DYT 24 - UNDUR DIRI

Romance Series 522373

DADANYA berasa sebak. Hendak sahaja Darissa menjerit di situ, tetapi dia kini berada di hospital. Dan dia terpaksa menahan rasa amarahnya.

Telefon bimbit dikeluarkan lalu, gambar Zayn Izrel bersama Natasya ditangkap. Setelah itu, Darissa mengundurkan kakinya beberapa langkah ke belakang. Dia menjauhkan dirinya sedikit daripada mereka berdua, lalu menyorok di sebalik dinding.

WhatsApp dibuka, lalu jarinya mula menaip.

 

-Zayn, you balik tak petang ni?-

 

Mesej yang ditaip tadi, terus sahaja dihantar kepada Zayn Izrel.

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi WhatsApp kedengaran masuk. Darissa masih berada di situ. Jarak mereka, hanya beberapa meter sahaja.

Zayn Izrel tersentak. Baru dia tersedar, yang dia telah membiarkan Natasya memeluk tubuhnya. Lantas tubuh Natasya ditolaknya.

“Sorry...”

“Zayn?” Natasya memandang Zayn Izrel, sambil menyeka air matanya.

“You tak patut peluk I. Kita bukan pasangan suami isteri. Wait...” Zayn Izrel mengeluarkan telefon bimbitnya.

WhatsApp tersebut adalah daripada Darissa. Dia terus membalas mesej isterinya itu.

 

-Sorry baby. I tak dapat balik petang ni. I check-in sini. Esok pagi I balik ya? Love you so much. Nanti I call you okey?-

 

Butang hantar terus ditekan.

Darissa membaca isi kandungan mesej yang dihantar Zayn Izrel tadi. Tak semena-mena air matanya mula mengalir di pipi.

“Zayn, macam mana sekarang ni? I cuma ada mak saudara aje. Anak-anak dia pun semua perempuan. And then, bukannya dia orang ada dekat sini. Siapa yang nak tolong I uruskan jenazah?” Natasya menghampiri Zayn Izrel, dengan wajah sembapnya.

“Tak apa. I akan uruskan jenazah mak you. Lagipun I dah anggap mak you tu, macam mak kandung I juga.”

“Kenapa you datang juga ke sini? Isteri you tak marah?”

“I tak beritahu dia. Kalau I beritahu, I akan lukakan hati dia. I datang sini pun, nak tolong you, walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah.”

Natasya menunduk. Dia sebenarnya masih berharap pada Zayn Izrel. Perasaan cinta dan sayangnya pada lelaki itu, masih lagi utuh.

“Mak you tu pun, dah anggap I ni macam anak dia. Tak akanlah I nak buat tak tahu, bila dia dah meninggal dunia? Nanti nampak kejam sangat I ni. Dan I datang sini pun, sebab I nak tolong you. I know, you sorang-sorang sekarang ni. Lebih-lebih lagi, you anak tunggal. Jadi... I ada rasa tanggungjawab untuk bantu you. Just it...” sambung Zayn Izrel lagi.

Air mata Natasya mengalir lagi. Kenapa dia tidak dapat menerima langsung yang Zayn Izrel sudah pun beristeri? Kenapa? Dia mahukan Zayn Izrel. Dan dia bersungguh-sungguh mahukan lelaki itu.

“Sudah, jangan menangis lagi. Yang dah pergi tu, biarkan dia pergi. Kita yang masih hidup ni, perlu teruskan kehidupan kita.”

Natasya menyeka air matanya. Menangis bukan sebab tidak dapat menerima yang ibunya telah meninggal dunia. Tetapi menangis, kerana masih tidak dapat menerima hakikat yang Zayn Izrel sudah tidak mahukannya lagi.

Dia juga tidak mahu terlalu mendesak. Biarlah dia memendam sahaja perasaan yang dirasakan ketika ini. Jika dia mendesak, pasti Zayn Izrel akan meninggalkannya. Dan sekarang ini juga, dia sudah berasa bahagia, kerana Zayn Izrel tetap berada di sampingnya, saat dia memerlukan lelaki itu.

“Zayn, kenapa you masih nak berada di sisi I, walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah?”

“Sebab atas rasa tanggungjawab.”

Natasya tersenyum kelat. “I nak turun ke bawah. Takut dia orang cari I pula nanti.”

“I follow you ya?”

Natasya mengangguk.

Darissa yang masih berada di situ, dengan pantas melangkah masuk ke dalam perut lif, lalu pintu lif tertutup rapat. Butang ground floor ditekan laju, lalu lif turun ke bawah. Air matanya tadi, tidak henti-henti mengalir di pipi.

Tanggungjawab? Darissa tidak merasakan itu adalah atas rasa tanggungjawab. Tetapi, kerana masih ada lagi rasa cinta Zayn Izrel terhadap Natasya. Disebabkan itulah, suaminya sanggup menemani Natasya di sini. Dan dari situ juga, akan membuka ruang di antara mereka berdua. Lebih-lebih lagi, Natasya memang tidak dapat melupakan Zayn Izrel.

 

 

“ASSALAMMUALAIKUM,” ucap Darissa, sambil tangan kanannya mengetuk pintu.

“Waalaikummussalam.” Pintu dikuak dari dalam.

“Eh, Riss? Kamu buat dekat sini?”

“Mak cik. Apa khabar mak cik?” Darissa menyalami tangan Puan Hasnah, iaitu ibu kepada Hani.

“Alhamdulillah. Mak cik sihat. Mari masuk.”

“Eh, ni hadiah untuk mak cik. Selamat hari jadi mak cik.”

“Ya Allah, susah-susah aje. Terima kasih. Marilah masuk. Hani tengah mandi.”

Darissa melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak tahu, kenapa dia boleh memandu sampai ke Melaka. Entah kenapa dia tidak rasa ingin pulang ke rumah. Mesej Zayn Izrel tengah hari tadi, langsung tidak dibalasnya.

“Yang lain-lain mana mak cik?”

“Pak ciknya dah ke masjid. Si Hafiz pula, hantar kawannya balik. Maaflah rumah bersepah sikit. Baru lepas sambut hari jadi mak cik. Rezeki kamu, ada mee kari dengan kek. Nanti makan ya?”

“Terima kasih mak cik. Nanti Riss makan.”

“Kamu dari mana? Dari KL ke?”

“Ha, ya mak cik dari KL. Tiba-tiba aje rasa nak datang ke Melaka ni. Boring juga menghadap bandar tu. Nak juga merasa suasana kampung.”

“Ya, tak ya juga. Kamu tidur sinilah ya? Takkan nak balik ke KL pula, kan?”

Darissa mengangguk.

“Eh, Riss? Apa you buat dekat sini?” Hani muncul di hadapan mereka berdua, sambil mengeringkan rambutnya. Keluar sahaja dari bilik air tadi, dia sudah terdengar suara seakan Darissa. Tenyata, memang rakan baiknya datang ke sini.

“Hani.” Darissa melemparkan sedikit senyuman.

Hani perasankan wajah Darissa yang sedikit suram. Pasti ada yang telah terjadi pada rakan baiknya itu.

Usai makan malam, Darissa dan Hani duduk di pangkin luar, sambil menghayati keindahan malam.

Hani memandang Darissa. “Ada apa-apa yang you nak ceritakan pada I?”

“Entahlah you. I tak tahu nak ceritakan macam mana. Tak larat nak menangis dah.” Keluhan berat dilepaskan.

“Kenapa pula tak tahu nak ceritakan? I tahu, you takkan tiba-tiba aje datang sini, kalau tak ada apa-apa. Ni mesti masalah dengan Zayn, kan?”

Darissa mencebik menahan tangis. Tubuh Hani terus dipeluk erat. Air mata yang ditahan tadi, mula mengalir perlahan di pipi.

Hani menggosok belakang badan Darissa. “Menangislah, kalau itu dapat melegakan hati you.”

“I love him. I love him so much. Tapi, dia dah lukakan hati I... sakit sangat. I tak pernah rasa sakit macam ni, sepertimana Farhan dulu.”

Hani melonggarkan pelukan. Dia memandang Darissa. Air mata rakan baiknya itu, diseka perlahan.

“Okey, cerita dengan I. Apa yang Zayn dah buat kali ni. Jangan cakap, pasal Natasya lagi?”

Darissa mengangguk perlahan.

“Shit! I dah agak dah. Apa masalah husband you ni? Cerita dengan I semuanya. Apa yang dah berlaku.”

Darissa mula menceritakan apa yang sudah berlaku tengah hari tadi kepada Hani, sehinggakan dia boleh memandu sampai ke sini.

Hani melepaskan keluhan berat. Dia bersimpati dengan Darissa. Kedua-kedua tangan rakannya diraih.

“I tahu, niat Zayn tu baik. Dia nak tolong Natasya. Kalau I di tempat Zayn, mungkin I pun akan buat benda yang sama. Yang bezanya, I tak pernah jumpa dengan mak Farhan. Berbeza dengan Zayn, dia selalu jumpa dengan mak Natasya, sehinggakan arwah pun dah anggap Zayn tu macam anak dia sendiri. Dan Natasya pula, anak tunggal. Dia keseorangan sekarang ni.” Darissa terdiam seketika.

“Dan disebabkan itulah, Zayn nak uruskan pengebumian mak Natasya. Dia tak nak biarkan Natasya uruskan sorang-sorang. Tapi, yang buat I terluka, kenapa perlu peluk dia? Why? Dia tahu tak, yang dia tu suami orang?”

“Itulah yang I geramkan tu. Tak sedar diri. Pergi peluk perempuan tu. Sedangkan dia dah tahu, itu bukan mahram dia. Semalam bukan main lagi, tanya tempat solat dekat mana. Tunjuk alim konon. Tapi hakikatnya?” Hani mendengus kasar.

“Hani tak elok cakap macam tu. Yang penting, perkara wajib dia buat, kan?”

“Memanglah yang wajib dia buat. Tapi, yang peluk itu apa pula? Berdosa juga, kan?”

Darissa memandang langit. Langit nampak kelihatan gelap. Tiada satu bintang pun ketika ini, mahupun bulan. Pasti sebentar lagi akan hujan.

“Riss?” Hani risau melihat keadaan Darissa. Baru sahaja Darissa mahu mengecap bahagia, tiba-tiba sahaja dugaan datang melanda.

“I dah buat keputusan Hani.” Darissa bersuara perlahan.

“Keputusan? Apa maksud you keputusan?”

“I akan undur diri. I akan buat sampai Zayn bencikan I.”

“Apa you cakap ni?”

“I tahu, I tak sepatutnya muncul dalam hidup Zayn. Dan I tak sepatutnya beri peluang kepada Zayn. Sedangkan perkahwinan kami terjadi disebabkan pilihan keluarga, dan bukannya sebab saling mencintai.”

“Tapi sekarang you dah cintakan suami you. Dan suami you tu pun, pasti cintakan you, dan sayangkan you. Takkan disebabkan Natasya, you nak undur diri?”

“Tak ada gunanya I bertahan. You tak tahu macam mana perasaan I masa tu, saat I lihat Zayn memeluk Natasya. Dan sekarang ni, Natasya keseorangan.”

“So, kalau dia keseorangan pun kenapa? Apa you nak buat?”

“Macam I cakap tadi, I akan buat Zayn bencikan I. Dan biar dia kembali pada Natasya semula.”

“Apa yang you nak buat?”

“Farhan. I akan pergunakan Farhan.”

“Apa? You jangan nak merepek. You tu isteri orang. You tahu tak berdosa?”

“Daripada I makan hati. Lebih baik I buat macam tu.”

Hani terus sahaja bangun dari pangkin tersebut. “You jangan nak buat hal Riss. You kena tanya Zayn, kenapa Zayn boleh buat you macam tu? Bukannya you jadi bodoh macam ni, dan nak buat sampai Zayn tuduh you isteri nusyuz. Padahal hakikatnya, Zaynlah puncanya.”

“I don’t know. I truly love him. Tapi hati I ni sakit... sakit sangat. Dia tak habis-habis dengan Natasya. I ni tak marah, kalau dia ajak I ikut sekali ke Johor. Tapi dia gunakan alasan yang dia akan cuba balik hari ini juga. Tapi hakikatnya dia tak balik. Kenapa? Supaya dia dapat berdua dengan Natasya?”

Hani sudah tidak tahu, apa yang patut dikatakan.

“Sebenarnya perasaan cinta tu masih ada lagi dalam hati Zayn. Kalau perasaan itu dah tak ada, mesti dia dah ajak I ikut dia.” Darissa turut bangun dari pangkin tersebut.

“Sudahlah I nak tidur. Lepas subuh I akan gerak balik. Esok I nak kena ke Pulau Pinang. Ada meeting.” Darissa mengelap air matanya. Tidak mahu pula, jika ibu Hani melihat wajahnya nanti.

“Pulau Pinang? Sorang-sorang?”

Darissa mengangguk.

“Tapi esok I cuti lagi. You nak pergi sorang-sorang? Zayn tahu tak?”

Darissa ketawa seperti dibuat-buat. “Sekarang dah pukul 10 malam. Zayn langsung tak call I, mahupun mesej. Mesej dia tengah hari tadi pun I tak balas. Tak ada pula dia nak call I, kenapa I tak reply mesej dia? Biarlah. Malas nak fikir dah. Apa nak jadi, jadilah.” Laju sahaja Darissa melangkah masuk ke dalam rumah.

Hani menggeleng perlahan melihat Darissa. Sebenarnya dia berasa kasihan pada rakan baiknya itu. Bilakah Darissa akan merasa bahagia?

 

 

PAGI itu Zayn Izrel terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam telefon bimbitnya yang sudah menghampiri pukul 7 pagi. Bingkas dia bangun dari tidurnya untuk menunaikan solat subuh.

Dalam 7.30 minit pagi, Zayn Izrel selesai solat subuh, dan juga membersihkan diri. Dia benar-benar tidak cukup tidur. Urusan pengebumian pula, selesai dalam pukul 11.30 minit malam.

Setelah menguruskan urusan pengebumian tersebut, Zayn Izrel terus sahaja meminta izin untuk pulang ke hotel. Pada awalnya, Natasya mengajaknya bermalam sahaja di rumahnya. Tetapi Zayn Izrel menolak, walaupun ada keluarga mak saudara Natasya yang turut bermalam di situ.

Zayn Izrel baru sedar, yang Darissa langsung tidak membalas mesejnya tengah hari semalam. Dan dia juga terlupa mahu menghubungi isterinya itu. Dia benar-benar sibuk. Pantas dia menggapai telefon bimbit di atas meja. Nombor telefon Darissa sahaja dihubungi.

Tut! Tut!

Tetapi panggilannya langsung tidak dijawab. Belum bangun tidur lagikah? Zayn Izrel terus mematikan talian.

WhatsApp dibuka. Dia terus menaip satu mesej.

 

-Baby, I nak balik dah ni. I miss you so much. Can’t wait to see you. Sorry, I tak call you satu hari. Wait for me okay?-

 

Butang hantar terus sahaja ditekan. Beg pakaian diambil dari atas katil. Tidak sabar rasanya mahu pulang ke Kuala Lumpur semula. Satu hari tidak menatap wajah Darissa, telah membuatkan dia rindu yang teramat sangat pada isterinya itu.

Ting! Ting!

Kedengaran bunyi notifikasi WhatsApp masuk. Zayn Izrel laju membukanya.

 

-Zayn, tengah hari ni ada kenduri sikit dekat rumah I. Datang ya?-

 

Mesej tersebut adalah daripada Natasya.

Zayn Izrel laju sahaja membalas.

 

-Sorry, I tak dapat hadir. I nak balik ke KL dah ni.-

 

Mesej tersebut terus sahaja dihantar. Tanpa berlengah lagi, Zayn Izrel terus sahaja berlalu keluar dari bilik hotel tersebut. Dia mahu pulang ke Kuala Lumpur sekarang juga. Pasti Darissa sedang menunggu kepulangannya.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur telah mengambil masa selama empat jam lebih. Zayn Izrel benar-benar pelik, apabila Darissa langsung tidak menghubunginya. WhatsAppnya juga tidak dibalas. Dia juga ada menghubungi Kak Ton tadi. Kata Kak Ton, Darissa memang tiada di rumah sejak dari semalam. Ke manakah isterinya pergi? Beberapa kali juga dia menghubungi Darissa, tetapi panggilannya langsung tidak mahu dijawab.

Pedal minyak ditekan kuat. Laju, sahaja keretanya masuk ke pekarangan syarikat milik keluarga Darissa. Dia lantas keluar dari perut kereta. Beberapa pasang mata mula memandang ke arah Zayn Izrel. Ada yang tersenyum, dan ada juga yang berbisik.

Kaki diayun laju menuju ke pintu lif. Tiba-tiba sahaja dia terserempak dengan Nayla di situ.

“Abang Zayn? What are you doing here?”

“Er, abang nak jumpa Kak Riss.”

“Kak Riss? Kak Riss tak ada. Dia dah ke Pulau Pinang. Ada meeting kan, dekat sana?”

“Pulau Pinang? Dia tak cakap dengan abang pun, yang dia ke sana.”

“Aik? Dekat rumah dia tak cakap ke?”

“Tak. Abang pun baru balik dari Johor ni. Tak apalah Nayla, abang ingat, abang nak ke sana. Kirim salam dekat abi ya?” Laju sahaja kaki Zayn Izrel melangkah meninggalkan Nayla di situ.

“Err, abang...” Nayla tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Lelaki itu sudah pun jauh meninggalkannya.

Tak akan tak tahu perempuan tu pergi ke Pulau Pinang? Ni mesti bergaduh? Nayla sudah berteka-teki.

 

 

“TERIMA KASIH Puan Darissa. Nanti I akan serahkan proposal ni kepada Tan Sri.”

“Baik. Kalau ada apa-apa, boleh contact I semula ya?”

“Baik. Terima kasih.”

Mereka berdua bersalaman, sambil berpamitan antara satu sama lain. Darissa terus mengambil beg tangan dan juga briefcase dari atas kerusi. Dia mahu pulang ke hotelnya semula. Esok dia perlu berjumpa dengan kontraktor, yang menguruskan projek perumahan di Butterworth.

Telefon bimbit dikeluarkan. Dia melihat ada 20 panggilan tidak berjawab, dan juga 10 mesej. Darissa tersenyum sinis. Sikit pun dia tidak ambil peduli.

Baru sekarang nak cari aku? Semalam, sibuk sangat dengan betina tu. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan semula.

Darissa terus sahaja memandu pulang. Dari tempat mensyuarat ke hotel, hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Setelah memarkirkan keretanya, Darissa terus sahaja melangkah keluar dari perut kereta, sambil menggapai beg tangannya dari kerusi penumpang. Briefcase turut diambil. Setelah itu, pintu kereta ditutup.

Baru sahaja dia memusingkan badan, Darissa telah dikejutkan dengan kehadiran Zayn Izrel di situ. Suaminya itu sedang merenungnya dengan renungan yang tajam.

“Why you tak pick-up call I? WhatsApp I pun you tak balas?”

“Tak ada masa. I busy.”

“What? Busy? You cakap you busy?”

“Yes. I’m busy. Can’t you see?”

“Kenapa tak beritahu, yang you nak ke Pulau Pinang?”

“Oh, I lupa,” jawab Darissa bersahaja.

“Jawapan apa you bagi I ni? Kenapa you macam tak ada perasaan?”

“Sudah, I nak balik bilik. I penat.” Darissa terus sahaja melangkah. Zayn Izrel pula mengekori dari belakang.

“I cakap dengan you ni. What’s wrong with you?”

“You rasa, kenapa dengan I?”

“I tak tahu apa masalah you. Tiba-tiba aje you nak jadi dingin ni kenapa? Apa yang I dah buat?”

“Apa yang you dah buat? Entah.” Darissa menekan butang lif. Setelah itu, dia melangkah masuk ke dalam perut lif tersebut. Zayn Izrel turut mengekorinya.

“Kenapa you ikut I?”

“Why? I tak boleh ikut? You nak suruh I balik KL? You tak rasa excited langsung ke, bila I datang sini?”

“I tak suruh you datang pun.” Darissa menjeling.

Zayn Izrel mula berang dengan sikap Darissa. Apa yang tidak kena dengan isterinya ketika ini? Tubuh Darissa terus sahaja ditolak ke dinding, kedua-kedua tangannya melekap pada dinding lif. Tubuh Darissa sudah terhalang dengan kedua-kedua tangannya.

“You nak apa ha? Datang-datang sini menyakitkan hati! Why you muncul dekat sini!” Darissa bersuara tinggi.

“Apa yang I dah buat? Cuba you cakap dengan I?”

Darissa menolak tangan Zayn Izrel. Lif berhenti di tingkat 12. Laju sahaja kakinya melangkah keluar dari perut lif tersebut. Tetapi, Zayn Izrel tetap mengekorinya.

Darissa tidak mengendahkan suaminya itu. Pintu dibuka laju. Belum sempat dia mahu menutup pintu, tubuhnya terus sahaja didukung Zayn Izrel, lalu dibawa ke katil.

Darissa terbaring di atas katil, dengan kedua-kedua pergelangan tangannya digenggam kuat oleh suaminya.

“Baby you tak rindu I?” soal Zayn Izrel dengan tunak matanya merenung Darissa ketika ini.

Rindu? Gila tak rindu. Memang dia rindu. Tetapi gara-gara kejadian semalam, dia jadi sakit hati.

Darissa tidak menjawab. Pandangannya terus dihalakan ke arah lain.

“I rindu you. Terlalu rindukan you. You tak rasa nak peluk husband you ni?” soal Zayn Izrel lagi. Wajahnya penuh mengharap, supaya Darissa memberi tindak balas.

Darissa masih lagi diam membisu.

“Tell me. Apa yang I dah buat, sampaikan you macam ni? You merajuk dengan I ke? Sebab I tak balik semalam?”

“Why you tipu I Zayn?”

“Tipu? Apa maksud you? Apa yang I dah tipu?”

“You pergi mana semalam?”

“I...”

Darissa terus menolak tubuh Zayn Izrel supaya menjauhinya. Telefon bimbit diambil, lalu gambar Zayn Izrel dan Natasya, ditunjukkan kepada suaminya itu.

Zayn Izrel tercengang. Bagaimana gambarnya bersama Natasya, boleh ada pada Darissa?

“Terkejut? Gambar tu, I yang tangkap sendiri. I follow you sampai ke Johor Bahru. Kenapa you dengan dia lagi? You memang tak boleh lupakan dia ke?”

Riak wajah Zayn Izrel terus sahaja berubah. Darissa mengekorinya sehingga ke Johor Bahru?

“Riss, let me explain first.”

“Tak perlu nak explain lagi. I dah tengok semuanya. Why Zayn? Kenapa You biarkan dia peluk you? You sedar tak apa yang you dah buat?” Darissa terus sahaja bangun dari katil.

Zayn Izrel turut bangun, lalu dia menghampiri Darissa. “I tahu. I tak sepatutnya biarkan dia peluk I. Tapi, dia dalam kesedihan masa itu. Mak dia meninggal. Kejadian itu, berlaku secara spontan. I memang tak sedar langsung.”

“Tak sedar, ataupun dah biasa berpelukan sebelum ni?”

“Riss please... I tahu I salah. I minta maaf.”

“Buat salah minta maaf. Buat salah minta maaf. Itu ajelah modal you. Dulu pun, you buat masalah juga. Temankan dia di hospital. I tak fahamlah, kenapa you masih lagi nak berhubung dengan dia? Memang tak boleh lupakan dia langsung ke? Tak boleh buang dia terus dari hidup you? Susah sangat ke? Ataupun sebenarnya you tu memang dah bersama dengan dia? Dan you lelaki yang dah ambil dara dia? Sampai susah sangat nak lupakan dia?” Darissa tidak mahu memendam rasa lagi.

“Riss, I tak buat benda terkutuk tu. Wanita pertama yang I sentuh pun, you. Kenapa you boleh terfikir sampai macam tu sekali?”

“Ah, lelaki. Semuanya sama! You dengar sini Zayn. I tak nak makan hati lagi dah...” Darissa terus berjalan ke muka pintu, lalu pintu dibuka luas.

“I akan undurkan diri. Mungkin I tak patut muncul dalam hidup you. I ni seolah batu penghalang antara you dan juga Natasya.”

Darissa menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan. “But, sebelum itu I nak beritahu sesuatu pada you. I sebenarnya... tak cintakan you. Sebelum ini I hanya berpura-pura sahaja. Dan I dah tak peduli dah, dengan jawatan CEO tu. Mungkin kita patut berhenti? You boleh pergi pada Natasya. Dan I, pergi pada Farhan?”

Zayn Izrel terdiam, saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Darissa tadi. Tidak salah dengarkah dia?

Share this novel

Zue
2023-07-29 00:20:04 

bagus Zayn teruskan kebodohan mu

norsila
2023-07-28 23:42:48 

padan muko zyn...tk jujur ..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience