DYT 6 - TEACH A LESSON

Romance Series 522373

DARISSA tiba di IKEA, setelah satu jam dia menghadap jalan sesak tadi. Kenapalah dia tidak terfikir, yang hari ini adalah merupakan hari Ahad? Hampir 15 minit dia menunggu untuk mendapatkan parking, nasib baiklah ada satu pasangan suami isteri, yang kebetulan mahu keluar.

Setelah memarkirkan keretanya, beg tangan terus sahaja diambil dari kerusi penumpang. Dia sudah terfikir mahu membeli cadar tilam, sarung bantal dan juga langsir. Sebelum dia keluar dari biliknya tadi, dia sempat melihat langsir biliknya, yang turut berwarna putih.

Darissa memang tidak begitu gemar jika kesemuanya berwarna putih. Kata Kak Ton, Zayn Izrel menyukai warna putih. Tetapi tidak baginya. Kalau boleh, dia mahu warna biliknya dicampur dengan warna lain.

Laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam IKEA. Setelah itu, troli diambil. Dia mula menuju ke bahagian cadar tilam. Pelbagai jenis corak yang menarik minatnya. Sehinggalah dia ternampak cadar tilam berwarna ungu.

Cantik betul warna ungu ni. Lebih baik ambil yang ini. Gumamnya. Laju sahaja cadar tersebut dimasukkan ke dalam troli. Setelah itu dia menuju ke bahagian langsir. Langsir berwarna ungu turut diambil. Memang kena dengan citarasanya. Ungu dan putih. Nak cat dinding? Hmm, nanti-nantilah dia fikirkan. Lagi pun itu bukan rumahnya. Kenapa pula dia beria mahu mengecat dinding?

Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berdering. Darissa dengan pantas menjawab panggilan tersebut, tanpa melihat nama pemanggil.

“Assalammualaikum Riss?” Suara Datin Dahlia kedengaran di hujung talian.

“Waalaikummussalam, ya mummy.”

“Riss dekat mana tu? Dah sampai rumah ke?”

“Err, ha ya mummy. Dah sampai. Kenapa mummy?”

“Kenapa bunyi bising tu?”

“Ha? Bunyi bising? Ni ha, orang gaji pasang lagu.” Darissa menepuk dahinya. Apa yang aku cakap ni?

“Pasang lagu? Mummy macam dengar orang bercakap-cakap tu. Zayn mana?”

“Zayn? Dia dah keluar. Eh, okeylah mummy. Riss nak kemas baju-baju Riss ni. Maklumlah baru sampai sini, kan? Okey mummy, Assalammualaikum.” Darissa terus mematikan taliannya. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan syarat-syarat Zayn Izrel. Bukankah suaminya menyuruh dia meminta izin terlebih dahulu?

Ah, nanti-nantilah beritahu. Darissa terus menuju ke arah bantal pula. Dah alang-alang dia di sini, boleh juga dia mencuci mata. Manalah tahu, jika ada beberapa barangan yang berkenan di hati?

Dia juga sudah terfikir mahu menuju ke My Town yang bersebelahan sahaja dengan IKEA. Beberapa lilin wangi mahu dibelinya nanti di Bath and Body Works. Selalunya tanpa lilin wangi, dia tidak dapat tidur dalam keadaan tenang. Disebabkan itulah, dia kerap mengigau. Lebih-lebih lagi, jika dia kepenatan.

Hampir satu jam Darissa di pusat membeli belah tersebut. Perutnya sudah mula berkeroncong.

Sedapnya kalau dapat makan, chicken wings dengan mushroom soup dalam IKEA. Darissa menelan liur menahan lapar. Perut digosok perlahan. Barang-barang yang dibelinya tadi, sudah pun dimasukkan ke dalam bonet kereta. Laju sahaja dia mengayunkan langkahnya menuju ke bahagian Restoran IKEA. Nasib baiklah ada beberapa meja kosong.

Troli diambil, lalu dia mengambil kepak ayam goreng, dan juga sup cendawan. Tak lupa juga dengan garlic bread. Usai membuat pembayaran, Darissa terus menuju ke arah meja kosong.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Darissa menelan liur saat melihat kepak ayam goreng yang terbaring elok di dalam pinggannya. Baru sahaja dia mahu menyuap, tiba-tiba sahaja matanya menangkap dua susuk yang dikenalinya, yang baru sahaja keluar dari pintu masuk IKEA.

Zayn, Natasya? Apa dia orang berdua buat dekat sini? Mampus aku! Aku tak minta izin! Ah, dia keluar dengan perempuan tu boleh pula? Apasal aku pula beria nak kena minta izin?

Darissa terus mengambil kaca mata hitamnya, lalu dipakaikan ke matanya. Dia berpura-pura tidak memandang orang sekelilingnya. Dia peduli apa jika Zayn Izrel ternampak dirinya di sini? Lebih baik dia menjamah kepak ayam goreng yang dibelinya tadi, dari dia memikirkan pasangan itu.

Zayn Izrel yang sedang berjalan bersama-sama dengan Natasya, terus sahaja berhenti. Dia melihat Darissa yang sedang khusyuk menjamah kepak ayam goreng ketika ini. Apa yang isterinya buat di sini?

“Zayn, kita pergi makan nak? I dah lapar. Ni balik nanti, nak pasang cadar baru. Thanks tau, temankan I. And thanks juga, belikan sampai tiga cadar untuk I.” Natasya tersenyum.

Zayn Izrel masih memandang ke arah Darissa. Kata-kata Natasya tidak diendahkan.

“Zayn? Kenapa you diam? You tak jawab pun. You tengok apa?” Natasya memandang ke arah hadapan. Kenapa kekasihnya tiba-tiba sahaja diam? Apa yang dilihatnya?

“Ha? Apa dia? Tak ada tengok apa. Jom, kita makan dekat Sukiya? You mesti teringin, kan?”

Natasya tersenyum sambil mengangguk. Mereka berdua terus menuju ke arah pusat membeli belah My Town.

Darissa tahu, Zayn Izrel memandang ke arahnya tadi. Dia dapat melihat di sebalik kaca mata hitam yang dipakainya.

Fuh! Nasib baik dia dah pergi. Bolehlah aku makan dengan tenang. Darissa mula menyuap kepak ayam goreng tersebut ke dalam mulutnya. Lebih baik dia makan dengan cepat, dan seterusnya pulang ke rumah semula, sebelum Zayn Izrel pulang terlebih dahulu darinya.

Dalam 40 minit, Darissa selesai menjamah makanan tengah harinya. Dia terus mencapai beg tangan, lalu berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Darissa tidak sedar, yang sebenarnya dia diekori oleh seorang lelaki, yang dari tadi memerhatikannya.

Belum sempat Darissa mahu mengeluarkan kunci kereta, tiba-tiba sahaja seorang lelaki yang entah dari mana datang, terus sahaja mengacukan pisau, ke arahnya.

“Cepat, bagi aku beg tangan kau,” ujar lelaki itu, sambil mengacukan pisau ke arah Darissa.

Kedua-dua mata hitam milik Darissa naik ke atas, tanda mengejek. Sikit pun dia tidak takut dengan ancaman lelaki tersebut.

“Apasal kau buat rolling eyes? Cepat! Bagi aku beg tangan tu!”

“Ambillah, kalau kau berani,” ejek Darissa sambil tersenyum.

“Tak guna!”

Lelaki tersebut cuba merampas beg tangan milik Darissa. Darissa yang sememangnya mempunyai seni bela diri iaitu taekwondo, dengan pantas memberikan satu tendangan yang bermula dengan low turning kick pada kaki lelaki itu, dan seterusnya back thrust kick ke arah wajahnya pula.

Lelaki tersebut yang tidak sempat mengelak, terus sahaja terlentang ke belakang. Pisau yang dipegangnya turut terpelanting ke tepi.

Tidak berakhir di situ, Darissa terus menuju ke arah lelaki tersebut. Tangan kanan yang sudah digenggam kuat, mula diayun tinggi. Dia mahu memberikan satu tumbukan pula, pada perut lelaki tersebut.

“Tolong...tolong jangan...” rayu lelaki itu, dengan wajahnya yang mula membengkak akibat tendangan tadi.

Darissa terus berhenti, apabila lelaki itu merayu.

“Kau memang tak ada kerja ke? Pergilah cari kerja. Badan sihat. Bukan dengan cara menyamun orang.”

“Maaf. Maafkan aku. Aku salah. Aku tak patut samun orang.”

“Sekarang ni kau berambus! Aku tengah mood baik ni. Kalau tak, muka kau aku tapakkan lagi.”

“Baik... baik.” Lelaki tersebut terus bangun, sambil memegang wajahnya.

“Ambil pisau kau tu!”

Lelaki itu terkocoh-kocoh mengambil pisau mainan miliknya. “Ni pisau mainan. Bukan betul-betul,” ujarnya.

“Padanlah muka kau. Nak menyamun orang, tapi sakit yang dapat.”

Lelaki tersebut tak menunggu lagi, terus sahaja melarikan diri dari situ.

Darissa menggeleng perlahan. Bukan dia tidak pernah mengalami situasi begitu. Ini adalah kali kedua dia mengalaminya. Sebelum ini dia pernah hampir disamun, ketika dia menyambung pelajarannya di luar negara. Tetapi nasib baiklah, dia mempunyai seni bela diri yang dipelajarinya, ketika dia di sekolah menengah.

Darissa terus menekan butang kunci keretanya, lalu dia berjalan masuk ke dalam perut kereta. Dia perlu pulang dengan segera, sebelum Zayn Izrel pulang. Tanpa menunggu lagi, keretanya terus sahaja meluncur laju meninggalkan kawasan petak parkir.

Tidak lama itu, Zayn Izrel perlahan-lahan keluar dari sebalik dinding. Sebenarnya dia berdiri di situ hampir 15 minit. Dia benar-benar terkejut melihat kejadian tadi. Pada awalnya dia mahu membantu isterinya. Tetapi tidak sangka, rupa-rupanya Darissa mempunya asas seni bela diri.

Boleh tahan juga tendangan dia tu tadi. Nasib baik tak pengsan penyamun tu. Ini kalau aku buat hal, mahu muka aku kena tendang dengan dia juga. Tapi nasib baiklah, aku pun ada seni bela diri. Getusnya.

Tiba-tiba sahaja dia teringatkan seseorang.

Alamak Natasya!

 

 

CADAR tilam, sarung bantal, dan juga langsir sudah siap ditukar. Darissa benar-benar berasa tenang melihat keadaan biliknya. Begitu juga dengan pakaiannya, yang sudah siap dimasukkan ke dalam almari.

“Barulah ngam. Ini warna putih semua. Kan cantik tu. Purple and white.”

“Betullah tu. Cantik pula Kak Ton tengok.” Kak Ton menatang satu gelas jus oren yang diminta Darissa tadi.

“Ha, kan? Nampak cantik, kan?” Darissa mengambil gelas dari dulang yang dibawa Kak Ton tadi, lalu jus oren tersebut diteguk.

“Ni Kak Ton nak balik dah.”

“Apa? Kak Ton nak balik? Nak balik ke mana pula?”

“Balik rumah. Kak Ton memang tak tinggal dekat sini.”

“Oh, iya ke? Waktu kerja Kak Ton sebenarnya pukul berapa?”

“6 pagi, sampai 6 petang aje. Makan malam pun, Kak Ton dah siapkan. Nanti jangan lupa makan ya? Okeylah puan, Kak Ton balik dulu ya? Suami Kak Ton pun dah tunggu dekat luar tu.”

“Ha, yalah. Ni Kak Ton, tak payah berpuan-puan. Panggil Riss aje.”

Kak Ton tersenyum sambil mengangguk. “Ha, lupa pula. Tuan Zayn kata, dia balik lambat. Paling lewat pun, mungkin sebelum pukul 12 malam katanya.”

“Biarlah dia nak balik lambat ke apa. Ada saya kisah? Lagi pun, saya ada ternampak dia dekat IKEA tadi.”

“Oh, iya ke? Dengan Cik Natasya?”

“Eh, mana Kak Ton tahu? Natasya tu, pernah datang sini ke?”

“Err, tak pernah datang sini. Tapi Kak Ton tahu pasal Cik Natasya tu. Err, tak apalah Riss. Kak Ton balik dululah ya?” Kak Ton terus melangkah keluar dari bilik, tanpa sempat Darissa berkata apa lagi.

Tak pernah datang sini? Ah, biarlah. Malas nak sesak otak fikir pasal dia. Darissa terus merebahkan badannya di atas katil. Dia mahu melelapkan matanya sebentar. Rasa penat kenduri semalam, masih belum hilang lagi.

 

 

TEPAT jam 8 malam, Darissa terjaga dari tidurnya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia bangun dari katil, sambil menuju ke arah balkoni. Kereta milik Zayn Izrel masih tiada di petak parkir.

Mungkin dia belum balik lagi? Lagi pun suaminya sudah memberitahu kepada Kak Ton, yang dia akan pulang lewat.

Darissa sudah tersenyum. Inilah masanya untuk aku pergi swimming.

Bikini warna merah diambil dari dalam almari, lalu disarungkan ke tubuhnya. Jubah mandi turut diambil.

Darissa terus berlari anak menuju ke anak tangga. Inilah masanya untuk dia bergembira sambil berenang di waktu malam begini. Sudah lama rasanya dia tidak berenang dengan mengenakan bikini. Kali terakhir, adalah ketika dia belajar di luar negara.

Tetapi apabila dia di rumahnya sendiri, dia perlu mengenakan pakaian yang tertutup jika mahu berenang. Kalau tidak, pasti bapanya akan memarahinya. Dia pun tidak berani berpakaian seperti ini, jika di hadapan bapanya.

Ee! Bestnya swimming dalam rumah. Tak perlulah aku nak swimming dekat luar, macam dekat rumah aku sebelum ini.

Tanpa menunggu lagi, Darissa terus sahaja melompat ke dalam kolam renang tersebut. Pelbagai gaya yang dilakukannya. Gaya lentang? Gaya dada? Gaya bebas? Semua Darissa lakukan.

Sedar tak sedar, hampir satu jam Darissa berada di dalam kolam renang tersebut. Dia mula kepenatan, lalu berenang ke tepi.

Kedua-dua tangannya diletakkan di atas marmar kolam renang tersebut, lalu kepalanya direbahkan, dengan separuh badannya masih di dalam air.

Ehem!

Darissa tersentak. Dia mendongakkan kepalanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zayn Izrel sudah pun berdiri di hadapannya. 

“What are you doing? Swimming?” soal Zayn Izrel, sambil matanya terarah pada dada milik Darissa. Darissa berbikini?

Kedua-dua mata Darissa membulat. Kenapa Zayn Izrel pulang begitu awal? Tak! Tak! Dengan pantas dia berenang ke arah tangga kolam renang. Dia benar-benar tidak mahu, Zayn Izrel melihat dirinya yang berpakaian seperti ini.

Zayn Izrel yang perasankan Darissa sudah berenang ke arah tangga, dengan pantas berlari menuju ke situ. Jubah mandi milik Darissa, terus sahaja disambar. Dia tidak mahu melepaskan peluang melihat keindahan, yang tidak dapat dilihat sepenuhnya.

“Zayn!” jerit Darissa.

“You want this? Come, get it...” Zayn Izrel tersenyum nakal.

“No!”

“Come on...”

“Bagi bathrobe I!”

“Keluar dari kolam renang tu dulu, baru I bagi.

“No! I tak nak keluar! Lagi pun I pakai macam ni. I... I...” Darissa terdiam.

“Kenapa? Malu? I’m your husband now. Kenapa nak malu? Tak salahkan, kalau I nak tengok lebih dekat lagi?”

“Zayn, baik you bagi. Sebelum I...” Darissa jadi hilang sabar ketika ini.

“Sebelum apa? Nak tendang I? Macam you tendang penyamun tadi?”

“You? You tengok apa yang terjadi tengah hari tadi?”

“Yup. I nak tolong, tapi you dah tendang dia. Dan sekarang ni, kenapa you tak minta izin I, sebelum you keluar? I dah bagi tiga syarat pada you, tapi you tak ikut. Why? Susah sangat ke, nak ikut?”

“I... I lupa.” Darissa mendengus kasar. Memang cari masalah betul!

“Lupa? You memang tak boleh ikut kan? Apa yang I suruh?”

“Oh, you keluar dengan Natasya boleh pula? Kenapa you tak cakap dengan I? Kenapa I nak kena ikut pula syarat you tu. So, I? Tak boleh buat syarat juga?”

“You tak layak bagi syarat pada I. I suami. Dan you isteri. Isteri kena patuh cakap suami.”

“Bla... bla... bla...” Darissa mengejek.

“Oh, you ejek I?” Zayn Izrel mencampakkan jubah mandi yang diambilnya tadi, ke atas lantai. Baju kemeja yang dipakainya, terus sahaja dibuka.

Darissa menelan liur melihat roti bun milik Zayn Izrel. Tubuh badan suaminya benar-benar sasa. Ini kali pertama dia melihat tubuh suaminya itu.

“You... you nak buat apa ni?”

“I want teach you a lesson.” Zayn Izrel terus sahaja terjun ke dalam kolam renang.

Darissa tidak berdiam di situ, lalu berenang ke hujung. Zayn Izrel pula sedang berenang dengan pantas, menuju ke arahnya.

Darissa hampir menjerit. Dia tidak tahu, kenapa dia benar-benar takut. Apa yang mahu dilakukan Zayn Izrel terhadapnya?

Darissa dengan pantas berpaut pada anak tangga kolam, lalu dia memanjat dengan laju.

Belum sempat dia mahu melarikan diri, Zayn Izrel terus sahaja menarik kaki kanannya. Darissa terjatuh di atas lantai, lalu tubuh badannya dipusingkan, dan tubuhnya terus sahaja ditindih.

“Where are you going?” Zayn Izrel sudah tersenyum, dengan nafasnya tercungap-cungap akibat mengejar Darissa tadi. Begitu juga dengan Darissa, turut tercungap-cungap.

“Let me go!” Darissa cuba menolak tubuh badan Zayn Izrel. Tetapi tubuh suaminya sikit pun tidak berganjak. Perlukah dia menendang suaminya?

“Look at you. Beautiful... and sexy...” bisik Zayn Izrel di telinga Darissa.

Bulu roma Darissa mula meremang.

“Lepas ni, kalau nak ke mana-mana beritahu suami you ni. Suami you ni bukan tunggul atau orang luar tau? Tak kisahlah, kita kahwin sebab terpaksa ke? Atau orang tua kita yang aturkan ke? Sebagai seorang isteri, you should ask my permission, before you go out. Understand?”

“Whatever! And I don’t care! Why should I ask your permission? And you? Boleh keluar sesuka hati dengan Natasya?”

“Are you jealous?”

Kedua-dua kening Darissa bercantum rapat? Cemburu?

“Jealous for what? Tak ada makna langsung! Sekarang ni boleh bangun tak? Berapa lama you nak tindih badan I ni?”

“Kalau I tak nak bangun?” Zayn Izrel tersenyum.

“Tak nak bangun?” Darissa terus sahaja menggigit bahu Zayn Izrel dengan kuat.

Auch! Zayn Izrel menjerit sakit.

Darissa terus menolak Zayn Izrel ke tepi. Dengan pantas dia bangun, lalu berlari naik ke tingkat atas, dengan hanya berbikini. Jubah mandinya langsung tidak sempat diambil.

“Darissa!” jerit Zayn Izrel, sambil memegang bahunya, yang sudah merah akibat digigit tadi. Dia benar-benar tidak sangka, yang bahunya akan digigit Darissa. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak dapat melupakan tubuh badan Darissa yang sungguh menggiurkan tadi. Tubuh badan isterinya tadi, benar-benar telah membuatkan dia hilang kawalan.

Share this novel

Nor
2023-07-17 00:44:22 

okey³

norsila
2023-06-11 20:57:36 

huuu sexsi ris dri natasya kn? hahahaha...


NovelPlus Premium

The best ads free experience