DYT 9 - TUNTUT MALAM PERTAMA

Romance Series 522373

MATA Darissa terarah pada televisyen. Zayn Izrel yang dari tadi memandangnya, tidak dihiraukan.

“You buat I macam tunggul. Sepatah I tanya, sepatah you jawab. Macam mana branula tu boleh tercabut dari tangan you?”

“Tercabut sendiri.”

“Nonsense! Apa dah berlaku sebenarnya? You ada sorokkan apa-apa dari I ke? Bila I bercakap, pandang I. Bukannya mata pandang TV.”

“You nak apa ha? Pergi baliklah. Tak perlu semak dekat sini. Kalau rasa terpaksa jaga I, tak perlulah you datang sini. Lebih baik you balik aje, daripada you menyakitkan hati I.” Darissa tidak melepaskan pandangannya, dari merenung televisyen di hadapannya.

Zayn Izrel mengetap gigi menahan marah. Dia tidak mengerti apa yang sudah berlaku tadi. Semasa dia tiba tadi, dia melihat ada darah di atas lantai. Dan pada waktu itu, jururawat sedang memasang branula yang baru pada tangan Darissa. Bila ditanya, tiada apa yang berlaku. Sepertinya ada sesuatu yang disorokkan oleh Darissa.

“You buat apa lagi dekat sini? You baliklah. Tak payah nak jaga I. I tak perlukan you,” ucap Darissa, sambil memandang Zayn Izrel sekilas. Dia benar-benar tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku tadi.

Zayn Izrel merenung tajam ke arah Darissa ketika ini. Suka-suka hati Darissa mahu menghalaunya. Tidakkah isterinya tersentuh, dengan layanannya? Ini bermakna, sia-sia sahaja dia di sini?

Tanpa menunggu, dia terus sahaja bangun dan menuju ke arah Darissa. Lengan Darissa ditarik kasar. “You jangan melampau sangat dengan I Darissa. Elok-elok I nak tolong you, terus I tak jadi tolong. You jangan buat I seperti orang tak ada perasaan. Bila I tanya tu, jawab aje. I ikhlas jaga you, you boleh cakap macam tu pula pada I?”

“Apa you cakap tadi? Ikhlas? Padahal terpaksa. Tak payah tolonglah, kalau rasa tak nak tolong.” Darissa menepis tangan Zayn Izrel dengan kasar. Sungguh dia benci dengan kata-kata manis. Sama juga dengan Farhan, yang hanya pandai berkata-kata.

Zayn Izrel hilang sabar dengan sikap Darissa. Dia terus sahaja menolak tubuh Darissa di atas katil, lalu tubuh isterinya itu ditindih kasar. 

Darissa tercengang. Dia tidak dapat melawan, dengan keadaan dirinya yang lemah di saat ini. Wajah suaminya, begitu hampir dengan wajahnya. 

“Nasib baik kita sekarang ni di hospital. Kalau nak diikutkan hati I, dekat sini juga I tuntut malam pertama kita! You jangan ingat, I tak akan tuntut? Dan you akan terlepas macam itu aje, semata-mata nak capai matlamat you tu? I ni ada perasaan, bukannya tunggul!” Zayn Izrel terus sahaja bangun dari tubuh Darissa, lalu melangkah keluar dari wad isterinya itu.

Mata Darissa terkebil-kebil ketika ini. Zayn Izrel mahu tuntut malam pertama mereka?

 

 

SEJAK kejadian tengah hari tadi Darissa langsung tidak dapat melelapkan matanya. Ya, dia langsung tidak tidur-tidur. Demamnya sudah semakin kebah. Dia benar-benar berharap, esok dia dapat keluar dari hospital. Tidak betah dia berlama di sini.

Pada awalnya keluarganya mahu datang melawatnya. Tetapi Darissa menghalang. Dia tidak mahu menyusahkan keluarganya. Lebih-lebih lagi, Zayn Izrel sudah tidak datang ke sini, sejak kejadian tengah hari tadi. Jika mereka bertanyakan di mana Zayn Izrel? Apa yang akan dijawabnya nanti?

Jam pada waktu ini sudah menunjukkan pukul 11.30 minit malam. Kenapa matanya tidak dapat dilelapkan? Banyak kali juga jururawat datang kepadanya, supaya rehatkan diri. Tetapi dia langsung tidak dapat melelapkan matanya.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berdering. Siapa lagi kalau bukan Farhan. Panggilan terus sahaja dijawab.

“You nak apa lagi ha! Tak habis-habis call I?”

“You dekat mana? I datang office you tengah hari tadi. Tapi staff cakap you demam. You dekat hospital mana sekarang ni? I datang ya?”

“You gila ke? Buat apa you datang office I? Kalau abi I tahu, mampus I, you tahu tak!”

“I tak peduli semua tu. Riss, I miss you so much. I masih tak boleh terima hakikat yang you dah kahwin. Seriously I tak tipu. I betul-betul menyesal apa yang I dah buat pada you. Please Riss, bagi I peluang...”

“Peluang you cakap? I dah kahwinlah. Kalau you tak buat hal, mungkin kita dah kahwin sekarang ni. Menyesal pun, tak ada gunalah.”

“Riss please... dah berapa hari I tak boleh tidur. Makan pun tak. I masih tak boleh terima yang you dah kahwin. Apa yang I perlu buat sekarang ni Riss... hidup I jadi tak tentu arah sekarang ni...” Kedengaran esakan tangisan Farhan ketika ini.

Kedua-dua bebola mata Darissa naik ke atas. Dah mula dah dia punya menangis. Dia benar-benar menyampah mendengarnya.

“Sudahlah. I nak tidur. I tak larat sangat ni. Dengar you menangis ni, lagi mendadak suhu demam I.” Darissa terus sahaja mematikan talian. Setelah itu, butang off terus sahaja ditekan. Dia tidak mahu ada gangguan dari Farhan lagi.

Terkebil-kebil mata Darissa ketika ini merenung siling. Tangan kanannya pula, sudah dicabut branula pukul 8 malam tadi.

Ah! Lebih baik aku tidur, daripada aku kusutkan kepala aku ni.

 

 

SPLASH!

Zayn Izrel terjaga dari tidurnya, apabila terasa wajahnya disimbah air. Dia benar-benar terkejut, dengan matanya yang membulat ketika ini. Darissa kini sedang berdiri tegak di hadapannya, dengan matanya yang terbuka, sambil memegang jug air.

Apa yang sudah berlaku? Kenapa wajahnya disimbah air?

Setelah itu Darissa berjalan ke arah katilnya semula, sambil mengambil selimut, lalu lantai yang basah dengan air tadi, dilapnya. 

Tiba-tiba sahaja Darissa berdiri menghadapnya, lalu wajah Zayn Izrel dilap dengan menggunakan selimut tersebut dengan penuh kasih sayang. Sudah seperti seorang ibu, yang sedang mengelap wajah anaknya yang baru selesai mandi. Zayn Izrel terdiam kaku.

Darissa sedang mengelap wajahnya? Dari wajah, terus ke rambut pula. Apa sudah terjadi kepada Darissa? Kenapa tiba-tiba sahaja isterinya menjadi seorang yang prihatin? Tak mungkin isterinya tiba-tiba sahaja boleh berubah menjadi lembut seperti ini?

Tidak lama itu, Zayn Izrel perasan, di mana mata isterinya langsung tidak memandang tepat ke arahnya. Malah, isterinya memandang ke arah lain.

Sah! Mesti isterinya tidur sambil berjalan. Kalau tidak kenapa wajahnya tiba-tiba sahaja disimbah air tadi. Isterinya juga langsung tidak bercakap.

“Darissa! Darissa!” Zayn Izrel menggoncang kuat tubuh Darissa.

Darissa tersedar seketika. “Ha?” Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya. Setelah itu, dia menuju ke arah katilnya semula, lalu tubuh direbahkan. Darissa tertidur kembali.

Aik? Aku dah basah kena simbah dengan air tadi, dia boleh tidur balik?

“Eh, encik. Kenapa bising-bising? Ada apa yang  berlaku ni?” Jururawat tersebut terkocoh-kocoh menuju ke arahnya.

“Nothing happened. Isteri I mengigau.”

“Oh, saya ingatkan apalah yang berlaku tadi. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu.”

Zayn Izrel mengangguk sedikit. Setelah memastikan jururawat tersebut keluar, Zayn Izrel terus sahaja menanggalkan baju yang dipakainya, yang basah dengan air tadi.

Nasib baik dia simbah air aje. Kalau dia baling jug tu tadi, mahu luka kepala aku ni. Zayn Izrel menuju ke arah Darissa yang sedang nyenyak tidur. Terbayang-bayang kejadian tadi. Darissa mengelap wajahnya, dengan penuh kasih. Dapatkah dia merasakan seperti itu lagi?

Zayn Izrel mengimbau kembali kejadian tadi, di mana dia dihubungi Natasya, dan memintanya datang ke restoran segera McDonald’s. Dan katanya, mahu memberitahu sesuatu kepadanya.

“You ni kenapa ha? Lewat-lewat malam ajak I jumpa. Esok I ada meeting, you tahu tak?”

“I minta maaf. Maafkan I...” Natasya memegang erat tangan Zayn Izrel.

“I tahu I dah buat salah. I minta maaf. Mesti isteri you mengadu pada you, kan? I tampar wajah dia, tengah hari tadi,” sambung Natasya.

“What? You cakap apa ni?”

“Ya, I tampar dia. I minta maaf.  I takut you marah I. Sejak petang tadi, you langsung tak pick up call I. I takut you marah I. I jadi tak tentu arah bila fikirkan balik.”

“So, tengah hari tadi isteri I berubah, disebabkan you?”

Terkebil-kebil mata Natasya ketika ini. Isteri Zayn Izrel tidak mengadu?

“So, you puncanya?”

“I... I...”

“Apa masalah you ha? Kenapa you ke sana? I ada suruh you datang ke sana ke? You tahukan, wife I tak sihat. Kenapa you ke sana?”

“Sebab you cancel lunch kita. Padahal you dah janji dengan I semalam. I rasa dia dah menyusahkan you. Sebab tu I ke hospital. I cakap pada dia, yang you terpaksa jaga dia.”

“What? Terpaksa? I tak pernah rasa pun, yang I terpaksa. I memang ikhlas nak jaga dia. What’s wrong with you Natasya? Kenapa you rumitkan keadaan? Patutlah dia halau I, suruh balik.” Zayn Izrel terus bangun dari kerusi.

“You nak pergi mana?”

“I nak ke hospital. I dah salah fikir pasal dia. I biarkan dia seharian di hospital, gara-gara salah faham. I ingatkan dia tak nak tengok muka I ni.”

“Zayn I’m so sorry. I tahu I salah. Jangan buat I macam ni. I terlalu cintakan you... I tak tahu kenapa dengan I. I’m to stupid!” Natasya mula menangis. Dia benar-benar tersilap. Kenapalah dia ke hospital semata-mata nak rumitkan keadaan. Sepatutnya dia bersabar. Lagi pun Zayn Izrel sudah berjanji akan berkahwin dengannya.

“I nak you fikir, apa kesalahan yang you dah buat. Kalau you masih nakkan I lagi, you jangan buat perangai macam ni lagi. You faham tak?”

Natasya mengangguk berulang kali. Ya, dia tidak akan membuat masalah lagi.

 

 

NAYLA masuk ke dalam pejabat milik Darissa. Punggung dilabuhkan di atas kerusi milik kakak angkatnya itu. Lama dia duduk di kerusi tersebut, sambil memejamkan mata.

Kenapa bukan aku? Kenapa nak bagi pada Darissa jawatan CEO tu? Kenapa dia? Walaupun aku ni sekadar anak angkat, aku pun ada hak. Dan sekarang ni, kenapa aku tak ada pejabat sendiri? Orang tua tak guna tu, boleh campak aku di bahagian marketing? Sial punya orang tua!

Bingkai gambar milik Darissa diambil. Ditenung wajah kakak angkatnya itu yang sedang tersenyum manis, bersama ibu dan bapa angkatnya. Bibir diketap kuat. Ya, tiada gambarnya di situ. Darissa tidak pernah menganggapnya adik, walaupun sudah 13 tahun dia hidup bersama dengan mereka.

Klak!

Pintu ditolak.

Hani yang sedang membawa fail, terkejut melihat Nayla di dalam pejabat Darissa.

“Nayla? You buat apa dalam pejabat Darissa?”

Bingkai gambar diletakkan semula di atas meja. Nayla mula bangun dari kerusi. “Saje melawat bilik dia ni. Kau ada masalah ke?”

“Tak, I tak ada masalah. Tapi rasanya, pejabat ni tak boleh suka-suka hati masuk. Hanya I dan Datuk Azlan sahaja.”

Nayla menuju ke arah Hani. “Aku ni anak angkat Datuk Azlan. So, aku rasa tak ada masalah kut, kalau aku nak masuk ke bilik pejabat kakak angkat aku ni.”

“Tapi masalahnya, Darissa tak suka, kalau you masuk ke pejabat dia ni.”

“Aku peduli apa, kalau dia tak suka pun. Tepilah!” Nayla menolak tubuh Hani. Hampir sahaja Hani tersungkur. Nasib baiklah kedua-kedua kakinya kuat menahan.

Nayla berjalan keluar dari pejabat Darissa.

Hani berasa pelik. Kenapa Nayla masuk ke sini?

 

 

DARISSA sudah tiba di rumah, setelah dibenarkan keluar dari hospital tadi. Wajah, Zayn Izrel memang tidak dilihatnya, sejak kejadian dia memarahi suaminya tengah hari semalam. Memang benarlah, Zayn Izrel memang terpaksa menjaganya.

“Laki you ke mana? Dia tahu tak, you dah keluar hospital? And, you dah beritahu dia ke, yang I dah ambil you?”

“Entah, tak tahu. Malas nak beritahu. Mesti dia keluar dengan perempuan gila tu.”

“Sudahlah Riss. Tak payahlah nak diingatkan lagi.”

“Perempuan gila tu tampar I, you tahu tak? You ingat, I boleh lupa? Dia bernasib baik, sebab I dalam keadaan lemah. Kalau tak, dah lama tubuh dia tu, kena makan dengan kaki aku ni ha. Kurang ajar betul.”

Hani menggeleng perlahan.

Tidak lama itu, Kak Ton muncul sambil menatang dulang berisi dua cawan air teh, dan juga kuih ketayap.

“Jemput minum ya Hani.”

Hani mengangguk.

Kak Ton berjalan menuju ke dapur semula.

“Tapi, kenapa you tak beritahu pada Zayn, yang you ditampar kekasih dia tu semalam?”

“I bukannya tak nak beritahu. Kalau I beritahu, I takut Zayn marah Natasya. And then, buatnya Zayn tak jadi nak kahwin dengan perempuan tu macam mana?”

“Apa? You nak Zayn kahwin dengan perempuan tu?”

“Of course la I nak dia kahwin dengan perempuan tu, supaya Zayn ceraikan I. I tak nak jadi isteri Zayn untuk selama-lamanya. Bila I dapat aje jawatan CEO tu, I memang nak tuntut cerai. Dan I pun dah berjanji dengan Zayn, yang I akan bantu dia, supaya dia dapat kahwin dengan Natasya. I tak nak ada madu. I tak rela.” Darissa mencebik.

Hani melepaskan keluhan. “I tak tahu nak cakap apa dengan you lagi. Nanti kalau I tegur, you marah pula. Terpulanglah pada you Riss. I tak nak masuk campur.”

“You tak perlu masuk campur pun. I tahu, apa yang I buat.”

Hani teringatkan kejadian tengah hari tadi. Perlukah dia mengadu pada Darissa, yang Nayla ada masuk ke dalam pejabatnya? Ataupun dia diamkan sahaja?

 

 

DARISSA merasakan ada hembusan nafas pada wajahnya. Matanya benar-benar berat untuk dibuka. Dan sebenarnya dia masih mengantuk. Lebih-lebih lagi, dia sudah menelan dua biji pil, yang dibekalkan oleh pihak hospital petang tadi.

Tiba-tiba dia merasakan lehernya disentuh pula. Dengan pantas Darissa membuka matanya. Dia benar-benar terkejut melihat Zayn Izrel yang sedang berdiri memandangnya.

“Zayn? You buat apa dalam bilik I ni?” Darissa bangun dari pembaringan. Jam di dinding dipandang sekilas. Waktu sudah menunjukkan pukul 10 malam.

“Kenapa you tak inform I, yang you dah keluar hospital? I pergi hospital petang tadi, dan dia orang cakap, you dah discharged.”

“I lupa. Sekarang ni, you buat apa dalam bilik I ni? You boleh keluar tak?” Darissa merenung tubuhnya yang lengkap berpakaian. Nasib baiklah, dia tidak mengenakan baju tidur seksi. Kalau tidak, habis.

Eh, bukankah semalam Zayn ada mengugutnya, yang dia akan menuntut malam pertama mereka? Kenapalah kau tak kunci pintu! Bodohnya kau Riss!

“I nak malam pertama kita.” Zayn Izrel tiba-tiba sahaja bersuara.

Terbuntang mata Darissa saat mendengarnya. Zayn Izrel dapat membaca kata hatinya? “Ha? You cakap apa tadi? Malam pertama? You dah gila ke?”

“I tak gila. I suami you yang sah. I boleh datangi you bila-bila masa aje I nak. You kena layan I.” Zayn Izrel berjalan perlahan-lahan menghampiri Darissa. Baju t-shirt yang dipakainya terus sahaja ditanggalkan.

“I want you...” ucap Zayn Izrel lagi.

Darissa menelan liur, melihat tubuh badan Zayn Izrel yang sudah tidak berbaju.

“Zayn, you tak boleh buat I macam ni. Lagi pun, nanti you nak ceraikan I. Kan you dah cakap, yang you nak kahwin dengan Natasya? You cintakan dia, kan? Kalau you bersama dengan I, nanti I pregnant.”

“Itu lagi bagus, kalau you pregnant. I pun tak akan ceraikan you. You tetap akan jadi wife pertama. Dan Natasya wife kedua. Dan dia pun tak kisah jadi madu you.”

“But I care! I tak nak ada madu!”

“Sorry, I tak boleh nak ikut cakap you. I lelaki, I boleh kahwin empat. Dan sejak beberapa hari ini, I asyik terbayangkan you. Takkan benda yang halal, I nak tengok aje? I tak tahan tengok you. Dan I tak tipu, I sebenarnya benar-benar bernafsu bila tengok you. Please Darissa, I want you now...” Zayn Izrel mula membuka ikatan tali seluarnya.

“You! You buat apa nak buka seluar tu! You tak malu ke? I tak nak tengok ular tedung you tu!” jerit Darissa. Darissa sudah tidak dapat melarikan diri. Pintu biliknya pula sudah dikunci. Adakah dirinya akan disentuh?

Share this novel

norsila
2023-06-17 16:21:15 

ketul joo kepalo zyn dgn pasu ko..kayu ko apo2 joo..hahaha eeeggg nk bmadu tk rela youuuu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience