DYT 13 - HILANG INGATAN

Romance Series 522373

BUNYI deringan telefon bimbit telah mengejutkan Zayn Izrel yang sedang melayani perasaan ketika ini. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluarnya. Tertera nama Kak Ton di permukaan skrin ketika ini. Kenapa orang gajinya menghubunginya? Panggilan terus sahaja dijawab.

“Ya, Kak Ton? Ada apa?”

“Maaf Tuan Zayn. Tuan dekat mana sekarang ni?”

“Err, sekejap.” Zayn Izrel memandang ke luar tingkap.

“Ha, saya dah masuk sempadan Melaka dah ni. Kenapa Kak Ton?” sambungnya.

“Hmm, Puan Darissa dengan Cik Natasya, tuan.”

“Ha? Kenapa dengan dia orang berdua pula?” Dada Zayn Izrel mula berdebar-debar ketika ini.

“Puan Darissa ditahan wad sekarang ni. Cik Natasya pula, sedang dirawat sebagai pesakit luar.”

“What?! Apa dah berlaku dengan dia orang berdua?”

“Dia orang berdua bergaduh tuan. Cik Natasya serang Puan Darissa, sampai dahi Puan Darissa terhantuk pada bucu pintu kereta. Dan Puan Darissa balas balik, dengan tumbuk hidung Cik Natasya. Ini pun, saya tengok dari CCTV. Baru saya tahu kejadian sebenar.”

“Ya Allah. Kenapa sampai macam tu sekali? Macam mana Natasya boleh tahu tempat tinggal saya? Dan sekarang ni, kenapa Darissa kena tahan wad?”

“Puan Darrisa ditahan wad, disebabkan kecederaan pada dahinya. Dan dia masih belum sedarkan diri lagi tuan.”

“Ya Allah... baiklah, saya balik sekarang. Ni Kak Ton, jangan beritahu pada keluarga saya dan keluarga Darissa. Saya tak nak dia orang tahu hal ini. Rahsiakan dulu. Kak Ton faham tak?”

“Ya, tuan. Kak Ton faham. Sekarang ni Kak Ton dekat hospital, tengah tunggu Puan Darissa.”

“Okey, tunggu saya sampai sana.” Talian terus sahaja dimatikan.

“Burhan, kita patah balik. Kita balik ke KL sekarang juga.”

“Baik tuan.” Pemandu Zayn Izrel mula menekan pedal minyak dengan kuat.

Zayn Izrel menggenggam erat telefon bimbitnya. Bagaimana Natasya boleh tahu tempat tinggalnya? Dia tidak pernah memberitahu kepada wanita itu.

 

 

“ZAYN, you tengok hidung I ni. Hidung I ni luka! Nasib baik doktor kata hidung I ni tak patah! Wife you berani-beraninya tumbuk batang hidung I ni! I tak boleh terima langsung! Kenapa you diam aje dari tadi? Jawablah!” jerit Natasya.

“You boleh diam tak? Kenapa you masuk dalam wad ni? You tak nampak ke wife I masih tak sedarkan diri lagi? Tak habis-habis nak buat masalah,” marah Zayn Izrel, dengan nada suara direndahkan. Tangan Natasya terus ditarik keluar dari wad tersebut. Dia benar-benar hilang sabar dengan kekasihnya itu.

“Tengok hidung I ni.” Natasya menunjukkan hidungnya lagi pada Zayn Izrel.

Zayn Izrel tidak peduli. Dia tetap menarik Natasya keluar dari hospital tersebut. Mereka berdua terus sahaja beredar dari situ.

Kereta dipandu laju. Tidak sampai dalam 20 minit, kereta yang dipandu Zayn Izrel tiba di hadapan pintu pagar rumah milik Natasya.

“And now, you keluar dari kereta ni!” tengking Zayn Izrel.

Natasya tersentak. Dia ditengking? “You tengking I? You tak nampak ke hidung I ni?” Natasya masih menunjukkan hidungnya yang sudah berbalut dengan kain kasa. Tetapi Zayn Izrel daripada tadi, langsung tidak mengendahkan kesakitan yang dialaminya.

“You bernasib baik Darissa tak bagi you tendangan tau? I rasa kalau you kena tendangan dia, memang you akan koma. Kalau you tak nak jadi macam tu, lebih baik you jangan buat masalah. You faham tak?!”

“I buat masalah? Hei Zayn, you jangan ingat I akan diam? I akan buat report polis, sebab isteri you dah serang I!” Natasya menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada. Sungguh dia benar-benar berang.

“You nak buat report polis? Hey, my wife tak sedarkan diri lagi tau? You tak nampak ke dia terlantar atas katil tadi? You yang mulakan dulu. CCTV pun dah ada buktilah, yang menunjukkan you yang serang dia dulu.”

“You back-up isteri you tu, daripada I? Hey Zayn, I’m your first love!”

“I don’t care. Kenapa you suka cari masalah ha? Apa masalah you ni? I dah cakap, kan? You kena sabar. Tapi apa yang you dah buat? You ruined everything!”

“Oh, you nak salahkan I sekarang ni?”

“Ya, you memang bersalah dalam hal ni. Dan sekarang ni, apa yang I nak jawab pada keluarga I dan juga keluarga Darissa? I nak cakap pada dia orang, yang kekasih I ni, serang isteri dia sendiri?”

“Yes! You pergi aje cakap, I yang serang! You betul-betul dah berubah Zayn. You betul-betul dah berubah. I kecewa dengan you Zayn!”

“Oh, you cakap senanglah. Sebab I yang akan kena nanti. Dan I juga yang akan dipersalahkan, sebab masih berhubungan dengan you. Dan yang buat I tertanya-tanya, macam mana you boleh tahu rumah I? I tak pernah beritahu langsung dekat mana rumah I. You intip I ke?”

“Ya, I memang ekori you balik. And you’re my boyfriend. Dan you bakal jadi suami I juga! I rasa, tak ada masalah kalau I tahu tempat tinggal you.”

Zayn Izrel berang mendengar pengakuan Natasya tadi. “Get out! I tak nak cakap dengan you!”

“You halau I?”

“Yes! Sekarang ni, keluar!” jerit Zayn Izrel lagi. Dia tidak mahu berbalah dengan Natasya lagi. Sekarang ini bukan masanya. Dan dia benar-benar kecewa dengan apa yang telah dilakukan Natasya kepada Darissa. Dia benar-benar terkejut melihat CCTV yang ditunjuk Kak Ton tadi. Memang Natasya yang mulakan perbalahan dahulu.

Natasya menampar bahu Zayn Izrel dengan kuat. “I hate you Zayn! I hate you!” Dia terus sahaja berjalan keluar dari perut kereta dalam keadaan marah.

“Zayn? Zayn?” Danial berdiri di hadapan Zayn Izrel, sambil menepuk bahu rakannya itu.

Zayn Izrel tersedar daripada lamunan. Bayangan Natasya terus sahaja hilang. Wajah Darissa ditenung lama. Perlahan-lahan tangan isterinya diraih, lalu dikucup lembut.

“Kau sabar ajelah Zayn. Wife kau tak apa-apa tu.”

“Aku rasa bersalah pula dengan Darissa. Aku ni bodoh. Masih nak berhubung lagi dengan Natasya.”

“Itulah, aku dah nasihatkan kau. Beri tumpuan pada isteri kau ni. Dan bukannya pada Natasya.”

“Aku kecewa, dengan apa yang dah Natasya lakukan pada Darissa. Ini aku tak beritahu lagi pada keluarga aku dengan keluarga Darissa. Apa aku nak cakap pada dia orang?”

“Kau tak beritahu lagi?”

Zayn Izrel menggeleng.

“Kenapa kau tak beritahu?”

“Takkan aku nak beritahu, yang Darissa diserang oleh kekasih aku? Aku buntu Danial. Aku buntu.”

Dahi Darissa dipandang lama. Kata Danial, luka pada dahi Darissa tidak begitu dalam. Hanya 1 CM sahaja. Dan lukanya sudah siap dijahit. Cuma dia tidak mengerti, kenapa Darissa masih tidak sedarkan diri lagi?

Tiba-tiba jari jemari Darissa bergerak sedikit demi sedikit.

Zayn Izrel tersentak. Isterinya sudah sedar? “Baby?”

Danial turut memandang suami isteri itu.

Kedua-dua mata Darissa terbuka sedikit demi sedikit. Dia memandang lelaki yang sedang memegang erat tangannya ketika ini. Dengan pantas Darissa menepis.

“Baby, I tahu semua ini salah I. Maafkan I.” Zayn Izrel memujuk.

“Zayn, jangan terlalu menekan. Darissa masih sakit tu,” ujar Danial.

“Baby…” Zayn Izrel bersuara lembut. Dia mahu memujuk Darissa.

“Siapa baby? Excuse me? I bukan baby lagi. Dan I dah besar. But, who are you?”

Wajah Zayn Izrel di dalam kebingungan. Kenapa Darissa berkata seperti itu? Dia memandang Danial. Danial turut memandang Zayn Izrel dan Darissa silih berganti.

“Apa you cakap ni? You tak kenal I?” soal Zayn Izrel, sambil menarik tangan Darissa.

Darissa tetap menepis tangan Zayn Izrel, daripada menyentuh tangannya. “Of course I tak kenal you. You siapa? Mana boyfriend I, Farhan?”

“Riss, I’m your husband.”

“What? You husband I?”

“Yes, I’m your husband.”

“Argh, my head.” Darissa memegang kepalanya.

“Zayn you keluar sekejap. Biar I periksa wife you.”

Zayn Izrel terus sahaja bangun dari kerusi. Pada saat ini Darissa sedang memegang kepalanya, sambil menahan sakit. Zayn Izrel sudah semakin risau. Apa yang perlu dikatakan pada keluarganya dan juga keluarga Darissa? Adakah Darissa sebenarnya hilang ingatan?

 

KELUARGA Darissa dan keluarga Zayn Izrel sedang berdiri memandang Darissa yang sedang termenung ketika ini.

“Zayn, apa dah jadi sebenarnya?” Datuk Azlan mula bersuara.

Wajah Zayn Izrel sudah berpeluh-peluh ketika ini. Nak tak nak dia terpaksa memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka. Zayn Izrel sudah bersedia. Biarlah mereka membencinya. Lagi pun semua ini adalah salahnya. Zayn Izrel mahu membuka mulut untuk bersuara.

“Riss masih ingat, yang Riss jatuh tergelincir, dan dahi Riss terhantuk pada bucu meja makan.” Darissa tiba-tiba bersuara.

Zayn Izrel memandang Darissa.

“Sampai macam itu sekali? Ya Allah… sekelip mata perkara macam tu, boleh buat anak mummy hilang ingatan.” Datin Dahlia menuju ke arah Darissa. Tubuh anak perempuannya dipeluk dengan erat. Air matanya mula mengalir dengan laju.

“Mummy janganlah menangis.” Darissa menggosok belakang badan ibunya.

“Mummy sedih. Mummy tak sangka anak mummy boleh hilang ingatan sampai macam ini sekali.”

Datuk Zafar dan Datin Qasidah turut berasa sebak.

Zayn Izrel benar-benar terkejut dengan apa yang disampaikan Danial tadi. Isterinya telah hilang ingatan. Dan sekarang ini, Darissa memikirkan yang dirinya telah tergelincir, hingga menyebabkan dahinya terhantuk. Patutkah dia berasa lega?

“Mummy, mana Farhan?”

“Riss, Riss dah kahwin. Suami Riss, Zayn. Bukan Farhan.” Datuk Zafar mula bersuara, yang daripada tadi diam sahaja.

“Zayn?”

“Ya, I husband you baby.”  Zayn Izrel menghampiri Darissa.

“Mummy tengok ni. Lelaki ni, asyik panggil Riss baby aje. Tak sukalah. Riss bukannya budak-budak lagi.” Darissa memuncungkan bibirnya.

“Itukan panggilan manja.” Datin Dahlia memujuk.

“Tapi kenapa Riss tak kahwin dengan Farhan? Kenapa dengan dia ni pula Riss kahwin? Farhan ke mana? Dia hidup lagi ke? Jangan cakap dia dah meninggal dunia?” soal Darissa.

“Boyfriend you tu, dia dah curang dengan you,” ujar Zayn Izrel.

“Ya, betul tu Riss. Memang Farhan curang dengan Riss. Kalau Riss nak, abi boleh tunjuk gambar-gambar Farhan pada Riss,” ujar Datuk Azlan pula.

Darissa mula memegang kepalanya. “Tak, tak mungkin dia curang dengan Riss. Dia dah berjanji nak kahwin dengan Riss. Dia kata, dia tengah kumpul duit. Kenapa Riss kahwin dengan dia ni? Kenapa bukan dengan Farhan! I hate you abi! I hate you! Dan tak mungkin dengan mudah Riss, boleh terima lelaki lain untuk jadi suami Riss, tanpa sebab!”

Datuk Azlan sudah terdiam. Tak akan pula dia mahu memberitahu, yang Darissa diugut? Dan jawatan CEO akan diberikan kepada Nayla, jika Darissa tidak bersetuju?

“Argh!” Darissa menjerit, dengan kedua-dua tangannya masih memegang kepalanya.

Zayn Izrel terus sahaja memeluk tubuh Darissa dengan erat. “Riss… calm down. Calm down…”

Datuk Azlan sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi. Dia memandang wajah isterinya Datin Dahlia. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

 

HARI ini Darissa sudah dibenarkan keluar dari hospital. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari perut kereta milik Zayn Izrel. Di muka pintu, kelihatan ada seorang wanita yang sedang tersenyum memandangnya. Darissa terus menuju ke arah wanita itu.

“Siapa akak?” soal Darissa.

“Ini Kak Ton. Orang gaji Tuan Zayn.”

“Oh…”

“Mari masuk.”

Darissa mengangguk, lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Setelah itu dia menuju ke arah sofa, lalu punggungnya dilabuhkan.

Tidak lama itu, muncul Zayn Izrel yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah, sambil menjinjit beg pakaiannya.

“Kenapa tak naik ke bilik?” Zayn Izrel menuju ke arah Darissa, lalu punggungnya dilabuhkan di sebelah isterinya.

“Kak Ton tak tunjuk pun bilik dekat mana?”

“Bilik Riss berdepan dengan bilik Tuan Zayn aje.” Kak Ton menyampuk.

Zayn Izrel sudah menjegilkan matanya memandang Kak Ton. Kalau boleh, dia tidak mahu mengasingkan biliknya dengan Darissa.

Kak Ton terdiam. Sudah silap cakapkah dia?

“Oh, I tak satu bilik dengan you?”

Zayn Izrel terdiam seketika. Apa yang perlu dijawabnya?

“Kenapa I tak satu bilik dengan you? Bukan ke kita ni suami isteri?” soal Darissa lagi.

“Err… sebenarnya you yang tak nak satu bilik dengan I. Sebab itulah bilik kita asing. But, it’s okay, hari ini kita dah boleh satu bilik?”

“I yang nak asing bilik? Tapi kenapa?”

“Err, sebab you tak dapat terima hakikat yang you kahwin dengan I, dan bukannya dengan Farhan.”

“Oh, really? Okeylah, kalau you dah cakap macam itu, kita asing bilik ajelah. Ikut seperti sebelum ini.” Darissa mula bangun.

“Kak Ton, tunjukkan bilik saya dekat mana?”

“Baby, kita satu bilik ya? Jangan asing bilik.” Zayn Izrel meraih tangan Darissa.

Tangan Zayn Izrel ditepis. “Tak naklah. I sebenarnya masih terkejut, yang sebenarnya I dah kahwin dengan you. Bila difikirkan semula, elok kita asing bilik aje.”

“But...”

“Sudahlah. I penatlah. I nak rehat.” Darissa terus berjalan menuju ke anak tangga, sambil diekori Kak Ton di belakang.

Zayn Izrel hanya mampu melihat Darissa yang sudah melangkah meninggalkannya.

Awal-awal lagi Zayn Izrel sudah berpesan kepada Kak Ton, supaya tidak memberitahu perihal Natasya dan juga kejadian yang telah menimpa Darissa tempoh hari. Dia juga tidak mahu, keadaan Darissa bertambah teruk. Sudahlah isterinya hilang ingatan.

Darissa dan Kak Ton sudah menghilang daripada pandangannya. Keluhan berat dilepaskan. Maafkan I Darissa...

 

NATASYA menangis semahu-mahunya ketika ini. Zayn Izrel mahu memutuskan hubungan mereka berdua. Dan dia tidak dapat menerimanya.

“You tak boleh buat I macam ni Zayn!”

“Yes! I boleh buat macam tu! Lagi pun ini semua salah you!”

“Ya, I tahu semua salah I. Tapi you tak boleh putus dengan I. I, terlalu cintakan you Zayn. Apa yang I dah lakukan? Oh, god... I betul-betul menyesal Zayn!” Natasya menampar-nampar kedua-kedua pipinya sendiri. Semua ini memang salahnya. Dia juga turut terkejut, yang Darissa sudah hilang ingatan, sepertimana yang diberitahu Zayn Izrel tadi.

Zayn Izrel hanya merenung Natasya dengan pandangan yang kosong. Dia membiarkan sahaja, Natasya menampar wajahnya sendiri.

“I salah Zayn. Semuanya salah I... I mengaku. I boleh minta maaf pada Darissa Zayn. Kalau you nak, sekarang juga I pergi.”

“You jangan nak serabutkan kepala I lagi, dan jangan nak menambahkan masalah. You bernasib baik, yang Darissa fikirkan dia tergelincir. Kalau CCTV tu terlepas, memang I rasa you dah kena tangkap dengan pihak polis. You ingat, keluarga mentua I akan berdiam diri?”

Natasya mula berasa takut. “Zayn please... maafkan I.”

“You dengar sekali lagi ya? Mulai hari ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah! I tak nak lagi teruskan hubungan dengan you! I akan setia dengan isteri I untuk selama-lamanya. Tiada lagi nama you, di dalam hati I ni! Dan lagi satu, jangan berani-berani datang ke rumah I, kalau you tak nak I report polis. You faham tak?!” Tanpa menunggu lagi, Zayn Izrel terus melangkah meninggalkan Natasya.

Natasya tidak berputus asa. Dia terus mengejar Zayn Izrel. Kedua-dua kaki kekasihnya itu dipeluk dengan erat. “Jangan tinggalkan I Zayn. Jangan tinggalkan I. Sekali lagi I minta maaf. Lepas ni I tak buat perkara bodoh macam itu lagi. Tolong beri I peluang sekali aje lagi...”

“Peluang? Dah berapa kali peluang I bagi pada you? No, tak ada lagi peluang. Tolong lupakan I.”

“Tak, I tak boleh lupakan you!” Natasya menjerit. Dia tidak hiraukan jiran-jiran tertangga di situ.

Zayn Izrel menolak kedua-kedua tangan Natasya daripada memeluk kakinya. Natasya terus jatuh terduduk di atas tanah.

Laju sahaja Zayn Izrel melangkah masuk ke dalam perut kereta. Keretanya laju sahaja meluncur laju meninggalkan pekarangan kediaman milik Natasya.

Natasya meraung di situ. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Zayn Izrel sudah memutuskan hubungan mereka.

Pedal minyak ditekan kuat. Zayn Izrel tidak mahu lagi memandang ke belakang. Cukuplah. Dia tidak mahu memberi peluang kepada Natasya lagi. Dan dia juga benar-benar bernasib baik, yang keluarganya dan juga keluarga Darissa, tidak mengetahui perkara sebenar. Kalau tidak, pasti dia akan dipersalahkan.

Dalam 30 minit memandu, kereta milik Zayn Izrel tiba di pekarangan kediamannya. Dari dalam kereta dia melihat Darissa yang sedang termenung merenung langit. Dia terus sahaja melangkah keluar dari perut kereta, lalu menuju ke arah isterinya.

“Hai baby?” Zayn Izrel duduk menghadap Darissa.

“Suka sangat panggil baby, kenapa eh?”

“You memang suka I panggil you baby...”

“I suka?”

“Yup. Tak akan I nak tipu pula?”

“You pergi mana tadi?”

“Tadi? Err, I jumpa klien...”

“Malam-malam jumpa klien?” Darissa menjongketkan kening kirinya.

Zayn Izrel mengangguk. “Ni buat apa duduk dekat luar malam-malam macam ni? Sejuk ni. Takut nanti you demam pula.”

“Tengah tunggu Shopee Food hantar makan.”

“Shopee Food? Order apa?”

“Roti nan, dengan ayam tandori.”

“Sedapnya. Ada order lebih tak?”

“Tak. Hanya untuk I. Aik, you dah keluar jumpa klien tadi, tak akan tak makan?”

“Err, tak...”

Masing-masing diam membisu. Darissa memandang Zayn Izrel semula. “Hmm, Zayn. Kenapa I kahwin dengan you?”

“Kenapa you kahwin dengan I?”

“Ya, sebab apa?”

“Err, sebab pilihan keluarga?”

“Pilihan keluarga?”

“Yup. Kita dijodohkan oleh keluarga masing-masing.”

“I bercinta dengan Farhan sebelum ini. Dan you? Ada bercinta dengan siapa-siapa?” Tunak mata Darissa merenung Zayn Izrel.

“I? Hmm, ada. Tapi, I dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia dah.”

“Oh, iya ke? You tak sedih? Sebab tak dapat kahwin dengan dia?”

Zayn Izrel tersenyum kelat. “Dah tak ada jodoh, tak akan nak teruskan juga? Betul tak? Lagi pun I dah jadi suami orang dah.”

“Puan Darissa.” Pengawal keselamatan muncul, sambil menghantar makanan yang dipesan Darissa tadi.

“Oh, dah sampai ya makanan saya? Terima kasih.” Darissa bangun, sambil mengambil bungkusan daripada tangan pengawal keselamatan tersebut. Pengawal keselamatan terus sahaja berlalu pergi.

Darissa menjeling Zayn Izrel. Tiada jodoh? Puih!

“Err, I lapar,” ucap Zayn Izrel.

Darissa memandang Zayn Izrel dengan wajah malasnya. “Jomlah makan sekali.”

Zayn Izrel tersenyum lebar. Mereka berdua terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Setelah itu, Darissa meletakkan bungkusan di atas meja makan. Zayn Izrel laju sahaja menuju ke dapur mengambil pinggan dan juga cawan. Jug berisi air kosong turut dibawa.

“Kenapa muka macam tengah tahan marah aje? You tak sudi nak kongsi makanan dengan I ke?” Jug air diletakkan di atas meja.

“Tak adalah. Kepala ni, tiba-tiba aje sakit.”

“Ha? Sakit? Nak I call Danial ke?”

“No need. Kejap lagi okeylah ni.” Darissa duduk di kerusi, begitu juga dengan Zayn Izrel. Masing-masing duduk menghadap antara satu sama lain.

“I risau tengok you ni. Nak I picit kepala you ke?”

Darissa menggeleng perlahan.

Tiba-tiba sahaja tangan Darissa diraih, lalu dikucup lembut. Darissa tergamam, dengan perbuatan Zayn Izrel, yang secara spontan itu.

“Riss, I tahu kita tak pernah bercinta. Kita kahwin ni pun, sebab family kita yang jodohkan. Dan I harap, you beri I peluang. I akan cuba untuk jadi seorang suami yang baik untuk you. Dan Insya-Allah, I akan bimbing you untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Please, bagi I peluang Riss...” ucap Zayn Izrel dengan penuh keikhlasan. Dia sememangnya mahu memberikan tumpuan terhadap Darissa selepas ini. Dan dia tidak akan mensia-siakan isterinya itu.

Dasar jantan penipu! Tak guna! Masih berhubung dengan perempuan sial tu, setelah apa yang dia dah buat pada aku ni! Beri peluang? Jangan harap! Jerit hati kecil Darissa.

Dan dia juga tahu, yang Zayn Izrel sebenarnya tadi, bertemu dengan Natasya, dan bukanlah dengan klien seperti yang dikatakannya tadi.

;D

Share this novel

norsila
2023-06-25 17:35:17 

aduhhh blakon lak hilang ingatan..huuu..hahaha risa2 alaaa terima joo zyn tu..dah tk jadi dgn tasya tu..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience