DYT 7 - TAK GENTAR

Romance Series 523102

“HEY, hey. Calm down. Boleh tak jangan kelam kabut sangat? Suara you tercungap-cungap sekarang ni, you tahu tak?” Hani bersuara di hujung talian.

Darissa menarik nafasnya. “Okey, okey.”

“Okey, sekarang ni cerita dengan I. Apa yang dah berlaku sebenarnya?”

“He’s crazy!”

“Siapa yang gila?”

“Siapa lagi kalau bukan Zayn Izrel!”

“Ha? Suami you?”

“Yalah. Siapa lagi? You tahu tak, semalam dia lain. Tak bercakap. Dan hari ini dia lain. Dia dah tunjuk belang dia! I betul-betul terkejut you tahu tak!” Darissa duduk di birai katil. Dia benar-benar tidak dapat melupakan kejadian tadi.

“Tunjuk belang? Maksud you?”

“Okey, semalam dia cakap dia tak nak ambil tahu pasal I. Apa yang I nak buat, I buatlah apa pun. Tapi hari ini, dia terus buat tiga syarat pada I. Pertama asing bilik. Kedua I kena beritahu mana I pergi. Ketiga I kena minta izin dari dia sebelum nak keluar. But, dia nak I menghadap dia terlebih dahulu. Bukan mesej or call. You nampak tak? Dia tu penipu!”

“Lah, okeylah tu. Dia buat syarat macam tu. Walaupun you all berdua kahwin tanpa cinta, tapi dia bertanggungjawab. Dia tahu, dia seorang suami. Sebab tu, dia buat syarat macam tu.”

“Oh, dia keluar dengan kekasih dia, boleh pula? I nampaklah tengah hari tadi, dia keluar dengan kekasih dia.”

“Eh, seriuslah? Dia masih berhubung?”

“Yalah. Lepas tu I? Kena ikutlah cakap dia? Macam tu?”

“Tapi dia lelaki, kan? Lelaki boleh...”

“Kahwin empat? Puih! Ada hati nak kahwin empat? Dia nak kahwin lagi, dia kena ceraikan I dulu!”

“Apalah you ni. Kenapa cakap macam tu? Tak eloklah. Cubalah buka hati you tu sikit, untuk suami you tu Riss...”

“Tak kisahlah apa you nak cakap pun. I betul-betul tak boleh terima!” Darissa terdiam seketika.

“Tak pun sebenarnya, dia ada split personality tak?” sambung Darissa.

Hani ketawa. “Sudahlah you. Tak adanya dia split personality. Dia buat macam tu, mungkin ada rasa tanggungjawab.”

“Tanggungjawablah sangat... and then you tahu tak, apa dia buat tadi pada I? Dia kejar I! In swimming pool!”

“Dia kejar you? Alolo, sweet-nya...”

“Sweet you cakap? Menakutkan you tahu tak?”

Hani ketawa.

“Eh, kenapa you ketawa ni?”

“You kan ada taekwondo? Kenapa you tak tendang aje dia?”

“Tendang? Diakan suami. Tak akan I nak buat macam tu pula? Nanti lunyai pula I kerjakan dia.”

Hani ketawa lagi. “Sedar pula you, yang dia tu suami ya? Itu tandanya you hormat dia.”

“Ee you ni! Orang cakap, dia perli pula. Sudahlah. I nak tidur. Malas I nak cakap dengan you lagi. Dengan perut pun tengah lapar ni.”

“Kalau lapar, pergilah makan.”

“Tak naklah I. Nanti dia tunggu dekat bawah. Entah apa nanti dia akan buat pada I lagi. Hmm okeylah, jumpa esok dekat office. Bye.”

“Yalah-yalah, bye.”

Darissa terus mematikan talian. Telefon bimbit dicampak di atas tilam. Bercakap dengan Hani, langsung tidak membantu. Malah diketawakan pula. Perut yang berkeroncong, digosok perlahan.

Terpaksalah aku tahan lapar...

Tiba-tiba dia teringatkan Zayn Izrel yang menindih tubuh badannya tadi. Suaminya itu, memang benar-benar sengaja!

TEPAT jam 6.30 minit pagi, Zayn Izrel terjaga dari tidurnya. Dia terus bangun dari pembaringan sambil termenung memandang dinding di hadapannya.

Entah kenapa bahu kirinya sedikit sengal dan juga bisa. Perlahan-lahan dia turun dari katil, sambil menuju ke arah cermin.

Bahunya yang digigit Darissa ditenung lama. Kelihatan ada bekas gigitan isterinya di situ.

Bukan main kuat dia gigit semalam. Bisa betul. Bebelnya.

Malam tadi, entah kenapa Darissa boleh muncul di dalam mimpinya yang hanya mengenakan bikini. Terasa mimpinya itu, seperti betul-betul. Tetapi kenapa dia bermimpikan Darissa? Adakah kerana dia terlalu memikirkan wanita itu? Ataupun sebenarnya... dia sudah terpikat dengan isterinya sendiri?

Berkerut dahinya, saat memikirkan kembali mimpinya malam tadi.  Malas mahu berfikir lagi, Zayn Izrel terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri, dan seterusnya menunaikan solat subuh.

Dalam 45 minit, Zayn Izrel terus melangkah menuju ke bawah. Sarapan pagi sudah siap dihidangkan di atas meja.

“Selamat pagi Tuan Zayn...” ucap Kak Ton, sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

“Selamat pagi. Kenapa masak banyak sangat malam tadi Kak Ton?” Zayn Izrel melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Kak Ton ingatkan Puan Darissa nak makan. Tapi, dia tak makan pula. Maaf ya, lepas ni Kak Ton tak masak banyak-banyak.”

“Tak apa, bukan salah Kak Ton pun. Salah isteri saya tu. Dah tahu tak nak makan, bukannya nak beritahu. Lepas ni, Kak Ton kalau nak masak, tanya dia dulu okey?’

“Baik tuan. Err, tuan...”

“Hmm...”

“Bathrobe dengan baju kemeja tuan, Kak Ton dah basuh. Bathrobe tu tuan punya, kan?”

“Bathrobe?”

“Ha’ah. Kak Ton masuk-masuk rumah tadi nampak bathrobe dengan kemeja tuan atas lantai, tepi kolam renang tu.”

“Oh, yang itu Darissa punya bathrobe.”

Wajah Kak Ton merona merah. Mereka mandi bersama? Aduh, kenapalah soalan macam tu kau tanya pada dia?

“Eh, tak apalah tuan. Kak Ton nak ke belakang. Nak buat kerja sikit.”

Zayn Izrel mengangguk.

Kak Ton melangkah meninggalkan Zayn Izrel di meja makan. Zayn Izrel merenung jam tangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul 7.45 minit pagi. Bunyi derapan kaki dari arah belakang telah mengejutkannya. Siapa lagi? Kalau bukan Darissa.

Darissa menarik kerusi, lalu melabuhkan punggungnya. Dia tidak menghiraukan Zayn Izrel yang sedang merenungnya ketika ini. Teko berisi air teh, dituang ke dalam cawan.

“Puas tidur?” Zayn Izrel bersuara.

“What?”

“Puas ke tidur semalam?”

“Of course. Why?” Roti bakar yang sudah siap disapukan dengan mentega kacang disuap ke mulut.

“You langsung tak nak minta maaf apa yang you dah buat semalam?”

“Apa yang I dah buat?” soal Darissa bersahaja.

“Seriously Darissa? You dah lupa ke, yang you gigit bahu I ni semalam?”

“Padanlah muka you. Bukan salah I. Siapa suruh you cari pasal dengan I?”

“I cari pasal dengan you? Syarat yang I bagi, you langsung tak nak ikut. Syarat yang pertama tu, memanglah you ikut. Yang kedua, ketiga? Ke... you nak satu bilik dengan I? Jangan sampai I ubah semula syarat pertama tu?” Zayn Izrel menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada.

“Do I care? You nak ugut I? Please... sikit pun I tak gentar. Dah memang I lupa? Habis tu I nak buat macam mana lagi?” Darissa tersenyum mengejek.

“Tak gentar? Hmm, okey. I akan lupakan pasal kejadian semalam, dengan alasannya you lupa. Tapi sekarang ni, I nak you minta maaf dengan I,” tutur Zayn Izrel tiba-tiba.

“Minta maaf? For what? I tak nak minta maaf. Lagi pun, bukan salah I.” Darissa terus bangun dari kerusi. Malas dia mahu berbalah dengan suaminya. Briefcase diambil.

“Mana you nak pergi? Minta maaf dengan I dulu.”

“No!” Darissa tidak mahu terlalu ikut kata-kata Zayn Izrel. Kenapa dia perlu patuh dengan kata-kata suaminya itu pula?

“You nak tunjuk keras kepala you, kan!” Zayn Izrel bersuara tinggi. Dia tidak mahu Darissa terlalu ego. Baginya, isterinya itu perlu patuh padanya.

“Whatever!” jerit Darissa pula.

Belum sempat Darissa mahu melangkah, Zayn Izrel tiba-tiba menghalangnya.

“What are you trying to do? Nak cuba halang I?” Darissa tidak mengerti.

Zayn Izrel cuba menarik lengannya. Tetapi, dengan pantas tangan Zayn Izrel ditepis.

“Oh, pandai you tepis tangan I ya?”

Zayn Izrel cuba menangkap tubuh Darissa pula, tetapi sekali lagi Darissa pantas mengelak.

Main kasar pula dia ni. Getus Darissa.

“You’re to much!” kata Zayn Izrel dengan kuat. Dia mahu Darissa meminta maaf dengannya. Dan dia juga tidak mahu Darissa terlalu keras kepala. Lagi pun dia adalah seorang suami. Seorang isteri perlulah hormat kepada suami.

Bermulalah aksi berkejaran di antara mereka berdua ketika ini, di meja makan. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Darissa juga tidak mahu bertindak kasar. Dia sedaya upaya cuba mengelak, dari membiarkan dirinya ditangkap Zayn Izrel.

Hampir tiga minit mereka berkeadaan seperti itu. Zayn Izrel seakannya tidak mahu berhenti. Suaminya benar-benar mahu menangkapnya.

“You nak apa ha Zayn! Can you let me go?”

“Minta maaf dengan I sekarang juga!”

Tiada cara lain lagi. Darissa terpaksa menggunakan cara kekerasan. Dia mahu memberikan beberapa tendangan ke arah Zayn Izrel. Itu sahaja caranya untuk dia melepaskan diri daripada suaminya. Dia terlalu ego? Dia tidak peduli.

Darissa memulakan serangan demi serangan, tetapi yang peliknya Zayn Izrel tangkas menepis. Suaminya tahu seni bela diri?

Perlukah dia meminta maaf sahaja? Ataupun menyerang sahaja? Tak, dia tidak mahu meminta maaf.

Darissa tidak mahu menunggu lama lagi, dia mahu melakukan tendangan back thrust. Kini dia sudah bersedia. Belum sempat kakinya terarah pada dada Zayn Izrel, tiba-tiba sahaja kakinya ditangkap. Bagaimana Zayn Izrel dapat membaca pergerakkannya?

Adakah kerana dirinya di dalam keadaan tidak bersedia? Ataupun kerana, Zayn Izrel seorang suami? Jadi dia tidak berani memberikan tendangan yang kuat terhadap suaminya itu?

Darissa hampir sahaja hilang imbangan, akibat kakinya dapat ditangkap oleh Zayn Izrel tadi. Dengan pantas tubuhnya ditarik suaminya. Mereka berdua terus sahaja jatuh terlentang di atas meja makan. Telur separuh masak yang ada di dalam mangkuk, turut pecah akibat hentakan badan mereka berdua.

Air teh yang masih tersisa di dalam cawan, turut mengenai tubuh mereka. Pakaian mereka berdua terus sahaja basah akibat air teh dari cawan masing-masing. Dan bau hanyir telur, mula menerjah ke rongga hidung mereka berdua.

“Seriously Zayn Izrel Datuk Zafar?!” Nama penuh suaminya, dijerit kuat. Darissa benar-benar berang. Dia bangun dari atas meja makan tersebut. Habis baju kerjanya kotor, akibat perbuatan suaminya tadi.

Darissa tanpa menunggu lagi, terus sahaja menggenggam tangan kanannya, dan mahu menumbuk ke arah perut Zayn Izrel. Dia tidak peduli, jika Zayn Izrel terpaksa menerima tumbukannya. Bagaimanapun sekali lagi, suaminya pantas mengelak, lalu tangannya dipulas ke belakang. Tubuh Darissa sudah terkunci.

Apa sudah jadi? Bagaimana sekali lagi Zayn Izrel dapat menangkap pergerakkannya? Darissa cuba melepaskan diri. Tetapi hampa. Pelukan suaminya benar-benar kuat.

Tangan kiri Zayn Izrel memeluk erat leher Darissa. Manakala tangan kanan, mengunci kedua-kedua tangan milik isterinya itu. Isterinya sudah tidak dapat bergerak.

“Let me go!” Darissa cuba melawan.

“You ingat, you sorang aje ada taekwondo? I pun adalah. You takkan boleh lawan dengan I. Dengan budak semalam, bolehlah you kacang-kacangkan. Dengan I? No way.”

Darissa terkejut. Patutlah serangannya langsung tidak mengena. “You nak apa ha? Lepaskan I.”

Zayn Izrel merapatkan bibirnya pada telinga Darissa. “Say sorry to me...” bisiknya perlahan.

Bulu roma Darissa meremang kuat, saat mendengar suara garau milik Zayn Izrel yang menerpa ke telinganya. Perlukah dia meminta maaf?

“You tahu tak? I rasa macam nak balas balik, apa yang you dah buat pada I semalam.”

“What? Ba... balas balik apa?” Darissa tergagap-gagap ketika ini.

Tangan kiri Zayn Izrel, mula menyelak pada bahagian bahu baju kemeja yang dipakai Darissa ketika ini. Kedua-dua mata Darissa membulat. Dia dapat merasakan bahunya sudah terdedah.

“You tak nak minta maaf kan? It’s okay. Kalau I balas dengan gigit pada bahu you ni, boleh?”

“No... no. Okey, okey I minta maaf. I salah semalam, sebab gigit bahu you. Maafkan I.”

“What did you say? I tak dengar. Ulang balik.”

“I minta maaf. Salah I semalam. Maafkan I,” ulang Darissa lagi, sambil mengetap bibirnya menahan marah.

Zayn Izrel tersenyum sendiri. Dia masih tidak mahu melepaskan pelukan. Puas hatinya saat mendengar Darissa meminta maaf. Perlahan-lahan bibirnya dibawa pada bahu Darissa. Rasanya mahu dikucup bahu isterinya itu.

“Hari ini, you pakai warna pink?” ucap Zayn Izrel bersahaja.

Berkerut dahi Darissa ketika ini. Warna pink? Itu adalah pakaian dalamnya!

“Zayn, you pervert!”

“Eh, apa benda yang bersepah sangat ni.” Kak Ton benar-benar terkejut melihat cawan yang sudah terbalik di atas meja makan. Dengan telur yang direbusnya sudah pun pecah.

Zayn Izrel dan Darissa tersentak. Dengan pantas Zayn Izrel melepaskan tangan Darissa. Darissa tidak menunggu lagi. Inilah peluangnya untuk melarikan diri. Sudahlah bajunya berbau telur. Bahunya yang terdedah tadi, ditutup kembali. Laju sahaja kakinya meninggalkan Zayn Izrel di situ. Nasib baiklah Kak Ton datang menyelamatkan keadaan.

Zayn Izrel menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Apa ni tuan? Kenapa baju kotor tu?”

“Err, Kak Ton kemas meja makan ni ya? Maafkan kami. Kami tak sengaja.” Zayn Izrel turut naik ke bilik. Dia benar-benar malu.

Kak Ton melihat meja makan di hadapannya. Air liur ditelan. Lain macam penangan pengantin baru ni.

ZAYN IZREL termenung sendiri. Makanan di atas meja, langsung tidak dijamahnya. Dia masih membayangkan kejadian pagi tadi. Bagaimanalah dia boleh terfikir mahu bergelut dengan Darissa, gara-gara mahukan permohonan maaf dari isterinya?

“Zayn? Zayn?” Natasya melambai-lambaikan tangannya pada wajah kekasihnya itu.

“Zayn!” Suara Natasya sedikit keras, sambil dia menampar bahu kiri milik kekasihnya itu.

“Auch! Sakit!” Zayn Izrel bersuara, sambil memegang bahu.

“Sakit? Sakit kenapa?”

“Darissa gigit bahu I semalam.”

Terbuntang mata Natasya ketika ini. Tidak salah dengar ke dia? “You cakap apa tadi? Dia gigit bahu you?”

Zayn Izrel terdiam. Dia sudah terlepas cakap.

Natasya terus sahaja bangun dan menuju ke arah Zayn Izrel, lalu baju kemeja di bahagian bahu milik kekasihnya itu, diselak kasar. Matanya terus tertancap pada bekas gigitan tersebut.

“What are you doing! You tak nampak ke kita dekat mana sekarang ni? Orang tengoklah.” Zayn Izrel menutup bahunya yang terdedah tadi.

“You buat apa dengan dia, sampai dia gigit bahu you? You dah sentuh dia ke?” Mata Natasya mula berkaca-kaca.

“Of course la I tak sentuh dia.”

“Kalau tak sentuh, kenapa dia gigit bahu you? Baik you cakap betul-betul dengan I. Apa yang dah berlaku?”

“Tak ada apa yang berlakulah. Makanlah. Kita dinner ni, bukannya nak bergaduh.” Zayn Izrel menyuap brokoli ke mulutnya.

“Zayn. I tahu, you mesti bernafsu tengok dia, kan? I tak percaya kalau you kata you tak bernafsu tengok dia. Dan sekarang ni, you dah tinggal bersama dengan dia! I sampai sekarang tak boleh terima. Kenapa you kahwin dengan dia? Dan kenapa bukan dengan I?”  Air mata Natasya mula mengalir laju.

“Sya... please. You boleh tak jangan buat hal macam ni? Ini kira baiklah, I masih contact dengan you lagi. Kalau nak diikutkan hati I ni, sampai ke hari ini tak dapat lupakan apa yang you dah buat pada mama I dulu.”

“You masih tak maafkan I?” Natasya terus bangun dari kerusi. Beg tangan diambil. Dia benar-benar kecewa dengan Zayn Izrel.

“Where are you going.”

“I kecewa dengan you Zayn!” Natasya terus berlari keluar dari restoran mewah tersebut.

Zayn Izrel turut bangun. Note 100 ringgit sebanyak dua keping diletakkan di atas meja. Dia pantas mengejar Natasya.

“Sya, wait...” Zayn Izrel menarik lengan Natasya.

“You nak apa lagi?” Natasya menangis teresak-esak ketika ini.

“I’m sorry okay? I tahu, I tak patut cakap macam tu pada you.”

“You tak cintakan I lagi, I tahu. Dan I nampak layanan you terhadap I macam mana sekarang ni. Sebelum ni, you tak macam ni pun. Ini baru tiga hari usia perkahwinan you, you dah berubah.”

“I masih cintakan you. Sampai sekarang, cinta I terhadap you tak pernah berubah.” Zayn Izrel memaut kedua-kedua lengan Natasya.

“Kalau macam tu, kita nikah? I tak kisah jadi wife nombor dua you. Kita nikah senyap-senyap? Kita pergi Thailand? Nak tak Zayn?” Natasya sudah tersenyum. Dia benar-benar berharap dapat menjadi isteri kepada kekasihnya itu.

Zayn Izrel menelan liur. Nikah di Thailand?

Share this novel

norsila
2023-06-13 16:06:17 

keje giler bru nikah 3 hari dah nk nikah senyap2 kat tailand lak...hiss si zyn ni tk gety2 tasya ni bukan jenis leh buat bini..tk hormat orng..sombong dn lagak diva joo..


NovelPlus Premium

The best ads free experience