DYT 31 - SALAH YOU!

Romance Series 522373

“ZAYN! Zayn! Wait!”

Zayn Izrel berhenti, lalu berpusing memandang Darissa dengan wajahnya yang kemerahan menahan marah. “Kalau I tak datang tadi, I langsung tak tahu bekas kekasih you tu ada dekat situ. Why, you buat I macam ni?”

“Bagi I explain dulu.”

“I tak nak dengarlah penjelasan dari you.”

“Zayn, dengar dulu I nak cakap apa.”

“I tak nak dengar you faham ke tak?”

Pang!

Darissa menampar wajah Zayn Izrel. Tidak begitu kuat, hanya sekadar tampar manja sahaja.

“You tampar I?” Zayn Izrel terkejut.

“Hello? Tampar manja aje pun. Bukannya tampar kuat.”

“Sampai hati you tampar I?” Zayn Izrel memegang pipinya

“You ni dah kenapa? I tampar perlahan aje pun. Dengarlah dulu I nak cakap apa.”

“I betul-betul touching dengan you. Sanggup you tampar I?” ulangnya lagi.

Kedua-kedua kening Darissa mula bertaut rapat. Sakit pula hatinya dengan sikap Zayn Izrel pada saat ini. “You nak berdrama dekat sini ke? Okey, kalau you tak nak dengar apa I cakap, fine! Pergilah you merajuk lama-lama. Malas I nak pujuk. Kalau dia buat salah tak apa pula. Beria tolong Natasya bagai. Kalau I ni? Sikit pun tak nak dengar. Ada nampak I peluk Farhan ke? Tak macam you!”

Terkebil-kebil mata Zayn Izrel ketika ini. Ah, sudah.

“Riss!” Hani muncul di situ.

Darissa berpusing memandang Hani yang sudah berlari anak ke arahnya.

“Ha eloklah you dah ada dekat sini. Sudahlah, I balik dengan you aje. Menyakitkan hati betullah dengan dia ni.” Jari telunjuk dihalakan ke arah Zayn Izrel.

“Err, baby... I minta maaf. I tak betul-betul tak sedar tadi.” Zayn Izrel menarik hujung lengan baju Darissa, sambil mengecilkan matanya tanda memujuk.

“You tak patut tumbuk Farhan tadi. Dia nak beritahu I sesuatu sebenarnya. Tahu-tahu aje, you datang tumbuk dia.”

“You nak back-up dia ke apa sekarang ni?” Zayn Izrel mula berasa marah semula.

“Tak, sekarang ni yang you nak angin sangat kenapa? You ingat, I nak melayan ke si Farhan tu tadi? Kebetulan dia memang dekat situ. Dan dia nak cakap sesuatu dengan I. Entah apalah yang sebenarnya dia nak beritahu.”

“You percayalah dengan jantan tu. Bukannya I tak tahu, dia mesti ada hati pada you lagi. Entah-entah dia nak cakap, yang dia tak dapat nak buang perasaan dia lagi. I berani potong jarilah.”

“What's wrong with you Zayn? Sudahlah. Malas I nak bertekak dengan you ni lagi. Lebih baik I balik pejabat semula. Jom Hani.” Darissa terus menarik tangan Hani.

“Baby!”

Darissa tidak peduli. Geram pula dia dengan suaminya itu. Malas dia mahu melayan. Dibiarkan sahaja Zayn Izrel terkontang-kanting di situ.

“Eh, Riss. You biarkan Zayn macam itu aje? Dia tengok you sekarang ni.”

“Biarkan dia. Sakit pula hati I ni. Masa dia dengan Natasya, tak ada pula dia fikir. Mana lagi teruk? I ke dia?”

Hani menjongketkan bahunya.

“Eh, mana Farhan?”

“Dah balik. Dia cakap, dia nak call you. And, dia minta you unblock nombor dia.”

“Apa yang dia nak beritahu sangat sebenarnya tu? Bukan sebab nak luahkan perasaan, kan?”

“Tengok gaya macam tak. Tapi, macam ya pun ada.”

“Tak apalah. Nanti I unblock la balik nombor dia.” Laju sahaja mereka berdua melangkah meninggalkan tempat itu, tanpa menghiraukan Zayn Izrel yang masih berdiri di situ.

Sedar tak sedar jam sudah menghampiri pukul 7.45 minit malam. Darissa memarkirkan keretanya di ruang parkir. Dia benar-benar lupa dengan kejadian yang berlaku tengah hari tadi.

Kerjanya pula semakin menimbun. Nak harapkan bapanya? Bapanya pula memang tiada di sini. Dan kini berada di luar kawasan. Dan lusa akan pulang ke Kuala Lumpur semula.

Daun pintu ditolak.

“Oh, mak kau!” Darissa menjerit kuat. Dia benar-benar terkejut melihat Zayn Izrel yang sedang duduk di sofa, sambil merenung ke arahnya.

“You buat apa dekat bawah ni? Terkejut tahu tak?” Darissa mengurut dadanya.

“Sampai hati you tinggalkan I macam itu aje? Terkontang-kanting I dekat tempat jalan, tahu tak? Dengan nak tunggu driver datang ambil lagi.”

“Siapa suruh you cari pasal. I dah cuba nak explain, you menonong aje jalan. Langsung tak nak layan I.”

“I sakit hati. Yalah, tengok ex-boyfriend you dekat situ.”

“Kan I dah cakap, yang dia terserempak dengan I dekat sana. I pun tak tahu, macam mana dia boleh ada dekat situ.”

Zayn Izrel bangun dari sofa, lalu berjalan menghampiri Darissa. Pinggang Darissa dirangkul kemas. “Riss, you always be mine. I tak nak you berhubung dengan Farhan lagi.”

Darissa pantas menolak tubuh Zayn Izrel menjauh darinya. “You tak percayakan I ke? I dah cakapkan, yang Farhan kebetulan dekat sana? Berapa kali I nak cakap ni? I penat, you tahu tak? Sudahlah, I nak naik atas mandi, nak solat lagi. Buang masa I aje, melayan you merepek.”

“Baby...” Zayn Izrel menahan.

“Apa lagi you nak? Kalau you nak cari pasal, I malas nak layan.”

“Okey, I minta maaf. I tak patut cakap macam tu pada you. Dan sepatutnya I percayakan you. Mungkin sebab I terlalu cemburu sangat.” Zayn Izrel terdiam seketika.

“Kenapalah I jadi macam ni? Sebab I tak nak kehilangan you ke?”

“Sudahlah. Kita tak payah bertekak lagi pasal Farhan. I pun tak nak disebabkan dia, hubungan kita jadi renggang semula.”

“I'm sorry okay?” ucap Zayn Izrel sambil menarik Darissa ke dalam dakapannya. Dikucup ubun-ubun isterinya itu dengan penuh kasih.

Darissa mengangguk kecil. “I pun nak minta maaf. Kosong-kosong okey?”

Zayn Izrel tersenyum, sambil bersetuju dengan kata-kata Darissa.

”I nak naik atas mandi. Maghrib dah nak habis ni.”

Zayn Izrel melonggarkan pelukan. “Hmm, boleh tak kalau...”

“Kalau apa?”

“Hari ini hari Khamis, kan?”

“Hari ini? Ya, hari ini Khamis. Why?”

“Bunuh syaitan nak?” Zayn Izrel sudah tersenyum.

“Apa?”

“Dapat pahala.”

“Ee, apa you ni? Tangan dah berbedung, masih lagi nak fikir pasal tu? Tak sedar diri langsung you ni, kan? I tak nak, nanti tak pasal-pasal bengkak tangan tu lagi. Yang malam tadi pun, I hampir nak tertindih.”

“Alah, bolehlah...” rayu Zayn Izrel.

“No!”

“Baby!”

“You ni kan, kalau tak layan, mulalah nak merajuk. Dah macam layan budak.”

“Apa you ni? Ada ke cakap I macam tu?Tak baik tau, bila suami minta, isteri tolak.”

“Eee!” Darissa terus melangkah menaiki anak tangga.

“Jangan lupa pakai seksi-seksi sikit! Senang sikit nak selak. I tunggu you dekat bawah ni.”

“Whatever!” laung Darissa yang sedang menaiki anak tangga.

Zayn Izrel terus membuka televisyen untuk menonton berita pukul 8 malam, sementara menunggu Darissa selesai kesemuanya.

Dalam 30 minit Darissa selesai membersihkan diri dan juga menunaikan solat maghrib. Dia masih duduk di atas sejadah sambil menunggu waktu isyak.

Zayn ni tak nak solat isyak sama-sama ke? Darissa terus sahaja bangun dari atas sejadah tersebut, lalu berjalan turun ke bawah untuk mengajak suaminya solat berjemaah bersama-sama. 

Tiba sahaja di bawah, Darissa melihat Zayn Izrel yang sedang khusyuk menonton berita.

“Zayn, you tak nak...”

Shuh!

Zayn Izrel mengarahkan Darissa diam. Matanya sedang tertumpu pada televisyen di hadapannya ketika ini.

Darissa terus sahaja terdiam. Dia berdiri di belakang suaminya, sambil matanya turut tertumpu ke arah televisyen di hadapannya.

“Seorang lelaki maut, iaitu Muhammad Farhan bin Muhammad Farhad, yang berusia 29 tahun, telah dipercayai terhidu gas karbon monoksida petang tadi, di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 minit petang, di tempat letak kereta di Pavilion, berdasarkan pada CCTV di sekitar tempat letak kereta tersebut.”

“Menurut laporan, mangsa meninggal dunia kerana tertidur, dan telah menyebabkan mangsa terhidu gas monoksida tersebut, tanpa sedar.”

Darissa terdiam kaku, saat nama Farhan disebut oleh pembaca berita tersebut.

Zayn Izrel turut terdiam. Dia juga tidak mampu bersuara. Suasana terus menjadi hening.

“Far... Farhan dah meninggal dunia? Kejadian tu berlaku 2.30 petang tadi? Bukan ke waktu tu, selepas Farhan datang jumpa I dekat sana? Dan dia ditumbuk oleh you?” Tersekat-sekat suara Darissa ketika ini. Dia terus jatuh terduduk di situ.

Zayn Izrel yang melihat keadaan itu, terus menuju ke arah Darissa. Bahu isterinya disentuh, bagi menenangkannya.

“Takkan lepas I tumbuk dia, dia terus tertidur? Tak, tak logik langsung.”

“Zayn, kita kena pergi balai Zayn. Kita perlu tahu punca dia. I tak rasa dia tertidur. Ada benda yang tak kena sebenarnya. Farhan ada nak beritahu sesuatu pada I. Tapi, you datang tanpa sempat dia nak beritahu. Adakah Nayla? Nayla ke yang bunuh Farhan!”

“Riss calm down. Sekarang ni cuba you bawa bersabar. Jangan nak menjerit tak tentu hala.”

Darissa berdiri. “Ini semua salah you! Kalau you tak tumbuk Farhan, mungkin I dah dapat satu bukti. Sekarang ni, dia dah tak ada. Dia dah pergi! Dan pasti sebenarnya, Farhan nak beritahu pasal Nayla. Hati I kuat mengatakan, ini pasal Nayla!”

“So, sekarang ni you nak salahkan I pula?”

“Ya! You, cemburu tak tentu pasal. Itu kalau pihak polis dapat tahu kesan tumbukan pada pipi dia tu? Tak pasal-pasal you yang dituduh sebab bunuh Farhan. Dan kalaulah Farhan sempat cakap tadi, mungkin I dah ada satu bukti!” Darissa terus sahaja melangkah naik ke bilik tanpa menghiraukan Zayn Izrel di situ.

Zayn Izrel tertunduk lemah. Puncanya daripada dia? Tak, tak mungkin. Kenapa Farhan boleh tertidur? Tak mungkin disebabkan tumbukan tersebut, telah menyebabkan Farhan boleh tertidur?

 

“NAYLA! Nayla!” Darissa muncul di dalam pejabat Nayla.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Nayla.

Nayla tergamam saat ditampar kakak angkatnya itu.

“Kau kan? Kau yang bunuh Farhan kan! Dan kau juga yang bunuh Tini! Baik kau mengaku!”

“Apa Kak Riss cakap ni? Nay tak bunuh sesiapa pun. Mana Kak Riss dapat berita, yang Nay bunuh dia orang?”

“Kau tak payah nak berlakon lagilah. Tini nak bagi bukti pada Hani. Tetapi dia dilanggar lori. Kedua, Farhan datang pada aku, dan nak beritahu aku sesuatu. Tetapi tahu-tahu aje, dia dah meninggal dunia. Apa ni? Takkan semuanya kebetulan? Dan yang paling aku tertanya-tanya, siapa yang nak bunuh aku masa di R&R sebulan yang lepas. Kau memang nak aku mati, kan?” Darissa terus mencengkam leher Nayla dengan kuat, ditolaknya tubuh wanita itu hingga ke dinding.

Bam!

Tubuh Nayla terhentak pada dinding, akibat tolakan Darissa tadi. Lehernya pula, masih dicengkam wanita itu ketika ini.

Air mata Nayla mengalir dengan laju ketika ini. “Kak Riss... erk... Ka... Kak Riss...” Suara Nayla tersekat-sekat ketika ini. Lehernya semakin kuat ditekan.

Darissa berasa puas, dapat melihat wajah Nayla menahan sakit. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia mencekik leher wanita itu sehingga mati. Tidak lama itu, dia terus melepaskan cengkaman tangannya.

Uhuk! Uhuk!

Nayla terbatuk-batuk, dengan air matanya tidak henti-henti mengalir. Setelah itu dia mendongakkan wajahnya memandang Darissa.

“Kenapa Kak Riss buat Nay macam ni? Kenapa Kak Riss bencikan Nay? Dan kenapa Kak Riss tuduh Nay yang bunuh dia orang? Mana buktinya? Tunjuklah. Cakap pun tak guna. Kalau tak tunjuk pada Nay pun, bagi sahaja terus pada pihak polis. Biar pihak polis tangkap, kalau Nay didapati bersalah. Nay sanggup junjung Al-Quran yang Nay tak buat perkara yang menyalahi undang-undang.”

Darissa ketawa. “Sanggup junjung Al-Quran? Dan kau tak buat perkara yang menyalahi undang-undang? Yang kau tolak aku masa 13 tahun lalu, bukannya membunuh namanya? Eh, aku dulu pernah nak anggap kau sebagai adik aku tau? Tapi apa yang aku dapat? Kau khianati kepercayaan aku terhadap kau!” Darissa menahan rasa amarahnya.

“Dan aku tak tahu, apa motif kau sebenarnya. Kau dengar sini ya Nayla, aku takkan biarkan kau hidup bersenang-lenang. Mungkin kau sebenarnya berdendam dengan aku, tak pun dengan keluarga aku. Aku akan siasat Nayla. Aku akan siasat sampai ke lubang cacing! Kalau aku tahu orangnya kau, aku takkan teragak-agak bawa kau ke muka pengadilan!”

“Baik. Kak Riss siasatlah. Nay tak takut. Dan Nay memang tak bunuh dia orang.”

Buk!

Satu tumbukan terus dihalakan pada perut Nayla. Nayla terus sahaja tertunduk menahan sakit, akibat ditumbuk Darissa tadi.

“Itu baru sikit aku tumbuk. Tengok muka kau ni pun, aku tahu, kaulah dalangnya. Tak apa, kau tunggu Nayla, kau tunggu. Lambat laun, kau akan jatuh juga.” Darissa terus membuka pintu bilik pejabat Nayla, sambil memberikan satu tendangan kuat pada pintu bilik tersebut. Papan tanda yang tertulis Akauntan terus sahaja terjatuh di atas lantai.

Darissa tersenyum sinis. Sejak Tini meninggal dunia, Nayla terus sahaja dinaikkan pangkat. Yang paling menyakitkan hati, wanita itu terus sahaja memiliki bilik pejabat sendiri.

Bam!

Terenjut bahu Nayla, akibat bunyi tendangan yang dibuat Darissa tadi. Rahangnya mula bergerak-gerak menahan marah.

Sial punya perempuan! Kau tunggulah nasib kau! Jerit hati kecilnya.

 

 
Lima hari kemudian...

ZAYN IZREL dan Darissa langsung tidak bercakap, sejak kejadian lima hari yang lepas. Mereka berdua seakan orang asing sahaja di dalam rumah itu. Dan Zayn Izrel juga, banyak menghabiskan masanya di dalam bilik bacaan sahaja. Bukan setakat itu sahaja, dia juga akan tidur di bilik bacaan tersebut, gara-gara tidak mahu berhadapan dengan Darissa.

Dan Darissa juga, langsung tidak mahu meminta maaf kepadanya. Seakan dia pula yang bersalah atas kematian Farhan. Sehingga ke hari ini, Zayn Izrel benar-benar terasa hati dengan kata-kata Darissa. 

“Ini semua salah you! Kalau you tak tumbuk Farhan, mungkin I dah dapat satu bukti. Sekarang ni dia dah tak ada. Dia dah pergi!” Masih terngiang-ngiang suara Darissa di telinganya saat ini.

Pihak polis juga ada mengambil keterangan daripadanya, tentang kes dia menumbuk wajah Farhan. Dan hasil bedah siasat, Farhan sebenarnya telah menelan pil tidur, sehinggakan dia boleh tertidur di dalam kereta.

Tetapi kenapa Farhan boleh menelan pil tidur, selepas dia menumbuk lelaki itu? Ataupun dia sudah menelannya, sebelum dia datang kepada Darissa?

Tok! Tok!

Pintu diketuk.

Zayn Izrel bangun, lalu daun pintu dibuka. Siapa lagi, kalau bukan Darissa di muka pintu sekarang ini.

“You busy?” soal Darissa, lembut.

“Ada kerja sikit. Why?” jawab Zayn Izrel acuh tak acuh.

“Dah berapa hari dah, you tak tidur bilik.”

“Oh... I ingatkan, I tak wujud dah depan you. Yalah. Punca kematian bekas kekasih you tu, berpunca daripada I juga, kan?”

“I tak nak bergaduh dengan you lagi. I tahu, I tak patut cakap macam itu pada you. I sebenarnya struggle nak dapatkan bukti. Private investigator pula, masih belum dapatkan bukti tentang Nayla. Dan I tahu, I salah. I minta maaf banyak-banyak pada you. Ampunkan I, sebab cakap macam tu.” Darissa menghampiri Zayn Izrel, lalu tangan kanan suaminya yang masih berkain anduh dikucup lembut.

Zayn Izrel mendengus kasar. Tangan Darissa ditolak. “You tak temankan I langsung, pergi ke balai untuk beri keterangan. You biarkan I macam tu sahaja. Nampak sangat, macam I yang salah.”

“I betul-betul minta maaf Zayn. I masih terkejut sebenarnya. I tak sangka, Farhan boleh meninggal macam itu aje, gara-gara telan pil tidur. And then dia boleh tertidur dalam kereta, hampir 5 jam, dalam keadaan enjin kereta masih hidup. Dan salah I juga, sebab tuduh you adalah puncanya. I memang tak sedar. Mulut ni laju sahaja berkata-kata.” Darissa menghampiri Zayn Izrel, dia cuba untuk memujuk.

Zayn Izrel terus sahaja menjarakkan dirinya. “Keluarlah. I tak nak cakap dengan you. Bagi I ruang.”

Darissa tersentak. Zayn Izrel menghalaunya? Perlahan-lahan Darissa mengundurkan dirinya, lalu dia berjalan keluar dari bilik bacaan tersebut. Memang betul salahnya. Kerana mulut, badan binasa.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-08-16 21:51:49 

Eheheh ngada2 lah zayn ni riss dah say sorry pun madih nk junjung ego

Zue
2023-08-16 21:51:12 

mulut ponnn


NovelPlus Premium

The best ads free experience