DYT 37 - SEDAR

Romance Series 522373

SHAHRUL melihat tangannya yang dipegang Darissa saat ini. Kenapa tiba-tiba sahaja dia merasa bahagia?

“What’s wrong with you?” Tangan Shahrul ditepis kuat. Darissa menahan marah. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar wajah lelaki itu.

“What? Apa yang I dah buat?”

“Apa yang you dah buat? You tak sedar ke? Kenapa you cakap macam tu depan-depan husband I? Why?”

“Apa yang I cakap? I bukannya cakap benda yang bukan-bukan.”

“Bukan cakap benda yang bukan-bukan? Tapi you sebut I lebih sepadan dengan you. Lepas tu, you tanya, I tak nak ke Penang pula ke? Why? Kenapa you cakap macam tu? Untuk bagi Zayn dengar semuanya?”

Shahrul hampir ketawa. Tetapi ditahannya.

“Apa yang kelakar?”

“Tak. I tak faham dengan you ni. You tahukan, yang orang koma ni, takkan sedar. You tahu ke tidak? You ingat, orang koma akan dengar? Stupid! You tahu tak!”

Darissa tersentak mendengar suara Shahrul meninggi. “What? Stupid? You cakap stupid?”

Shahrul terlanjur kata. “Tak, I tak bermaksud macam itu.”

“I rasa, I dah tak kenal you lagi. You bukan Shahrul yang dulu. You betul-betul dah berubah. Sekarang ni, I nak you pergi!”

“Riss please... I’m so sorry. I tak sengaja cakap macam tu.”

“You pergilah!” Darissa terus sahaja melangkah meninggalkan Shahrul, dan menuju ke wad Zayn Izrel semula.

Shahrul berdiri tegak di situ, sambil melihat Darissa yang sudah pun menghilang daripada pandangannya.

Sepatutnya, dia dah mati! Kenapa dia masih hidup lagi?! Getus hati kecilnya.

Darissa duduk di kerusi memandang Zayn Izrel. Tangan suaminya diraih, lalu dikucup lembut.

“Anje, dengar ke apa yang dia cakap tadi? Baby harap, anje tak salah faham. Dan baby nak minta maaf. Maafkan baby anje.” Darissa terdiam seketika. Perutnya yang bulat disentuh perlahan.

“Bangunlah anje. Baby takut, baby tak kuat nak hadapi semua ni tanpa anje. Baby betul-betul nak anje di sisi baby. Tolonglah sedar anje. Tolonglah...” rintih Darissa. Dia merenung lama wajah Zayn Izrel yang nampak kelihatan sedang tidur nyenyak. Dan wajah suaminya juga nampak begitu bersih. Parut kemalangan pula, sudah semakin pudar. Seakan suaminya itu, sudah tidak sakit. Dan kini, hanya tidur sahaja.

Darissa mengeluh panjang. Kepalanya terus direbahkan di dada bidang suaminya. Air matanya mula mengalir perlahan. “I miss you so much... please wake up...”

 

 

DATIN QASIDAH sedang menuju ke arah pejabat Darissa.

“Eh, mama. Mama buat apa dekat sini?” soal Darissa sambil menyalami tangan ibu mentuanya.

“Riss nak ke mana?”

“Riss baru nak ke hospital. Kenapa mama?”

“Kita masuk dalam. Ada benda yang mama nak bincangkan.”

Darissa mengangguk, sambil berjalan bersama-sama dengan ibu mentuanya ke bilik pejabatnya semula.

“Ada apa mama nak bincangkan? Macam penting aje tu?” Darissa melabuhkan punggungnya di sofa, begitu juga dengan Datin Qasidah.

Datin Qasidah menanggalkan kaca mata hitamnya. Dia merenung menantunya lama. Cuba menyusun kata untuk berbicara.

“Mama dengar, Riss ada pergi check-up kandungan dengan kawan lelaki. Betul ke? Dan lelaki tu, kawan masa Riss belajar di luar negara dulu?”

Darissa tidak terkejut. Dia tahu, pasti dia akan ketahuan. Perlahan-lahan Darissa mengangguk.

“Riss tahukan, yang Riss masih isteri orang?”

“Ya, Riss tahu mama.”

“Kalau tahu, kenapa Riss pergi dengan dia? Dan mama dapat tahu juga, Riss selalu pergi lunch dengan dia, dan ada pergi ke Ipoh berdua dengan dia, kan?”

“Hmm, ya mama.”

Datin Qasidah menggeleng perlahan. “Riss tak boleh buat macam itu. Riss masih isteri orang. Riss tahukan, macam-macam fitnah boleh berlaku? Kenapa? Riss sunyi ke?”

“Sunyi?”

“Ya, sunyi ke? Sampaikan Riss nak berdua dengan dia? Kalau Riss nak minta tolong sekali pun, Riss boleh contact mama ke, ataupun minta tolong dengan kawan Riss. Zayn baru enam bulan koma, Riss dah mula nak curang?”

“Mama!” Darissa bersuara meninggi.

“Jangan tinggikan suara dengan mama!”

Darissa terdiam. Dia sudah terlanjur kata.

“Baru enam bulan Riss. Baru enam bulan. Kenapa? Tak boleh ke, Riss setia di sisi Zayn?”

“Mama, Riss tak curang mama. Riss setia dengan Zayn. Setiap hari Riss ke hospital temankan Zayn, walaupun Riss dalam keadaan sarat mengandung. Lagipun Shahrul, kawan masa belajar. Dan tak lebih daripada seorang kawan sahaja.”

Datin Qasidah mengeluh. “Riss, ingat lelaki ni bodoh ke, nak temankan buta-buta macam itu aje? Padahal dia ada niat lain. Niat nak cuba hancurkan rumah tangga Riss.”

“Mama, jangan cakap macam itu. Shahrul tak ada niat macam itu pun.”

“Riss lagi nak back-up dia? Apa motif sampai dia nak bekerja di sini? Dah tak ada company lain nak bekerja? Patutlah mama rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya...” Datin Qasidah terdiam. Dia benar-benar tidak berpuas hati. Dan dia juga telah mengupah orang untuk mengikuti Darissa secara diam-diam.

“Riss pun tak tahu dia dah diterima bekerja di sini. Bukan Riss yang interview dia. Tapi percayalah mama, Riss tak curang.”

Datin Qasidah menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada. “Mama dan berbincang dengan papa. Kami nak Zayn dirawat di hospital luar negara. Lagi senang, dan lagi cepat Zayn sedar.”

“Apa? Zayn nak dirawat di luar negara?” Bulat mata Darissa mendengarnya.

“Yup, papa pun dah bersetuju. Kami dah pun call hospital sana. Next month Zayn akan bertolak ke sana.”

“Tak, Riss tak setuju. Riss tak bersetuju Zayn dirawat di sana.”

“Mama tak peduli. Keputusan kami muktamad. Zayn perlu dirawat di sana. And, he’s my son! Mama ada hak ke atas Zayn!”

“And he’s my husband! Mama sepatutnya minta izin daripada Riss dulu, sebelum mama nak buat keputusan. Riss dah cakap sebelum inikan, yang Riss tak bersetuju Zayn dirawat di sana. Mama tak faham-faham ke apa yang Riss cakap!”

“Jangan tinggi suara dengan mama! Zayn dilanggar lari, berpunca daripada Riss juga tahu?! Kalau bukan sebab dendam keluarga Riss, Zayn takkan jadi mangsalah! Dan Zayn juga takkan koma!”

Darissa tersentak. “Mama...”

Datin Qasidah bangun dari sofa. Kaca mata hitam, terus dipakaikan ke matanya semula. “Kalau Riss tak boleh nak tunggu sampai Zayn sedar, Riss pergi tuntut fasakh. Dan Zayn pula, biar kami yang jaga.”

“Tuntut fasakh? Mama cakap apa ni?”

“Mama tengok Riss macam tak boleh sabar dengan keadaan Zayn sekarang ni. Sampaikan Riss boleh keluar dengan lelaki bukan mahram. Tak kisahlah, dia kawan lama ke, staff pejabat ini ke, bila dah berdua jadi apa? Bukan ke syaitan boleh masuk masa itu?”

“Mama, Riss tahu Riss silap. Sebab tak fikir langsung apa yang akan berlaku. Tapi, Riss dengan Shahrul memang hanya sekadar kawan sahaja. Tak lebih dari itu mama. Tolonglah faham keadaan Riss sekarang ini mama.”

“Oh, nak mama faham keadaan Riss? Biarkan menantu dia keluar dengan jantan lain, sampai ke Ipoh? Dan suami dia pula masih terlantar di katil, dan tak sedarkan diri? Dan mama perlu tutup mata mama ni?”

“Mama... Riss mengaku Riss salah. Semua salah Riss. Riss minta ampun dengan mama. Tapi tolonglah, jangan bawa Zayn ke luar negara,” rayu Darissa.

“Entahlah... sebenarnya, aku masih tak boleh terima dengan apa yang dah berlaku pada anak aku. Dan semua ni, berpunca daripada kamu juga! Kalau aku tahulah yang keluarga kamu memang ada musuh, memang aku takkan bersetuju kamu bernikah dengan Zayn! Lebih baik dia nikah sahaja dengan Natasya! Walaupun dia tak ada adab, sekurang-kurangnya dia tak ada musuh!” Datin Qasidah terus sahaja melangkah keluar dari pejabat.

Darissa benar-benar terkejut dengan kata-kata yang diluahkan ibu mentuanya. Sampai begitu sekali ibu mentuanya berubah? Apa salahnya? Dia tidak minta Zayn Izrel menjadi seperti itu.

“Mama, mama jangan buat Riss macam ini mama... Riss tahu, Riss salah. Tapi, tolong jangan bawa Zayn ke luar negara. Riss tak boleh hidup tanpa Zayn. Riss perlukan Zayn di sisi Riss,” rayu Darissa dengan air matanya yang bercucuran laju.

Tiba-tiba sahaja Shahrul muncul di situ. “Riss, kenapa ni?”

“Ha, kaulah jantan tak sedar diri itukan? Menggatal dengan isteri orang. Kau tahukan, yang dia ni masih bersuami?”

“Eh, kenapa ni? Tiba-tiba aje saya diserang?” Shahrul memandang Darissa dan wanita di hadapannya silih berganti.

“Shahrul, tolong pergi,” arah Darissa. Dia tidak mahu ada pergaduhan di antara ibu mentuanya dan rakan baiknya pula.

“Kenapa I nak kena pergi pula? Perempuan ni tiba-tiba aje serang I dah kenapa?”

Pekerja-pekerja di dalam pejabat itu, mula memandang ke arah mereka bertiga.

“Perempuan? Aku Datin Qasidah.”

“Oh, Datin. Tak nampak macam Datin pun. Tak ada adab langsung.”

“Eh, kurang ajar betullah kau ini, kan?” Datin Qasidah mahu menampar Shahrul, tetapi dihalang Darissa.

“Mama. Please...”

Datin Qasidah merenung Shahrul seakan mahu ditelannya.”Aku mama Zayn Izrel. Dan Zayn Izrel tu suami Darissa. Sekarang ni, kau cuba masuk jarum. Kau dah tahukan Riss dah ada suami? Kenapa kau nak juga cuba rapat dengan menantu aku ni? Dan menantu aku ni, memang tak sedar diri! Dah ada suami, masih nak menggatal. Perut tu tunggu masa aje nak pecah! Masih tak sedar-sedar lagi. Suami baru koma enam bulan, dah mula nak menggeletis.”

“Mama...” Darissa mula meraung.

“Aku betul-betul menyesal terima kamu jadi menantu aku. Zayn koma, berpunca daripada kamu juga! Hanya disebabkan dendam keluarga, Zayn jadi mangsa. Keputusan aku muktamad. Bulan depan, Zayn akan dibawa ke luar negara.”

“Mama, tolonglah. Riss merayu sangat-sangat pada mama. Riss tinggal lagi dua bulan sahaja nak bersalin. Tolonglah jangan bawa Zayn ke sana.”

“Aku tak peduli.” Datin Qasidah terus sahaja melangkah pergi.

Darissa meraung di situ, dengan air matanya tidak henti-henti mengalir. Shahrul menghampiri Darissa.

“Riss...”

Darissa memandang Shahrul, dengan wajahnya yang merah padam menahan marah. “Shahrul, mulai hari ini, I tak nak you rapat dengan I lagi. I anggap you staff di syarikat ini sahaja. Dan kita bukan lagi, kawan.” Darissa terus sahaja berlari masuk ke bilik pejabatnya semula.

Shahrul menggenggam kuat tangannya menahan marah. Dia benar-benar sakit hati, apabila Darissa berkata seperti itu.

 

 

“APA kena dengan besan awak tu. Kenapa sampai macam itu sekali dia cakap pada Riss? Ya, mungkin silap anak saya ni, boleh keluar dengan kawan lelaki dia. Tapi, tu tak bermakna Riss nak curang? Setiap hari Riss ke hospital melawat Zayn. Dari kandungan dia sebulan, sampai dah masuk tujuh bulan dah. Tak pernahlah dia  miss melawat Zayn.” Datin Dahlia menggosok belakang badan Darissa. Air mata anaknya itu turut diseka perlahan.

“Saya pun tak tahu, kenapa dia boleh cakap macam tu pada Riss. Tapi betul juga cakap Qasidah, kenapa Riss nak kena keluar dengan dengan kawan lelaki dia tu. Sedangkan Riss isteri orang.”

“Eh, awak ni. Nak menangkan Qasidah pula ke?”

“Saya tak menangkan dia. Tapi, betullah cakap Qasidah. Cuba kalau Riss yang koma? Tiba-tiba aje, Zayn keluar dengan kawan perempuan dia. Awak nak happy ke? Nak senyum? Mesti awak sakit hati jugakan, kalau tengok menantu awak macam itu?”

“Riss perempuan. Takkan Riss nak curang pula?”

“Riss memang bersalah mummy. Riss yang buat masalah. Betullah apa yang mama Zayn cakap. Kenapa Riss nak kena keluar dengan lelaki lain, sedangkan Riss ni isteri orang.”

Datin Dahlia mengeluh. “Cuma mummy tak sangka, dia boleh cakap macam itu, supaya Riss pergi tuntut fasakh. Apalah yang difikirkan dalam kepala dia tu? Ingat, senang-senang ke nak tuntut fasakh? Bukannya Zayn tak sedarkan diri sampai dah bertahun-tahun. Entah-entah, bila Zayn dah sedar nanti, dia nak anak dia ceraikan Riss pula.”

Darissa terkejut. Tidak. Dia tidak mahu. Dia tidak mahu diceraikan.

“Dia pun salahkan kita juga Lia. Kononnya punca Zayn dilanggar lari, sebab dendam dalam keluarga kita. Dan Zayn pula yang jadi mangsa.”

“Ee, saya ni tahan aje tahu? Nak aje saya ganyang-ganyang mulut dia tu. Sepatutnya dia kena redhalah. Bukannya cakap yang bukan-bukan pada Riss. Sudahlah Riss dalam keadaan sarat sekarang ni.”

Darissa menekur lantai. Tiba-tiba sahaja dadanya berasa sebak. “Macam mana Riss nak hidup tanpa Zayn mummy? Dan anak dalam perut ni. Dia orang tak dapat nak tengok muka ayah dia orang. Bulan depan Zayn dah nak ke luar negara.”

“Hmm... entahlah Riss. Sekarang ni, nak tak nak kita terpaksa biarkan sahaja, apa yang dia orang nak buat. Mungkin mereka nak Zayn cepat-cepat sedar. Disebabkan itulah, dia nak bawa Zayn ke sana.”

“Betul cakap mummy tu. Mungkin dengan cara macam itu, Zayn akan cepat sedar. Dan perubatan di sanakan, lebih canggih?” ujar Datuk Azlan.

“Canggih apa abi? Sama aje dekat sini, dengan luar negara.” Darissa masih menahan sebak.

“Sudahlah Riss. Jangan terlalu fikirkan sangat. Riss tengah sarat mengandung. Takut emosi terganggu pula nanti. Sekarang ni kita berdoa aje, semoga Zayn cepat-cepat sedar daripada koma, sebelum dia dibawa ke luar negara bulan depan. Kalau dia sedar cepat, tak adalah dia ke sana, kan?” Datin Dahlia diam seketika.

“Mummy tak pernah lupa untuk doakan anak menantu mummy supaya cepat-cepat sedar. Mummy kalau boleh, nak Zayn azankan anak-anak dia,” sambungnya lagi. Perut Darissa diusap lembut. Datin Dahlia pula berasa sebak. Dia tidak tahu, Darissa mengandungkan anak kembar seiras ataupun tidak. Kerana Darissa mahu merahsiakannya.

Air mata Darissa mengalir lagi. Dipeluk erat tubuh ibunya. “Riss tak dapat bayangkan jika Zayn ke sana mummy. Nanti Riss sorang-sorang tanpa dia. Lepas ni Riss dah tak ke hospital melawat Zayn dah...”

Datin Dahlia memandang suaminya semula. “Awak tak boleh ke cakap dengan Zafar, jangan bawa Zayn ke luar negara? Lagipun Riss isteri Zayn. Sepatutnya dia orang kena minta izin dulu daripada Riss.”

“Saya dah cakap semalam. Tapi, dia orang tetap nak teruskan juga. Lebih-lebih lagi Qasidah. Dia yang beria-ia nak Zayn dibawa ke sana. Zafar pun tak boleh nak buat apa.”

Darissa tersedu-sedu. Ya, dia juga tidak dapat berbuat apa-apa. Biarlah, Zayn Izrel ke sana. Mungkin itu lebih baik.

 

 

SHAHRUL mengejar Darissa dari belakang. Wanita itu seakan mahu mengelakkan diri daripada bertembung dengannya.

“Riss, Riss... you dengar tak I panggil ni?”

“Apa lagi ni Shahrul? Tak habis-habis lagi ke you nak ikut I aje ni? I dah cakapkan, hubungan kita antara pekerja dan majikan sahaja. Takkan tak faham-faham lagi?”

“Takkan disebabkan kejadian minggu lepas, you sampai nak jadi macam ni? Apa yang I dah buat?”

“I tak nak timbulkan fitnah lagi. Lebih baik you jauhkan diri daripada I. Dan I tak nak kita buat masalah lagi.”

“Buat masalah? Masalah apa yang kita dah buat? Kita bukannya buat benda yang tak senonoh. I cuma temankan you aje. Lebih-lebih lagi dengan keadaan you yang tengah sarat ni. Kalau bukan I, siapa lagi yang nak tolong? I tahu emosi orang mengandung ni macam mana. Perlukan peneman di sisi. Sudahlah husband you masih tak sedarkan diri lagi. Entah bila dia akan sedar, kita tak tahu. Dan kita ni bukannya sehari kenal. Tak salahkan, kalau I tolong you?”

“You cakaplah apa pun. I langsung tak peduli. Dah, sekarang ni ke tepi. I tak nak you ganggu I lagi.” Darissa terus melangkah meninggalkan Shahrul di situ.

“Riss! I cintakan you!” ucap Shahrul tiba-tiba.

Kaki Darissa terhenti, sambil berpaling ke arah Shahrul semula. “You cakap apa ni?”

“Yes, I cintakan you. Perasaan cinta tu dah lama ada. Sejak kita belajar lagi, sehinggalah sekarang perasaan tu tak pernah hilang. Tapi you, sikit pun tak perasan, ataupun you buat-buat tak perasan.” Shahrul menghampiri Darissa

“Dan tak ada peluang langsung ke untuk I? Suami you sekarang ni masih lagi koma. You masih nak bertahan lagi ke? Dengan mak mentua you pun, sanggup cakap macam itu pada you? Please la Riss, jangan jadi bodoh. Mentua you tak sukakan you langsung. Dan punca anak dia koma pun, dia dah tuduh you penyebabnya. Kenapa masih lagi nak bertahan?” ucap Shahrul lagi.

“Oh, jadi betullah kau memang ada hati dengan menantu aku ni?” Datin Qasidah tiba-tiba sahaja muncul di situ. Pada awalnya dia datang ke sini hendak memberitahu, bahawa hasratnya untuk membawa Zayn Izrel ke luar negara, mahu dibatalkan. Tetapi apabila mendengar apa yang dikatakan lelaki itu kepada menantunya tadi, telah membuatkan dirinya terkejut.

“Mama... Shahrul you berambuslah. Jangan besarkan lagi masalah.” Darissa menolak Shahrul.

Shahrul tidak mahu berganjak. “Riss, you pernah cakap pada I, yang you tak sanggup nak tunggu sampai suami you sedar, kan? Dan you happy bila I temankan you. Kenapa tiba-tiba aje you berubah?”

“You, you cakap apa ni? Bila masa pula I cakap macam itu? Ini semua fitnah. Mama, mama jangan dengar dia cakap mama. Ini semua fitnah. Riss tak pernah cakap macam itu langsung. Percayalah cakap Riss ni mama.” Darissa memegang kedua-kedua lengan ibu mentuanya.

Pang!

Datin Qasidah menampar pipi Darissa. Shahrul terkejut, lalu menuju ke arah Darissa. Tetapi Darissa mengundurkan dirinya ke belakang, sambil memegang pipinya, akibat ditampar tadi.

“Kamu dengan sini Riss. Bila Zayn sedar aje daripada koma nanti, aku nak dia ceraikan kamu. Aku tak nak menantu macam kamu lagi. Dan anak-anak Zayn, aku akan ambil.”

“Mama! Ini anak Riss dan juga Zayn. Mama tak ada hak nak rampas anak-anak kami.”

Datin Qasidah tersenyum sinis. “Suka hati kamulah nak cakap apa pun.” Datin Qasidah terus dahaja melangkah meninggalkan Darissa di situ.

Perlahan-lahan tubuh Darissa melorot ke bawah. Dia menangis teresak-esak ketika ini. Hani terkejut melihat Darissa yang pada saat ini sedang menangis. Kenapa dengan rakannya? Dan kenapa Shahrul turut berada di situ? Apa yang sudah berlaku?

Darissa memandang Shahrul, dengan air matanya yang masih tidak henti-henti mengalir.

“Riss, kenapa ni?” Hani memaut kedua-kedua bahu Darissa.

“Hani, berhentikan Shahrul. I tak perlukan dia lagi, di dalam syarikat ini.” Darissa terus sahaja bangun, lalu melangkah meninggalkan mereka berdua.

Shahrul tidak rasa bersalah langsung. Malah dia gembira mendengar kata-kata ibu mentua Darissa tadi. Jadi, dia ada peluang.

 

 

Dua tahun kemudian...

DARISSA merenung anak kembar lelakinya yang sedang tidur nyenyak ketika ini. Dan anak kembarnya itu diberikan nama Zayan Hadif, dan juga Zayan Hafiq. Wajah anaknya itu, betul-betul mengikut wajah Zayn Izrel.

Mereka kini berada di Paris, dan bercuti bersama-sama dengan Hani dan juga Danial. Turut ikut sekali, dua orang pengasuh anaknya, iaitu Kak Melur dan juga Kak Jijah.

“Dia orang dah tidur ke?” soal Hani, sambil melabuhkan punggung di sebelah Darissa.

“Sudah.”

“Mana pengasuh you? Hilang dah dia orang?”

“Dia orang pergi shopping. Bagi dia orang nak release tension pula. Faham-faham ajelah, jaga anak lelaki ni macam mana, kan?” Darissa ketawa kecil.

“Sedar tak sedar, dah setahun lebih umur anak-anak you, kan?”

“Yup. Dua tahun dah. Dan Zayn pun hampir dua tahun, masih belum sedarkan diri lagi daripada koma. Entahlah, bawa sampai ke luar negara, tapi masih sama aje. I pun dah tak dibenarkan melawat Zayn. Kali terakhir, lapan bulan yang lepas. Lepas itu, I tak dibenarkan ke sana lagi.” Darissa melepaskan keluhan kecil.

“Teruklah mak mentua you tu. Apa masalah dia ha?”

“Entahlah Hani. Dia masih nak cakap, punca semua ini, daripada I juga. Kenapalah tak boleh nak redha aje dengan ketentuan yang Allah dah bagi?”

“Geram betul I tengok mak mentua you tu. Dah senyaplah dia sekarang, kan? Kalau tak dulu, suruh bagi anak-anak you pada dia, aje, kan?”

Darissa mengangguk. “I memang takkan bagi. Dah tentu-tentu I yang mengandung, I yang bersalin. Kalau dia nak pergi mahkamah pun, dia takkan menanglah. Lagipun I masih isteri Zayn. Apa sebab pula, dia nak anak-anak I ni? Dan dia juga tak habis-habis suruh I pergi tuntut fasakh. Selagi I bernafas, I tetap akan setia dengan Zayn. Biarlah, kalau Zayn tak sedar berapa tahun sekali pun.”

Hani tersenyum nipis. Dia benar-benar berasa kasihan melihat Darissa. Datin Qasidah benar-benar sudah berubah. Kalau tidak dulu, boleh dikatakan wanita itu kerap ke syarikat, semata-mata mahu menuntut cucunya.

Dan Darissa juga, sudah tidak lagi tinggal di kediaman Zayn Izrel. Itu pun ibu mentuanya menyuruh dia keluar dari rumah tersebut. Dan kini, Darissa tinggal dengan keluarganya semula.

Shahrul pula? Hilang entah ke mana, selepas dia diberhentikan kerja.

“Eh, mana suami you?” soal Darissa.

“Entah. Katanya nak pergi beli makanan.”

Usia perkahwinan Hani dan juga Danial, sudah pun masuk satu tahun. Dan Hani juga sudah pun mengandung tiga bulan.

“You rindu tak dekat Zayn?”

“Mestilah rindu. I rindu sangat-sangat pada dia. Sampai sekarang, perasaan sayang, cinta tetap tidak pernah pudar.” Darissa tersenyum nipis. Tipulah kalau dia tidak rindu. Pernah sekali dia pergi ke London secara senyap-senyap untuk melawat suaminya. Dan tak disangka, ibu mentuanya telah mengupah dua orang penjaga untuk menjaga pintu wad Zayn Izrel. Dan dia juga tidak dibenarkan masuk ke dalam. Dan akhirnya Darissa pulang dalam keadaan kecewa. Ibunya Datin Dahlia turut berasa marah, sehinggakan hubungan ibunya dan juga ibu mentuanya sudah semakin renggang. Lagi tepat, mereka kini sudah menjadi musuh.

“Riss, kalau I cakap ni, you jangan marah ya? I nak you bertenang okey?”

“Ha? Bertenang? Apa maksud you ni? You jangan takutkan I.”

“Sebenarnya, Zayn dah sedar daripada koma sejak lima bulan yang lalu. I tak boleh nak tahan perasaan I. Danial dah minta I jangan beritahu, tapi I tetap nak beritahu juga. I pun baru tahu seminggu yang lepas.”

Menggeletar tangan Darissa mendengarnya. Zayn Izrel sudah sedar sejak lima bulan yang lalu? Kenapa ibu mentuanya tidak memberitahu kepadanya? Malah bapa mentuanya juga. Dan kenapa Zayn Izrel tidak datang mencarinya?

“Zayn... Zayn dah sedar? Ke... kenapa dia tak cari I? Kenapa Danial pula yang tahu terlebih dahulu daripada I?” Matanya mula berkaca-kaca.

“Jangan cakap Zayn hilang ingatan?” sambungnya lagi.

“Tak. Zayn tak hilang ingatan. Tapi, dia masih berada di London sehingga ke hari ini. Dan masih tak pulang-pulang ke Malaysia lagi. I tak tahu apa yang mak mentua you dah cakapkan pada Zayn, sampaikan Zayn tak balik-balik lagi ke Malaysia.”

“Hani, I masih isteri Zayn Hani. I masih isteri dia...”

“Hani?” Danial muncul di situ.

“Sorry, ayang terpaksa beritahu juga.” Hani tidak dapat memendam begitu lama lagi.

Danial menundukkan wajahnya.

“Why you tak beritahu I?”

“I’m so sorry Riss. Zayn yang minta I, jangan beritahu you. Dia contact I sebulan yang lepas. Dan... dia, kecewa bila you tak ada di sisi dia, saat dia sedar daripada koma. Dan gambar you dengan Shahrul masa you mengandung dulu, dia dah tengok. Mak mentua you tunjukkan kepada dia. Dan mak mentua you juga, dah paksa Zayn untuk ceraikan you. Disebabkan itulah, Zayn tak pulang-pulang ke Malaysia sehingga ke hari ini.”

“Dia minta Zayn ceraikan I?”

Danial mengangguk.

“Ke... kenapa sampai macam itu sekali? I ni langsung tak dibenarkan pergi ke sana. Macam mana I nak berada di sisi dia? Cuba you cakap dengan I? Ya I tahu I salah, sebab sebelum ini I keluar dengan Shahrul. Tapi, perkara tu dah lama. Shahrul pun dah hilang macam itu sahaja. Dan sekurang-kurangnya, Zayn perlu berdepan dengan I, supaya I dapat explain kan kesemuanya.”

“I ada cuba nak jelaskan kepada Zayn, tapi Zayn terus matikan panggilan. Sehinggakan ke hari ini, I langsung tak dapat contact dia.”

“I betul-betul kecewa Hani. I betul-betul kecewa... kalau dia tak nak jumpa I sekali pun, tengoklah anak-anak dia ni...” Darissa menangis teresak-esak saat ini.

Hani memeluk tubuh Darissa, sambil belakang badan rakan baiknya itu digosok perlahan.

Darissa benar-benar tidak dapat menerima dengan apa yang telah dikatakan Hani tadi.

“I rasa, mama Zayn memang tak mahukan I jadi menantu dia lagi. Dan Zayn pula...”

“Riss, jangan cakap macam itu. Mungkin  I rasa Zayn tu terlalu percayakan mama dia. Lebih-lebih lagi bila dia tengok gambar-gambar you dengan...”

“But, dia perlu cari I. Minta penjelasan daripada I. Dan bukannya larikan diri.” Menggeletar suara Darissa saat ini.

Serba salah Danial saat ini. Tak sangka pula isterinya boleh memberitahu kepada Darissa. Dan dia juga berang dengan Zayn Izrel. Sehingga ke hari ini, dia langsung tidak dapat menghubungi rakan baiknya itu.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-10-23 13:14:30 

tq update

Zue
2023-10-18 23:40:46 

tulah riss buka gelanggang fitnah DPT pulak mak mertua batu api laki pulak bongok

norsila
2023-10-18 17:37:08 

laaa zyn ni kejamnya dengar sbelah pihak joo..huuu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience