DYT 1 - KALI PERTAMA

Romance Series 522373

DARISSA dari tadi cuba menghubungi kekasihnya Farhan. Sejak dua tiga hari ini agak payah dia menghubungi lelaki itu. Entah ke manalah kekasihnya itu pergi. Panggilannya pasti masuk ke dalam peti simpanan suara sahaja.

Jika dia dapat menghubungi Farhan, lelaki itu pasti akan memberikan pelbagai alasan. Tertidurlah. Penatlah. Telefon bimbit habis baterilah. Entah betul atau pun tidak alasan yang diberi.

Pen di tangan digenggam kuat, hampir sahaja pen tersebut patah di dalam genggaman tangannya.

Damn it! Where is he! Bentak hati kecilnya.

Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan.

“Come in!” arah Darissa kasar.

Pintu ditolak. Terjegul Hani di muka pintu. “Isy, apalah. Masuk-masuk aje, dah muka masam. Bukan main garang lagi suara tu tadi. Ni, you buat apa lagi? Tak nak pergi lunch ke?”

Darissa memandang wajah setiausahanya, iaitu Hani. Wanita itu juga, merupakan sahabat baiknya sejak mereka dari universiti lagi.

“Mana taknya, I cuba call Farhan dari pagi tadi. Tapi you tengoklah. Sampai ke tengah hari, susah betul I nak call dia.” Darissa mendengus kasar.

Hani menggeleng perlahan, lalu duduk berhadapan Darissa. “Tak payahlah nak fikir pasal dia. Sekarang ni kita pergi makan okey?”

“I tak lapar. You nak makan, you pergilah.”

“Come on. Janganlah macam ni. Please... I bosanlah lunch sorang-sorang. Sudahlah boyfriend pun tak ada.” Hani meletakkan kepalanya di atas meja sambil memandang ke arah Darissa.

“Carilah boyfriend,” jawab Darissa acuh tak acuh.

“Malaslah. Tak suka serabutkan kepala fikirkan pasal jantan.”

“Aih, perli I nampak?”

“Mana ada I perli you. Hmm, Riss...”

“What?”

“Malam ni you nak ikut I tak?”

“Malam ni? Pergi mana?”

“Pergi kelab malam. You tak pernah pergi, kan? Apa kata you ikut I? Daripada you serabutkan kepala memikirkan si Farhan tu, apa kata kita enjoy?” Hani memberi cadangan.

“I tak pernah pergilah tempat macam tu. Marah mummy I nanti, termasuklah abi I.”

“Alah... jomlah please... kita menari aje. Bukan pergi minum pun. Nak tak?” Hani masih mencuba.

Darissa berfikir sejenak. Perlukah dia mengikut sahaja ajakan Hani? Lagi pun jika dia pulang ke rumah, tiada aktiviti yang dapat dia lakukan. Selain banyak menghabiskan masa di dalam bilik sahaja.

“Jomlah. Daripada you tengok muka Nayla dekat rumah, lebih baik you tengok muka I ni,” pujuk Hani lagi.

“Euw, please. Tak perlu you nak sebut nama perempuan tu. Sudahlah fake. Ee, menyampahlah.”

Hani ketawa. “Macam manalah family you tu boleh sukakan Nayla itu, kan?”

“Manalah family I tak suka? Dari umur dia 14 tahun dia dah tinggal dengan kami. And now, dia dah 27 tahun. You bayangkan? Dah berapa tahun? Mestilah family I dah anggap dia macam anak kandung. Sibuk aje dia dengan urusan I. Mana I pergi? Apa I buat? Nak makan apa Kak Riss? Kak Riss tak tidur lagi? Kak Riss kenapa? Tak sihat ke? Euw! Nampak betul-betul fake!”

Darissa menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada. Bila sebut sahaja nama wanita itu, Darissa jadi semakin geli-geliman. Entah bagaimana, keluarganya boleh terfikir mahu mengambil Nayla sebagai anak angkat mereka. Boleh dikatakan wanita itu seakan berpura-pura baik di hadapan mereka sekeluarga.

“You nak tahu tak, apa dia buat tadi?” Hani tersenyum.

“Dia buat apa pula?”

“Dia marah cleaner, sebab dah tumpahkan air atas meja dia.”

“Mana you tahu?”

“I dengar tadi. Kebetulan I lalu dekat meja dia. Dia maki hamunnya cleaner tu. Betullah you cakap. Memang betul-betul fake. Kesian pula I tengok cleaner tu kena maki dengan dia. I nak masuk campur tadi. Tapi itulah, diakan dah macam anak kandung keluarga you.”

“Yes, that’s why I cakap dia tu fake. Depan mummy dengan abi I, bukan main lagi baik dia. Pijak semut pun tak mati. Kenapalah abi I boleh ambil dia kerja dalam syarikat ni. Lantak dialah nak kerja dekat mana pun. Itu nasib baik dia kerja bahagian marketing. Kalau dia jadi manager? I tak tahulah.”

Hani mengangguk dan mengiakan kata-kata rakan baiknya itu.

“So, jadi tak kita nak ke kelab malam?”

“Kalau you dah cakap macam tu. On ajelah. I pun nak try juga. Best atau tak.”

“Bestlah. Trust me. You mesti akan suka.”

Darissa hanya tersenyum. Dia tidak tahu, benarkah keputusan yang dibuatnya ini? Jika dia pergi, ini adalah kali pertama dalam hidupnya.

 

 

DARISSA dan Hani tiba di sebuah kelab malam yang bertempat di Petaling Jaya. Kata Hani, lebih baik mereka pergi ke kelab malam yang jauh dari Bandar Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya tidak terserempak dengan mana-mana pekerja Darissa nanti.

Agak lama juga tadi Darissa membuat keputusan. Nasib baiklah bapanya sudah ke Pulau Pinang petang tadi. Dan akhirnya Darissa gagahkan juga dirinya mengekori Hani ke kelab malam.

“You selesa ke pakai jaket? Tak panas ke nanti?” soal Hani. Hani ketika ini sedang mengenakan V-neck stretch wool dress berwarna merah hati.

“Tak naklah I buka. Dalam ni I pakai sweetheart neck aje. That’s why di luar, I pakai jaket.”

“Kalau you buka, mesti nampak lagi seksi.” Hani mengusik.

“Tak ada kerja I nak tayang dada I ni. Gila.”

Hani ketawa. “Jom, pergi dekat bar sana. I nak pesan Coke. You nak Coke juga ke?”

Darissa mengangguk.

Mereka berdua terus sahaja menuju ke arah bar di hadapan mereka. Setelah itu, kedua-keduanya melabuhkan punggung di atas kerusi. Hani terus memesan dua gelas air Coca-cola untuk mereka berdua.

“Hani, you minum ke air hmm...”

“Arak?” Hani tersenyum.

Darissa mengangguk.

Hani tersengih sendiri.

“You minum?”

Hani mengangguk tanpa segan.

“Serius you minum?” ulang Darissa lagi.

“Alah you ni... janganlah nak terkejut sangat. I bukannya apa. Saje-saje aje...”

Darissa hanya mampu diam. Dia tidak mahu terlalu masuk campur tentang urusan Hani.

“Tapi hari ini I tak minumlah. Sebab first time I bawa you ke sini. So, tak naklah you tengok I mabuk pula.”

“Kalau you mabuk siapa yang drive?”

“Member I. Tapi I tak adalah ajak dia. Takut you tak selesa pula.”

“Siapa member you? Lelaki ke perempuan?”

“Lelakilah. Tak akan perempuan pula. Eh, minumlah Coke tu. Hari ini I belanja. Kejap lagi kita pergi menari?”

Darissa mengangguk sedikit. Dia terus meneguk air Coca-cola yang dipesan Hani tadi. Setelah itu, mereka berdua terus menuju ke arah lantai menari. Lagu Give Me Everything nyanyian dari penyanyi Pitbull ft Ne-yo, sedang bergema di dalam kelab malam tersebut.

Darissa yang pada awalnya tidak tahu menari, terus sahaja pandai menari. Mereka berdua bergelak ketawa sesama sendiri. Dalam 10 minit, Hani meminta izin untuk ke tandas. Tinggallah Darissa di situ yang semakin lincah menari. Dia langsung tidak menghiraukan para pengunjung di kelab malam itu. Lagi pun mereka datang ke sini pasti mahu menari dan juga bergembira. Kenapa dia perlu malu?

Jiwanya benar-benar tenang. Mungkin ini adalah kali pertama dalam hidupnya. Pada saat ini, dia langsung tidak peduli dengan langkahnya. Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja secara tak sengaja, Darissa telah terpijak kasut seseorang di belakangnya, lalu dia terjatuh ke dalam dakapan lelaki itu.

Terkebil-kebil mata Darissa melihat wajah lelaki itu, yang kini sedang erat memeluk pinggangnya. Lelaki tersebut memiliki paras wajah yang sungguh tampan. Bertubuh tinggi lampai, dan ada sedikit kumis dan juga sedikit jambang. Benar-benar tampan!

“Are you alright?” Suara garau lelaki itu menerpa ke telinga Darissa.

“Yes. I’m okay. And I’m so sorry, sebab dah terpijak kasut you,” ujar Darissa, sambil berdiri tegak.

“Never mind.” Lelaki itu melepaskan rangkulan pada pinggang Darissa.

Tanpa menunggu lagi, Darissa terus sahaja berjalan menuju ke arah bar semula, tanpa berkata apa lagi. Dia langsung tidak mahu memandang ke belakang. Kenapalah dia boleh terpijak kasut lelaki itu tadi? Dia benar-benar malu.

Tiba-tiba sahaja Darissa menangkap satu suara dari arah belakangnya. Dia kenal suara itu. Laju sahaja dia bangun dari kerusi, dan menuju ke arah suara tersebut. Alangkah terkejutnya Darissa, saat melihat Farhan sedang berpelukan dengan seorang wanita di atas sofa.

“Farhan!” Darissa terus menarik tubuh wanita yang sedang memeluk erat tubuh badan Farhan ketika ini.

“What? Riss? What are you doing here?” Terpinga-pinga Farhan ketika ini.

“Oh, ini kerja you? Patutlah sejak akhir-akhir ini I susah nak contact you. Rupa-rupanya you sibuk bermesra dengan perempuan ni? I ingatkan you sibuk dengan kerja! But you lie to me! Kenapa you sanggup buat I macam ni?” Suara Darissa sedikit mengeras.

Hani yang baru pulang dari tandas, terus sahaja menuju  ke arah Darissa yang kini sedang memaki hamun seseorang. Dengan siapa Darissa sedang berbalah?

“Riss kenapa ni? Eh, Farhan? You buat apa dekat sini?” Hani terkejut melihat Farhan di situ.

“Sudah Hani. Jom kita balik. I tak ada mood lagi dah.” Darissa terus melangkah keluar dari kelab malam tersebut.

Hani memandang Farhan yang masih terpinga-pinga ketika ini. “Sanggup you buat kawan I macam tu? Riss betul-betul cintakan you!” Hani terus meninggalkan Farhan di situ.

Dari jauh Zayn Izrel dan kekasihnya Natasya, memerhatikan adegan tadi.

“Kenapa tu? Boyfriend dia curang ke?” soal Natasya sambil memeluk tubuh Zayn Izrel.

“Don’t know, and I don’t want to know,” ujar Zayn Izrel bersahaja. Padahal wanita itulah yang disambutnya tadi, saat kasutnya dipijak oleh wanita itu.

“You pergi mana, lama sangat ? Bosan betul I tadi sorang-sorang dekat sini,” sambung Zayn Izrel sambil melepaskan keluhan.

“I jumpa klien kejap. That’s why I lambat. You la, tak nak stay dengan I. Bila kita stay sekali, boleh temankan I jumpa klien. Kan senang...”

“You ni... mana boleh stay sekali. Kahwin pun belum lagi, kan?”

“Kalau macam tu, bila you nak bawa I, jumpa family you? Boleh juga kahwin cepat.” Natasya mencuit hidung mancung Zayn Izrel.

“Nanti I bawalah. Kita belum sampai setahun bercinta. Mana boleh awal-awal bawa.”

Natasya menghampiri ke arah wajah Zayn Izrel. Bibirnya hampir sahaja mencecah bibir kekasihnya itu. Zayn Izrel dengan pantas mengelak.

“Alah you ni. Suka sangatlah mengelak. Tak sudi ke kiss I?”

“Tak kahwin lagi, kan? Mana boleh kiss.”

“Ini peluk, boleh pula?”

“Peluk aje. Tak lebih-lebih, kan?” Zayn Izrel tersenyum.

Natasya benar-benar cintakan Zayn Izrel. Pertemuan kali pertama dengan Zayn Izrel adalah di tepi jalan. Dia ingat lagi, tayar keretanya pancit. Dan lelaki itulah yang tolong menukarkan tayar keretanya. Sejak dari itu, mereka kerap berjumpa, dan sehinggalah cinta mereka mula berputik antara satu sama lain.

“Sementara you tunggu I tadi, you buat apa?”

“I menari sorang-sorang. Tapi ada satu cerita tau?”

“Cerita? Apa tu?”

“Tengah I menari tu, tiba-tiba aje kasut I kena pijak dengan seorang perempuan ni. Dia nyaris nak terjatuh. I sempat sambut dia tadi,” ujar Zayn Izrel, sambil mengingati kejadian tadi. Tak dinafikan wajah wanita itu benar-benar cantik.

“You peluk dia ke?”

“I rangkul pinggang dia ajelah.”

“You milik I. Mana boleh perempuan lain sentuh you!” Natasya sudah memuncungkan bibirnya.

“Alah you ni. Janganlah merajuk. I pun tak sengaja tersambut badan dia. Kalau tak, jatuhlah dia.”

“Biarlah dia jatuh. Memang salah dia, kan? But it’s okay, kali ini I maafkan. But after this, kalau ada perempuan lain terpijak kasut you ke, you jangan gatal-gatal nak peluk perempuan lain tau? Biar dia orang jatuh. Bukannya I tak tahu, dia orang tu nak ambil peluang aje.” Natasya mendengus kuat.

Zayn Izrel ketawa, sambil hidung kekasihnya dicuit. “Ada-ada aje you ni.”

Zayn Izrel memandang wajah kekasihnya lama. Sungguh dia mencintai Natasya. Cukup setahun percintaan mereka, dia akan memperkenalkan Natasya kepada keluarganya nanti.

 

 

DARISSA pulang ke rumahnya dalam keadaannya yang begitu marah. Dia benar-benar sakit hati. Sanggup Farhan curang dengannya?

Pintu utama ditolak. Jam pada waktu ini sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Ibunya pasti sudah tidur, begitu juga dengan orang gaji mereka. Belum sempat Darissa mahu melangkah ke anak tangga, tiba-tiba sahaja lampu ruang tamu dinyalakan. Darissa tersentak.

“Lambat Kak Riss balik? Akak pergi mana?” soal Nayla, sambil menuju ke arah Darissa.

Darissa memalingkan wajahnya memandang anak angkat keluarganya itu. “Kau buat apa dekat ruang tamu ni?”

“Nay tunggu Kak Riss la. Mummy bising bila dia tahu akak keluar pergi kelab malam.”

Membulat mata Darissa ketika ini. “Macam mana mummy tahu aku pergi kelab malam?”

“Nay beritahu mummy.”

Darissa menghampiri Nayla, lalu satu tamparan diberikan pada wajah wanita itu.

Pang!

“Tak gunalah kau ni! Kenapa kau beritahu? Dan macam mana, kau tahu aku pergi kelab malam?”

Nayla memegang pipinya. Dia benar-benar tidak sangka yang Darissa sanggup menamparnya. Wanita ini sudah semakin berani!

“Aku tanya ni, macam mana kau boleh tahu aku pergi kelab malam? Kenapa kau sibuk sangat hal urusan aku ha? Apa masalah kau?”

“Salah ke Nay ambil tahu pasal akak? Nay tahu, Nay bukan adik kandung akak. Dan Nay hanya anak angkat. Sekurang-kurangnya Nay ambil berat pasal akak.” Air matanya mengalir perlahan.

“Sudah, tak payah nak buat air mata palsu dekat sini. Kau tu fake aje. Pandai kau belakon, kan? Beria ambil berat pasal aku. Tapi sebenarnya, kau nak harta kami aje. Yalah, supaya kau boleh dapat jawatan lagi tinggi dekat company abi aku. Tapi nasib baik jugalah, abi tak beri jawatan tinggi pada kau. Kau jangan ingat aku anggap kau ni sebagai adik aku? Takkan pernah!” Darissa terus menaiki anak tangga meninggalkan Nayla di situ.

Ya, Darissa benar-benar bencikan Nayla. Sehingga ke hari ini, dia tidak pernah lupakan apa yang Nayla cuba lakukan kepadanya dahulu.

Hai semua. Jemput baca karya terbaru Alin. Lama Alin tak publish novel baru. So, kali ini anda semua boleh baca secara percuma. Tak perlu Ncoins. Sebab sebelum ni, Alin dah janji nak buat bacaan percuma. So, jangan lupa follow ya novel ni. Terima kasih ^⁠_⁠^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience