa dahaga ketika ini, dan mahu membasahkan tekaknya yang kering. Habis tubuh badannya dicakar Darissa malam tadi. Tetapi dia tidak kisah. Sebenarnya dia lagi suka, apabila Darissa bertindak agresif saat bersama dengannya.
Alangkah terkejutnya Zayn Izrel, apabila melihat Jijah yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Dan Jijah juga memandangnya dengan langsung tidak berkedip matanya.
“Jijah! Apa awak buat dalam bilik ni?” Zayn Izrel pantas menutup tubuh badannya, dengan kedua-kedua belah tangannya.
“Err, maaf tuan.” Jijah sikit pun tidak mahu memalingkan wajahnya. Tak sangka dia dapat melihat tubuh badan majikannya itu. Air liur ditelan kesat.
“Anje... baby nak minum juga dahaga...” Darissa turut muncul, dan hanya menutup tubuh badannya dengan selimut sahaja. Dia terkejut melihat Jijah di ruang tamu.
“Kak Jijah, what are you doing here?” Wajah Darissa sudah merah padam menahan rasa amarahnya.
“What is she doing here, without our permission? Sekarang ni, halau dia keluar.” Zayn Izrel terus melangkah ke biliknya semula. Dia benar-benar berasa marah. Nasib baiklah dia berseluar. Kalau dia tidak memakai apa-apa tadi, bagaimana?
“Kak Jijah, macam mana boleh masuk sini tanpa kami panggil? Dan sekarang ni, belum masuk waktu subuh lagi.”
“Maaf puan. Kak Jijah ingatkan semua masih tidur. Jadi, akak datang awal ni nak temankan si kembar sampai dia bangun.”
“Kak Melur pun tak ada. Kenapa akak pandai-pandai datang ke sini? Saya dah cakapkan, hari ini akak cuti? Ke ada sebab lain, yang buatkan akak rajin nak datang ke sini?”
“Err, apa maksud puan? Kak Jijah tak faham.”
“Sekarang ni keluar. Tak pasal-pasal suami saya buat free show pula dekat akak.” Darissa terus melangkah meninggalkan Jijah di situ. Sakit pula hatinya dengan wanita itu.
Jijah menggenggam tangan menahan marah. Kenapa Darissa dan Zayn Izrel tiba-tiba sahaja mahu memarahinya? Adakah mereka berdua sudah tahu niatnya? Jijah terus melangkah keluar dari bilik tersebut, dengan hatinya yang sedang menggelegak.
Tiba sahaja di biliknya, dia terus mencari Kak Melur yang masih dibuai mimpi. “Hei kak. Bangun! Bangun aku cakap!”
Kak Melur terpisat-pisat ketika ini. Dia memandang Jijah yang sudah pun berdiri di hadapannya.
“Apa ni, pagi-pagi buta buat bising?”
“Baik akak cakap dengan aku sekarang. Akak ada beritahu apa-apa ke pada Puan Darissa?”
“Beritahu apa pula ni?”
“Tak payah nak berlakonlah. Akak mesti ada cakap dengan dia, kan? Yang aku ada hati pada Tuan Zayn? Betul, kan?”
“Apa? Bila masa pula aku cakap? Aku langsung tak berkesempatan nak bercakap dengan dia pun. So, kamu memang ada hatilah, dengan Tuan Zayn?”
Jijah terdiam. Dia sudah terlepas cakap.
“Eh, aku kena marah tahu tak dengan Puan Darissa tadi?”
“Ha, baguslah tu. Kamu buat apa pula pagi-pagi dekat sana? Nak menggatal? Nak tengok muka Tuan Zayn tu? Orang tu tak panggil, jangan nak sibuk ke sanalah. Tak sangka, akhirnya kamu mengaku juga yang kamu ada hati pada suami Puan Darissa. Jijah, Jijah...”
Jijah terus menolak tubuh Kak Melur dengan kuat. Kak Melur terbaring ke atas katil, akibat ditolak Jijah tadi.
“Dasar perempuan tak guna! Suka hati akulah, kalau aku ada hati sekali pun dengan Tuan Zayn. Lelaki boleh kahwin empat. Apa masalahnya?” Jijah terus melangkah keluar dari bilik Kak Melur, dengan rasa amarahnya yang masih lagi belum hilang.
ZAYN IZREL dan Darissa, bersama-sama juga dengan anak kembar mereka tiba di restoran milik mereka berdua.
Beberapa orang pekerja restoran menyambut kedatangan mereka. Darissa tersenyum, sambil bersalaman dengan pekerja-pekerja Zayn Izrel, yang kesemuanya adalah dari Malaysia. Anak kembar mereka sudah diambil oleh pekerja Zayn Izrel, untuk bermain-main.
“Kita tunggu Encik Shahrum kejap. Dia belum sampai lagi. I nak perkenalkan dia pada you.”
“Siapa dia tu?”
“Chef restoran ni. Dan kalau you nak tahu, restoran ni, memang dia punya. Tetapi dia terpaksa jual, sebab dia kekurangan wang. So, I beli restoran ni daripada dia.”
“Oh... mungkin dia struggle kan, nak cari duit dekat sini. Sebab itu, dia terpaksa jual.”
“Dia kata, dia pun sayang restoran ni. Kalau boleh dia tak nak jual pada warga sini. Dan kebetulan, I makan dekat sini sebulan yang lepas. And then I terdengar dia kata nak jual. So, I ambil peluang dari situ, dan beli restoran ni.”
“Tak apalah, sekurang-kurangnya you dah tolong dia.”
“Yup. Dan nama restoran ni pun, I dah cakap pada dia, dia boleh aje pakai nama lama, dan I tak kisah. Tapi, dia tak setuju. Dia cakap, I owner baru restoran ni, dan nama perlu ditukar. That’s why I letak nama kita berdua.”
“D&Z sedap nama tu. Ingat juga you dekat I.” Darissa tersenyum.
“Of course I kena letak nama kita berdua. Dan you sentiasa dalam ingatan I. But, sampai sekarang ni, I still terfikirkan kejadian padi tadi. Malu betul I. Boleh pula si Jijah tu ada dalam bilik?”
“You la, keluar bilik pakai macam tu aje. Tak pasal-pasal buat free show dekat dia pula.”
“Manalah I nak tahu dia ada dalam bilik? Itu nasib baik I tak berbogel. Kalau tak, kejung terus badan I. Kalau tunjuk depan you, tak apa juga.”
Darissa ketawa kecil, sambil bahu suaminya itu ditampar lembut. “Habislah you anje. Dah ternoda...”
“Eh, you ketawa pula? Phsyco betul pengasuh you tu. Boleh pula, dia tak berganjak. Langsung tak berkedip mata dia. Yang penting balik Malaysia nanti, berhentikan dia terus. I tak nak dia jadi pengasuh anak kita lagi. Kalau boleh cari orang lain.”
“Ya, I pun tak nak ada langau ganggu rumah tangga kita. Cukuplah dulu, banyak sangat langau. Takkan kali ini I nak pejam mata lagi?”
“Sorry Zayn, uncle lewat sikit.” Kedengaran satu suara, telah mengejutkan mereka berdua.
Zayn Izrel dan Darissa memandang ke belakang serentak. “Eh, uncle. Kami pun baru sampai ni.”
Chef Shahrum memandang Darissa dengan matanya yang langsung tidak berkedip.
“Uncle ni wife saya, Darissa. Riss, inilah Chef Shahrum.”
“Apa? Ini wife kamu Zayn?” Chef Shahrum sedikit terkejut.
“Ya. Ini wife saya. Kenapa uncle?” Zayn Izrel dan Darissa berpandangan sesama sendiri.
“Tak sangka...” Chef Shahrum terdiam.
“Tak sangka apa uncle?” Zayn Izrel tidak mengerti.
“Jadi, bukan kamu yang kahwin dengan Shahrul? Dan, Shahrul kahwin dengan siapa pula?”
“Ha?” Darissa tercengang ketika ini.
NATASYA dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dengan memandu sendiri. Sejak kejadian tempoh hari, Natasya masih berbelah bahagi untuk ke sana. Sememangnya dia tidak tahu, yang suaminya Shahrul mempunyai rumah yang lain di sana. Dia benar-benar tidak sedap hati. Adakah Shahrul mempunyai isteri lain?
Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa selama tiga jam lebih. Dan akhirnya Natasya tiba di kawasan perumahan yang terletak di Bangsar. Berulang kali Natasya melihat alamat yang tertulis di dalam bil elektrik dan juga bil air yang dibawanya. Dan dia pasti, ini adalah rumah suaminya.
Natasya terus berjalan keluar dari perut kereta. Kunci rumah suaminya turut dibawa. Pintu pagar yang berkunci dengan mangga, terus sahaja dibuka.
“Assalammualaikum...” ucap satu suara dari rumah sebelah.
“Waalaikummussalam.” Natasya memandang lelaki tersebut, yang boleh dianggarkan di dalam umur 40-an.
“Cik siapa? Tuan rumah ni ke?” soal lelaki itu.
“Err, ya. Yang ni rumah suami saya. Shahrul.”
“Oh, Shahrul. So, puan isteri dia ya?”
“Ha, ya-ya...”
“Lama pak cik tak nampak Shahrul datang ke sini. Kadang-kadang tu, ada juga dia balik.”
Natasya mengangguk. “Itulah, dia pun dekat luar negara sebenarnya. Itu, saya datang ke sini nak jenguk rumah ni. Tak apalah, saya masuk ke dalam dululah ya?”
“Ha, yalah.”
Natasya terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat rumah suaminya, yang tidak begitu terurus. Nampak bersepah, dan juga tidak begitu banyak barang yang ada di dalam. Habuk-habuk sudah mula kelihatan. Berulang kali juga, Natasya bersin akibat terhidu bau habuk.
Natasya menaiki anak tangga menuju ke atas. Di atas ada tiga bilik.
Kenapa dia tak pernah cerita langsung pasal rumah ni? Kenapa dia rahsiakan?
Natasya masuk bilik yang pertama, yang merupakan bilik yang digunakan suaminya untuk tidur. Bilik yang kedua pula, adalah bilik gym. Dan yang terakhir sekali, adalah bilik yang terletak di paling hujung. Natasya cuba membuka pintu tersebut, tetapi berkunci. Kunci yang sememangnya dibawa, terus dicari. Dia mencuba satu persatu, sehinggalah pintu tersebut dapat dibuka dengan salah satu kunci yang dibawanya itu.
Klak!
Pintu terus dibuka. Berderau darah Natasya saat ini. Dia benar-benar tercengang dengan apa yang dilihatnya kini.
Begitu banyak gambar Darissa dan juga beberapa keping gambar Zayn Izrel telah ditampal di dinding. Dan perkataan mati turut ditulis di situ, dan dibulatkan pada kesemua gambar Zayn Izrel.
“Ke... kenapa ada gambar Zayn dengan Darissa?” Natasya benar-benar terkejut. Apakah hubungan Shahrul dengan mereka berdua?
Share this novel
aduhhh bilo nk abis ni..tseksa mnunggu ni..tk tamat2 lagi novel ni...cuti lamo naa
plz update
bila nk update ni..lama dh tggu