DYT 23 - MARAH, TAKUT, SAKIT HATI

Romance Series 523102

DARISSA berlari anak menuju ke arah kereta milik Hani. Boleh-boleh pula dia dan Zayn Izrel tertidur semula, selepas mereka solat Subuh tadi.

“Hani, sorry sangat. Lama ke you tunggu?”

“15 minit jugalah.”

“Yang you tak nak masuk kenapa?”

“Malaslah. I ingatkan kejap aje tadi.”

“Sorry. Entah macam mana boleh tertidur pula.” Darissa terus mengenakan tali pinggang keselamatan. Sempat juga matanya melirik ke arah Zayn Izrel yang sedang berdiri di balkoni, sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

“Aik? Zayn lambai tangan?” Hani berasa pelik.

Darissa sudah tersipu malu. “Err, ha’ah.”

Hani terus menjongketkan kening kirinya. “Wah, lain macam. Ada apa-apa yang you sorokkan daripada I ke?”

“Err, kami dah mula terima antara satu sama lain.”

“What? Serious?”

Darissa mengangguk sedikit.

“Wah... happy-nya I dengar. Alhamdulillah. Akhirnya you all berdua dah boleh terima antara satu sama lain. I betul-betul happy Riss.” Wajah Hani benar-benar teruja.

“Thanks Hani. I betul-betul harap, rumah tangga I dan Zayn, akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.”

“Insya-Allah. I sentiasa doakan you.”

Darissa tersenyum. “Kita nak ke mana ni?”

“Pavilion okey tak?”

“Boleh juga.”

Hani terus menekan pedal minyak, lalu keretanya meluncur perlahan meninggalkan kawasan kediaman milik suami Darissa.

Dalam setengah jam memandu, Hani dan Darissa sudah pun tiba di pusat membeli belah Pavilion.

“You rasa, apa hadiah yang sesuai untuk mak I?”

“Hmm, mak you suka hadiah macam mana?”

“I pun tak tahulah. Tahun lepas I bagi dia telekung. So, tahun ni nak bagi yang lebih sikitlah.”

“Kalau macam tu, handbag or purse?”

“Good idea. Gucci? LV?”

“LV la. Okey tak?”

“Boleh juga. Sekali sekala dia merasa pakai barang mahal, apa salahnya?”

Darissa tersenyum. Dia begitu kagum dengan Hani. Hani terlalu menyayangi ibunya. Kali terakhir dia bertemu dengan keluarga Hani, adalah tiga bulan yang lepas. Itu pun Hani yang mengajaknya datang ke Melaka, untuk bertemu dengan keluarga rakan baiknya itu.

Mereka terus sahaja melangkah masuk ke dalam Butik Louis Vuitton.

Hampir setengah jam Hani memilih beg tangan untuk ibunya. Dengan bantuan Darissa, akhirnya dapat juga dia memilih beg tangan yang dirasakan sesuai untuk ibunya.

“Thank Riss. Nasib baiklah you tolong I. Rambang mata I tadi, bila tengok macam-macam jenis beg tangan dekat dalam butik tu. Harap dia sukalah handbag ni.”

“Mestilah mak you suka. Mana ada mak yang tak suka bila ada anak, hadiahkan something pada dia, kan?”

Hani mengangguk. “Eh, esok jangan lupa, I cuti tau?”

“Tahu. You balik Melaka pagi esok, kan?”

“Yup.”

“Okey, sekarang ni kita nak ke mana?”

“Minum dulu? Ke you nak balik? Manalah tahu, encik abang menunggu dekat rumah, kan?” usik Hani.

“Isy, you ni. I tak kisah. Encik abang dah beri keizinan. Alah, awal sangat balik. Jomlah kita berdua-duaan dulu?”

Hani ketawa. “Okeylah, kalau you dah cakap macam itu. Kita minum dululah ya?”

“Boleh juga. Dekat mana?”

“Starbucks?”

Darissa bersetuju. Mereka berdua terus menuju ke Starbucks yang ada di dalam pusat membeli belah tersebut.

Usai membayar harga minuman, mereka berdua terus menuju ke satu meja. Masing-masing melabuhkan punggung di atas kerusi.

Darissa terus sahaja menyedut minuman yang dipegangnya ketika ini. Begitu juga dengan Hani.

Hani memandang Darissa. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin disampaikannya. “Riss, petang semalam, ada sorang staff akaun terserempak dengan I dekat bank.”

“Terserempak dengan you?”

“Ha’ah.”

“Staff yang mana satu ni?”

“Tini.”

“Tini? Kenapa dengan dia?”

“Nayla.”

“Nayla? Kenapa pula dengan Nayla?”

“Sebenarnya, Nayla kerap minta Tini berhenti kerja. Dia cakap, yang Tini ni selalu salah buat pengiraan. Dan short duit. Lebih-lebih lagi, bila melibatkan payment projek perumahan yang sekarang ni, kita baru nak mulakan.”

“Nayla minta Tini berhenti kerja? Disebabkan salah buat pengiraan? Dan ada short duit? Aik, macam mana pula Tini boleh salah buat pengiraan? Bukan ke Tini dah lama kerja dengan kita? Tak pernah pula I dengar yang Tini ada buat salah. Ini first time I dengar. Dan Nayla tu, mana ada pengalaman dalam bidang akaun. Macam mana pula dia boleh cakap yang Tini salah buat pengiraan?” Darissa mula berfikir sejenak. Apa motif Nayla menyuruh Tini berhenti?

“I pun pelik. Tini beritahu I, dia tak tahu nak bercerita dengan siapa. Dia nak bercerita dengan budak akaun yang lain, tapi dia orang sekarang ni pun dah rapat dengan Nayla. Lunch pun dah sama-sama. That’s why dia luahkan pada I. Dan mungkin dia nak I beritahu pada you kut?”

Darissa menongkatkan dagunya. “Sekarang ni, I tak tahu, apa motif si Nayla tu minta tukar bahagian akaun? Ada tak you rasa something?”

“Nak songlap duit ke?” Hani meneka.

“I pun fikir benda yang sama juga sebenarnya. Eh, I nak you pantau Nayla ya? Entahlah, I rasa tak sedap hati pula.”

“It’s okay. Nanti I masuk office, I minta Tini jumpa I. Mungkin, I akan minta Tini yang pantau Nayla. Kalau I nak pantau, I tak nampak. Yalah, lain department, kan?”

Darissa mengangguk.

“Hi, ladies. Boleh duduk?” Kedengaran satu suara dari arah hadapan Darissa dan juga Hani.

Darissa tercengang. Zayn Izrel dan Danial sudah pun berdiri di hadapan mereka berdua ketika ini. Suaminya dan juga Danial, nampak kelihatan santai mengenakan seluar jeans dan juga t-shirt berkolar.

“Hai Riss. Hai Cik Hani.” Danial mengangkat tangan kepada mereka berdua. Darissa dan Hani mengangguk sedikit.

“What are you doing here Zayn?” soal Darissa.

“Oh, Danial cuti hari ini. Dia ajak I keluar. Tak sangka pula, boleh jumpa you all berdua dekat sini.”

“You tak beritahu I pun you nak keluar? Kalau I balik awal tadi, mesti I tak tahu you tak ada dekat rumah.”

“Aik, nak balik awal? Rindu dekat husband you ni ke?” usik Zayn Izrel.

Wajah Darissa sudah merona merah.

Hani dan Danial ketawa kecil.

“Boleh duduk tak ni?” Danial bersuara.

“Have a seat.” Hani menarik kerusi. Danial melabuhkan punggung di sebelah Hani. Manakala Zayn Izrel melabuhkan punggungnya di sebelah Darissa.

“Beli apa aje dekat sini?” soal Zayn Izrel.

“Handbag untuk mak Hani,” jawab Darissa. Dia mahu menyedut air, dengan pantas Zayn Izrel merampas air tersebut dari tangannya.

“Eee, apa ni?” marah Darissa.

“Nak rasa sikit.” Zayn Izrel terus menyedut air Starbucks tersebut. Setelah itu dia tersenyum.

Darissa menggeleng perlahan melihat sikap Zayn Izrel. Malu pula dia di hadapan mereka berdua. Setelah itu, dia memandang Danial. “Danial. I nak minta maaf.”

“Minta maaf?”

“Ya, I nak minta maaf, tentang apa yang I dah rancang sebelum ini, sebab dah melibatkan you.”

“It’s okay. I tak kisah pun. Nasib baiklah Zayn tak benci I.”

“Ha, nasib baik aku tak benci kau. Kalau tak?” Zayn Izrel menyampuk.

“Uish, janganlah. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.

Mereka berempat ketawa serentak.

“Lepas ni, you all berdua nak ke mana?” soal Zayn Izrel.

“Don’t know yet.” Darissa menjongketkan kedua-kedua bahunya.

“Jom kita pergi tengok wayang nak?” Danial memberi cadangan.

“Tengok wayang? Good idea. Dah lama juga I tak tengok wayang.” Zayn Izrel memandang Darissa.

“Err... tengok wayang? Ajak kita orang berdua ke?”

“Of course. Kita dating dengan pasangan masing-masing. Danial dengan Hani. I dengan you? Okey tak?” Zayn Izrel sudah tersengih.

“Hani dengan Danial? Dating?” Darissa memandang Hani.

Wajah Hani sudah merona merah. Ah, dia benar-benar malu.

Danial tersenyum sambil memandang ke arah Hani. “Kalau Cik Hani tak kisah, boleh ke, kalau kita tengok wayang bersama? You dengan I? Tak akanlah nak asing-asing duduk pula, kan? Nak tak nak, you kena duduk sebelah I juga.”

“Err, boleh aje. Apa salahnya?”

“Yes! Dah jom. Kita gerak.” Zayn Izrel sudah bangun dari kerusi. Tangan Darissa terus ditariknya. Darissa hanya menurut.

Hani dan Danial turut bangun serentak.

“Dipersilakan...” Danial mempersilakan Hani untuk jalan terlebih dahulu.

Hani tersipu malu. Jodoh aku dengan dia ni ke? Dia mula berangan. Tak salahkan, kalau dia berangan? Dia juga tidak mempunyai kekasih. Tetapi bagaimana pula dengan Danial? Adakah lelaki itu sudah berpunya?

Sedar tak sedar, jam sudah menghampiri pukul 5.30 minit petang. Masing-masing sudah kepenatan. Mana tidaknya, selepas menonton wayang, mereka pergi membeli belah, dan juga minum petang. Sempat juga tadi, mereka menunaikan solat zohor dan juga asar di surau yang ada di dalam Pavilion tersebut.

“Err, kau balik dengan Hani boleh? Kereta kau, aku drive balik ya? Esok pagi, aku suruh staf aku hantar kereta kau ke rumah ya? Kau shif malam kan esok?” pinta Zayn Izrel.

Danial mengangguk. Setelah itu dia memandang Hani. “Boleh ke Cik Hani?”

“Err, boleh aje. Apa salahnya. Saya boleh hantarkan. Tak payahlah bercik-cik. Panggil Hani aje.”

“Hani or honey sayang?” usik Danial.

“Isy, kau Danial. Gatal betul.” Perut Danial ditumbuk perlahan.

Danial ketawa perlahan. Wajah Darissa dipandang sekilas. Dia tahu, tiada guna dia jatuh cinta pada isteri orang. Lebih baik dia mencari wanita bujang, yang masih belum berpunya lagi.

“Tak salahkan kalau aku mencuba? Tapi tak tahulah, kalau Hani dah berpunya.”

“Hani belum berpunya. Bolehlah tu, masuk line.” Darissa menyampuk.

Lagi merah wajah Hani ketika ini, apabila diusik sebegitu. Setelah berpamitan antara satu sama lain, mereka mula bergerak pulang.

Darissa di sebelah, sudah dibuai mimpi ketika ini.

Zayn Izrel pula tenang memandu. Wajah Darissa dipandang sekilas, lalu tangan isterinya diraih. Digenggam erat tangan Darissa ketika ini, seakan tidak mahu lepas.

Entah kenapa dia berasa bahagia saat meluangkan masanya bersama-sama dengan Darissa. Tidak pernah dia merasakan bahagia seperti ini. Selama-lamanya dia tetap akan mencintai Darissa, walau apa pun yang terjadi.

 

 

MALAM itu, Darissa selesai makan malam bersama-sama Zayn Izrel.

“Sedap tak masakan I?” soal Zayn Izrel, sambil mengelap tangannya pada tuala kecil yang digantung di pemegang pintu peti ais.

“Mestilah sedap. Thanks. Kalau tiap-tiap malam you masak, gemuklah I nanti.”

“Eh, tak kisah kalau you gemuk pun. Makin I sayang. Peluk pun lagi sedap.” Zayn Izrel terus mendukung tubuh Darissa, lalu dia menaiki anak tangga satu persatu, sambil mendukung tubuh isterinya itu.

Darissa pula ketawa sambil memeluk batang leher suaminya.

“I nak masuk bilik kerja kejap lagi. Ada kerja yang I nak buat. Dan esok I nak ke Johor.”

“You nak pergi Johor? Buat apa?”

“Jumpa dengan kontraktor sana. Tak tahulah, nak kena check-in, ataupun tak. Rasanya tak kut, I balik hari. Don’t miss me okay?”

“Tak payahlah check-in sana. Nanti I rindu macam mana?”

Zayn Izrel ketawa kecil. “Okey, I tak check-in. Petang, I balik okey?” Mereka berdua tiba di hadapan pintu bilik.

Darissa mengangguk. Tubuhnya terus diturunkan.

“I masuk tidur dulu. You jangan lama sangat buat kerja tu.”

“Okey baby.”

Chup!

Pipi Darissa dikucup laju.

Darissa tersenyum. Dia terus sahaja melangkah masuk ke bilik. Manakala Zayn Izrel menuju ke bilik kerjanya.

Darissa terus merebahkan badannya di atas katil. Dia benar-benar mengantuk. Tidak lama itu, matanya terus terpejam rapat.

Dalam pukul 12.30 minit malam, Darissa terjaga daripada tidurnya. Tangan kiri meraba bantal di sebelahnya. Kosong. Zayn Izrel masih belum masuk tidur lagi?

Tanpa menunggu,  Darissa terus sahaja bangun dari katil. Dia mahu menjenguk Zayn Izrel. Perlahan-lahan dia mengayunkan langkahnya menuju ke bilik kerja suaminya.

Pada ketika ini, pintu bilik tertutup rapat. Darissa terus menghalakan tangan kanannya pada tombol pintu. Belum sempat tangan mahu memulas, kedengaran suara Zayn Izrel yang sedang bercakap di telefon ketika ini. Darissa tidak jadi membukanya. Biarlah suaminya menghabiskan perbualannya terlebih dahulu.

“Kebetulan I memang nak ke Johor esok. I jumpa you dekat sana nanti? Duit I dah transfer dah. Masih tak cukup lagi, kan?”

Dahi Darissa berkerut ketika ini. Transfer duit? Transfer duit pada siapa pula? Dan dengan siapa Zayn Izrel mahu berjumpa esok?

“It’s okay, macam ini. Esok I bagi you balance lagi. Tapi, I bagi cheque. You tunggu aje, I sampai sana okey? I gerak lepas subuh esok. Paling-paling pun, pukul 1 tengah hari kita boleh jumpa? Ya, okey. Apa-apa hal, I call you. Okey Natasya. Bye.”

Berderau darah Darissa ketika ini. Natasya? Zayn mahu berjumpa dengan Natasya? Gigi diketap menahan marah yang teramat sangat. Darissa terus sahaja kembali ke bilik. Hatinya benar-benar berasa sakit! Terlalu sakit!

 

 

PAGI subuh itu, Darissa dan Zayn Izrel selesai menunaikan solat subuh bersama-sama. Darissa cuba berlagak tenang, walaupun pada saat ini dia tidak dapat tersenyum seperti biasa.

“You, balik petang ini, kan?” soal Darissa, sambil menanggalkan telekungnya.

“Err, I tak tahu lagi. Takut lama pula meeting tu.”

“Hmm, iya ke? Bosanlah I nanti. Hmm, kalau I nak ikut you boleh?”

“You nak ikut I?” Zayn Izrel menjongketkan kening kanannya.

Darissa mengangguk perlahan.

“Takut nanti you bosan pula. Tak apalah, I cuba balik secepat yang mungkin okey?”

Darissa cuba mengukirkan senyuman. Tetapi ternyata senyumannya seakan palsu. Jika hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengamuk di situ juga.

Zayn Izrel menukarkan pakaiannya, kepada pakaian kasual. Beg pakaiannya turut dibawa.

“Kenapa bawa beg pakaian? Bukan ke hari ini juga, you nak balik?”

“I takut lambat. I pun tak janji juga ni, dapat balik ke tidak petang ni.”

“Hmm, tak apalah. No rush okay? Kalau tak dapat balik petang ini, you check-in ajelah sana.”

Zayn Izrel menghampiri Darissa. Tangan kanan memagut dagu isterinya. “I cuba okey?”

Darissa mengangguk perlahan. Berat hatinya mahu bertanya apa yang telah terjadi malam tadi. Adakah Zayn Izrel dan Natasya masih berhubungan lagi? Dan adakah mereka sedang mempermainkannya? Ataupun Zayn Izrel sudah bernikah senyap-senyap dengan Natasya? Lebih-lebih lagi, wanita itu juga sudah tidak datang ke sini lagi. Kalaulah dia tidak datang ke bilik kerja Zayn Izrel malam tadi, dia juga tidak tahu apa yang sudah dibicarakan Zayn Izrel dan juga Natasya di telefon semalam.

NAYLA menghampiri Tini. Dia lihat wanita itu, sudah bersiap-siap mahu keluar makan tengah hari.

“Kenapa tak nak hantar surat berhenti? Awak masih nak bekerja di sini lagi?”

“Saya tak buat salah apa pun. Kenapa saya perlu hantar surat berhenti?”

“Awak bernasib baik, Datuk Azlan tak tahu tentang perkara ini.”

“Perkara apa pula? Short duit lagi? Saya tak pernah short duit. Lagipun setiap payment yang dimasukkan klien melalui bank transfer, cash deposit dan cheque yang saya terima, semua dah saya clear-kan. Part mana pula, saya boleh short?”

“Masih nak tegakkan benang yang basah? Sebab Kak Murni yang beritahu saya, yang awak dah songlap duit company.”

“Apa? Saya songlap duit company? Awak tak boleh nak tuduh saya sembarangan. Saya tak pernah nak songlap duit company. Lagipun saya dah bekerja di sini, hampir 4 tahun.”

“Ya, saya tahu awak dah bekerja di sini hampir 4 tahun. Takkanlah baru-baru kerja dah nak tunjuk taring, kan? Mestilah buat naif dulu. Dan dalam masa itulah, awak tunjuk sikap sebenar awak.”

“Kalau betul, mana buktinya? Kenapa Datuk Azlan tak minta saya jumpa dia? Kalau betul saya ada songlap duit company. Kenapa awak pula yang beria-ia nak suruh saya berhenti? Apa motif awak? Sebelum ini, tak ada masalah apa pun. Lepas aje awak masuk ke department ni, suasana terus jadi huru-hara.”

Pang!

Wajah Tini ditampar Nayla.

Tergamam Tini ketika ini, saat ditampar Nayla tadi.

“Kau jangan nak cakap macam tu ya? Walaupun aku ni anak angkat Datuk Azlan, aku ada hak dalam company ni juga. Aku suruh kau berhenti, sebab tak nak kau ditangkap polis. Tapi, kau boleh cakap aku macam itu?”

Mata Tini berkaca-kaca ketika ini. Perit pipinya, akibat ditampar tadi.

“Kau memang jenis tak faham apa aku cakap, kan? Susah sangat ke nak berhenti kerja?”

“Oh, kalau saya berhenti kerja, supaya awak boleh duduk di tempat saya ni? In your dream! Entah-entah awak yang nak songlap duit! Tak, saya takkan berhenti, selagi tak ada bukti yang mengatakan yang saya dah songlap duit company! Kalau dah anak angkat, buat cara anak angkat!” Entah bagaimana, Tini berani mengatakan seperti itu kepada Nayla. Laju sahaja kakinya melangkah meninggalkan Nayla di situ.

Nayla benar-benar berasa marah. Anak angkat? Wanita itu benar-benar mencabarnya!

DARISSA menunggu Zayn Izrel selesai mensyuaratnya dengan seorang kontraktor di situ. Dari tadi, Darissa memang setia menunggu suaminya di dalam kereta sewa yang telah disewanya pagi tadi, atas bantuan pekerja syarikatnya.

Sememangnya dia telah mengekori Zayn Izrel sehingga ke Johor Bahru, tanpa pengetahuan suaminya itu. Dan Zayn Izrel juga, langsung tidak tahu, yang dirinya diekori sejak dari pagi tadi.

Lama Darissa menunggu. Tetapi dia sikit pun, tidak berputus asa.

Tidak lama itu, susuk Zayn Izrel sudah pun keluar dari bangunan tiga tingkat itu. Sepertinya Zayn Izrel seakan terburu-buru masuk ke dalam perut kereta. Laju sahaja kereta meluncur laju meninggalkan bangunan tiga tingkat itu. Ke mana pula suaminya mahu pergi? Berjumpa dengan Natasya?

Darissa terus menekan pedal minyak, lalu mengekori kereta Zayn Izrel dari belakang. Tidak lama itu, kereta yang dipandu suaminya, masuk ke kawasan parkir hospital swasta.

Hospital?

Setelah memarkirkan kereta. Zayn Izrel laju sahaja masuk ke dalam lobi hospital, dan diikuti Darissa. Dia sedaya-upaya cuba untuk mengelakkan dirinya daripada tertangkap oleh Zayn Izrel.

Zayn Izrel laju sahaja masuk ke dalam perut lif. Darissa tidak turut masuk. Malah dia menyorok di sebalik dinding. Setelah memastikan pintu lif tertutup, Darissa terus melihat nombor lif di permukaan dinding. Ternyata lif berhenti di tingkat 6.

Butang lif ditekan. Dalam beberapa saat, pintu lif terbuka. Laju, sahaja Darissa melangkah masuk ke dalam perut lif, lalu butang nombor 6 ditekan. Jantungnya mula berdebar-debar. Rasa marah, takut, sakit hati, mula menyelebungi diri.

Tiba sahaja ditekan 6, Darissa terus sahaja berjalan keluar dari perut lif. Dia memandang kiri dan kanan. Kosong. Kakinya teragak-agak mahu melangkah keluar, tetapi digagahkan juga.

Matanya mula melilau mencari susuk Zayn Izrel. Tiba-tiba sahaja telinganya menangkap satu tangisan seakan suara Natasya, dari arah sebelah kiri. Darissa laju sahaja mengayunkan langkahnya menuju ke arah tangisan tersebut.

Tiba-tiba kakinya terhenti.  Natasya kini sedang memeluk erat tubuh Zayn Izrel. Dan Zayn Izrel pula, sedang mengusap rambut Natasya, seakan mahu menenangkan wanita itu.

Apa yang dilihatnya ketika ini? Kenapa? Kenapa Zayn Izrel sanggup membiarkan Natasya memeluknya?

Hai semua. Sorry ya. Lambat sgt updated. Bulan ni mmg sibuk sikit. Hari cuti pun kerja. Sob Sob.. Harap, anda semua sabar menunggu okey. Terima kasih, sudi baca DYT.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-07-24 10:58:36 

kesian darissa


NovelPlus Premium

The best ads free experience