DYT 25 - TERIMA KASIH

Romance Series 522373

ZAYN IZREL masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. Benarkah Darissa berpura-pura mencintainya? Tidak. Dia tidak percaya. Darissa memang sengaja berkata begitu. Tak mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan.

“I memang batu penghalang antara you dan juga Natasya. I rasa, lebih baik you pergi kepada Natasya semula. Mungkin itu lagi baik. I bukan isteri yang terbaik untuk you, yang akan sentiasa bersama-sama dengan you. I know it.”

“No, no. You isteri yang terbaik untuk I Riss. Selama-lamanya terbaik untuk I. I love you so much baby... I tahu, I tak jujur dengan you.” Zayn Izrel menghampiri Darissa.

Darissa mengundur ke belakang. Pintu yang dibuka tadi, tertutup secara perlahan-lahan. “I tertanya-tanya, kenapa you masih simpan lagi nombor Natasya? Bukankah sim kad you dah buang? Dan you dah pakai nombor baru sekarang ni. Kenapa you masih nak simpan lagi nombor dia? Or, you masih tak boleh buang Natasya dari hidup you?”

“I memang dah tak simpan nombor Natasya. Nombor dia pun, I tak ingat.”

“Tak ingat? Macam mana pula dia boleh contact you? Nombor phone baru you tu, jatuh dari langit? Macam tu?” Darissa sempat memerli.

“Kalau I tak datang ke bilik kerja you malam tu, memang I tak tahu langsung, yang you nak jumpa dia di sana. Kalau tak, I memang ditipu hidup-hidup oleh suami sendiri.” Suara Darissa kedengaran agak kecewa pada saat ini. Ya, dia benar-benar kecewa. Cukuplah, dia tidak mahu berharap apa-apa lagi pada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini.

Zayn Izrel tahu, Darissa terluka dengannya. “I terkejut, bila Natasya call I malam tu. Sebab I pelik, mana dia dapat nombor I? Rupa-rupanya, Danial yang bagi. I dah nak matikan panggilan masa tu, tapi Natasya menangis dan merayu, supaya I dapat bantu dia. Masa tu mak dia tengah tenat. I jadi serba salah. Lebih-lebih lagi, mak Natasya memang kenal I. Beberapa kali juga I jumpa mak dia. Dari situ, mak dia dah anggap I ni dah macam anak dia sendiri,” jelas Zayn Izrel panjang.

Darissa tersenyum pahit. “I dah dengar perbualan you dengan Natasya tempoh hari di hospital. I tahu, you nak tolong dia, kan? Dan you pun bermurah hati nak uruskan semuanya juga.”

“Riss, please... walaupun I tolong dia sampai habis, itu tak bermakna I masih ada perasaan pada dia. I tolong dia, hanya atas rasa tanggungjawab. Just it. Macam I cakap tadi, arwah mak Natasya, dah memang anggap I ni macam anak dia sendiri. Sekurang-kurangnya I tak rasa terkilan sangat. But, don’t worry, itu kali terakhir I jumpa Natasya.”

“Kali terakhir?” Darissa tersenyum sinis.

“Riss please...” Zayn Izrel cuba menggapai tangan Darissa, tetapi tangannya ditepis.

“You pergilah pada Natasya. Natasya adalah orang yang akan berada di samping you untuk selama-lamanya, dan bukannya I. Jodoh you dengan dia masih panjang lagi. Disebabkan itulah, you dengan dia tak dapat berpisah, walaupun you cakap, you dah tak ada perasaan pada dia lagi. You larilah mana pun, dia tetap dapat cari you. Dan you pun tak teragak-agak nak menolak. Malah, you sendiri yang serah diri you untuk bertemu dengan dia semula.” Darissa menarik nafas, lalu dihembus perlahan.

“Keluarlah Zayn. You baliklah. I penat ni. I nak rehat.”

“Riss, please... maafkan I. I tahu I salah. I takkan jumpa dengan Natasya lagi. I janji Riss... I janji. I love you with all my heart. Please jangan macam ni...”

Darissa jadi hilang sabar. Tak, dia tidak akan termakan dengan kata-kata Zayn Izrel lagi. “I tak cintakan you Zayn. I dah cakapkan tadi? Yang I ni hanya berpura-pura cintakan you. You tak faham-faham ke?”

“You tak cintakan I?”

“Ya, I tak cintakan you!”

“Tak. I tak percaya. You love me. I know you love me.” Zayn Izrel cuba menggapai tangan Darissa. Tetapi tetap ditepis.

“Terpulang pada you nak percaya ataupun tidak. I memang tak cintakan you!”

Zayn Izrel menggeleng. “You cakaplah apa pun, I tetap takkan percaya. Kalau betul you tak cintakan I, why you serahkan diri you pada I? Why? Habis tu, malam pertama kita tu apa? Nafsu semata?”

“Yes, memang nafsu semata! Dan bukannya cinta. Semuanya itu nafsu! And now, please get out. Get out from my room.”

“No, I takkan keluar.”

“You tak faham bahasa lagi ke? I memang tak cintakan you Zayn! I berpura-pura. Dan I terpaksa berlakon, semata-mata untuk dapatkan jawatan CEO tu. Dan tak sangka, you boleh termakan dengan lakonan I. Jangan jadi bodoh Zayn. Lagipun Farhan sedang menunggu I...”

Berubah wajah Zayn Izrel ketika ini. Dia benar-benar sakit hati mendengarnya. Farhan menunggu Darissa? Tanpa amaran, dia terus sahaja mengucup bibir Darissa dengan penuh rakus.

Darissa benar-benar terkejut. Hilang nafasnya ketika ini, saat Zayn Izrel mendalamkan lagi kucupannya. Darissa tidak mahu termakan dengan pujuk rayu Zayn Izrel, lantas dia menggigit bibir suaminya dengan kuat.

Zayn Izrel bagaikan terkena renjatan elektrik ketika ini. Dia terus sahaja melepaskan tautan bibirnya. Tak disangka, Darissa sanggup menggigit bibirnya.

Ibu jari kanan mengelap bibir yang digigit Darissa tadi. Kelihatan ada sedikit darah pada ibu jarinya ketika ini. Tunak matanya memandang Darissa. “Sanggup you gigit bibir I?”

“I tak rela biarkan bibir I disentuh oleh bibir you.”

“Tak rela? Yang sebelum ini kita kiss?”

“Itu hanyalah nafsu. Takkan tak faham lagi?”

“You betul tak cintakan I?”

“Ya. I memang tak cintakan you. Yang sebelum ini, semuanya lakonan. And now, get out!” Darissa membuka pintu. Dia tidak mahu menangis di hadapan Zayn Izrel.

“Baik. You dengar sini Darissa. I takkan ceraikan you, walau apa pun yang terjadi!” Zayn Izrel terus sahaja melangkah keluar dari bilik hotel tersebut.

Darissa terus sahaja menghempas pintu. Perlahan-lahan tubuhnya melorot ke bawah, dengan belakang badannya bersandar pada pintu. Air mata yang ditahan tadi, akhirnya mengalir laju. “Ampunkan I Zayn... ampunkan I...”

 

 

FARHAN menunggu kedatangan Nayla di situ. Dari tadi dia ke hulur ke hilir. Hampir 30 minit dia di situ. Batang hidung wanita itu, langsung tidak kelihatan.

“Abang Farhan!” Nayla muncul, di belakangnya.

Farhan pantas berpusing. “Lambatnya Nay.”

“Sorry la. Ada kerja sikit tadi. Dengan jalan jammed lagi. Jom abang. Kita ke sana.”

“Tak payahlah. Kita cakap sini aje.”

“Sekejap aje ke kita bercakap?”

“Ya. Sekejap aje. Sebenarnya abang nak beritahu, yang abang tak naklah buat kerja-kerja syirik tu. Berdosalah. Abang pun dah redha. Jodoh abang dengan Kak Riss memang tak ada. Biarlah Kak Riss dengan husband dia bahagia. Abang tak nak disebabkan abang, dia orang bercerai-berai pula.”

“Alah, abang ni. Takkan dah give up? Tak teringin ke jawatan CEO tu?”

“Abang sedar diri abang ni. Dan abang tahu, abang berada di tahap mana.”

“Rugi tau abang. Jawatan CEO pula tu. Entahlah. Kalau Nay, memang takkan berhenti macam itu aje.”

“Tak apalah. Abang tak naklah. Kadang-kadang bukan apa, abang takut. Abang ni pun dah banyak buat dosa. Keluar dengan perempuan itu, keluar dengan perempuan ni. Minum minuman haram lagi. Cukuplah. Abang tak nak lagi tambah dosa. Dosa yang ada ni pun, tak tertanggung rasanya.”

Nayla mengecilkan matanya, saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. “Kalau macam itu, buat apa call Nay ajak jumpa. WhatsApp pun tak apa. Buang masa Nay aje, tempuh jammed datang sini. Sudahlah. Nay nak balik.”

“Nay, nanti dulu.”

“Apa lagi?” Nayla tidak dapat menahan rasa amarahnya.

“Kenapa Nay beria nak abang lakukan perkara syirik tu? Nay ada tujuan apa-apa ke? Abang tak rasa Nay nak bantu abang. Sampai ke hari ini abang terfikir dengan kata-kata Nay tempoh hari.”

Nayla mengetap bibirnya menahan marah. “Abang ni kenapa? Nak tuduh Nay ke?”

“Abang tak tuduh. Cuma abang pelik.”

“Suka hati abanglah nak cakap apa pun. Lepas ni, tak payah contact Nay lagi dah. Sebab abang pun tak nak teruskan apa yang Nay rancangkan. Nay buat semua ni pun, untuk abang juga. Bukan untuk Nay. Lagipun Nay tahu, abang bukannya hidup senang. Bagi Nay abang rugi, sebab lepaskan peluang macam itu aje,” jelas Nayla, sambil menjeling lelaki itu. Dasar lelaki bodoh!

“Abang dah redha.”

“Sudahlah, Nay pergi dulu. Tapi kalau tiba-tiba abang berubah fikiran, abang contact Nay semula ya?”

Farhan diam membisu. Apa yang perlu dibalasnya? Tidak. Dia tidak akan berubah fikiran. Tidak mungkin dia mahu mengikuti rancangan Nayla. Pasti Nayla ada agendanya tersendiri.

Nayla mendengus kasar. Farhan tidak berkata apa-apa langsung. Kakinya terus diayun laju, meninggalkan lelaki itu. Tidak mengapa. Dia akan cuba cara lain untuk menjatuhkan keluarga Datuk Azlan.

 

 

ZAYN IZREL memandu tanpa arah ketika ini. Air matanya tumpah, saat mendengar lagu Tak Segampang Itu daripada penyanyi Anggi Marito. Lirik lagu tersebut memang kena dengan apa yang berlaku pada dirinya saat ini.

Dan tak semudah itu, dia dapat menerima apa yang telah diperkatakan Darissa tadi. Bagaimana dia dapat menerimanya, setelah seluruh jiwa dan raganya telah diberikan kepada Darissa?

Benarkah Darissa tidak mencintainya? Ataupun Darissa hanya menipu, kerana kecewa dengannya? Tak. Tak mungkin.

“Kenapa you buat I macam ni Riss? Kenapa? I tahu, I tak jujur dengan you. But, I really love you. Really love you...” Zayn Izrel meraup rambutnya ke belakang, dengan tangan kanan memegang stering. Tidak pernah-pernah dia berasa kecewa seperti ini. Selalunya dia melihat wanita sahaja yang tahu kecewa. Rupa-rupanya lelaki juga ada rasa seperti itu. Adakah kerana dia terlalu mencintai Darissa?

Zayn Izrel menguatkan bunyi radio keretanya. Dia mahu melayani perasaan dengan lagu yang sedang berkumandang ketika ini. Semakin laju air matanya mengalir. Dia tidak pernah menangis gara-gara seorang wanita. Sebelum ini pun, dia tidak pernah menangis untuk Natasya. Tetapi kenapa dengan Darissa, begitu mudah dia mengalirkan air mata?

Sedang dia melayani perasaannya, tiba-tiba sahaja ada sebuah kereta di hadapannya berhenti secara mengejut. Zayn Izrel tergamam, saat melihat kereta tersebut berhenti. Dengan pantas dia memulas stering keretanya ke kiri, lalu melanggar pembahagi jalan.

Bam!

Bunyi dentuman begitu kuat ketika ini.

Wajah dan dada Zayn Izrel terus sahaja terhempas pada air bag. Dan tangan kanannya sudah tersekat pada bawah stering. Manakala tangan kiri memegang stering.

Mata Zayn Izrel berpinar-pinar ketika ini. Dia dapat merasakan yang wajahnya sedikit pedih. Mungkin kerana serpihan cermin kereta yang sudah pecah, sudah terkena pada wajahnya.

“Riss...” Matanya terus terpejam rapat.

 

 

“ZAYN!” Darissa terjaga daripada tidurnya. Dadanya berombak ketika ini.

Ya Allah, kenapa aku mimpi Zayn? Harap-haraplah dia tak apa-apa. Darissa melihat jam pada telefon bimbitnya yang sudah menunjukkan pukul 7.30 minit petang.

Maghrib dah rupanya. Darissa terus bangun dari pembaringan.

Ting! Ting!

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Darissa melihat nombor yang tertera di permukaan skrin. Seakan seperti nombor telefon pejabat. Panggilan tersebut terus sahaja dijawab.

“Assalammualaikum, hello?”

“Waalaikummussalam... hello. Maaf, boleh saya tahu, dengan siapa saya bercakap ni?” ujar si pemanggil.

“Aik? Awak yang call saya, awak tanya saya siapa pula?”

“Maaf. Saya dapat nombor cik dari telefon bimbit Encik Zayn Izrel. Saya tengok ada tulis baby. Jadi saya cuba ambil nombor cik, sebelum telefon bimbitnya terpadam.”

“Apa? Zayn? Kenapa dengan suami saya?” Darissa semakin risau.

“Oh, macam ini. Saya call dari Hospital Besar Pulau Pinang. Suami puan dimasukkan ke emergency sekarang ini, kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya petang tadi.”

“Aa... apa? Suami saya kemalangan?” Telefon bimbit milik Darissa, terlepas dari genggaman tangannya.

 

 

DARISSA masih menunggu di ruangan menunggu. Ibu bapa Zayn Izrel sudah dihubungi, begitu juga dengan keluarganya. Dan mereka dalam perjalanan ke sini.

Kedua-kedua tangan Darissa sejuk ketika ini. Begitu juga dengan wajahnya yang nampak kelihatan pucat. Jika ditoreh, pasti tidak berdarah.

“Maaf, Puan Darissa ya?”

“Ya. Saya doktor. Bagaimana dengan suami saya?”

“Suami puan dalam keadaan stabil sekarang ini. Tangan kanan dia terseliuh. Jadi, kami dah ikat dengan kain anduh. Mungkin mengambil masa untuk pulih. Dadanya kami dah X-ray. Kami takut ada kecederaan pada dadanya. Tetapi alhamdulillah, paru-paru dia tidak mengalami masalah. Mungkin kerana air bag, yang telah menyelamatkannya.”

“Alhamdulillah...” Darissa benar-benar rasa bersyukur mendengarnya.

“Dan wajah Encik Zayn ada sikit calar dan luka. Mungkin terkena serpihan cermin kereta yang pecah. But it’s okay, tak ada apa yang bahaya. Dan matanya juga kami dah periksa. Tiada apa-apa.”

Darissa tersenyum. Dia benar-benar gembira mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh doktor tersebut. Nasib baiklah tiada perkara buruk yang berlaku kepada suaminya. Jika terjadi apa-apa, Darissa pasti akan menyesal seumur hidupnya.

“Puan boleh masuk melawat suami puan, sebentar lagi. Sekarang ini, dia belum ditolak ke wad biasa lagi.”

“It’s okay doktor. Saya boleh tunggu. Terima kasih doktor.

“Sama-sama.”

Doktor tersebut terus berjalan meninggalkan Darissa di situ. Darissa duduk di atas kerusi semula. Tak semena-mena air matanya mengalir. Nasib baik you tak apa-apa Zayn... kalau tak, I tak akan maafkan diri I, jika apa-apa terjadi pada you.

 

 

KLAK!

Pintu wad ditolak perlahan. Darissa mengintai di sebalik pintu. Dia melihat Zayn Izrel ketika ini sedang merenung ke arahnya.

“Err, Zayn? You dah sedar?”

Zayn Izrel diam membisu.

Darissa melangkah masuk ke dalam, sambil membawa bungkusan yang berisi bubur ayam. Dia melihat wajah suaminya yang ada sedikit luka dan juga calar. Walaubagaimanapun , wajah suaminya tetap nampak tampan, walaupun ada luka pada wajahnya.

Darissa meletakkan bungkusan di atas meja. Dia cuba untuk tersenyum, walaupun dadanya sedikit berdebar melihat Zayn Izrel yang langsung tidak bersuara.

“Doktor cakap tadi, you tak apa-apa. Dan you dalam keadaan stabil. Cuma tangan kanan you tu terseliuh. Buat masa ini, you tak dapat nak gerakkan tangan kanan you tu. I akan suapkan you makan ya? You mesti lapar, kan?”

Darissa mengeluarkan bubur ayam dari bungkusan plastik. Sudu turut diambil. Setelah itu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa pelik, kenapa dari tadi Zayn Izrel diam membisu sahaja?

“I suap you makan ya?” Darissa mencedok bubur ayam, lalu menyuakan bubur tersebut pada mulut suaminya.

“Bismillah...” ucap Darissa perlahan.

Kting!

Sudu yang berisi bubur ayam, telah ditepis Zayn Izrel dengan tangan kirinya, lalu terjatuh ke atas lantai.

Darissa tergamam dengan kelakuan Zayn Izrel tadi.

“I tak perlukan simpati daripada you. Bukankah you berpura-pura aje selama ini? Why? You takut? Takut kalau family you tahu, kalau sebenarnya you berlakon? Semata-mata kerana nak dapatkan jawatan CEO tu?”

“Zayn?”

“Terima kasih, sebab berpura-pura mencintai I, walaupun I dapat rasa bahagia sekejap sahaja. Ya, I tahu I tak jujur dengan you. Dan mungkin ini balasan I.”

“Zayn, I...”

“Sudahlah... you keluarlah. Tinggalkan I sendirian.” Zayn Izrel terus menghalakan pandangannya ke luar jendela.

Mata Darissa mula berkaca-kaca ketika ini. Tetapi ditahannya supaya tidak jatuh di hadapan suaminya.

“Tapi, you perlu makan. Mesti you lapar, kan? I suap you ya? Tangan kanan you tu, tak boleh angkat, buat sementara waktu ini.”

“You ni tak faham bahasa ke! I tak nak makanlah! You keluarlah!” Zayn Izrel bersuara tinggi.

Darissa mencebik menahan tangis. Beg tangan terus dicapai, lalu dia melangkah keluar dari wad tersebut. Dia benar-benar terluka kerana ditengking Zayn Izrel tadi. Salahkah dia? Adakah semua ini salahnya?

Hai semua. Sorry, kalau Alin lmbt update...huhu..nampaknya bab hari ini nampak kurang sweet di situ..& mula nk mncul konflik smula..bru aje diaorg nk bhagia..dh gaduh blk...hihi..tp kalau korang rasa nak hold dlu pun boleh..nti boleh bca smula ok.. Tq tau sudi tunggu & bca DYT ni.

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2023-08-03 17:15:38 

cpter baru pless


NovelPlus Premium

The best ads free experience