DYT 30 - SIASAT

Romance Series 522373

DARISSA, Datin Qasidah dan juga Datuk Zafar, sedang duduk di ruang menunggu. Dari tadi, Darissa hanya menundukkan sahaja wajahnya. Dia benar-benar malu, saat dirinya dan Zayn Izrel ditegur ibu mentuanya itu tadi.

“Rasanya lambat lagi nak baik tangan Zayn tu.” Datuk Zafar bersuara.

“Nampak gayanya macam itulah,” balas Datin Qasidah.

“Macam mana boleh terlanggar almari? Tak buka lampu ke apa?” soal Datuk Zafar lagi.

“Manalah saya tahu. Dah dia nak langgar almari.”

Darissa di sebelah, tidak menjawab. Malah dia menundukkan wajahnya sahaja.

Tidak lama itu, Zayn Izrel dan juga Danial muncul di hadapan mereka bertiga.

“Ha, macam mana?” soal Datuk Zafar.

“Macam ni Datuk, Zayn punya tangan bengkak sikitlah. Dah masuk angin. Tekanan pada tangan dia ni terlalu kuat. Jadi, lama lagilah dia kena pakai kain anduh ni.”

“Kuat sangat ke kamu langgar almari tadi? Jalan menonong macam itu aje? Dah tahu tangan tu sakit,” bebel Datuk Zafar.

“Mana nak tahu, nak langgar almari.” Zayn Izrel melirik ke arah Darissa. Wajah isterinya itu kelihatan kemerahan.

“Okeylah, jom balik,” sambung Zayn Izrel lagi.

Datuk Zafar menggeleng perlahan.

“Okey Danial. Balik dulu. Nanti senang-senang datanglah rumah. Kita borak-borak.”

“Insya-Allah. Nanti aku datang.” Danial melemparkan sedikit senyuman kepada mereka.

“Baby. Tolong I. Susah nak jalan ni,” rengek Zayn Izrel.

Sekali lagi Darissa berasa malu di hadapan mereka semua. Sudahlah kejadian pagi tadi, masih belum hilang rasa malunya.

“Apa kena dengan kamu ni? Yang sakitnya tangan, bukannya kaki,” ujar Datin Qasidah.

“Alah mama ni. Sekali sekala nak bermanja dengan Riss pun tak boleh.” Zayn Izrel memuncungkan bibirnya. Dalam masa yang sama dia berasa sedikit kesal. Kenapalah dia tidak penyabar? Sedangkan dia sudah tahu, yang tangannya tidak berapa baik lagi.

Ting! Ting!

Kedengaran bunyi telefon bimbit Darissa ketika ini. “Wait. Nak jawab call sekejap.” Darissa terus menjauhkan dirinya sedikit daripada mereka semua. Panggilan tersebut terus sahaja dijawab.

“Hello Hani.”

“Hello Riss, I dah settled semuanya. Dia orang dah belepas tadi.”

“Oh, baguslah. Jadi, ada apa-apa family arwah katakan?”

“Dia orang ucapkan terima kasih kepada you. Dan dia orang juga minta kematian Tini terbela.”

“Insya-Allah. I akan cuba selesaikan secepat yang mungkin. Tak mungkin I biarkan kematian Tini, sia-sia begitu sahaja. You dapatkan secepat yang mungkin nombor telefon private investigator yang I nak tu.”

“Baik.  I akan cuba cari secepat yang mungkin. Apa-apa hal nanti, I akan inform pada you semula.”

“Okey Hani. Thanks.” Darissa terus sahaja mematikan talian. Setelah itu, dia menuju ke arah mereka semula.

“Siapa call?” soal Zayn Izrel.

“Hani. Mana papa dengan mama?”

“Dia orang turun dulu,” balas Zayn Izrel.

“Aku kesian pula dengan Hani tu. Trauma dia masih belum hilang lagi.” Danial bersuara.

“Aku pun baru tahu kejadian semalam, lepas Riss cerita pagi tadi. Kalau tak, memang merajuk lamalah aku. Tahu-tahu aje, dah balik KL wife aku ni.” Hidung mancung Darissa dicuit perlahan.

“Siapa suruh you melayan Natasya? Dan puncanya juga, daripada Danial juga tau? Gatal tangan pergi bagi nombor baru you tu, pada Natasya kenapa?” Darissa menyilangkan kedua-kedua tangannya ke dada.

Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Sorry la. Dia nak minta tolong sangat. Itu yang terpaksa bagi nombor phone Zayn.”

“Eh, Danial. Itu nombor baru tau? Boleh-boleh pula you bagi?”

“Alah, baby janganlah macam ni. Takkan  nak marah lagi kut? I dah tak ada apa-apa dengan Natasya dah. And I know, you cemburu, kan?” Zayn Izrel sudah tersengih.

“Eh, itu soalan ke apa? Of course I cemburu. Jangan berani-berani you buat hal lagi ya? Lepas ni kalau I dengar pasal Natasya lagi, tangan you, I patahkan terus. And you Danial, kalau you beritahu Natasya pasal Zayn lagi, I takkan teragak-agak bagi you satu tumbukan. I tak main-main tahu? I’m serious.”

Danial menelan liur.

“Kau jangan main-main dengan wife aku tau? Dia ada tali pinggang hitam.” Zayn Izrel memberi amaran.

Danial mengangkat tangan kanannya. “I janji, I takkan beritahu apa-apa pada Natasya lagi. Dan I akan block nombor dia, demi Hani.”

Kedua-kedua kening Darissa bertaut rapat. “Apa? Demi Hani? Ha, sebut pasal Hani, you dengan dia dah bercinta ke?”

“Err, tak... tapi dalam fasa nak mencuba.”

“Good luck to you. You jangan nak main-main pula tau?”

“Insya-Allah tak.” Danial tersenyum.

“Dah you, jom balik. Bising nanti mama dengan papa.”

“Okey Danial, aku balik dulu. Thanks sekali lagi.”

Danial mengangguk sambil tersenyum. Ya, dia tidak akan mempermainkan Hani. Entah kenapa, hatinya sudah terpaut pada wanita itu.

 

KEESOKAN harinya, mereka berdua pulang ke kediaman milik Zayn Izrel. Pada awalnya Datin Qasidah menghalang, tetapi Zayn Izrel bertegas untuk pulang. Dia tidak betah berlama di kediaman keluarganya. Baginya, tiada privasi. Nak bekejaran dengan isterinya pun tidak boleh. Bak kata orang nak bermanja.

Darissa meletakkan beg pakaian di atas sofa. Dia melihat Kak Ton, sudah pun menyiapkan makan tengah hari untuk mereka berdua.

“Ngam-ngam Tuan Zayn dan Puan Riss  sampai, akak dah siap masak pun.”

“Terima kasih kak. Zayn ni ha, nak balik sangat ke sini. Tak nak duduk rumah keluarga dia katanya.”

“Alah, betullah. Takkan nak duduk lama-lama dekat sana pula?”

“Tangan tu macam mana? Berapa lama Tuan Zayn perlu pakai kain anduh tu?” soal Kak Ton, sambil mencedok nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan.

“Lama juga. Dalam sebulan. Sebab dah makin bengkak.”

“Aik, macam mana boleh bengkak pula tu?”

“Terlanggar almari,” jawab Zayn Izrel bersahaja.

Darissa pula mencebik.

Kak Ton menggeleng. “Kena hati-hatilah lepas ni. Bengkak tangan ni, tak boleh buat main-main. Takut masuk angin, lagi lambatlah nak baik.”

“Ya betul tu kak. Zayn ni memang, tak hati-hati langsung kalau berjalan.”

“Aik? I pula. Siapa yang tindih I masa tu?”

Darissa membulatkan matanya. Zayn Izrel memang sengaja nak malukannya di hadapan Kak Ton.

Zayn Izrel tersengih. Kak Ton yang tidak mengerti, hanya tersenyum sahaja.

Darissa mula membantu Zayn Izrel untuk menjamah makanan.

“Tak payahlah suap I. Kesian pula you. Dari semalam asyik suap I makan aje.”

“Tangan kanan you tu kan, tak boleh nak angkat. Macam mana you nak makan?”

“Tangan kiri ada ni. Pakai sudu, kan?”

“Macam mana you nak cubit lauk tu pula? Sudah, I suapkan.”

“Thanks baby... ini yang buat I makin sayang.”

Darissa melemparkan sedikit senyuman kepada suaminya itu.

Kak Ton yang mendengar, sudah termalu sendiri. Dia terus sahaja melangkah ke dapur, dan membiarkan pasangan itu makan bersama-sama.

Seronok aku tengok dia orang berdua tu. Dan mula terima antara satu sama lain.  Kalau tidak sebelum ini, ada sahaja tidak kena. Bisik Kak Ton sendiri.

 

Seminggu kemudian...

TERKEBIL-KEBIL mata Darissa saat ini melihat Zayn Izrel yang sudah pun mengenakan baju kemeja dan juga berseluar slack hitam.

“Eh, you nak pergi mana?”

“I nak kena pergi kerja ni. I mungkin balik lambat.”

“Tapi tangan you tak okey lagi. Macam mana you nak pergi kerja?”

“Tak bolehlah. Dah seminggu I tak masuk kerja. Rasanya kerja dah menimbun dah tu.”

“Tangan you tak okey lagi tu Zayn. Nanti takut bengkak lagi.” Darissa tidak bersetuju.

“Tapi I bosanlah duduk rumah. You pun pergi kerja. Nak bermanja pun tak boleh. Dengan you pula period. Eh, sekejap. You dah habis period, kan?” Mata Zayn Izrel sudah bersinar-sinar.

“Aip... Apa tu? Dengan tangan masih tak okey, lagi tak sedar diri. Takkan nak bermanja pula? Nanti langgar tangan you semula macam mana? Nanti tak pasal-pasal I pula yang dipersalahkan.”

Tangan kiri Zayn Izrel terus merangkul pinggang Darissa, lalu dibawa ke dalam dakapannya.

“I missed so much baby... lamanya nak kena tahan. Tak boleh ke, kalau kita bersama dalam keadaan tenang dan slow?”

Darissa terus sahaja menolak tubuh Zayn Izrel. “Tak ada tenang dan slow. Nanti lama-lama tak sedar diri pula.”

“Aik? I ke, atau you yang tak sedar diri nanti?”

Wajah Darissa merona merah. “Sudah, kalau you nak pergi kerja juga, I hantar you la.”

“No need. Driver datang ambil I.”

“Amboi. Ada driver?”

“Of course. Ni, tolong pakaikan tali leher I kejap.”

Darissa mengambil tali leher daripada tangan Zayn Izrel, lalu tangannya ligat mengikat tali leher suaminya itu pada kolar bajunya.

Chup!

Zayn Izrel laju sahaja memberikan satu ciuman pada bibir Darissa.

“Tak apalah kalau tak dapat yang itu. Dapat kiss pun jadi la.”

Darissa ketawa kecil. “Macam-macamlah you ni.”

 

TEPAT pukul 1.30 minit tengah hari, Darissa dan Hani, selesai berjumpa dengan penyiasat persendirian, seperti yang diminta Darissa tempoh hari.

Dan wang pendahuluan sebanyak 10 ribu sudah pun dibayar kepada penyiasat persendirian tersebut. Dan bayaran selebihnya akan dibayar setelah siasatan selesai dilakukan.

“Saya akan contact dengan puan semula, selepas saya dapatkan butir-butir tentang Cik Nayla.”

“Baik. I tak nak, you menyiasat ala kadar sahaja. Kalau boleh, I nak tahu semuanya.”

Penyiasat persendirian tersebut mengangguk. Setelah itu, lelaki tersebut terus melangkah pergi meninggalkan Darissa dan juga Hani.

“I harap, private investigator tu cepat-cepat dapatkan butir kesemuanya tentang Nayla. I memang tak sedap hati langsung.”

“You tak sedap hati. I ni? Lagilah tak tenang dibuatnya. I bukan apa, I takut kalau mangsa seterusnya adalah I.”

“Kenapa you cakap macam tu?”

“Yalah, Tini meninggal sebab dilanggar lari. Dan sekarang ni, bukti tu I tak dapat. Dan I takut, kalau riwayat I juga akan ditamatkan sepertimana arwah Tini.”

Darissa terus menarik kedua-kedua tangan Hani. “You cakap macam tu, I jadi semakin risau. Tak pun macam ni, I upah bodyguard untuk you nak?”

“Kenapa nak upah bodyguard pula?”

“Yalah, untuk lindungi you.”

“No need.”

“Kenapa pula?”

“I... hmm...”

“Kenapa?”

“I dengan Danial dah bercinta.”

“What?”

Hani mengangguk. “Dan dua minggu lagi, keluarga Danial akan datang masuk meminang I. Dan seterusnya kami akan melangsungkan pertunangan.”

“Seriously Hani?!”

Hani tersenyum.

 “Wah, tahniah.” Darissa memeluk Hani. Dia benar-benar tidak menyangkakan yang Hani bakal bertunang dengan Danial.

“I pun tak sangka, jodoh I secepat ini. I harap, lepas I berkahwin dengan Danial, I dah ada pelindung I. Mungkin kami tak bertunang lama. Dan Danial kata, nak bertunang sebulan aje.”

“Insya-Allah. Semoga you sentiasa dilindungi. Dan sekarang ni, kita tunggu aje private investigator tu siasat Nayla. Lagi cepat lagi baik. Lagi senang kita tahu, siapa dalangnya.”

Hani mengangguk. Sebenarnya dia juga takut. Takut jika dirinya bakal dibunuh, sepertimana arwah Tini mati. Dan seperti di dalam pemikirannya dan juga pemikiran Darissa, pasti dalangnya adalah Nayla.

 

 
PETANG itu Darissa pulang dalam keadaan kepenatan. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Kak Ton pula, sudah pun pulang. Manakala Zayn Izrel, masih belum pulang daripada pejabat.

Usai solat maghrib, Darissa terus melangkah turun ke bawah, dengan hanya mengenakan bikini hitam. Entah kenapa dia terasa mahu berenang. Lebih-lebih lagi, sudah sebulan dia tidak melakukan aktiviti seperti itu.

Tidak menunggu lagi, Darissa terus sahaja melompat ke dalam kolam renang di hadapannya. Kalaulah dia dapat berenang bersama-sama dengan Zayn Izrel, alangkah bahagianya.

Dia benar-benar rindukan belaian daripada suaminya itu. Tetapi apakan daya, tangan suaminya masih belum sembuh lagi. Nak tak nak, dia terpaksa memendam rasa.

Darissa berenang ke tengah, sambil menelentangkan tubuh badannya di atas permukaan air. Badannya mula terapung, lalu dia memejamkan matanya.  Bermacam-macam yang difikirkannya ketika ini. Yang paling dia fikirkan adalah Nayla. Kenapalah dia bodoh tidak memberitahu kepada bapanya, yang dirinya pernah ditolak oleh wanita itu? Kenapa dia merahsiakannya?

Aku tahu, kau Nayla. Pasti kau. Apa yang kau cuba rancangkan sebenarnya? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Dan macam mana abi boleh terfikir nak ambil kau jadi sebahagian dalam keluarga aku? Ataupun aku tanya abi sahaja? Darissa terus sahaja membuka matanya. Ya, dia perlu bertanyakan pada bapanya tentang hal itu.

Tiba-tiba sahaja dia terkejut melihat Zayn Izrel yang sudah berdiri di tepi.

“Eh, Zayn. Bila you balik?”

“You memang sengaja nak goda I, kan?”

“Ha?”

“Why you pakai sexy macam ni?”

“Alah, I boringlah. Sebab itulah I turun berenang. Nak join tak?” Darissa sengaja mahu mengusik.

“Mentang-mentanglah tangan I macam ni. You betul-betul seksa batin I.”

“Aik? I seksa batin you? So... nak I buat apa Zayn Izrel Datuk Zafar?” Darissa sudah tersenyum nakal. Dia terus berenang ke anak tangga kolam, lalu memanjat anak tangga tersebut, satu persatu. Setelah itu, dia melangkah ke arah Zayn Izrel yang masih berdiri di tepi kolam renang.

Tangan kiri Zayn Izrel ditarik, lalu dibawa ke pinggangnya. Zayn Izrel tersenyum, lalu merapatkan dadanya pada dada Darissa.

“I missed you so much...” Darissa berbisik di telinga Zayn Izrel, sambil kedua-kedua tangannya memeluk erat tubuh suaminya itu.

“Baby... I missed you too. Slow-slow tak apa, kan?”

Darissa menggigit bibir. “Kalau terkasar macam mana?”

“It won’t happen.”

“But...”

“Baby please. I want you... mana boleh tunggu, sampai tangan ni sembuh? I can’t... nanti I asyik angau aje.” Zayn Izrel terus sahaja mengucup leher Darissa dengan penuh nafsu.

Darissa mendesah perlahan, saat bibir Zayn Izrel hinggap pada lehernya. Dan dia mula tidak keruan, lalu dia menjarakkan tubuhnya daripada suaminya itu.

“Baby...”

Darissa berdecit perlahan. Perlukah dia bersetuju sahaja? Wajah Zayn Izrel sudah berubah muram. Darissa melihat butang baju suaminya yang terbuka sedikit, hingga menampakkan dada bidangnya. Sekali lagi bibirnya digigit. Tanpa menunggu dia terus menarik tangan kiri Zayn Izrel.

“We make it slow okay?”

Zayn Izrel mengangguk, sambil tersenyum lebar. Laju sahaja mereka berdua menaiki anak tangga menuju ke bilik.

 

DARISSA tersenyum sendiri. Malam tadi, hampir sahaja tubuhnya menekan tangan Zayn Izrel saat mereka bersama. Nasib baiklah dia cepat-cepat tersedar. Kalau tidak, lagi lambatlah tangan Zayn Izrel akan sembuh. Dan yang paling dia risau, dia takut dimarahi oleh ibu mentuanya nanti, jika apa-apa terjadi pada tangan anak lelakinya.

“Oi! Senyum apa? Dari tadi, I cakap sorang-sorang aje tau?” Hani menggeleng melihat Darissa yang tersenyum seorang diri.

“Ha? Apa dia?”

“Kenapa? Apa yang happy sangat?”

“Isy, mana ada apa-apa.”

“Eh, I nak ke ladies room kejap. You tunggu sini tau? Jangan bayar lagi. Biar I bayar okey?”

Darissa mengangguk. Hani laju sahaja bangun dari kerusi, dan menuju ke tandas.

Manakala Darissa memandang pelanggan restoran yang sedang menjamu selera ketika ini.

“Riss.”

Darissa terkejut melihat Farhan di hadapannya.

“You buat apa dekat sini?”

“Susah sangat I nak jumpa you. Beberapa kali juga I ke office you, tapi you selalu keluar. Dan nasib baiklah, I jumpa you dekat sini. Nombor I pun, you dah blocked.”

“Memang I blocked nombor you. Sebab I tak nak berhubung dengan you lagi. Farhan please, jangan ganggu I lagi. I dah bersuami. Kita bawalah haluan kita masing-masing. Kita dah memang tak ada jodoh dah.”

“Riss, I datang ni bukannya sebab I nak ganggu rumah tangga you. Tak pun. I tahu, kita dah tak ada jodoh. Dan I dah redha dah. Tapi I datang jumpa you ni, sebab I nak beritahu you sesuatu. Dan you perlu tahu.”

“What? Beritahu sesuatu? You nak beritahu apa?”

Belum sempat Farhan mahu bersuara, tiba-tiba sahaja satu tumbukan padu tepat mengenai pipi Farhan.

Buk!

Farhan jatuh terlentang ke belakang, akibat ditumbuk Zayn Izrel ketika ini.

Darissa benar-benar terkejut. Walaupun tangan kanan Zayn Izrel masih mengenakan kain anduh, tetapi tumbukan tangan kiri suaminya itu, benar-benar padu, sehingga membuatkan Farhan sudah terlentang ke belakang.

Pelanggan yang berada di dalam restoran ketika ini, benar-benar terkejut dengan kejadian yang berlaku tadi.

“Zayn, apa ni? Why you tumbuk Farhan?” Darissa benar-benar tidak menyangkakan kejadian tersebut berlaku dengan cukup pantas.

“What? You cakap apa? Why I tumbuk dia? You buat apa dekat sini dengan dia? You masih cintakan dia ni lagi ke? Sampaikan jumpa dia senyap-senyap di belakang I?” Zayn Izrel terus melangkah pergi dari restoran tersebut. Darissa terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu sahaja.

Tidak lama itu Hani pula muncul di situ.

“Eh, apa Farhan buat dekat sini?”

“Zayn tumbuk dia.”

“What?” Hani tidak menyangkakan yang Zayn Izrel telah menumbuk bekas kekasih Darissa.

“Hani, I need to go. I perlu kejar Zayn. You tolong tengokkan Farhan.”

Hani memandang Farhan yang sedang memegang pipinya. Kelihatan bengkak di situ. Pasti tumbukan suami Darissa tadi, betul-betul padu.

“Farhan, I minta maaf bagi pihak suami I.”

“Riss, wait...” Farhan cuba menahan, tetapi Darissa laju sahaja melangkah meninggalkan Farhan dan Hani di situ.

Pada ketika ini, Nayla sedang berdiri di sebalik dinding. Dan dia juga sudah melihat kejadian yang berlaku tadi.

Kau memang cari pasal Farhan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience