DYT 35 - ANJE

Romance Series 522373

DARISSA terjaga daripada tidurnya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia melihat ibunya Datin Dahlia sedang tertidur di sisinya. Kepalanya sedikit pusing.

“Mummy? Mummy... mana Zayn mummy?” Suara Darissa kedengaran agak lemah. Dia mengejutkan ibunya daripada tidur.

Datin Dahlia terjaga saat namanya dipanggil. “Eh, Riss. Riss dah sedar?”

“Zayn mana mummy? Mana dia? Riss mimpi Zayn. Riss mimpi Zayn mummy. Zayn kena langgar kereta.”

“Riss, bawa bersabar ya? Jangan macam ni.” Datin Dahlia memujuk Darissa. Rambut anak perempuannya diusap lembut.

“Kenapa dengan Riss? Kenapa Riss dekat sini? Mana Zayn mummy? I want him...”

“Riss dah lupa ke? Semalamkan Zayn kena langgar kereta? Zayn dekat ICU lagi.”

“Ha? Zayn... Zayn dekat ICU? Jadi Riss bukan bermimpi?”

“Tak sayang. Riss tak mimpi. Zayn memang di ICU sekarang ni. Dan Zayn masih koma.”

Darissa mencebik menahan tangis. “Jadi... perkara ni memang betul-betul berlaku?”

Datin Dahlia mengangguk.

“Riss tak nak Zayn koma mummy. Macam mana Riss nak hidup tanpa Zayn? Dan berapa lama Zayn akan koma? Dia takkan sedar ke mummy... kalau Zayn tak sedar sampai bila-bila macam mana? Dan Riss pula?” Air mata Darissa sudah mengalir laju di pipi.

“Riss, jangan macam ni. Riss kena kuat. Kalau Zayn tengok Riss macam ni, mesti dia sedih.”

“Kalau Zayn tak sedar sampai bila-bila macam mana?” soal Darissa lagi.

“Riss tak elok cakap macam itu. Sekarang ni Riss kena kuat. Riss kena jaga kesihatan, demi baby dalam perut ni.” Datin Dahlia mengusap perut Darissa lembut.

“Apa? Apa maksud mummy? Baby?”

“Riss mengandung sekarang ni. Dah sebulan dah kandungan Riss. Sebab tu Riss pengsan semalam.”

“Riss, Riss mengandung?”

“Ya sayang. Riss mengandung. Lepas ni Riss akan jadi ibu. Sebab itu mummy nak Riss kuat. Tak naklah sedih-sedih ya?” Datin Dahlia berasa sebak.

Darissa menyentuh perutnya. Dia kini mengandung?

 

NAYLA tersedar daripada tidur. Dia kini telah berada di hospital. Dan dirinya benar-benar di dalam keadaan lemah. Bahunya yang ditembak semalam, sudah pun dikeluarkan pelurunya.

Sial! Apa yang aku rancang semuanya hancur! Hancur dengan kebodohan aku sendiri!

Kepalanya benar-benar serabut ketika ini. Malang betul nasibnya. Kenapalah tidak dari dulu lagi dia membunuh sahaja keluarga Datuk Azlan, semasa dia berumur 14 tahun? Kenapa? Kenapa dia langsung tidak memikirkannya? Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu berat hukumannya nanti.

Dan sekarang ini, semuanya hancur. Dan hukuman yang akan dikenakan kepadanya, pasti berat. Daripada dia dipenjarakan, lebih baik dia mati sahaja. Dia tidak mahu hidup di dalam sangkar besi.

Nayla langsung tidak dapat melarikan diri. Dengan dirinya benar-benar telah dikawal oleh pihak polis yang sedang berjaga di luar.

Nayla perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Branula di tangannya terus dicabut. Dia lantas bangun dari katil, lalu menuju ke arah pintu wad. Dapatkah dia melarikan diri? Daun pintu ditolak secara perlahan-lahan. Kelihatan ada dua anggota polis sedang berkawal ketika ini.

Sial!

“Aku dengar suspek dah bunuh dua orang.”

“Ya. Dua orang aku dengar.”

“Agak-agak hukuman dia berat tak?”

“Tekaan akulah, tak hukum gantung, ataupun penjara seumur hidup dengan sebatan. Kalau dia dipenjarakan, sampai matilah dia duduk dalam tu. Tak keluar-keluar, dan tengok dunia luar.”

“Memang itulah sesuai dengan dia. Muka cantik, tapi sayang, pembunuh.”

“Mungkinlah dia dikenakan penjara seumur hidup dan sebatan. Dan tak rasa hukum gantung. Sebab, dua orang yang mati tu pun, dia upah orang. Yang dia upah tu pun, sorang dah kena tangkap semalam. Atas kes beli pil tidur. Yang pemandu lori langgar seorang mangsa pula, meninggal dunia sebab accident sebulan yang lepas. Kau ingat pasal kes itukan?”

“Mestilah aku ingat. Ha, duduklah dalam penjara tu sampai ke mati. Membunuh sebab harta, kan?”

“Ya. Sebab nakkan jawatan. Dengar cerita, dia tu anak angkat.”

“Tak faham aku. Sudahlah anak angkat. Cubalah bersyukur sikit. Bertuah ada orang nak ambil jadi anak angkat. Sekurang-kurangnya, ada juga dapat kasih sayang.”

“Itulah. Lepas tu aku dengar lagi, dia ada upah orang juga, untuk bunuh anak Datuk tu. Tapi, salah orang yang nak dibunuhnya. Orang yang diupahnya tu, pergi pula langgar menantu Datuk tu.”

“Tapi, tak dapat tangkapkan orang yang langgar tu? Sebab tak jumpa bukti kereta yang digunakan untuk langgar mangsa. Memang betul-betul terancang. Macam dah memang kerja dia, untuk bunuh orang.”

Nayla yang mendengar mula tidak keruan. Pihak polis tidak dapat menangkap orang yang telah melanggar Zayn Izrel? Tak lain tak bukan, pasti Sean. Tapi apa motif Sean melanggar Zayn Izrel? Kenapa bukan Darissa? Tetapi benarkah Sean dalangnya? Dan lelaki itu memang senyap tanpa khabar berita. Entah ke mana Sean pergi saat ini.

Aku nak buat apa sekarang ni? Tak, aku tak nak dipenjarakan. Aku tak nak duduk dalam penjara tu, untuk selama-lamanya.

Matanya terus sahaja tertancap ke arah cermin kaca yang berdekatan dengan katilnya. Kedengaran satu suara yang telah mengarahkan dia ke situ.

Nayla melangkah ke arah cermin kaca tersebut, lalu dibuka dengan seluas-luasnya. Angin dari luar, terus sahaja meniup wajahnya. Kenapa kedudukan bilik wadnya di tingkat lima? Kenapa bukan di tingkat satu? Bagaimana dia mahu melarikan diri?

Nayla tidak mahu berfikir lagi. Dia akan cuba melarikan diri, dengan cara berjalan sehingga ke hujung melalui tebing tingkap tersebut, dan setelah itu, dia akan masuk ke dalam salah satu tingkap wad. Sebenarnya dia ada rasa sedikit gayat dengan tempat-tempat yang tinggi. Hanya disebabkan dia tidak mahu dipenjarakan, Nayla terpaksa juga memberanikan dirinya.

Tiba-tiba pintu wad ditolak. Dua anggota polis yang berjaga di luar tadi, tiba-tiba sahaja masuk.

“Eh, nak ke mana tu? Tangkap dia cepat. Jangan bagi dia jatuh!”

Nayla terkejut. Tidak menunggu lama, dia terus sahaja melangkah keluar melalui cermin kaca yang dibukanya tadi. Tak diduga, kakinya telah tersalah pijak, lalu dirinya mula hilang imbangan. Tubuhnya terus sahaja melayang ke bawah. Wajah arwah ibu bapanya mula bermain-main di matanya.

“Mari Nay, ikut kami. Mari sayang...” panggil arwah ibu bapanya serentak.

Nayla tersenyum. “Nay datang...” Nayla bersuara perlahan.

Buk!

Tubuh Nayla terus sahaja terhempas di atas lantai paling bawah. Seksanya rasa dirinya saat ini. Dengan darah mula menyembur keluar dari mulutnya.

Perlahan-lahan darah pekat mula mengalir dari kepalanya, lalu membasahi lantai. Nayla langsung tidak menyesal, dengan apa yang telah dilakukannya. Senyuman mula terukir di bibir.

“Kau bebas Datuk Azlan... kau dah bebas...” Akhirnya Nayla meninggal dunia di situ. Dengan kedua-kedua matanya terbuka luas.

 

SUDAH seminggu Zayn Izrel terlantar di hospital. Tiada langsung tanda-tanda yang Zayn Izrel akan sedar. Darissa pula dikatakan setiap hari akan berada di hospital, untuk menjaga suaminya itu.

Jenazah Nayla pula sudah selamat dikebumikan lima hari yang lepas. Keluarga Tini dan juga keluarga Farhan menarik nafas lega, apabila dalang yang telah membuatkan anak mereka meninggal dunia, telah pun pergi dari dunia ini.

Darissa tidak sangka, penyebab Nayla mahu membunuhnya sekeluarga adalah kerana syarikat dan jawatan. Kenapa masih wujud orang sebegitu? Kenapa?

Rupa-rupanya arwah ibu bapa Nayla telah berpaling tadah, setelah dijelaskan oleh bapanya. Dan Nayla pula begitu mempercayai kedua-kedua arwah ibu bapanya. Disebabkan itulah, dia ikut sahaja arahan daripada mereka.

Mangkuk berisi air dan juga tuala kecil, terus diambil, lalu dibawa ke arah Zayn Izrel.

“Bila you nak bangun? I rindukan you sangat-sangat Zayn. Bila you dah sedar nanti, I akan beritahu you satu gembira tau? Kalau you dengar, mesti you happy.”

Klak!

Pintu wad ditolak. Kelihatan Hani sedang membawa makanan untuk Darissa.

“You buat apa tu?” Hani meletakkan bekal di atas meja.

“I nak lap wajah Zayn.”

“I ada bawa bekal ni. Ada sup ayam dengan nasi putih. You kata, you tak boleh nak makan pedas sangat, kan? Jadi, I bawakan you sup ayam.”

“Buat susahkan you aje Hani.”

“Tak ada susahlah. Zayn dah makan ke?”

“Sudah. Nurse dah masukkan dalam tiub dia tadi.” Darissa mengelap wajah Zayn Izrel dengan lembut. Wajah suaminya kelihatan sedang tidur nyenyak.

Walaupun Zayn Izrel dalam keadaan koma, dia tetap perlu makan dan minum. Pada awalnya Darissa memikirkan yang orang koma ini, tidak perlu makan dan minum. Tetapi, kata doktor, pesakit koma tetap memerlukan makanan dan minuman. Lagipun koma itu bukanlah mati. Tetapi cuma tidak sedarkan diri sahaja.

“Dah seminggu you tak masuk office. Semua staff mendoakan Zayn, supaya cepat sembuh.”

“I harap dengan doa dia orang,  Zayn akan cepat sembuh. You dah sedekah ke, pada rumah anak yatim, seperti yang I minta tu?”

“Sudah. Cek I dah bagi pada pengusaha rumah anak yatim semalam.” Hani memaut bahu Darissa. Dia benar-benar berasa kasihan melihat keadaan Darissa.

“Apa lagi cara yang I nak buat, supaya Zayn cepat sedar?”

“Hmm... you tak ada ke, panggilan manja untuk Zayn?”

“Panggilan manja?”

“Ya, panggilan manja. Kalau sebelum ni Zayn panggil you baby, kan? You pula panggil dia apa?”

“I, I tak ada panggilan manja.”

Hani tersenyum sedikit. “Cuba you panggil panggilan manja pula? Doktorkan ada cakap sebelum ini, you tetap perlu berbual-bual dengan pesakit koma? You boleh panggil dengan panggilan manja? Tak pun cuba you ingat, peristiwa apa yang you rasa happy saat you bersama dengan dia?”

Darissa tersenyum. “I teringatkan peristiwa kami bertumbukan di meja makan. And then, masa dekat hotel pun kami bergaduh. Sampaikan TV hotel boleh jatuh, akibat tendangan I. Walaupun suasana masa tu nampak tegang, tapi bagi I, itulah peristiwa yang paling bahagia dalam hidup I.”

Hani memaut kedua-kedua bahu Darissa. “Mungkin you boleh cuba berbual dengan Zayn, dan ingatkan peristiwa tu? Mana tahu, Zayn akan sedar?”

Darissa mengangguk. Tubuh Hani dipeluk erat. Air matanya mula mengalir di pipi. “I’m really missed him Hani...”

“I know...” Hani menggosok belakang Darissa.

“Lah, sini rupanya...” Danial muncul di belakang mereka berdua.

Darissa dan Hani berpusing memandang Danial.

“Eh, sayang mengular ke?” soal Hani.

“Mengular apanya? Sayang baru habis shift, kan?”

Hani mengerling jam tangannya. “Eh, yalah. Sorry sayang. Lupa.”

“Sayang?” Darissa mengelap air matanya.

Hani sudah tersengih sendiri. “Panggil panggilan manja. I panggil Danial sayang. Dia panggil I ayang.”

Danial turut tersenyum. “Jom ayang? You Riss? Nak ikut lunch sekali tak?”

“Tak apa. Ni Hani dah bawa makanan untuk I. You all pergilah.”

“Okey, kita orang pergi dulu.” Mereka berdua terus melangkah meninggalkan Darissa di situ.

Darissa terus sahaja duduk di kerusi semula, sambil melihat Zayn Izrel. “Kalau macam itu, I panggil you anje? Anje nampak manja, kan?” Tangan kanan Zayn Izrel diraih, lalu dikucup lembut. Setelah itu, tapak tangan suaminya dibawa ke pipinya.

“Cepat sembuh ya anje? Baby rindu sangat pada anje. Rindu nak bermanja dengan anje. Pelukan anje, kucupan anje... semua baby rindu.”

Darissa tidak henti-henti berdoa siang dan malam. Supaya Zayn Izrel cepat-cepat sedar dari komanya. Dan sehingga ke hari ini, masih tidak tertangkap lagi, siapakah yang melanggar Zayn Izrel.

 

Empat bulan kemudian...

Hari ini genap kandungan Darissa masuk lima bulan. Darissa keseorangan menunggu giliran untuk membuat pemeriksaan kandungan.

Sejak kandungannya sudah semakin membesar, Darissa jadi cepat letih. Kadang-kadang itu, dia lebih banyak tidur sahaja. Yang paling buat Darissa bersyukur, dia langsung tidak mengalami sebarang alahan. Perutnya pula cepat membesar. Ini kerana, dia sedang mengandungkan anak kembar.

Dan selama empat bulan ini juga, Zayn Izrel masih lagi belum sedar. Adakalanya itu, Darissa cepat berputus asa. Mana tidaknya, bila suami sendiri tidak bersama-sama dengannya, saat dia memerlukan lelaki itu.

Bukan itu sahaja, dia juga kerap menangis di waktu malam, saat mengenangkan Zayn Izrel yang tiada di sisi. Doktor pula mengatakan, yang Zayn Izrel tiada tanda-tanda mahu sedar.

Ada juga Darissa memberi cadangan, supaya Zayn Izrel dibawa pulang ke rumah sahaja. Tetapi ibu mentuanya menolak. Kata Datin Qasidah, dia mahu Zayn Izrel dirawat di hospital sahaja. Itu lagi baik, daripada dijaga di rumah.

Dan sepanjang Zayn Izrel dirawat di hospital, segala bil hospital ditanggung oleh bapa mentuanya. Adakalanya, bapanya Datuk Azlan turut membantu.

Perut diusap lembut. Darissa memandang wanita di hadapannya, yang sedang ditemani oleh sang suami. Nampak mereka seperti pasangan yang bahagia. Berbeza pula dengan Darissa. Yang hanya keseorangan sahaja. Adakalanya, Datin Dahlia atau Datin Qasidah akan menemaninya untuk membuat pemeriksaan kandungan.

Darissa mengeluh perlahan. Bila anje nak teman baby? Baby rindu sangat dengan anje. Gumam Darissa.

Telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja berdering. Darissa terus sahaja menjawab panggilan tersebut.

“Hello Hani?”

“Riss, you dekat hospital lagi ke?”

“Ha’ah, I dekat hospital lagi. Kenapa Hani?”

“I pening ni. Ramai sangatlah orang datang interview.”

“Ramai sangat ke?”

“Ya. Ramai. Lemah lutut dah ni. Rasa dah tak boleh nak berdiri tegak. Padahal jawatan akauntan aje. Nak dekat 100 orang datang ni.”

Sejak Darissa memegang jawatan CEO Rafflesia Group, beberapa orang pekerja yang bekerja di bahagian akaun, dan pernah bersekongkol dengan Nayla, sudah pun dibuang. Darissa tidak memerlukan pekerja yang tidak bertanggungjawab di dalam syarikatnya.

“Mengada-ngadalah you ni. Nanti I belanjalah you handbag baru. You ambil ajelah siapa-siapa yang you rasa bagus. Okey?”

“Handbag baru? You nak belanja I?”

“Ya.”

“Okey. Love you Riss.”

Darissa ketawa. “Love you too.” Panggilan terus ditamatkan.

Ding dong!

Nombor gilirannya telah pun naik. Darissa terus sahaja masuk ke dalam bilik, untuk urusan pemeriksaan kandungannya.

Dalam satu jam, selesai sudah urusannya. Darissa terus menuju ke arah wad Zayn Izrel sambil membawa sejambak bunga matahari yang dibelinya dari bawah tadi.

Tibanya dia di sana, Darissa terus menggantikan bunga matahari yang baru. Yang layu, terus dibuang ke dalam tong sampah.

“Anje macam mana hari ini?” Darissa terus duduk di kerusi sambil menggapai tangan Zayn Izrel.

“Baby baru lepas buat check-up. Tapi rahsia. Baby takkan beritahu check-up apa.” Darissa tersenyum.

“Anje nampak kacak, bila dah trim jambang. Kalau tak, serabut baby tengok. Bangunlah anje. Baby rindu nak dengar suara anje. Anje tak rindu baby ke?” Dada Darissa mula berasa sebak. Boleh dikatakan setiap hari, ayat yang sama sahaja yang diluahkannya. Walaupun begitu, tetap tiada pergerakan tangan mahupun mata daripada Zayn Izrel. Tetapi dengarkah Zayn Izrel, apa yang dikatakannya setiap hari?

Nafas ditarik panjang, lalu dilepaskan secara perlahan-lahan. “Tak apalah. Baby akan tunggu anje ya? Baby tetap akan bersabar. Dalam solat, baby tak pernah lupa mendoakan anje untuk sedar. Mungkin Allah nak uji baby. Nak tengok baby boleh bertahan tak, dengan ujian yang Allah dah bagi.”

Darissa bangun dari kerusi, lalu bibir Zayn Izrel disentuh lembut. Tanpa menunggu, Darissa terus sahaja memberikan satu kucupan hangat pada bibir suaminya. Sungguh dia rindukan Zayn Izrel. Sungguh dia rindu.

 

PAGI itu Darissa tiba awal di pejabat. Dia terus berjalan menuju ke arah lif, sambil membawa bungkusan roti bakar, bersama dengan teh tarik  yang dibeli dari cafe bersebelahan dengan pejabatnya.

Butang lif terus ditekan. Sementara menunggu lif tiba, Darissa terus meneguk sedikit teh tarik yang dipegangnya.

Auch!

Panas bibirnya, saat dia meneguk teh tarik tersebut.

“Hi miss... ambil tisu ni.” Kedengaran satu suara dari arah belakang.

Darissa berpusing. “Oh, thanks.” Tiba-tiba sahaja dia terdiam. Dia benar-benar tidak menyangkakan dengan apa yang dilihatnya.

“Wait... Shahrul? It’s that you? You Shahrul, kan? What are you doing here?” Darissa benar-benar terkejut.

“Riss? You buat apa dekat sini?” Shahrul turut terkejut.

“Of course I kerja di sini. You pula?” Darissa benar-benar tidak menyangkakan yang dia dapat bertemu dengan Shahrul di sini. Shahrul merupakan rakan sekelasnya, semasa mereka belajar di luar negara.

“I baru nak lapor diri hari ini. As accountant.”

“Wait, you yang dapat jawatan tu?”

“Yes. Why? Mana you tahu ni?”

“I tak sangka you terpilih.”

Ting!

Lif berhenti.

“Come.” Darissa melangkah masuk ke dalam, begitu juga dengan Shahrul.

“Lain betul muka you. Nampak lagi kacak. Dulu bercermin mata, nampak nerd aje.” Darissa ketawa kecil. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Zayn Izrel. Suaminya juga pernah mengenakan cermin mata.

“You pun apa kurangnya. Makin cantik. Nampak lagi berseri. Lama betul kita tak jumpa, kan? Hmm, you mesti dah kahwin, kan?” soal Shahrul tiba-tiba.

Darissa tersenyum manis, sambil memegang perutnya. “Ya, I dah kahwin. Kandungan I pun, dah masuk lima bulan.”

“Patutlah wajah you nampak lagi berseri. By the way, I missed you so much Riss,” ucap Shahrul tanpa berselindung.

Darissa terdiam. Dia memandang Shahrul lama.

Lif terus berhenti di tingkat 7, lalu pintu lif terbuka.

“Why you pandang I macam itu?” soal Shahrul.

“Err...”

“Jangan fikir yang bukan-bukan. I cuma rindu as a friend. Bukan rindu sebagai kekasih pula. Yalah, kita pun lama tak jumpa, kan? Tiba-tiba jumpa dekat sini pula.”

Darissa tersenyum. “Ingatkan rindu lebih-lebih tadi. Terkejut betul I dengar tadi.”

Sharul ketawa kecil. Mereka sama-sama berjalan keluar dari perut lif tersebut.

“You kan dah kahwin, takkan la I nak rindu dengan isteri orang pula, kan?”

“Eh, Riss. Awal you sampai?” Hani muncul di situ. Dia melihat Shahrul sedang berdiri di sebelah Darissa.

“Ha, kebetulan you dah ada ni. Bawa Shahrul ke bilik pejabat dia.”

“You kerja bahagian mana pula?” soal Shahrul.

“Eh, you all berdua dah kenal ke?” potong Hani.

“Kalau you nak tahu, Shahrul ni rakan sekelas I masa dekat UK dulu.”

“Lah, iya ke? Kecil betul dunia ni, kan?”

Darissa mengukirkan senyuman. Dia juga tidak menyangkakan yang rakan sekelasnya akan bekerja di syarikatnya.

“Riss, you tak jawab soalan I lagi. You kerja bahagian apa?” soal Shahrul lagi.

“Shahrul kalau you nak tahu, company ni Riss yang punya.” Hani menjawab bagi pihak Darissa.

“Seriously?”

Darissa mengangguk.

“So, you majikan I?”

“That’s right. Okeylah, I nak masuk office ni. Shahrul, nanti kita bual-bual lagi ya?” Darissa terus melangkah meninggalkan mereka berdua.

“Lain macam you tengok Riss,” tegur Hani.

“What? Mana ada. Sebab tak expect I akan jumpa dia di sini. Lama juga I tak jumpa dia. Lepas dia habis study, terus aje dia balik ke Malaysia, tanpa beritahu I.”

“You crush dia ke?” Hani sengaja menduga. Pelik pula, dia melihat Shahrul memandang Darissa, seakan mahu ditelannya.

Shahrul hanya mampu tersenyum. Soalan Hani tidak dijawab.

Darissa, and always Darissa. Nama dan wajah, yang tidak akan pudar daripada ingatannya.

Share this novel

Zue
2023-10-03 19:59:37 

mesti sean...ingatkan nayla dah mati bole dah aman sikit

norsila
2023-10-03 14:37:36 

huuu

norsila
2023-10-03 14:35:53 

shahrul ni sbenarnya sean kn? hehehe..ada bahaya lagi ke riss ni..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience