ZAYN IZREL menghamburkan ketawanya. Dia tidak tahan mendengar perkataan ular tedung tadi. Kenapa pula ular tedung yang harus disebut? Kenapa bukan perkataan lain?
Terkebil-kebil mata Darissa ketika ini. Kenapa Zayn Izrel ketawa?
“Tahu pula you takut, kan? Eh, ular tedung inilah yang boleh buatkan perempuan pregnant tau? Nak anak berapa? Beritahu aje. I boleh bagi.”
“You pervert!” jerit Darissa.
Zayn Izrel terus merangkul kemas tubuh Darissa, tanpa sempat Darissa berbuat apa-apa. Kedua-dua dada mereka berdua bertaut rapat. Tercengang Darissa dibuatnya.
“Pervert pun dengan you. Mesti you tak tahan tengok I, kan? Dengan I yang tak berbaju ni?” bisik Zayn Izrel perlahan.
“You jangan nak merepeklah! Lepaskan I.” Darissa meronta-ronta ketika ini.
“Tak salahkan, kalau I tuntut malam pertama daripada you?”
“I tak nak.” Darissa memalingkan wajahnya. Begitu hampir wajah Zayn Izrel dengan wajahnya. Tak, dia tidak rela.
“You tahukan, berdosa kalau you tak bagi? You nak ke, malaikat laknat you sampai ke pagi?”
“Oh, tahu pula you fikir pasal dosa? Yang you jumpa kekasih you senyap-senyap tak apa pula?”
“Sekurang-kurangnya I tak tipu you. You dah memang tahu I dengan Natasya. Sekarang ni jangan nak ubah topik. You nak bagi ke tak nak?”
“In you dream!”
“Dream? Hmm, memang ada pun I mimpikan you. Tapi tak salahkan, kalau I dapat rasa betul-betul?” Zayn Izrel sudah tersenyum nakal. Dirapatkan lagi, tubuh Darissa ke dalam dakapannya.
Darissa benar-benar tidak dapat melepaskan dirinya. “Let me go! I tak cakap tak nak, tak naklah!”
Zayn Izrel tetap tidak mahu melepaskannya.
Apa yang perlu Darissa lakukan? Takkan dia mahu menyerah sahaja? Hendak menendang suaminya? Tidakkah berdosa nanti? Aik, pandai pula kau fikir pasal dosa Darissa? Tiba-tiba sahaja Darissa menemui satu akal.
“Err...” Darissa melembikkan tubuh badannya, lalu matanya dipejam rapat. Dia berpura-pura pengsan ketika ini.
Zayn Izrel tersentak, apabila Darissa tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri.
“Darissa? Darissa? Wake up.” Pipi Darissa ditepuk lembut. Tetapi tiada tanda-tanda yang isterinya akan sedar. Tanpa menunggu lagi, tubuh Darissa terus sahaja dibawa ke katil, lalu direbahkan.
Aduh. Apa yang aku dah buat ni? Sudahlah dia baru lepas baik demam. Telefon bimbit dari kocek seluar dikeluarkan, lalu nombor telefon sahabat baiknya, didail.
Darissa membuka mata di sebelah kanan. Dia nampak Zayn Izrel tidak tentu arah ketika ini. Setelah itu, dia memejamkan matanya kembali.
“Helo Danial? Kau boleh datang ke rumah aku tak? Wife aku. Wife aku pengsan. Please... kejap lagi aku send address aku. Sekarang tau? Okey.” Talian dimatikan. Zayn Izrel terus sahaja berjalan keluar dari bilik.
Darissa membuka kedua-kedua matanya. Danial? Siapa pula Danial? Dan kenapa lelaki itu perlu datang ke sini pula? Danial tu doktor ke?
Dalam 20 minit, Danial tiba di kediaman Zayn Izrel.
Darissa masih lagi berpura-pura pengsan ketika ini. Peluh mula terbit di dahinya. Kalaulah mereka berdua tahu yang sebenarnya dia tidak pengsan, pasti Zayn Izrel merasakan dia dipermainkan. Tapi bukan salahnya. Siapa suruh Zayn Izrel mahu menuntut malam pertamanya?
“Kau ni pun, terkejut aku kau tahu tak? Aku baru nak tidur.” Danial berjalan masuk ke dalam bilik isteri Zayn Izrel.
“Alah... kau ni. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku tak naklah bawa wife aku ke hospital. Lagi pun, dia baru discharged petang tadi.”
“Aku ni baru nak lapor diri esok. Tiba-tiba aje, aku kena rawat pesakit malam-malam begini.” Danial melabuhkan punggungnya di kerusi, sambil menghadap isteri Zayn Izrel.
“Rezeki kau. And wife aku orang pertama, yang perlu kau rawat.” Zayn Izrel tersengih.
Danial menggeleng, lalu dia memeriksa keadaan isteri Zayn Izrel. Tangan kanan wanita itu ditarik perlahan, lalu nadinya disentuh. Pelik. Nadi isteri Zayn Izrel, normal sahaja. Suhunya juga turut berada di paras normal. Nak kata panas, langsung tiada. Tiba-tiba sahaja, matanya tertancap ke arah dahi wanita itu. Ada peluh di permukaan dahinya.
Zayn Izrel benar-benar tidak tentu arah, dengan pandangannya masih tidak lepas memandang Darissa.
“Wife kau ni, dah tak demam. Tapi, berpeluh dekat dahi. Nak kata bilik ni panas, sejuk dengan air-cond.”
Kedua-dua mata Danial turut tidak lepas merenung ke arah isteri Zayn Izrel. Entah kenapa, dia merasakan isteri sahabat baiknya itu benar-benar cantik. Ini kali pertama dia melihat wanita itu. Dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka sebelum ini, kerana masih berada di luar negara.
“Maksud kau? Dia tak demam? Tapi kenapa dia pengsan?”
“Mungkin, dia masih penat lagi? Jangan risaulah. Nanti dia sedarlah tu.” Danial bangun dari kerusi, sambil memandang ke arah Zayn Izrel.
“Aku betul-betul terkejut, bila kau kahwin dengan orang lain,” sambung Danial.
“Entahlah, dah jodoh aku dengan dia.”
“Kau masih dengan Natasya?”
Perlahan-lahan Zayn Izrel mengangguk.
Darissa masih terbaring kaku ketika ini. Dia ingin membuka matanya, tetapi dia takut pula, jika dirinya ketahuan nanti. Tak mengapalah, janji dia dapat mendengar perbualan mereka berdua.
“Kita bercakap dekat luar ajelah?” ajak Zayn Izrel.
Danial menurut, sambil berjalan keluar dari bilik, bersama-sama dengan Zayn Izrel.
Darissa menarik nafas lega. Dia terus membuka matanya tanpa berfikir apa. Tetapi lain pula yang terjadi, apabila Danial pada saat ini sedang merenung ke arahnya. Darissa benar-benar terkejut. Lantas matanya dipejamkan kembali.
Bodoh! Bodoh kau Darissa. Kenapa kau pergi buka mata!
“Eh...” Danial bersuara sedikit, lalu terdiam. Dia benar-benar tidak sangka, yang isteri Zayn Izrel sebenarnya berpura-pura. Tetapi kenapa dia berpura-pura pengsan?
Zayn Izrel memandang Danial. “Kenapa?”
“Err... aku teringatkan sesuatu. Eh, tak apalah, aku ingat nak balik. Takut lambat pula aku bangun.”
“Yalah. Sorry la, sebab menyusahkan kau datang ke sini malam-malam buta.” Mereka berjalan menuruni anak tangga.
“Apa kau buat, sampaikan isteri kau boleh pengsan?” Danial menyoal.
“Biasalah perempuan. Takut dengan ular tedung, tu yang sampai pengsan,” jawab Zayn Izrel bersahaja. Mereka berdua sudah tiba di bawah.
“Apa? Ular tedung? Kau dah tangkap ke ular tedung tu? Kau jangan buat main dengan ular tedung tu. Berbisa kau tahu tak? Boleh bawa maut.” Danial benar-benar terkejut.
“Apa yang bawa mautnya? Ini ular tedung tak bahaya. Kau jangan risaulah.”
“Ha? Tak bahaya kau cakap? Sekarang ni ular tedung dalam bilik wife kau ke?”
“Taklah. Ada dekat aku ni ha. Ni...” Zayn Izrel menunduk ke bawah.
Danial mengecilkan matanya. Barulah dia mengerti, apa maksud ular tedung tadi. “Bongoklah kau ni Zayn. Kan dah kena bongok dengan aku.”
Zayn Izrel ketawa. “Kau ni pun, ambil serius sangat.”
“Perangai kau pelik-pelik ajelah.”
“Apa pula aku? Wife akulah, pergi panggil yang bawah ni ular tedung. Buruk sangat bunyinya.”
Danial ketawa. “Macam-macamlah. Ni kau tak cerita lagi, kenapa kau kahwin dengan orang lain? Kenapa bukan dengan Natasya? Kau kena paksa ke?”
“Sebenarnya family kami yang aturkan. Memang aku kahwin dengan Darissa, bukan sebab cinta. Lebih-lebih lagi, Natasya buat masalah. Memang family aku tak nak terima dia.”
“Apa maksud kau dia buat masalah?” Danial sememangnya tahu, yang kekasih Zayn Izrel adalah Natasya. Ini kerana, Zayn Izrel pernah memperkenalkan Natasya kepadanya, melalui panggilan video.
Zayn Izrel mula menceritakan kepada Danial, sebab keluarganya tidak menyukai Natasya.
Danial benar-benar terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Zayn Izrel tadi. “Isy, kalau aku pun aku tak boleh nak terima. Dia tolak mama kau kut.”
“Ya, aku tahu. Tapi, Natasya cinta pertama aku. Aku susah nak lupakan dia. Entahlah, aku tak fahamlah dengan perasaan aku ni. Aku cintakan Natasya. Tapi dalam masa yang sama, aku mahukan Darissa juga. Tamak ke aku ni?”
“Aku nak nasihat pun, aku tak kahwin lagi. Tapi bagi akulah, lebih baik kau tumpukan pada wife kau yang sah sekarang ni, daripada kekasih kau tu. Aku bukannya apa, tak naklah nanti kau menyesal pula.”
Zayn Izrel melepaskan keluhan. Dia pun tidak mengerti dengan perasaannya.
“Tak apalah. Aku balik dulu.”
“Okey Danial. Terima kasih, sebab datang sini.”
Danial mengangguk. Dia terus sahaja berjalan keluar dari rumah milik sahabat baiknya itu.
Setelah itu, Zayn Izrel naik ke bilik semula. Dia lihat Darissa, sepertinya sedang tidur nyenyak ketika ini. Selimut terus ditarik, lalu menutupi tubuh badan isterinya.
Perlukah dia tidur di bilik ini sahaja? Ataupun dia pulang ke biliknya? Zayn Izrel mengeluh perlahan.
Malas mahu berfikir lagi, Zayn Izrel terus sahaja merebahkan tubuh badannya di sebelah Darissa.
“I tak akan buat apa-apa. I just temankan you tidur aje,” ucap Zayn Izrel perlahan. Dia tahu, Darissa tidak akan mendengarnya. Harap-haraplah Darissa tidak akan salah faham nanti.
Darissa yang mendengarnya, sudah mengetap bibir dengan kuat. Dia benar-benar geram dengan sikap Zayn Izrel. Menyesal pula dia berpura-pura pengsan. Sekarang ini, Zayn Izrel tidur di dalam biliknya pula!
KEDENGARAN azan subuh yang sedang berkumandang ketika ini, telah membuatkan Darissa terjaga dari tidurnya. Dia benar-benar terkejut, kerana dia kini sedang memeluk erat tubuh Zayn Izrel. Dengan kepalanya pula direbahkan di atas dada bidang milik suaminya itu.
Kenapa kau peluk dia Darissa!
Darissa perlahan-lahan melonggarkan pelukannya. Belum sempat dia mahu bangun dari pembaringan, tubuhnya terus sahaja ditarik Zayn Izrel. Darissa tergamam, apabila tubuhnya telah menindih tubuh badan suaminya.
“Nak pergi mana?” soal Zayn Izrel sambil tersenyum.
“Lepaslah!” Darissa lantas bangun dari tubuh Zayn Izrel, tanpa sempat Zayn Izrel berbuat apa-apa.
“Cukup pantas you elak. You jual mahalkan dengan I?”
“Sekarang ni, I nak you keluar dari bilik I.”
“Terima kasihlah sikit. Nak juga dengar perkataan terima kasih tu. I temankan you tidur dari malam tadi, sampailah ke subuh. Siap bagi you peluk lagi.”
“I tak suruh pun, you temankan I.”
Zayn Izrel bangun dari pembaringan sambil tersenyum. “Okey, I tak nak paksa you terima kasih pada I.”
Darissa berpeluk tubuh, sambil memandang suaminya.
“Okey sekarang ni, I nak minta maaf pada you, bagi pihak Natasya, sebab dia dah tampar you, kan? I tak sangka pula, dia boleh sampai ke hospital cari you.”
Berkerut dahi Darissa ketika ini. “Natasya beritahu pada you, apa yang dah berlaku tempoh hari?”
Zayn Izrel mengangguk.
Pandai betul dia. Aku tak beritahu, dia yang beritahu dulu. Lepas tu yang jahat, aku ni juga. Desis hati kecil Darissa.
“Kenapa pula you yang kena minta maaf? Sepatutnya dialah.”
“Tak apalah. Sama aje kalau I yang minta maaf. Maafkan dia ya? I tahu, dia dah bersalah sebab tampar you. I tak nak dia jumpa you. Cukuplah apa yang dia dah buat pada you tempoh hari. Dan I sebenarnya ikhlas jaga you, dan bukanlah sebab terpaksa. I tahu Natasya dah buat cerita yang tak betul pasal I. Tapi sekurang-kurangnya dia mengaku apa yang dia dah lakukan.”
Darissa mencebik. Betullah orang cakap, cinta boleh membutakan. “Suka hati youlah nak cakap apa pun. And now, please get out.” Darissa menuju ke muka pintu, lalu daun pintu dibuka seluas-luasnya.
“Sebelum tu I nak tanya. Kenapa you tak nak beritahu pada I? Kenapa you nak sorok? You back-up Natasya?”
Darissa tersenyum sinis. “I back-up Natasya? Of course la tak. Kalau I beritahu, nanti you tak percaya pula. Sebenarnya I risau juga, manalah tahu, kut tiba-tiba you bencikan dia? Yalah, kan dia ada buat masalah. Pertama dia tolak mama you, kan? Kedua dia tampar I pula. Buatnya you tak jadi kahwin dengan dia, nanti you tak jadi ceraikan I pula.”
“You memang nak sangat ke bercerai?” Zayn Izrel menghampiri Darissa, dengan raut wajahnya mula berubah.
Darissa mengundur ke belakang. “I perlu ulang banyak kali ke?”
“You dengar sini Darissa. I tak akan ceraikan you. Sampai bila-bila pun, I tak akan ceraikan!” Zayn Izrel terus melangkah keluar dari bilik Darissa.
Darissa terpinga-pinga ketika ini. Zayn Izrel tidak akan menceraikannya? Dan setelah itu, dia terpaksa menerima madu?
DARISSA berpeluk tubuh sambil mengingati kembali apa yang telah berlaku pagi tadi. Apa yang harus dia lakukan? Perlukah dia redha sahaja? Dan terima sahaja Natasya sebagai madunya? Dan bilakah jawatan CEO akan diberikan kepadanya pula?
Tok! Tok!
Daun pintu ditolak. Terjegul Datuk Azlan di muka pintu.
“Eh, abi. Ada apa datang ke bilik Riss? Kenapa tak interkom aje?” Darissa bangun dari kerusi.
“Abi nak keluar ni. Ni ambil fail. Riss beri pada Zayn ya, sebelum tengah hari ini. Urgent tu.”
“Kenapa pula Riss nak kena bagi pada dia? Mana office boy? Suruhlah dia yang hantar.”
“Office boy banyak tempat nak hantar surat dengan dokumen. Riss faham-fahamlah company kita ni buat apa?”
“Hmm, kita pemaju perumahan...” jawab Darissa lemah.
“Ha, tahu pun. Pergi ya? Dah alang-alang tu, pergilah lunch dengan Zayn sekali.”
Darissa sudah membuat muka. Sudahlah pagi tadi, dia hampir berbalah dengan Zayn Izrel. Dan sekarang ini, dia perlu ke sana pula?
“Jangan cakap, Riss masih belum terima Zayn?” Datuk Azlan mula menduga.
“Ha? Mana ada. Tengah nak cuba terimalah ni.”
“Ingat Riss. Abi bukan cakap main-main tahu? Kalau Riss rasa perkahwinan ni sebab terpaksa, macam yang abi cakap sebelum ni, jawatan CEO takkan diberikan kepada Riss. Tapi akan diberikan kepada Nayla.”
“Abi ugut Riss?”
“Abi tak ugut. Cuma abi nak remind aje.” Datuk Azlan terus sahaja berjalan keluar dari pejabat anak perempuannya itu.
Darissa mendengus kasar. Nak tak nak, dia terpaksa ke syarikat suaminya pula.
DARISSA sudah tiba di syarikat milik Zayn Izrel. Kaca mata hitam dibuka. Fail yang disuruh bapanya tadi, turut dibawa bersama. Perlukah dia mengajak Zayn Izrel makan tengah hari bersama? Sudah alang-alang waktu menghampiri pukul 1 tengah hari, tak salah rasanya jika dia mengajak suaminya itu makan bersama dengannya.
Dan dia juga boleh memujuk Zayn Izrel. Risau pula, jika Zayn Izrel tidak mahu membantunya untuk dia mencapai matlamatnya. Soal cerai, akan difikirkan kemudian.
Darissa terus berjalan menuju ke kaunter pertanyaan, lalu memberikan satu senyuman manis kepada pekerja tersebut. “Husband I ada, kan?”
“Eh, Puan Darissa. Ya, Tuan Zayn ada. Tapi puan...” Pekerja kaunter tersebut kelihatan takut-takut ketika ini.
“Tapi apa?”
Pekerja kaunter tersebut memandang ke arah lif yang jaraknya lebih kurang 200 meter daripada mereka.
Darissa memalingkan wajahnya ke arah lif tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Natasya yang sedang berdiri di tepi pintu lif. Kekasih suaminya itu tidak perasankannya. Apa Natasya buat di sini?Tanpa menunggu lagi, Darissa pantas sahaja menuju ke arah lif tersebut. Setelah itu dia menyorokkan dirinya di sebalik dinding.
Tiba-tiba pintu lif terbuka. Kelihatan susuk Zayn Izrel berjalan keluar dari perut lif tersebut.
“Suprise!” Natasya bersuara manja.
Zayn Izrel terkejut. “Eh, kenapa you tak tunggu dekat kereta?”
“Rindulah. Tak boleh nak tunggu lama-lama dalam kereta. You lama sangat,” rengek Natasya.
“Nasib baiklah papa I memang tak kerja dekat office ni lagi. Kalau dia tahu, habis I.”
“Dengan papa you, boleh pula you takut? Dengan wife you?”
“Boleh tak jangan sebut pasal wife I? Ni, kita nak lunch ke mana?”
Natasya mencebik. “You ni, I cakap macam tu pun nak marah.”
“I tak marah. Tapi tak payahlah sebut pasal dia.”
“Okay, I’m sorry. Hmm... Kita lunch dekat Pavilion Hotel. I dah tempah,” jawab Natasya dengan nada merajuknya.
Hidung Natasya dicuit manja. “Janganlah merajuk. Tak naklah, pergi lunch dengan muka macam ni.”
Natasya tersenyum. “Okey... tak merajuk dah. Lepas you dah pujuk I.”
Zayn Izrel tersenyum. Mereka berdua terus berjalan meninggalkan kawasan itu, tanpa menyedari Darissa yang masih menyorok di sebalik dinding.
Darissa perlahan-lahan keluar dari sebalik dinding tersebut. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. “Janganlah merajuk. Tak naklah, pergi lunch dengan muka macam ni,” ajuk Darissa.
Buang masa betul aku datang ke sini. Huh! Ada hati tak nak ceraikan aku. Aku akan buat sampai kau rasa nak ceraikan aku Zayn! Aku bukan perempuan bodoh yang akan biarkan diri aku dimadukan. Tak! Aku takkan biarkan! Darissa terus sahaja menuju ke kaunter pertanyaan. Fail yang harus diberikan kepada Zayn Izrel, diletak kasar di atas kaunter tersebut.
“You bagi, fail ni pada Zayn.”
Pekerja kaunter tersebut mengangguk.
Darissa terus sahaja melangkah keluar dari syarikat milik suaminya. Hatinya mendongkol geram. Kerap sangatkah Natasya datang ke sini?
MALAM itu Darissa tiba di kelab malam bersama-sama dengan Hani. Entah kenapa dia terfikir mahu ke kelab malam. Sakit hatinya apabila teringatkan Zayn Izrel bersama dengan Natasya tengah hari tadi. Sampai ke sudah, suaminya langsung tidak memberitahu yang dia sudah menerima fail daripadanya.
“Riss, you tak takut ke?” Hani memandang Darissa yang sedang meneguk air Coca-cola ketika ini.
“I nak takut buat apa? You tahu tak, dia tak balik rumah hari ini? So, kenapa I nak kena ikut cakap dia pula?”
“Dia tak mesej you ke? Atau call?”
“Memang langsung tak ada. I dengar tengah hari tadi, dia orang lunch dekat Pavilion Hotel. Jangan cakap dia orang pergi check-in pula lepas tu.”
“Isy, you ni. Tak baik tahu tak? Jangan tuduh-tuduh macam tu. Entah-entah suami you tak buat benda terkutuk macam tu.”
“Ah, lelaki. Selalunya benda yang haram lagi dia suka.” Darissa terus sahaja bangun.
“Eh, you nak pergi mana?”
“Menari.” Darissa pada ketika ini sedang mengenakan one shoulder dress berwarna hitam. Memang kena dengan tubuhnya yang tinggi lampai, dan dia juga memiliki tubuh badan yang ramping.
Hani hanya mampu menggeleng melihat Darissa yang sudah mula menari ketika ini. Biarlah. Mungkin itu yang dapat membuatkan Darissa berasa tenang.
Darissa mengikuti sahaja rentak lagu yang sedang bergema ketika ini. Tiba-tiba sahaja tubuhnya dipeluk seseorang dari arah belakang. Rangkulan tersebut benar-benar kemas.
Darissa tersentak. Setelah itu lehernya pula dikucup lembut. Siapa yang berani memeluknya ketika ini? Malah, lehernya turut dikucup.
“What the hell!” jerit Darissa, sambil memusingkan badannya. Dia mahu memberikan satu tendangan pada aset lelaki tersebut. Dia tahu, yang memeluknya adalah seorang lelaki.
Belum sempat dia berbuat demikian, Darissa terus sahaja terdiam kaku. Terkebil-kebil matanya ketika ini.
“Hi baby... what are you doing here? Cuba nak tarik perhatian lelaki?” Zayn Izrel memandang Darissa seakan mahu ditelan.
Darissa menelan liur. Bagaimana Zayn Izrel boleh berada di sini? Baby? What the hell?
Share this novel
hahahaha..otak geliga juga ris ni..huuu bodohnya zyn ni...hahaha