DYT 21 - CALL MY NAME

Romance Series 523102

TELEKUNG sudah tersarung pada tubuhnya. Darissa melihat Zayn Izrel yang sudah pun menunggunya ketika ini.

“Dah?”

Darissa mengangguk kecil. Tiba-tiba sahaja Zayn Izrel menghulurkan tangannya.

“Err...” Darissa bungkam. Apa yang perlu dibuat? Menyambut huluran tangan suaminya?

“Jom, kita turun sama-sama.” Tangan masih dihulurkan kepada Darissa.

“Tapi, kita dah ada wudhuk?”

“I know. Tangan you lapik, dengan kain telekung you tu.”

Darissa malu-malu ketika ini. Tanpa menunggu, laju sahaja dia memegang tangan Zayn Izrel, dengan berlapikkan kain telekungnya.

Zayn Izrel tersenyum. Mereka berdua terus sahaja berjalan turun ke bawah.

Tiba sahaja di bawah. Sudah kelihatan ibu bapa Darissa dan juga Nayla.

“Okey, cepat. Zayn jadi imam ya?” arah Datuk Azlan.

Zayn Izrel mengangguk. Mereka terus berdiri di atas sejadah masing-masing.

Nayla dari tadi langsung tidak melepaskan pandangannya ke arah Zayn Izrel. Kenapa dia merasakan yang lelaki itu, ada satu aura yang telah membuatkan dia tertarik kepadanya? Adakah ini dinamakan cinta? Ataupun kerana melihat tubuh badan lelaki itu tadi?

Zayn Izrel terus mengangkat takbir.

Masing-masing sudah tunduk merenung sejadah. Berbeza pula bagi Nayla, yang tidak khusyuk menunaikan solat.

Entah kenapa dia terbuai dengan  lunak suara Zayn Izrel yang mula membaca Al-fatihah. Kenapa dengannya? Kenapa tiba-tiba sahaja hatinya membuak-buak mahukan suami kakak angkatnya itu? Sebelum ini tidak pula dia berasa seperti itu. Dan, kenapa bukan dia yang dipilih untuk menjadi isteri kepada lelaki itu?

Keluarga Datuk Azlan sudah merampas segala-galanya daripadanya. Dan tiba masanya nanti, dendam yang disimpan sekian lama, akan terbalas jua.

Dalam 15 minit mereka berlima selesai menunaikan solat Maghrib. Darissa dan Zayn Izrel dari tadi asyik berbalas pandang antara satu sama lain. Adakalanya mereka tersenyum-senyum. Sementara menunggu waktu Isyak, Datuk Azlan mula menceritakan kisah-kisah nabi kepada mereka semua.

Nayla pula tidak betah di situ. Mahu sahaja dia bangun. Malas dia mahu menunggu waktu Isyak. Tetapi dia tahu, bapa angkatnya pasti akan membebel kepadanya.

Usai solat Isyak, mereka mula turun ke meja makan, untuk makan malam. Masing-masing sudah pun menunggu.

“You nak nasi banyak ke sikit?” soal Darissa.

“Tak nak banyak sangat. Sikit aje,” ucap Zayn Izrel sambil mengukirkan senyuman manis kepada Darissa.

Nayla menjeling. Dari tadi, suami isteri itu tidak habis-habis berbalas pandang. Tak puas lagikah bercengkerama?

“Kenapa makan sikit Zayn?” soal Datuk Azlan pula.

“Zayn memang makan sikit abi, kalau waktu malam. Sebab, Zayn tak nak gemuk.” Zayn Izrel ketawa.

“Oh, patutlah tubuh Abang Zayn nampak seksi tadi. Pergi gym ya? Dengan ada ketul dekat perut lagi. Bertuah Kak Riss dapat Abang Zayn. Nay pun nak suami macam Abang Zayn juga,” puji Nayla.

“Apa kamu ni Nay? Puji-puji macam tu? Malulah sikit,” marah Datin Dahlia.

Darissa memandang Nayla dengan renungan yang tajam. Dia tahu, Nayla sengaja berkata seperti itu. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar wajah anak angkat keluarganya itu. Tetapi mengenangkan ada suami dan keluarganya, Darissa terpaksa memendam rasa.

“Sudah. Makan. Malulah sikit depan menantu ni.” Datuk Azlan bersuara. Dia tidak mahu suasana menjadi tegang pula.

Nayla mengetap bibir menahan marah.

Zayn Izrel pula hanya mendiamkan diri. Sesungguhnya dia berasa sedikit segan. Tidak sangka pula Nayla boleh berkata seperti itu. Dan dia tahu, Darissa pasti tidak menyukai kata-kata Nayla tadi.

“Dah alang-alang esok cuti, Zayn dengan Riss bermalam di sini ajelah ya? Sekali sekala tidur sini apa salahnya?” Datuk Azlan memberi cadangan.

Zayn Izrel dan Darissa mengangguk serentak.

 

MALAM itu, suasana sudah menjadi sunyi sepi. Masing-masing mungkin sudah dibuai mimpi. Berbeza pula bagi Darissa dan Zayn Izrel. Mereka ketika ini, sedang duduk di sofa sambil memandang antara satu sama lain.

“Ada apa-apa yang you nak cakap?” soal Zayn Izrel perlahan.

“Hmm...” Darissa terdiam seketika. Dia cuba menyusun kata.

“You nampak lain. Kita seminggu tak bercakap. Tapi hari ini, kita dah mula berbual antara satu sama lain. Bukan sebab terpaksa berlakon depan family you, kan? Kalau berlakon, tak mungkin you biarkan I kiss you petang tadi.” Zayn Izrel mahukan kepastian.

Darissa menggigit bibir. Dah alang-alang Zayn Izrel bertanya, lebih baik dia menyoal sahaja. “Hmm, kalau I nak tanya you satu soalan, you boleh jawab dengan jujur?”

“Tanyalah. I akan jawab, kalau you nakkan jawapan.”

“Err... you... err, betul ke you dah sentuh Natasya?”

Kedua-dua mata Zayn Izrel mengecil. “You cakap apa ni? I sentuh Natasya?”

“Jawab soalan I tu. I perlukan jawapan yang jujur. Betul ke, you dah sentuh Natasya? You ke, lelaki pertama yang dah ambil dara dia?”

“I lelaki pertama ambil dara dia? Bila masa pula?”

“Dia cakap dengan I seminggu yang lepas. Dia kata, you lelaki pertama yang dah sentuh dia.”

Zayn Izrel menggeleng perlahan. “Family I dah terapkan agama pada I, sejak I kecil lagi. Belum pernah lagi I terfikir nak sentuh perempuan, tanpa ikatan yang sah. I pun takkan malukan family I. Kalau betullah I dah sentuh Natasya, why I tak kahwin aje dengan dia? Why I tak bertanggungjawab?” Zayn Izrel terdiam seketika.

“Tak terfikir langsung I nak buat benda-benda macam tu. Dan malukan keluarga I. I tak minta you percaya. Tapi percayalah, I tak buat benda tak senonoh tu. Dan I pun tak pernah kiss Natasya. Kalau you nak tahu, you la wanita pertama yang I dah kiss...”

Wajah Darissa sudah merona merah.

“Patutlah you nampak marah masa Natasya datang. Rupa-rupanya Natasya dah tabur fitnah pasal I. I tak faham, kenapa Natasya nak buat cerita yang tak betul pasal I? Dia ingat, bila dia buat macam tu, I nak kembali kepada dia semula? Dan yang penting sekarang ini, adalah kita. Kita perlu fikirkan, bagaimana cara nak pulihkan hubungan kita ni.”

“You tak marah I ke? Sebab I dah tipu you, yang I hilang ingatan?”

“I tak tahu, kenapa I tak rasa nak marah pun. Mungkin sebab I dah mula jatuh cinta pada you?”

“Jatuh cinta?”

Zayn Izrel mengangguk perlahan.

“Perkahwinan kita belum cukup usia setengah tahun. Tak salahkan, kalau kita cuba untuk mengeratkan hubungan kita? I tahu, kita kahwin bukan sebab cinta.”

“Tapi... I rasa bersalah pada Danial. Dan disebabkan I, you dengan Danial bergaduh.” Darissa menundukkan kepalanya. Rasa bersalah mula menyelebungi diri.

Zayn Izrel ketawa kecil. “Jangan risau. Baru aje tiga hari lepas kami keluar pergi minum.”

“Ha? You tak marah dia?”

“Mula tu nak marahlah juga. Tapi mengenangkan dia tu kawan baik I, I tak marahkan dia pun. Dia pun dah minta maaf.” Tangan kiri Zayn Izrel mula menggosok lengan Darissa secara perlahan-lahan.

Bulu roma Darissa mula mencanak naik.

“Hmm... I tak faham, kenapa you boleh percayakan Natasya. Kalau I nak ambil dara pun, dara you yang I nak...” Zayn Izrel sudah tersenyum nakal.

Darissa menelan liur.

Zayn Izrel tiba-tiba sahaja bangun.

Darissa terpegun seketika. Tiba-tiba tubuhnya didukung, lalu dibawa ke katil.

“Err... Zayn?”

“Tak nak dekat sofa. Sempit pula rasanya.”

“You nak buat apa?” Mata Darissa sudah terkebil-kebil ketika ini. Kenapa dia berasa tidak senang duduk?

“I want you so badly... please baby... Semua dah tidur tu. Handphone I, I dah off. Mana handphone you?”

“Ha?”

Zayn Izrel terus mencari telefon bimbit milik Darissa. Setelah menjumpainya, laju sahaja dia mematikan telefon bimbit isterinya itu. Dia tidak mahu ada gangguan dari siapa-siapa pun. Cukuplah dua kali mereka diganggu. Waktu pula sudah menunjukkan pukul 12.30 minit malam. Pasti semuanya sudah tidur dan tidak sedarkan diri.

Zayn Izrel terus menanggalkan baju t-shirt yang dipakainya. Dia kini hanya mengenakan kain palekat sahaja.

“Wait... kita nak lakukan dekat sini? Tak nak tunggu balik nanti?” soal Darissa dengan soalan bodohnya.

“Baby... I tak boleh nak tahan lagi. Seriously I tak boleh tahan. Lebih-lebih lagi tengok you ni.” Zayn Izrel sudah memanjat katil.

“Eh, kejap! Boleh tak you tutup mata you dulu?” Darissa melompat dari katil.

“Tutup mata?”

Darissa mengangguk.

“Okey. Demi you I buat. You jangan nak lari pula ya?” Zayn Izrel memberi amaran.

Darissa mengangguk.

Zayn Izrel mengambil baju t-shirtnya tadi, lalu kedua-kedua matanya diikat dengan t-shirt tersebut.

Darissa terus menuju ke almari. Dia melihat Zayn Izrel sudah pun berbaring di atas katil dengan matanya sudah ditutup.

Baju tidur kain satin yang luas di bahagian dada diambil. Memang baju tidur tersebut sudah dibeli lama. Tetapi Darissa belum berkesempatan untuk memakainya.

Riss, kau betul-betul dah bersedia ke? Ya, aku dah bersedia. Dan aku nak serahkan jiwa dan raga aku pada Zayn Izrel. Aku tak nak bercerai. Aku tak nak perkahwinan aku berakhir begitu sahaja. Darissa sudah tekad. Ya, dia percayakan Zayn Izrel.

Baju tidur yang diambil terus disarungkan ke tubuhnya. Setelah itu, rambutnya yang separas bahu, disisir rapi. Darissa menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan.

“Baby?” Zayn Izrel bersuara.

Darissa tidak menunggu lagi, laju sahaja dia memanjat katil, dan duduk di atas tubuh Zayn Izrel, yang sedang berbaring ketika ini.

“Baby...” Zayn Izrel sudah tersenyum, dengan matanya yang masih tertutup lagi.

Darissa terus membuka ikatan pada mata Zayn Izrel.

Zayn Izrel perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat wajah Darissa yang sedang tersenyum memandangnya. Zayn Izrel menelan liur. Dia benar-benar terpesona melihat tubuh Darissa yang mengenakan pakaian tidur yang sungguh seksi di matanya. Tangan kanan diangkat, lalu pipi isterinya diusap lembut.

“You seksi sangat malam ni... I really want you...”

Darissa tersenyum. “I want you too...”

“Call my name...”

“Zayn...”

“Again...”

“Zayn...” ucap Darissa dengan suara menggodanya.

Zayn Izrel terus menarik tubuh Darissa, lalu tubuh isterinya dibaringkan di atas katil. Tanpa menunggu lagi, laju sahaja bibirnya memagut bibir Darissa. Dikucup dengan penuh hangat bibir isterinya itu, dengan tangan kanan turut mengelus rambutnya.

Darissa turut membalas kucupan Zayn Izrel, dengan kedua-kedua tangannya mula mencakar belakang badan suaminya. Dia benar-benar khayal ketika ini. Dengan nafsunya turut membuak-buak.

Zayn Izrel mendalamkan lagi kucupan. Dengan tangan kirinya mula bekerja. Habis seluruh tubuh Darissa dijelajahinya.

Darissa memejamkan matanya. Belum pernah dia merasakan nikmat sebegini. Mungkin inilah yang dikatakan, dunia ciptaan suami isteri.

Darissa mendengar Zayn Izrel sudah membaca doa untuk bersama. Jantung Darissa sudah berdebar-debar. Dan Zayn Izrel sudah melonggarkan ikatan kain palekat yang dipakainya. Ah, sudah! Ular tedung tunggu masa nak patuk!

 

TEPAT pukul 5.30 minit pagi, Zayn Izrel terjaga daripada tidurnya. Dia melihat Darissa yang sedang nyenyak tidur ketika ini. Dengan tubuh badannya dipeluk dengan erat. Beberapa kucupan diberikan pada ubun-ubun isterinya.

Terbayang semula detik-detik mereka bersama malam tadi. Tak pernah-pernah dia berasa puas dan nikmatnya malam pertama, bersama dengan insan yang sudah halal untuknya.

Zayn Izrel terus menghalakan pandangannya pada meja solek. Habis barang-barang make-up milik Darissa, termasuklah lilin wangi, deodorant, dan apa sahaja yang ada di atasnya, sudah jatuh ke lantai.

Nasib baiklah bilik Darissa berlapikkan dengan karpet. Kerusi meja solek, sudah terbalik ke tepi. Pelbagai aksi yang dilakukan mereka malam tadi, tanpa menghiraukan di mana mereka berada ketika ini.

Belakang badannya pula sedikit pedih. Mungkin dek cakaran kuku Darissa. Tetapi Zayn Izrel tidak kisah. Mungkin isterinya menyukai dengan cara begitu.

Darissa mula terjaga, apabila dia merasakan ubun-ubunnya dikucup berulang kali tadi. “Zayn...”

“Morning baby...”

“Hmm... morning.” Suara Darissa serak-serak basah ketika ini.

“Seksi sangat suara baby. Tapi, lagi seksi bila you sebut nama I berulang kali...” Tubuh Darissa terus ditarik ke dalam dakapannya.

Darissa sudah termalu sendiri.

“Thank you so much for everything. I rasa betul-betul bertuah dapat you. I takkan sia-siakan you Riss. I janji, and I love you so much...” ucap Zayn Izrel ikhlas. Rambut Darissa diusap lembut, sambil dia merenung ke dalam anak mata milik isterinya.

Tunak mata Darissa merenung Zayn Izrel. “I love you too...”  Darissa memberikan satu kucupan pada bibir Zayn Izrel.

“Mandi sama?”

Darissa mengangguk laju.

“Gatal.” Zayn Izrel ketawa kecil. Hidung mancung Darissa dicuit.

Darissa bangun dari katil, sambil menutupi tubuhnya dengan comforter. Tiba-tiba sahaja matanya tertancap pada cadar katil.

“Apa tu?” soal Darissa.

“What?” soal Zayn Izrel semula.

“Kenapa macam darah. Darah apa tu? Ibu jari kaki I ke?” Darissa berasa pelik.

“Bukanlah baby.”

“Habis tu?”

“Err... malam tadi kitakan dah itu... lupa ke? You not virgin anymore.”

Terkebil-kebil mata Darissa ketika ini. “Siapa yang nak basuh cadar tu?”

Berkerut dahi Zayn Izrel mendengarnya. Cadar? Cadar yang difikirkan Darissa? Ingatkan marah sebab dia sudah mengambil daranya. Manalah tahu, kut isterinya terlupa apa yang sudah berlaku malam tadi?

“Kenapa dengan cadar tu? Orang gaji you ada, kan? Suruh dia basuh ajelah.”

“No... no... I tak nak orang gaji basuh. Macam mana ni? Macam mana?” Darissa sudah tidak tentu arah.

“Hei, kenapa ni?” Zayn Izrel menenangkan Darissa.

“You la, tak sabar-sabar nak juga dekat sini. Sepatutnya kita tunggu balik nanti aje. Ni siapa nak basuh? I malu. I tak nak turun basuh.”

“Okey, I hantar dobi.”

“No! Nanti pekerja dobi tahu. Kena basuh sendiri juga. Now!”

“Sekarang? Pagi-pagi nak pergi basuh?”

“You pergi basuh. You yang tak sabar-sabar nak bersama dekat sini juga kenapa? Sekarang jam, baru 5.40 pagi. Tak ada siapa yang nak turun ke bawah lagi. Mesin basuh dekat luar. Ikut pintu dapur.”

“I nak kena pergi basuh? Tak naklah. Nanti orang gaji you nampak pula.”

“Kalau macam itu, pagi nanti you pergi laundry self service.” Darissa terus menanggal cadar tilamnya, lalu dibawa masuk ke dalam paper bag bersaiz besar.

Zayn Izrel menggeleng perlahan. “Kenapa you nampak gelabah?”

“Of course la. Nanti mummy tahu, kita baru nak malam pertama macam mana?”

“Cakap ajelah itu darah period.” Zayn Izrel terus menghampiri Darissa, lalu tubuh isterinya didukung, dan dibawa masuk ke dalam bilik air. Tak salahkan, jika dia meminta untuk bersama sekali lagi?

 

MASING-MASING sedang menjamah sarapan pagi. Darissa dan Zayn Izrel pula dari tadi tunduk sahaja.

“Abi tak tahulah, apa benda yang bising sangat malam tadi. Bunyi gedegang, gedegung. Lepas tu, kejap-kejap ada benda jatuh. Lepas tu, macam ada bunyi kerusi seret. Betul-betul pelik ni.” Datuk Azlan sedang mengunyah bihun goreng di dalam mulutnya.

“Takkanlah rumah kita ni ada hantu?” sambung Datuk Azlan lagi.

“Isy, awak ni. Takkanlah ada hantu.” Datin Dahlia terkejut.

“Betullah, saya nak tipu buat apa? Memang ada bunyi, pukul 12.30 pagi. Orang kata, kalau bunyi macam tu, rumah ni ada hantu. Saya ingat nak panggil ustazlah pulihkan rumah ni.”

Darissa dan Zayn Izrel memang langsung tidak bersuara. Darissa cuba menguis kaki Zayn Izrel ketika ini. Dia berharap suaminya bersuara. Dari tadi asyik diam sahaja.

Nayla juga, turut mendengar bunyi malam tadi. Dan bunyi tersebut dari arah bilik Darissa. Dia tahu, suami isteri itu sedang melakukan hubungan intim malam tadi. Hantu? Ceh! Dasar orang tua bodoh! Tak boleh nak beza bunyi hantu dengan bunyi orang tengah bersama!

“Eh, kenapa leher Abang Zayn dengan Kak Riss ada merah-merah? Kena gigit nyamuk ke?” Nayla sengaja mahu memalukan mereka berdua.

“Ha?” Zayn Izrel memegang lehernya, begitu juga dengan Darissa.

“Oh... tak adalah hantunya.” Datin Dahlia menggeleng perlahan.

“Apa? Mana awak tahu tak ada hantu?” Datuk Azlan menyampuk.

“Ee, awak ni sudahlah.”

“Apa yang sudahnya?” Datuk Azlan masih tidak mengerti.

“Malas saya nak bercakap dengan awak lagi. Sudahlah makan. Kejap lagi Zayn dengan Riss nak balik.”

Datuk Azlan mengerutkan dahinya. Dia tidak mengerti. Malas mahu bertanya lagi, dia terus sahaja menghabiskan makannya.

Dalam satu jam, mereka sudah bersiap-siap untuk pulang. Zayn Izrel pula sudah turun ke bawah, sambil membawa paper bag yang berisi dengan cadar milik Darissa. Dia tidak mahu ketahuan oleh keluarga Darissa. Itu pun isterinya telah menyuruhnya turun, terlebih dahulu.

“Abang Zayn?” Nayla berdiri di hadapan lelaki itu.

“Eh, Nayla.”

“Bawa apa tu? Kenapa ada cadar?”

“Err, tak... abang ingat nak bawa balik basuh. Tak sesuai pula suruh orang gaji yang basuh.”

“Oh, iya ke? Err, abang ada phone number? Boleh tak Nayla nak phone number abang?”

“Phone number abang?”

Nayla mengangguk.

“Err... nak buat apa?”

“Tak ada buat apa. Saje nak simpan. Manalah tahu, kut ada benda-benda penting nak minta tolong, boleh juga Nayla contact abang. Boleh tak?”

Nak tak nak, Zayn Izrel terpaksa memberikan nombor telefonnya kepada Nayla. Hendak menolak, mulut pula berat untuk bersuara.

“Thanks Abang Zayn,” ucap Nayla.

Zayn Izrel sekadar mengangguk sedikit, lalu dia melangkah keluar, untuk menyimpan paper bag yang dibawanya turun tadi.

Nayla pula, memandang susuk Zayn Izrel dari belakang. Bibir digigit perlahan. Kalaulah aku dapat dia, memang bertuah hidup aku. CEO, dan kaya pula tu. Tapi... untuk dapatkan Zayn, perempuan tu kena mati dulu!

Malam tadi, Nayla siap membayangkan yang dia melakukan hubungan intim dengan Zayn Izrel. Dia benar-benar mahukan lelaki itu!

Share this novel

Rohani Hussin
2023-07-17 16:26:38 

jahatnya si nayla ni..geram la pulak

norsila
2023-07-16 20:56:17 

haa sudah..giler nyala ni ...bom joo watak ni ..geram lak


NovelPlus Premium

The best ads free experience