DYT 22 - BUANG SIM KAD

Romance Series 522373

DARISSA membuang pandang ke luar tingkap. Dia termenung memikirkan apa yang sudah berlaku sebentar tadi. Sungguh dia sakit hati dengan Zayn Izrel.

“Diam aje dari tadi? Something wrong?” soal Zayn Izrel sambil menumpukan pemanduan.

“Nanti Nay contact abang ya? Kalau nak minta pertolongan apa-apa. Terima kasih, bagi phone number,” ajuk Darissa.

Berkerut dahi Zayn Izrel mendengar ajukan Darissa. “Hei, kenapa tiba-tiba aje ajuk cakap?”

“Biarlah. Siapa suruh bagi phone number? You dah tahukan, I tak suka Nayla tu. Kenapa you gatal-gatal nak bagi juga? Kenapa? Tak cukup ke dengan Natasya? Sekarang nak tambah Nayla pula? Dasar jantan tak sedar diri!” Darissa benar-benar hilang sabar. Dia benar-benar terkejut, yang Zayn Izrel boleh memberi nombor telefonnya kepada Nayla. Yang paling dia sakit hati, tanpa rasa malu atau takut, Nayla boleh berkata seperti itu di hadapannya, saat mereka mahu berangkat pulang tadi.

“You cakap I jantan tak sedar diri?”

“Ya! You memang jantan tak sedar diri!”

Zayn Izrel terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Darissa terkejut. Hampir sahaja dahinya terhantuk pada dashboard. “You dah gila ke!”

“I ni suami you tahu tak? Kita baru nak pulihkan hubungan kita ni. Dan you boleh-boleh cakap macam tu pada I?”

“You sakitkan hati I! You ingat I nak senyum? Gembira? Bila dia minta nombor you? You tak boleh fikir ke? Macam-macam boleh jadi tahu tak?”

“So, you tak percayakan I?”

“Bukan masalah percaya atau tak. You boleh fikirkan? Kenapa tak boleh nak fikir? Tengoklah pagi tadi, bukan main lagi dia malukan kita. Tak nampak lagi ke? I hate her!”

“Okay, tell me. Why you hate her?”

“You tak perlu tahulah.”

Zayn Izrel melepaskan keluhan. “I’m sorry okay?”

“Why you say sorry to me? For what? Nak bagi I happy? Sikit pun I tak happy la.”

Zayn Izrel tidak mahu pergaduhan menjadi panjang. Dia teringat, yang dia ada menyimpan kotak telefon bimbit lamanya di dalam dashboard. Di dalam kotak tersebut, ada satu pin untuk membuka sim kad. Laju sahaja tangannya membuka dashboard. Kotak telefon bimbit diambil, lalu pin sim kad dibawa keluar.

“You nak buat apa ni?”

Pertanyaan Darissa tidak diendahkan. Zayn Izrel terus mengeluarkan sim kadnya dengan menggunakan pin yang diambil dari dalam kotak telefon bimbit lamanya. Setelah mengeluarkan sim kadnya, laju sahaja tangan Zayn Izrel membuang sim kad tersebut ke luar tingkap.

Darissa terdiam. Kenapa Zayn Izrel melakukan hal seperti itu?

“Okey? You dah tenang sekarang?”

“Kenapa you buat macam itu?”

“Itu aje caranya supaya kita tak bergaduh panjang. I tak nak kita berbalah disebabkan perkara tadi. Jadi, I buang aje sim kad I tu.”

“Kenapa you buang? Kalau orang call macam mana?”

“Biarlah. Balik ni, beli ajelah nombor baru.”

“Nombor-nombor semua tu, macam mana you nak ingat?”

“Save dekat email. Backup ajelah semula. Baby please... janganlah macam ini. I tak nak kita bergaduh.” Zayn Izrel memegang kedua-kedua lengan Darissa.

“Dahi I ni, hampir nak terhantuk tadi, you tahu tak?”

“Okey, I minta maaf. I tak sepatutnya berhenti kereta secara melulu macam itu. Tapi...” Zayn Izrel terdiam. Sebenarnya dia terasa dengan kata-kata Darissa tadi, disebabkan itulah dia berhentikan keretanya secara mengejut.

Darissa memandang Zayn Izrel. “Hmm... Zayn. I minta maaf. I tahu, I dah terlanjur kata. I... I tak tahu kenapa I sakit hati sangat bila tengok Nayla cakap macam tu.”

“You cemburu sebenarnya...” Zayn Izrel tersenyum.

“Cemburu? Mana ada.”

“Ya, you cemburu. Bila seseorang itu marah terhadap pasangannya, dia tengah cemburulah tu. Cemburu tu tandanya sayang, kan? You sayang I, kan?”

Wajah Darissa merona merah.

“Cakap cepat...” Kedua-dua pipi Darissa dicubit perlahan.

Tok! Tok!

Tingkap kereta diketuk. Zayn Izrel tersentak. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat anggota polis sudah berdiri di luar keretanya. Laju sahaja Zayn Izrel menurunkan cermin keretanya.

“Err, ya tuan.”

“Apa kamu berdua buat tepi highway ni? Tak tahu ke, dah mengganggu laluan kecemasan ni? Dan, kamu berdua memang ada kecemasan ke?”

“Maaf. Maaf tuan. Tak ada apa-apa kecemasan pun. Wife saya ni, pening kepala. Terpaksa berhenti sekejap.”

“Kalau tak ada kecemasan, tak boleh suka-suka hati berhenti di sini. Sini banyak kereta, lori, dan motor laju. Double signal jangan lupa buka, kalau betul-betul kecemasan. Ni tak buka langsung. Takut lori ke, motor ke, tak perasan kamu berhenti di laluan ni. Macam-macam boleh jadi.”

“Ya tuan. Maaf sekali lagi tuan. Lepas ni, saya tak akan berhenti suka-suka hati macam ini lagi.”

Darissa hampir ketawa. Tetapi dia terpaksa menahan.

Anggota polis tersebut mengangguk, lalu dia bergerak meninggalkan kawasan itu.

Darissa terus menghamburkan ketawanya. Wajah Zayn Izrel tadi benar-benar di dalam keadaan ketakutan.

Zayn Izrel memandang Darissa. “Why?”

“Kelakar tengok muka you tadi.”

“You la. Suka-suka hati cakap I tak sedar diri. Tak pasal-pasal I berhenti tepi highway ni.”

“Siapa suruh gatal bagi phone number pada Nayla. Padanlah muka you.”

“Oh, padan muka I eh? Malam ni siaplah you!” Hidung mancung Darissa dipicit.

Darissa memegang hidungnya akibat dipicit Zayn Izrel tadi. “Malam ni apa?”

“I nak lagi.” Zayn Izrel ketawa.

“Ha? You cakap apa?”

“Nak lagilah baby. Kali ini, nak bunyi gedegang gedegung ke, kerusi terbalik ke, katil runtuh ke? It’s okay. Hanya kita berdua aje dalam bilik nanti.”

“Eee, otak kuning!”

“Otak kuning? Belakang badan I kena cakar, you tak fikir pula?” Zayn Izrel terus menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan lebuh raya tersebut.

Darissa sudah tidak tentu arah. Tapi mereka berdua belum berbincang lagi tentang berpindah bilik.

“Pindah bilik I ya?”

Aik? Macam mana dia tahu pasal pindah bilik ni? Dia dapat baca ke isi hati aku? “Err, pindah bilik?”

“Yup, pindah bilik. Tak akanlah nak biarkan husband you ni tidur sorang-sorang pula.”

“Nantilah I fikir dulu.”

“Eh, nak fikir-fikir kenapa pula? Tak ada, tak ada. Balik ni, kita kemas barang-barang you bawa masuk bilik I ya?” Zayn Izrel masih menumpukan pemanduan.

“Up to you.”

Tangan Darissa tiba-tiba sahaja diraih Zayn Izrel, lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup lama tangannya ketika ini.

“I benar-benar berharap, yang rumah tangga kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Kalau boleh, I tak nak ada gangguan dari siapa-siapa pun. Dan I berharap hubungan kita akan semakin utuh. I tak nak, benda-benda kecil diperbesarkan, sehingga muncul salah faham. Insya-Allah, I janji. I akan cuba untuk menjadi suami yang terbaik buat you Darissa.”

Darissa tersentuh dengan kata-kata Zayn Izrel.

“I love you so much baby...”

Darissa tersipu malu ketika ini. “Eh, kejap... Natasya tak ada ganggu you lagi?”

Zayn Izrel menggeleng perlahan. “Kali terakhir, masa yang dia datang seminggu yang lepas itu ajelah. I dah pesan security, jangan benarkan dia masuk.”

“Sepatutnya dari hari itu you pesan pada security. Ini tak, dah jadi macam-macam barulah nak bertindak.”

“Aik, tengok tu. Ha, nak cari point nak berbalah lagi ke ni?” Zayn Izrel menjongketkan kening kirinya memandang Darissa, lalu dia memandang ke hadapan semula.

“Eh, tak... I cuma cakap aje. Tak ada kata nak berbalah pun.”

“Yalah, I ni la yang suka cari masalah.” Suara Zayn Izrel sedikit mengendur. Bunyinya seakan merajuk.

Darissa perasankan Zayn Izrel yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi muram.

Darissa memeluk lengan kiri Zayn Izrel. Dia merebahkan kepalanya di bahu suaminya.

“I love you...” ucap Darissa.

Zayn Izrel tersenyum simpul. “Macam tahu-tahu aje nak pujuk I macam mana. I love you too.” Ubun-ubun Darissa dikucup sebentar.

Darissa memejamkan matanya, saat Zayn Izrel mengucup ubun-ubunnya. Dia benar-benar berharap, tiada gangguan di dalam rumah tangga mereka. Tetapi, adakah Natasya sudah berputus asa? Dan Farhan pula bagaimana?

 

NAYLA duduk bersimpuh, sambil merenung kubur ibu bapa kandungnya. Hampir satu jam dia di dalam keadaan begitu. Tangan kanan mula menggenggam tanah kubur bapanya.

“Daddy. Nay, semakin hilang sabar sekarang ni. Nay tak boleh lihat keluarga Azlan hidup bersenang-lenang. Mereka semakin jauh ke hadapan. Sedangkan Nay? Masih berada di bawah. Apa yang perlu Nay lakukan sekarang ni? Nay ingatkan bila Nay dah tolak dia dulu, dia dah mati. Rupa-rupanya dia masih hidup!”

Perlahan-lahan dia merebahkan kepalanya di atas kubur bapanya. Air matanya mula mengalir di pipi.

“Nay bencikan dia orang. Nay benci! Kenapa dia orang semakin maju Daddy? Kenapa?”

Nayla menangis teresak-esak ketika ini. Hampir setengah jam dia berkeadaan seperti itu. Setelah itu, dia melihat jam di tangan sudah menghampiri pukul 12 tengah hari. Nayla terus sahaja bangun. Air mata diseka dengan menggunakan belakang tapak tangannya.

Tiba-tiba sahaja Nayla tersenyum sendiri. Nombor Abang Zayn ada pada aku. Senang aku nak goda dia lepas ini. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia sudah tekad. Dia mahu merampas Zayn Izrel daripada Darissa!

“Nayla?” Farhan berdiri di belakangnya.

“Eh, Abang Farhan. Apa abang buat dekat sini?”

“Baru lepas bersihkan kubur arwah ayah abang. Aik? Nayla sorang-sorang aje ke?”

Nayla mengangguk. “Biasalah abang. Nay kan anak angkat aje. Yang dalam kubur itulah ibu bapa Nayla.”

Farhan mengangguk. Sememangnya dia tahu yang Nayla hanya anak angkat sahaja. “Tak, maksud abang, tak ada ke ibu bapa Darissa temankan Nayla?”

“Tak, tak temankan pun. Jom abang pergi bawah pondok tu. Panas pula berdiri dekat sini.”

Nayla dan Farhan mengatur langkah menuju ke bawah pondok. Wajah Nayla sedikit sembap akibat menangis tadi.

“Mesti Nay rindukan arwah, kan?”

“Siapa yang tak rindu abang. Mestilah rindu.”

Farhan mengangguk sedikit.

“Hmm, semalam Kak Riss dengan husband dia tidur rumah tau? Happy sangat dia orang berdua tu. Abi siap bising lagi, kata bunyi bising-bising waktu malam. Mana tak bisingnya abang, dia orang bersama, sampai  habis barang-barang jatuh dibuatnya.” Nayla menggeleng perlahan.

“Dia orang bersama?”

“Err... ya.”

Farhan melepaskan keluhan. “Baguslah tu. Kak Riss dah dapat kebahagiaan dia.”

“Kak Riss hilang ingatan sekarang ni. Abang sepatutnya masuk line la. Ini tak, abang biarkan macam tu aje. Nay tak fahamlah kenapa abang jadi macam ni. Bercinta bagai nak rak, last-last putus macam itu aje.”

“Abang sedar diri abang ni siapa. Abang tak layak untuk Kak Riss. Kami bagaikan enggang dengan pipit. Ya, sampai sekarang abang masih cintakan Kak Riss. Tapi, abang buat semua tu demi kebahagiaan Kak Riss juga.”

“Maaflah kalau Nay cakap ni. Abang betul-betul bodoh!”

“Apa Nay cakap?”

“Ya, abang bodoh! Abang tahu tak, abi cakap apa? Abi nak bagi jawatan CEO pada abang, bila abang dah kahwin dengan Kak Riss. Abang tahu tak?”

“Dia nak bagi abang jawatan CEO? Kalau abang kahwin dengan Kak Riss?”

“Ya. Memang itu yang abi cakap pada Nay dan juga mummy. Tapi Kak Riss tak tahu pasal tu. Sebab itulah Nay cakap, abang ni bodoh. Kalau abang tak buat hal dulu, mesti sekarang ni abang dah jadi CEO dah. Abang lepaskan peluang macam itu aje? Kalau Nay la, memang Nay menyesal sangat.” Nayla melepaskan keluhan kecil.

Farhan terduduk di atas pangkin yang ada di pondok tersebut. Rambutnya diraup ke belakang. “Abang, abang memang tak tahu. Sebab abang tengok Datuk Azlan, macam tak suka abang.”

“Mana adalah. Abi sebenarnya suka abang. Memanglah abang tengok, dia tak ajak abang kerja dekat company dia. Sebabnya dia dah cakap, bila abang kahwin aje dengan Kak Riss, memang dia akan bagi jawatan CEO tu pada abang. Tapi itulah, abang sia-siakan peluang yang ada. Kalau Nay la, memang Nay tak akan lepaskan peluang.” Nayla tersenyum sinis, tetapi wajahnya dihalakan ke arah lain.

“Tapi abang tak boleh nak buat apa. Kak Riss dah bahagia dengan suami dia.”

“Abang, Kak Riss sekarang hilang ingatan. Inilah masanya untuk abang masuk line. Manalah tahu, detik-detik percintaan abang dengan Kak Riss, akan buatkan Kak Riss jatuh cinta semula pada abang?  Abang buatlah cara macam mana sekali pun, Nay guarantee, Kak Riss pasti akan jatuh cinta dengan abang.”

“Cara macam mana abang nak buat?”

“Abang, walaupun kita sekarang ni dah di zaman moden, tak salahkan, kalau kita cuba cara lama?”

“Cara lama? Abang tak faham.”

“Eh, abang ni. Tak akanlah tak tahu. Sini.” Nayla mula berbisik di telinga Farhan. Bulat mata Farhan saat mendengarnya.

“Isy, tak beranilah abang.”

“Apa yang tak beraninya? Janganlah buat sampai teruk sangat. Buat sampai dia lupakan husband dia itu aje. Dan suami mana yang tahan, kalau isteri pergi pada bekas kekasih semula? Paling-paling dia ceraikan aje. Ha, apa lagi? Abang dah dapat peluang besar dekat situ. Lepas tu, kau orang berdua kahwin. Dan jawatan CEO? Terus dapat pada abang,” ujar Nayla panjang lebar.

Farhan berfikir sejenak. Bagus juga idea Nayla. Tetapi dia tidak berani.

“So, how?”

“Abang kena fikir dulu.”

“Okey, tak apa. Fikir dulu. Nanti contact Nay ya?”

Farhan mengangguk.

“Okeylah, Nay balik dulu. Dah tengah hari rembang ni. Duduk dekat kubur tengah-tengah hari ni, rasa seram pula.” Nayla terus memakai kaca mata hitam ke matanya, lalu dia melangkah meninggalkan Farhan di situ.

Farhan melihat susuk Nayla yang sudah jauh meninggalkannya. Sekarang ini, perlukah dia ikut sahaja cadangan Nayla?

 

 

LAMPU di kolam renang sedikit suram. Darissa duduk di kerusi sambil menunggu kepulangan Zayn Izrel. Lepas Maghrib tadi, suaminya terpaksa keluar sebentar untuk berjumpa dengan rakan perniagaannya. Dan tengah hari tadi juga, mereka sibuk mengemas bilik. Dia pun sudah berpindah ke bilik Zayn Izrel.

Manalah dia ni? Tak balik-balik lagi.

Ting! Ting!

Telefon bimbit Darissa berdering. Tertera nama Hani di permukaan skrin. Panggilan terus sahaja dijawab.

“Hello Hani?”

“Hello, Riss.”

“Ya. Ada apa call I ni?”

“Eh, esok you free tak?”

“Esok? Ahad? Free. Kenapa?”

“Jom, temankan I.”

“Pergi mana?”

“Shopping.”

“Shopping? Kejap I fikir.”

“Eh, tapi kalau you tak free tak apalah. Sebenarnya I nak belikan hadiah untuk mak I. Lusa birthday dia. Jadi, I ingat nak carikan dia hadiah. Lagipun kita dah lama tak pergi shopping, kan?”

“Ya, lama juga kita tak pergi shopping sama-sama. Okey, I on.”

“Alright. Esok I pick-up you ya?”

“Okey Hani. Bye.” Talian terus dimatikan.

Darissa meletakkan semula telefon bimbit di atas meja.

Manalah Zayn ni? Dah pukul 9.30 malam tak balik-balik lagi. Darissa melihat tubuhnya yang tersarung dengan jubah mandi. Dia sememangnya menunggu kepulangan suaminya. Dan dia juga terfikir mahu mengajak Zayn Izrel mandi bersama-samanya.

Bunyi deruman enjin kereta di ruang parkir telah membuatkan jantung Darissa berdegup laju. “Ha, panjang umur.”

Darissa masih tenang di tepi kolam renang. Bunyi derapan kaki, makin membuatkan dada Darissa berdebar-debar.

“Hi baby... What’re you doing here?” soal Zayn Izrel sambil melangkah ke arah Darissa.

“Err, tak buat apa. Tunggu you balik.”

“Tunggu I balik? Sorry. Mesti you tunggu lama, kan?” Pinggang ramping Darissa dirangkul ke dalam dakapannya.

Darissa tersenyum manis sambil mereka berdua bertatapan antara satu sama lain.

“Kenapa pakai bathrobe aje ni?”

“You nak mandi dengan I tak?”

“Here?”

Darissa mengangguk, sambil dia menolak tubuh Zayn Izrel daripada memeluknya. Jubah mandi yang tersarung ditubuhnya, terus sahaja ditanggalkan.

Zayn Izrel terpesona melihat tubuh badan Darissa yang sungguh sempurna di matanya. “Bikini polka dot? So cute...” puji Zayn Izrel. Isterinya ketika ini sedang mengenakan bikini polka dot pink hitam.

“Jom, mandi dengan I?” Darissa terus terjun ke dalam kolam renang.

Bush!

Zayn Izrel tidak menunggu lama. Pakaian yang dipakainya terus sahaja ditanggalkan. Dia kini hanya mengenakan boxer sahaja. Tanpa menunggu lagi, dia terus sahaja terjun ke dalam kolam renang, lalu berenang ke arah Darissa. Tubuh isterinya terus sahaja ditarik ke dalam dakapannya.

Darissa pula merangkul batang leher Zayn Izrel, sambil tersenyum.

“Hari-hari mandi sama-sama macam ni, best juga, kan? Sambil menyelam, sambil minum air,” ujar Zayn Izrel sambil tersenyum nakal.

“Maksud you sambil menyelam minum air tu macam mana? Tell me.” Darissa turut tersenyum nakal.

“Notty girl... you nak, kan? Sebab itu you ajak I mandi sama-sama dengan you. Pandai you, kan?”

Darissa ketawa. “Hmm, Zayn. Esok I nak keluar dengan Hani. You izinkan tak?”

“Nak pergi mana?”

“I tak tahu. Tapi dia ajak teman dia cari hadiah untuk mak dia. Lusa birthday mak dia.”

“Oh, iya ke? Pergilah. I izinkan. Tapi, jangan balik lewat sangat. Esok sudahlah hari Ahad. Baru terfikir nak berjimba dengan you esok.”

“Berjimba dengan I? Sekarang tak nak berjimba?” Darissa mengelus rambut suaminya.

“Now? In pool?”

Darissa mengangguk.

“Serious? In pool?” ulang Zayn Izrel lagi.

“Ya, I’m serious.”

“Alright. Let’s warm up first.” Zayn Izrel sudah merapatkan wajahnya pada wajah Darissa.

Darissa pantas menolak tubuh badan Zayn Izrel. “Catch me if you can.” Darissa ketawa. Laju sahaja dia berenang ke tengah.

Zayn Izrel seakan tertipu. Dia terus berenang mengejar Darissa. “Baby, you tipu!”

“Catch me.” Darissa seronok mengenakan Zayn Izrel. Hampir 10 minit Zayn Izrel mengejarnya, tetap juga tidak dapat-dapat.

Entah bagaimana, kaki Darissa tiba-tiba sahaja menjadi kejang. Darissa sukar untuk berenang ketika ini. Dan entah bagaimana, dia teringat kembali kejadian 13 tahun lalu. Dia hampir lemas, akibat ditolak ke dalam air terjun yang sungguh dalam.

“Zayn!” Tangan Darissa tergapai-gapai ketika ini.

Zayn Izrel melihat tubuh Darissa tenggelam timbul. Adakah isterinya sengaja mahu mengenakannya?

“Zayn... tolong I...” Air sudah memasuki mulut dan hidungnya. Kakinya pula tidak dapat ditegakkan secara stabil.

Zayn Izrel melihat wajah Darissa sudah kemerahan. Isterinya memang benar-benar lemas, dan bukannya main-main. Laju sahaja dia meluru ke arah Darissa. Tubuh isterinya terus sahaja ditarik, lalu dibawa naik ke atas.

“Baby? Baby?” Zayn Izrel terus sahaja memberikan pertolongan pernafasan, mulut ke mulut.

Uhuk! Uhuk!

Air terus sahaja memancut keluar dari mulut dan hidung Darissa.

“Baby?” Tubuh Darissa terus sahaja dipeluk erat.

“Zayn...” Dagu Darissa berpaut pada bahu Zayn Izrel.

Zayn Izrel melonggarkan pelukan. “You scared me to death. Itulah, nak main lagi.”

“Mana ada nak main. Gurau sikit aje.”

Zayn Izrel menjentik dahi Darissa.

“Auch sakit.”

“Tahu pun sakit. Kalau tak main-main tadi, tak jadi macam ni.” Tuala diambil, lalu rambut dan wajah Darissa dilap.

“Kaki I cramp la.” Darissa membiarkan wajah dan rambutnya dilap Zayn Izrel.

“Yalah, 10 minit kut main kejar-kejar tadi. Dah, tak payah nak mandi lagi.” Zayn Izrel terus sahaja bangun. Tubuh Darissa terus dicempungnya.

“Sekarang ni okey tak? Ada rasa pening-pening ke?” sambung Zayn Izrel lagi.

Darissa menggeleng perlahan. Lagipun air tak banyak masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Dan dia pula, lemas tak lama. Zayn Izrel cepat menyelamatkannya tadi.

“Serius tak rasa pening, or nafas tak ada ke?” soal Zayn Izrel untuk mendapatkan kepastian.

“Ya, I’m okay. Janganlah risau. Tak banyak air masuk dalam hidung dengan mulut ni. Lagipun you cepat selamatkan I tadi.”

“Lain kali jangan buat macam itu lagi. Itu nasib baik I ada. Kalau I tak ada tadi?”

“Hmm ya. Lepas ni tak buat lagi. Janji.”

Zayn Izrel tersenyum manis. “Jom naik atas? Berjimba? Dah alang-alang esok you nak keluar. Kena bagi nafkah dululah.” Zayn Izrel sudah tersenyum. Dada isterinya benar-benar rapat pada dadanya. Kalau hendak diikutkan hatinya, mahu sahaja digomol tubuh isterinya di situ juga.

Darissa ketawa manja. “Okey, boleh. I bagi you upah, sebab you dah selamatkan I tadi.”

Tersenyum lebar Zayn Izrel ketika ini. “Thanks baby.” Laju sahaja kaki Zayn Izrel memanjat anak tangga, sambil mencempung Darissa. Nasib baiklah tubuh isterinya tidak berat. Kalau tidak, jenuh juga dia mahu memanjat anak tangga satu persatu, di dalam keadaan begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience