DYT 28 - LELAKI YANG TERBAIK

Romance Series 522373

KAK ZANA muncul, sambil membawa segelas air oren, ke arah Darissa. “Puan, ni air.”

“Eh, kak. Terima kasih. Buat susah-susah aje.” Darissa menggapai gelas tersebut dari tangan Kak Zana. Tetapi matanya tidak lepas memandang gambar yang ada di dalam almari tersebut.

“Hmm, kak. Yang gambar dalam almari tu, Zayn, kan?”

“Oh, gambar tu? Ya, itu gambar Zayn. Kenapa?”

“Err, tak ada. Saje nak tahu. Nampak kurus.”

“Biasalah tu, gambar masa remaja. Kurus kering. Akak dulu pun fikir siapalah dalam gambar tu. Lepas Datin beritahu itu Zayn, barulah akak tahu.”

“Itulah, lain sangat dengan yang sekarang ni.”

Kak Zana ketawa. “Yang sekarang ni, nampak sasa, kan?”

Hampir sahaja air oren yang diminum Darissa, tersembur dari mulutnya. Sasa? Ya, tak dinafikan tubuh suaminya memang sasa. Alangkah bahagianya jika dapat dipeluk. Ah, rindunya dia pada suaminya itu. Tapi rindu suami ke, rindu pada tubuhnya?

Darissa terus sahaja menghabiskan baki air di dalam gelasnya ketika ini. Dia benar-benar berasa dahaga.

“Nak air lagi ke?”

“Tak nak dah. Dah hilang dah rasa dahaga ni.” Gelas dihulurkan kepada Kak Zana semula.

“Riss?” Datin Qasidah menuruni anak tangga satu persatu, dan menuju ke arah menantunya.

Kak Zana tersenyum, lalu melangkah ke dapur semula.

“Eh, mama. Maaflah. Dah lewat begini baru datang.” Darissa menuju ke arah ibu mentuanya, sambil tangannya dikucup lembut.

“Tak apa. Kenapa tak naik atas terus?”

“Nak rehat sekejap di bawah. Baru balik dari hospital uruskan jenazah staff. Badan ni kotor. Nanti tak pasal-pasal ada yang mengikut.”

“Isy, kamu ni. Meremang bulu roma mama.” Datin Qasidah menggosok kedua-kedua lengannya.

“Tapi kenapa Riss pula yang uruskan jenazah?” sambungnya lagi.

“Sebab family arwah dari Sabah. Jadi Riss bertanggungjawab untuk uruskan semuanya.”

“Sakit apa pula tu?”

“Tak sakit. Tapi kena langgar lari. Pemandu lori langgar arwah.” Darissa melepaskan sedikit keluhan kecil. Perlukah dia menceritakan apa yang sudah berlaku sebenarnya? Tetapi sebaiknya dirahsiakan terlebih dahulu. Dan dia juga tiada bukti jika mahu menuduh Nayla adalah dalangnya.

“Ya Allah, kena langgar lari? Habis tu, pemandu lori tu macam mana pula? Dah kena tangkap ke?”

“Meninggal dunia juga, lepas kena kejar dengan pihak polis.”

Datin Qasidah menggeleng, saat mendengarnya.

“Ni kenapa mama tak tidur lagi? Dah lewat dah ni. Mama pergilah tidur dulu.”

“Kejap lagi mama tidur. Hmm, Riss marahkan Zayn lagi ke?” soal Datin Qasidah tiba-tiba.

Darissa tersenyum kelat. “Nak kata marah tu, mestilah marah, kan? Cemburu? Mestilah cemburu juga, kan? Lebih-lebih lagi, suami sendiri lebih pertahankan bekas kekasih, daripada memikirkan perasaan seorang isteri ni.”

“Itulah, geram betul mama dengan Zayn tengah hari semalam. Lepas Riss keluar aje dari wad, Zayn cuba kejar Riss, tetapi dia terjatuh. Ha, padanlah muka Zayn tu juga. Balasan. Sebab tak jujur. Kalau mama di tempat Riss, mama memang buat benda yang sama. Geram aje tengok muka perempuan lalat tu. Pengacau rumah tangga orang.”

Darissa ketawa. Entah kenapa dia berasa kelakar mendengar kata-kata ibu mentuanya itu. “Hmm, lepas Riss keluar dari wad tu, Natasya masih stay lagi ke mama?”

“Tak. Dia dah kena halau dengan Zayn. Zayn cakap, jangan muncul-muncul depan dia lagi. Tapi tak tahulah, kut Natasya tu still berdegil lagi nak jumpa dengan Zayn juga. Mama harap, Natasya tu tahu malulah. Jangan dia tak tahu malu, masih nak mengganggu lagi? Kalau dia masih ganggu, mama sendiri akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia. Mama nak upah lawyer nanti.” Kembang-kempis hidung Datin Qasidah ketika ini.

“Insya-Allah. Harap-harap tak adalah lepas ni.”

“Sudahlah, pergilah naik atas. Tak tahulah Zayn dah tidur ke belum tu. Papa kamu dah tidur dah. Mengantuk sangat katanya.”

“Yalah, penatkan? Tak apalah, mama pergilah naik atas tidur. Esok-esok kita boleh berbual lagi.”

“Ha, yalah. Mama naik dulu ya? Good night.”

“Good night ma.”

Datin Qasidah terus sahaja melangkah naik ke biliknya. Darissa pula duduk di sofa semula, sambil memikirkan ayat yang perlu dikatakan pada Zayn Izrel sebentar lagi.

Matanya terus terarah pada gambar di dalam almari kaca tersebut.

Tak sangka, sebenarnya you lah lelaki yang dah selamatkan I 13 tahun lalu. I betul-betul tak sangka. Rupa-rupanya you dekat aje dengan I. Darissa tersenyum sendiri.

Tanpa menunggu lagi, Darissa terus menggapai beg pakaiannya, lalu dia melangkah menaiki anak tangga satu persatu. Harap-haraplah Zayn Izrel masih belum dibuai mimpi lagi.

Tiba sahaja di tingkat tiga, Darissa terus membelok ke kiri seperti yang dikatakan Kak Zana tadi.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk. Senyap.

Darissa perlahan-lahan memulas tombol pintu. Bilik Zayn Izrel sedikit suram, dan hanya diterangi dengan cahaya lampu tidur di sebelah katilnya.

Susuk tubuh Zayn Izrel yang tidak berbaju itu, dipandang seketika. Suaminya itu, sedang menyandarkan tubuh badannya pada kepala katil, dengan tangan kanannya yang masih diikat dengan kain anduh. Matanya juga terpejam rapat. Tidurkah dia? Ataupun berpura-pura tidur?

Tiba-tiba sahaja Darissa berasa sangat berdosa, kerana membiarkan suaminya menanggung kesakitan seorang diri. Sudahlah ditinggalkan begitu sahaja.

Beg pakaian diletakkan di atas lantai. Darissa mengatur langkah menuju ke arah Zayn Izrel, lalu punggungnya dilabuhkan di birai katil.

“Zayn? You dah tidur ke?”

Senyap.

“Zayn, I tahu you tak tidur lagi. We need to talk.” Darissa menyentuh peha suaminya.

Perlahan-lahan Zayn Izrel membuka matanya. Dia memandang Darissa sekilas, lalu pandangannya dihalakan ke arah jendela.

“Marahkan I ke?” soal Darissa, sambil mengukirkan sedikit senyuman.

“You tinggalkan I macam tu aje? I ni, bukan husband you ke?” Nada suara Zayn Izrel kedengaran merajuk.

“I minta maaf. Tapi, I ada perkara yang nak diselesaikan. I tahu, I tak patut tinggalkan you macam itu aje, tanpa keizinan daripada you. Tapi... dalam masa yang sama, I sakit hati.”

Zayn Izrel memandang Darissa semula. “So, disebabkan you sakit hati dengan I, you boleh suka-suka hati pergi macam itu aje? I rasa, I memang tak penting pun dalam hidup you, kan? You tak cintakan I pun sebenarnya, kan? I ni aje, yang bertepuk sebelah tangan.”

“Sekarang ni you nak cari salah I pula? Sepatutnya I yang patut marahkan you tau? Dan bukannya you? Sampai sekarang I masih lagi terluka dengan apa yang you dah buat sebelum ini. You tak jujur dengan I.”

“Seriously Darissa? Kita nak bincangkan benda yang dah lepas? Ya, memang salah I. I mengaku. Sebab I tak jujur dengan you. Tapi, kalau you berada di tempat I, you nak buat tak tahu aje ke? Lebih-lebih lagi, arwah dah anggap I ni macam anak dia sendiri. Dan I tak expect, yang Natasya datang juga ke hospital, walaupun I dah halang.”

“Ya, I tahu yang arwah anggap you macam anak dia. Tapi bila I kata, yang I nak ikut you, why you tak nak bawa I sekali? Kenapa nak sorokkan daripada I? Dan yang buat I terluka, you halang I daripada serang dia.”

“Sebab I tak nak Natasya ambil tindakan undang-undang terhadap you. Kalau I biarkan, dah tentu-tentu you pukul dia, sampai lunyai. I know it. Sebab tu I halang, and I tak nak apa-apa terjadi pada you. You ingat I tak fikir ke? Semuanya I fikir. That’s why I halang. Dan bukannya sebab I masih cintakan dia. Perasaan tu pun, dah lama tak ada,” jelas Zayn Izrel panjang lebar. Dia mahu Darissa memahami apa yang dimaksudkannya.

“Okey, alasan you sebab tak nak terjadi apa-apa pada I kan? Baik, I terima alasan you tu. Dan sekarang ni I nak tanya lagi, why you peluk dia masa di hospital tempoh hari? You dengan dia bukan mahram pun. You tahukan tu?”

“Ya, I tahu. Memang I salah. I mengaku. Masa tu, I memang tak sedar. Mungkin sebab sebelum ni, I dah terbiasa peluk dia... sampaikan halal dan haram I langsung tak fikir. I tahu, you mesti terluka dengan kata-kata I ni.” Zayn Izrel terdiam seketika.

“Tapi percayalah, I tak buat lebih daripada tu, walaupun kiss. Dan you lah wanita pertama yang I kiss. But I know, you mesti tak akan percaya dengan kata-kata I ni, walaupun I akan jelaskan seberapa banyak pun, you tetap tak akan percaya. Dan mungkin juga, you akan bencikan I,” sambungnya lagi.

“You cintakan I?” soal Darissa tiba-tiba.

“Of course I cintakan you, seluruh jiwa dan raga I untuk you. Tapi I tahu, kepercayaan you terhadap I, dah semakin pudar sekarang ni, kan?”

Darissa terdiam seketika. Adakah kepercayaannya terhadap Zayn Izrel sudah semakin pudar?

“You pun dah diam. I dah tahu dah jawapannya. Lagipun you dah cakap sebelum ini, yang you tak cintakan I, kan? Dan you juga berpura-pura cintakan I. Kenapa you masih nak bertanyakan soalan kepada I lagi? Semuanya dah tak ada makna. Tunggu masa sahaja menanti belah.” Zayn Izrel terus merebahkan kepalanya di atas bantal. Dia tahu, perkahwinan mereka tidak akan kekal seperti yang diangankan. Pandangannya terus sahaja dihalakan ke arah lain.

Darissa bangun dari birai katil, lalu berdiri di sisi Zayn Izrel. “Zayn...”

Zayn Izrel memandang Darissa semula.

“I love you so much Zayn, with all my heart... I tak nak siapa-siapa ganggu rumah tangga kita lagi. I nak lepas ni, kita hidup bahagia, seperti pasangan yang lain. Ampunkan I Zayn. Ampunkan segala-gala dosa I terhadap you,” ucap Darissa ikhlas. Sesungguhnya dia terlalu mencintai lelaki itu. Tangan kanan suaminya dikucup perlahan.

Zayn Izrel sedikit terkejut. Tidak salah dengarkah dia? Bukankah tadi, Darissa senyap tidak berkata apa?

“You cakap apa tadi?”

“Ampunkan I... I tahu, I tak jalankan tanggungjawab I sebagai seorang isteri. I berdosa dengan you.”

“Tak, you tak berdosa pun dengan I. I yang berdosa dengan you. I tak jujur dengan you...” Zayn Izrel bangun dari pembaringan, lalu memandang Darissa.

“Sekarang ni, kita lupakan perkara yang lama, dan kita buka lembaran baru. Cuma I tertanya-tanya, tentang kata-kata you tempoh hari,” sambungnya lagi.

“Kata-kata I?”

“You kata, you berpura-pura cintakan I. Kenapa you cakap macam tu?”

“Sebenarnya I tipu you. Sebab masa tu I terluka. Dan I pula tak fikir panjang, sehinggakan I terfikir nak cakap macam tu.”

“Jadi, sebenarnya bukan nak tinggalkan I?”

Darissa menggeleng perlahan. “Tak. Sebab I dah jatuh cinta dengan you. Macam mana I nak tinggalkan you? Awalnya I memang terfikir nak undur diri. Tapi, you dah jadi suami I. You hak I. kenapa I nak kena undur diri pula? Takkan I nak mengalah? Dan serahkan you pada Natasya macam itu aje?”

Dada Zayn Izrel berasa sebak. Tetapi dalam masa yang sama, dia berasa gembira mendengarnya.

“You adalah lelaki yang terbaik untuk I. Mana mungkin I lepaskan you? Dari hari pertama kita bersama, I dah mula jatuh cinta. Masa tu, I dah serahkan seluruh jiwa dan raga I pada you.”

Darissa tersenyum. Tangan kanannya mula mengusap lembut pipi Zayn Izrel. Tanpa amaran, dia terus sahaja memagut bibir suaminya itu, lalu dikucup dengan penuh hangat.

Zayn Izrel benar-benar tidak menduga yang Darissa mahu mengucupnya. Dengan pantas dia membalas kucupan bibir isterinya itu. Sungguh dia rindukan kucupan dan saat mereka bersama.

Hampir lima minit mereka berkucupan, Darissa terus sahaja melepaskan tautan bibirnya. “I want you so badly... but...”

“Then, why stop?” Zayn Izrel mula menyoal. Kenapa tiba-tiba sahaja berhenti? Dan sebenarnya nafsunya sudah mula melonjak naik. Mana mungkin dihentikan begitu sahaja?

“Tangan you... tak sembuh lagi. Tak naklah nanti, terlanggar tangan you pula. Dengan pakai kain anduh lagi. Tak naklah.”

“Tapi I nak...” Zayn Izrel sudah mula merayu.

“Kena tahanlah okey? Puasa dulu tau?”

“Alah...”

Darissa tersenyum. “I janji, lepas you dah sembuh, kita on okey?”

Zayn Izrel berdecit perlahan. “Hmm, okey.”

“I nak mandi dulu.”

“Jangan lama sangat mandi... I nak ikut mandi juga,” rengeknya seakan budak kecil.

“Nak ikut mandi? Kalau nak ikut, kena buat benda lain juga. Takkan mandi aje?” Darissa mula mengusik.

“I don’t mind.” Zayn Izrel sudah bangun dari katil.

Darissa tersenyum, sambil mengambil tuala dari beg pakaiannya. “Nantilah  kita mandi sama ya?”

“Alah...”

Darissa tidak peduli, dengan rengekan suaminya. Dia terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Zayn Izrel tersenyum, lalu merebahkan semula badannya di atas katil. Aku tak akan sia-siakan Darissa. Aku janji. Dan aku tak akan buatkan Darissa hilang kepercayaan kepada aku lagi.

 

NAYLA berdiri di tepi gaung pada ketika ini. Waktu pula, sudah menghampiri pukul 3 pagi. Gila! 3 pagi dia boleh berada di tempat sebegini? Sememangnya dia seorang sahaja di situ. Walaubagaimanapun dia tidak pernah berasa takut. Kenapa dia perlu takut? Sejak ibu bapanya meninggal dunia, rasa takut tidak pernah ada dalam dirinya. Dia juga tidak tahu kenapa.

Telefon bimbit milik Tini yang dicurinya, dikeluarkan dari kocek seluar. Bahagian rekod dicarinya, lalu butang main ditekan.

“Kenapa kau nak aku berhenti juga? Aku dah cakapkan, yang aku tak akan berhenti? Dan aku akan beritahu pada Datuk Azlan, yang kau dah makan duit syarikat, hampir 100 ribu! Ingat aku akan diam?” Suara Tini mula kedengaran dicorong telefon bimbit, yang dipegang Nayla ketika ini.

“Mana kau tahu aku makan duit syarikat?” Nayla mula bersuara.

Tini ketawa. “Sebab kau guna buku cek syarikat ni, dan kau dah palsukan tandatangan Datuk Azlan. Ini buku cek syarikat. Macam mana kau boleh ambil? Dan setiap pengeluaran wang, dan nama penerima diletakkan di atas nama kau. Itu ibarat kau dah mencuri duit syarikat. Patutlah aku cari tak jumpa. Kalau aku tak perasan ada dalam beg tangan kau ni, aku takkan tahu langsung. Inilah motif kau ya? Minta ditukarkan ke bahagian akaun?”

Nayla ketawa. “Kau tu bodoh. Kenapa simpan buku cek merata-rata? Kiranya kau lalailah.”

“Aku lalai? Hei Nayla, buku cek ni aku simpan dalam almari berkunci. Macam mana kau boleh ambil?”

“Ops, aku curilah. Apa lagi? So sekarang ni kau nak buat apa? Nak beritahu bapa angkat aku?”

Nayla terus sahaja mematikan rakaman, yang terakam di dalam telefon bimbit milik Tini. Ya, Tini sudah merakam perbualan di antara mereka berdua, pada dua hari yang lepas. Dan dia juga, telah mengupah budaknya untuk melanggar Tini, saat Tini mahu berjumpa dengan Hani. Dan telefon bimbit tersebut sempat diambil, saat wanita itu singgah di sebuah masjid.

“Bodoh betul kau ni Tini. Ada ke patut, bukti disimpan di dalam handphone? Betul-betul bodoh. Dan yang bodohnya, kau beritahu aku pula, yang kau dah rakam suara aku? Kalau kau tak beritahu aku, mesti aku takkan tahu. Dan bukti ni juga, pasti akan buatkan aku tertangkap.” Nayla ketawa kuat. Suaranya mula bergema di situ.

Tukul besi terus diambil dari dalam keretanya, lalu telefon bimbit milik Tini diletakkan di atas jalan.

Nayla terus sahaja mengayunkan tukul besi yang dipegangnya ketika ini, lalu dihentakkan beberapa kali ke arah telefon bimbit tersebut, sehingga hancur.

Setelah telefon bimbit itu hancur, Nayla terus sahaja mengambilnya, lalu dicampakkan ke dalam gaung di hadapannya.

“Yes, done! Happy, happy, happy. Happy, happy, happy, happy.” Nayla menyanyi kecil, lalu melangkah masuk ke dalam perut keretanya. Setelah itu, kereta yang dipandunya meluncur laju meninggalkan kawasan gaung tersebut.

 

ZAYN IZREL terus memberi salam. Dan diikuti Darissa. Setelah itu, Darissa menarik tangan kanannya yang masih diikat kain anduh, lalu dikucup lembut.

“Agak-agak lama tak nak baik tangan ni?” soal Zayn Izrel, sambil menanggalkan songkok di kepalanya.

“Mungkin sebulan?” teka Darissa.

“Sebulan? Seriuslah? Alah, sebulanlah ular tedung tak beraksi?”

Darissa terus menampar bahu Zayn Izrel. “Gelilah dengar ular tedung. Tak ada nama lain ke?”

“Nak nama apa?”

Darissa tersenyum sambil menggeleng perlahan. “You ni kan, kalau tak cakap benda-benda macam tu, memang tak sah kan?”

“Alah, cakap aje you nak, kan? Boleh tahan ke sebulan tak dapat?”

“Kalau nak diikutkan memang tak dapat nak menahan. Lebih-lebih lagi, kalau you tak berbaju. Rasa nak cium-cium aje dada bidang you tu.” Darissa sudah tersenyum menggoda. Dia terus sahaja bangun, lalu menanggalkan telekungnya.

“But, I want you baby... tak boleh tahan sangat, kalau macam ni.” Zayn Izrel bangun lalu, berdiri di belakang Darissa. Dagunya berpaut pada bahu isterinya itu. Sengaja dia mahu menggoda. Manalah tahu, kalau tiba-tiba dapat?

“Tak bolehlah. You tak sihat lagi. Sudahlah, you pergilah rehat.”

“Alah, you nak mengelaklah tu.”

“Mana ada mengelak. Dah pukul 6.30 pagi dah ni. I nak turun ke bawah. Nak tolong apa yang patut.”

“You nak tinggalkan I ke ni?”

“I turun bawah aje.” Darissa sudah menuju ke muka pintu.

“Hmm, yalah.” Lemah sahaja suara Zayn Izrel saat ini, lalu dia duduk di birai katil.

Darissa berpusing memandang Zayn Izrel semula. “You, kalau I nak tanya sikit boleh tak?”

Zayn Izrel mengangkat wajahnya memandang Darissa. “You nak tanya apa?”

“Err, you pernah tolong seorang remaja perempuan lemas dulu, kan? Mungkin masa tu, umur you dalam 18 tahun?”

Zayn Izrel memandang Darissa lama, sambil memikirkan peristiwa lalu. “Wait...”

Darissa sudah tersenyum ketika ini.

“You? You remaja perempuan tu?”

Darissa mengangguk. “Ya, I la budak remaja yang lemas 13 tahun lalu di Air Terjun Hulu Langat. Dan you lah, lelaki yang dah selamatkan I.”

Share this novel

Hawani Hashim
2023-08-10 17:49:28 

Sambung lagi sis

Mermaid_
2023-08-09 18:24:01 

arrrghhhh sawitttt! sisss smbung pleasee. i tak lena tidur tunggu sambungan


NovelPlus Premium

The best ads free experience